Monday, January 16, 2012

Cat and kittens for adoption - - - FREE!

Pagi Sabtu lepas, kami menerima kunjungan tetamu. Buka pintu, terus nampak nie.

OMG, 4 ekor kittens tengah sedap tidur sebelah ibunya. Cuba tengok yang seekor tu. Kepala terpenyek sebab adik beradik dia menghimpit. Gerammmm!!!

Polisi kat apartment ni tak membenarkan tenants membela haiwan seperti kucing, anjing dan burung. Kiranya semua jenis haiwan tak boleh dipelihara di sana kecuali ikan dalam aquarium la kot. Bertuah ko ikan!

I rasa kittens tu baru dilahirkan sebab hari Sabtu tu, mata pun belum terbuka lagi. Mak dia badan sihat. Bulu cantik. Tak nampak macam kucing jalanan. So I suspect kucing-kucing ni dibuang oleh owner. Kejamnya!

Kittens tu dah la comel. Seekor sebijik macam mak. Bulu warna kelabu, corak cantik. Yang lagi 3 ekor warna macam coklat putih. Cantik weih! Katanya, kucing siam. Sayangnya, kitorang tak boleh bela.

Dah la semalam, tiba-tiba dengar kucing bercekau kat luar. Terus panik. Bila buka pintu, tengok si mak tengah mundar mandir. Rupanya ada kucing datang nak ambil anak-anak dia kot. Sejak tu, mak dia macam tak senang duduk.

Kitorang ada juga la bagi makanan sebab si mak ni macam tak cukup makan je. Kesian pulak bila tengok.

Now, kalau korang minat kucing dan rasa nak ambil kucing-kucing nie, elok sangatlah. Tapi dengan syarat, kena la ambil kesemua kucing sebab kittens tu pun baru berusia 3 hari. Still menyusu badan. Tak elok dipisahkan.

Kalau nak, boleh tinggalkan komen di sini beserta phone no. I takkan publish komen yg ada phone no bagi menghormati privacy. Kucing-kucing ni boleh diambil di Cheras atau kalau nak kami hantar, sekitar KL area boleh la kot.

Thanks korang kerana sudi baca entry nie.

10 scribble(s):

Ely Hasrul said...

comelnye papi mesti geram tp mintak maap lah.. kucing tak dibenarkan di rumah aku.. yg dua ekor tu aku tunggu masa aje.. nnti aku war2kan

Liz Rohaizat said...

ely> thanks. tlg warwarkan kat kwn2 ko

Imee said...

Ikutkan hati aku mauuuuu tapi laki ku alah bulu kucing. Nanti aku share either link blog ni atau gambar kat fb tu k?

Liz Rohaizat said...

imee> thanks imee. sila lah share benda nie. aku kesian tgk kucing tu. biar ada owner.

fiza said...

Tomeinyaaaa...aku memang geram tgk kucing comel2 nih, tapi nak membela tu tak retilah. Harao ada org yang sudi bela kucing2 nih.

Aku share kat blog yer liz, link trus ke blog ko. mana tau ada org minat.

Liz Rohaizat said...

fiza> thanks fiza! pertolongan mu amat ku hargai :)

Hazu Zura said...

Salam,
Sy zura. sy ade bace pasal adopt kucing dkt blog kak peej. n lps tu check blog ni.
Actually, sy bgtau hal ni pd kwn sy dan dia minat nk adopt. dia blh bela semua.
Tp minggu ni dia busy sikit and ada camping.rasenye around next week blh dtg ambil..
so, agak2 nye mcm mana ye?

Liz Rohaizat said...

zura> hi. macam yg saya ckp kat email, boleh la kalau kwn awak nak. anything, kita discuss thru email. ok?

Anonymous said...

Hi Liz!

Stumbled upon this entry while Googling around on kittens for adoption. I’m so interested and I can come to pay a visit on those kittens coz I’m staying in Cheras. Can I have your email as I couldn’t find any contact number of yours.

Contact me at zetarar@gmail.com. Thanks so much and them cats are beyond adorable!

-Za.

Liz Rohaizat said...

za> hi za! please check ur email. thanks

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.