Friday, January 20, 2012

Kisah kucing - Part 2

Sambungan dari Part 1

Siapakah owner mereka? Akhirnya budak yg mula-mula booked tu serahkan pada akak yang baru kehilangan kucing tu. Dia dengar cerita tu, dia pun sedih. Petang semalam juga kami minta suami dia datang ambil. Kesian kat kucing-kucing tu je sebab tinggal dalam kotak. Sob..Sob..

Masa owner baru nak ambil kucing-kucing tu, I bawa Tisya sebab nak bagi dia chance to say goodbye. Jadi dia tau yang dia takkan jumpa kucing-kucing tu lagi sebab ada orang lain yang akak tolong jagakan.

Tapi paling over ialah hubby.. Pukul 3 ptg, dia siap sms…
Pesan kat orang nak ambil kucing abang tu, dia kena update gambar setiap 3 bulan

I was like, "Errr, what?". 30 seconds later…
Cepat kita bagi nama kat kucing tu. bagi tau kat dia

Sejak bila pulak kucing-kucing tu jadi kucing dia? Ahahaha. Siap paksa I fikirkan nama. Lepas tu dia kata, seekor kitten betina yang putih mesti bernama “Dhia”. Sabar je la laki aku nie. Nasib la dapat hubby yang layan drama.

Petang tu, suami akak tu tak tepon-tepon. Sudahnya I call juga la sbb dia macam tak confirm je nak jumpa. Sekali, akak tu yang angkat. Aik, dah balik Klang ke?

Tak dik. Akak suruh abang ambil akak kat rumah. Akak dah sampai kat Esso dah nie

Erk, ada lagi 2 jam kot baru nak jumpa dia. I dah cakap akak tu bersemangat! Pagi-pagi laki dia keluar meeting kat KL. Lps tu balik ambil isteri. Lepas tu datang balik ke KL. Cayalah.

Nak dijadikan cerita, kami panic sekejap masa nak ambil kucing-kucing tu. Kenapa? Sebab kotak tu kosong! Semua kucing dah hilang. Giler ko. Dah la diorg datang dari Klang. Lepas tu kucing boleh hilang? Memang cuak kitorang dibuatnya. Hubby dah sampai fikir macam mana nak bagi tau diorg. Serba salah dibuatnya. Kitorang cari keliling rumah. Last-last jumpa kat mana tau… kat belakang mesin basuh kat luar rumah. Elok mak dia bawak anak-anak dia menyorok kat belakang tu. Kesian sangat. Agaknya dia takut orang tengok anak-anak dia.

Puas juga pujuk keluar. Mak dia macam marah je. So hubby ambil seekor kitten dan letak dalam kotak. Lepas tu pujuk mak kitten tu masuk. Mak dia berdiri tapi taknak masuk. Dia mundar mandir je. Lepas 3 ekor masuk, baru mak dia masuk. Mana lagi seekor? Rupanya dah menyorok kat hujung mesin. Isk.

Masukkan semua dalam kotak. Bagi chance kat bebudak ni say goodbye. Lepas tu terus gerak. Tu pun sebab akak tu dah tepon. Lama dia tunggu. Akak tu ada bawa carrier. Kitorang borak lama la juga. Dia bercerita tentang kucing dia yg dah mati tu. Akak ni rajin ambil anak kucing yang terbiar. Dia akan jaga sampai sihat. Lepas tu carikan owner baru. Tapi bila kucing dia dah mati, tu yang dia teringin nak bela kucing sendiri.

Masa ni baru keluar dari tempat persembunyian.
Gambar gegar sebab masing-masing sibuk nak jenguk ke luar kotak

Yang seekor lagi, seperti biasa... terpenyek (rujuk sini utk faham)

Menyusu je kerja nya. Abes tu nak buat apa lagi kan?
Takkan nak suruh dia main playstation pulak :p

Masa ni I sibuk nak ambil gambar "terpenyek".
Sekali dia besarkan mata pulak.

"Dia minum susu mak dia. Sedap kan?!" cakap Tisya.
Erk, sorry daughter. I really don't know.

Sambil kami borak-borak, Tisya ngadap kucing-kucing tu.
Sayang juga dia kat kucing-kucing tu rupanya

"Terpenyek" yang dah siap menyusu

Boleh nampak yang dia memang sayangkan kucing. So rasanya kami dah pilih orang yang sesuai utk jaga kucing-kucing tu.

So, apa nama kucing-kucing tu? Let me introduce you to…


Kaseh sebab mak dia nampak pengasih

Yang putih tu namanya Dhia
Kesian muka celoreng sebab mak bawak masuk blkg mesin basuh

Hello... I'm Dewi. Cik Liz ni suka nama tu

"Terpenyek".. hehe.. tak la. It's Hamlet

In a land of myth and a time of magic, the destiny of a great kingdom
rests on the shoulders of a young kitten... Merlin



Dear “mak cat dan anak dia” (ni tiru ayat Tisya),

Semoga gembira di rumah baru. Jangan nakal-nakal tau. Makan banyak biar cepat besar. Bak kata owner angkat, nanti setiap 3 bulan kitorang minta gambar ye. Raya nanti kitorang datang jenguk.


Kewujudan KTAJ Online Adoption House ni sangat baguslah. Kalau kita nampak kucing yang dibuang, elok juga kita ambil gambar (kalau boleh, jaga buat sementara) dan post kat KTAJ. Insya Allah, akan ada insan yang sudi membela kucing-kucing tu, Percayalah, sana memang ramai cat lovers.

10 scribble(s):

Ely Hasrul said...

huh aku ingtkn dh masuk dlm mesih basuh.. ciss seriauu.. alhamdulillah dh ade org amik family nih.. senang la hati ade org yg jaga..

semut-terbersin said...

yey! seronok dgr kuceng2 tu dah ada owner! cantikkk bulu kittens tu semua! corak derang pon cantik..sukaaa! tapi tak bleh bela jugak..kitorang kat sini pon no-pet-allowed..

fiza said...

Siyse...kucing ni suma comel2, siap ada nama merlin lagi tu...i loike ☺☺

Tak sempat aku nak buat n3 ☺☺

Liz Rohaizat said...

ely> tu la. kitorang cuak giler. dah la akak tu bersemangat nak ambik. nasib baik jumpa.

ila> legaaaa sgt! corak mmg cantik. corak merlin, walaupun hitam tapi lawa. geram dgn hamlet sebab dia suka penyek2 kan diri dia.

Liz Rohaizat said...

fiza> dpt nama hamlet dulu. lps tu pk, yg lagi seekor nak nama camtu gak. pastu, aku kan suke merlin. terus je letak merlin :)

Ihsan Khairir said...

wah comel gila anak-anak kucing ni...

aku selalu tak reti kasi nama anak kucing... selalu aku panggil "kucing" je haha

Liz Rohaizat said...

ihsan> hehe. ala, kitorang pun tak reti bagi nama kucing gak. main taram je

Star Anise said...

Hahaha...
Gambar yang last tu betul2 buat saya ketawa..
Sebab my DO pun ada kawan nama Merlin..
Nanti saya introduce..

Star Anise said...

Saya tersentuh dengan usaha gigih Liz sekeluarga mencari keluarga baru untuk kucing2 tu semua...all of them were soooo cute terutama "terpenyek"!

Liz Rohaizat said...

star anise> hahaha.. kwn nama merlin? ramai juga yg minat merlin rupanya. kucing2 tu comel. sayang kalau dibiarkan di jalanan. tu yg gigih carikan new owner.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.