Friday, December 30, 2011

Trust? Years to earn, seconds to break

Thursday, December 29, 2011

Episod terakhir Tentang Dhia

Ni yang malas nie. Kalau dah ter-over rajin baca newspaper. Tiba-tiba terbaca sinopsis Tentang Dhia.

Zikir ambil Rose menjadi isteri kedua T_T

Dah la. Petang ni rasa taknak masak. Mau layan Tentang Dhia.

Stress dan "lemau" yang tiada kaitan antara satu sama lain

Dah hujung tahun nie, semua orang macam “lemau” je nak kerja. Ada yang habiskan cuti tahunan. Yang tinggal bekerja, dah banyak rileks je. Boss pun sama-sama “lemau”. Tak datang kerja. Bagi arahan dari rumah je. Sedapnya jadi boss.

Pagi tadi, ada desk calendar dan planner atas meja. Macam biasa la. Pemberian boss. Tiap-tiap tahun boss memang tak lupa. Kalau I takde planner, memang rasanya lintang pukang la kerja kot sebab banyak sangat benda nak kena ingat, nak kena follow up.

Jadi, tengah-tengah “lemau” nie, saja check Public Holiday untuk tahun 2012. Ok gak la, ada juga hari-hari untung untuk ambil cuti. Untung bermaksud, ambil cuti sehari tapi boleh cuti sampai 2-3 hari. Memang patut diambil la kan? Rugi je kalau tak ambil.

My annual leave masih berbaki sebanyak 3 hari. So total annual leave untuk tahun 2012 banyak juga la. Tak tau nak buat apa lagi. Tapi rasanya cuti untuk raya puasa kena ambil 3 hari. Confirm taska tutup lama. Untuk raya haji, boleh ambil sehari.

Maknanya baru buat planned leave untuk 4 hari. Wah, stress sebab banyak lagi baki annual leave. Hehehe. Maybe boleh consider ambil cuti pada 30 April, 14 November dan 24 December. Hah, cepat selak calendar. Cun kan?

Ni baru total 7 hari. Ada banyak lagi cuti. Takpe la. Simpan untuk family holiday dan emergency case.

Wednesday, December 28, 2011

If I die young...

Kematian seseorang boleh buat kita fikirkan kematian kita sendiri, betul tak? Kita rasa kita muda lagi, masih sihat. Sejak bila Allah tetapkan jumlah usia untuk maut menjenguk?

2 malam lepas, I tak boleh tidur. Blame a mug of Nescafe. So I banyak berfikir malam tu. Fikirkan tentang hidup I. Apa yang I tak sempat buat, apa yang I regret, apa yang I harapkan, if only I could turn back time.. stuff like that.

What will happen to Tisya and hubby if I wasn’t around? Kalau tiba-tiba esok I mati, apa jadi? We take things for granted. Kalau orang tak sakit, kita tak rasa orang tu akan mati cepat. I sendiri pernah cakap dengan hubby. Kalau ditakdirkan dia bekerja jauh, apa akan jadi… nampak macam takde apa yang akan jadi. What if one day, anak sakit. Tengah malam buta I kena kejarkan anak ke hospital. What if tiba-tiba I “pergi”. So sudden. Dalam tidur ke, accident ke. Tinggal Tisya sorang-sorang dengan abi dia jauh di negeri orang. Sape nak contact hubby masa tu? Tisya tu kecil lagi. Do you remember kes suami bekerja di Madinah dan anak isteri mati dibunuh di rumah. Lepas beberapa hari, baru jiran tau. Kesian tak?

Being a women, kita diberi “anugerah” mempunyai hati yang sensitive. Kita peka dan aware dengan apa yang boleh dan mungkin berlaku. Itulah sifat seorang perempuan which sometimes will make men piss off with us. Terlalu fikirkan benda negative, katanya.

Yesterday, someone passed away due to lung infection. His friends and colleagues were in shock! Kita nampak dia sihat. Kita taktau senang-senang je nyawa tu nak ditarik. Tidak akan lambat walau sesaat.

Pukul 7 pagi tadi, berlaku accident berdekatan Plaza Phoenix. Seorang lelaki berhelmet terbaring di jalan. Kertas-kertas bertaburan di jalan raya. Surat khabar, barangkali. I rasa mangsa dah mati sebab polis-polis takde tolong langsung. Biarkan tubuh terbujur kaku di jalan. I bayangkan, mungkin dia seorang ayah yang keluar pagi-pagi mencari rezeki. Apa perasaan keluarga dia agaknya?

Kadang-kala, I “jealous” dengan mereka yang tahu mereka akan mati. Semua orang akan mati tapi untuk orang yang sakit teruk, mereka memang tau mereka akan mati. Mereka masih sempat buat preparation dari segi duniawi dan akhirat walaupun proses itu sakit dan pahit untuk ditelan.

Dalam masa 2 bulan nie, banyak perkara dah berlaku. Perkara-perkara ni buat I fikir panjang. Buat I termenung. What if.. what if.. what if.. tu je yang I fikir. Lepas tu I fikir Tisya. The only child. Kalau jadi apa-apa kat kami berdua, what will happen to her? Dah la takde adik beradik. She will be lonely. But then, I remember my family. They love her to the bones. I’m sure she will be okay.

The One That Got Away

Walala, dok layan lagu nie je. I terlalu tua ke nak letak lirik lagu kat blog? Hehehe =)

THE ONE THAT GOT AWAY by Katy Perry

Summer after high school when we first met
We make out in your Mustang to Radiohead
And on my 18th Birthday
We got matching tattoos

Used to steal your parents' liquor
And climb to the roof
Talk about our future
Like we had a clue
Never planned that one day
I'd be losing you

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

I was June and you were my Johnny Cash
Never one without the other we made a pact
Sometimes when I miss you
I put those records on

Someone said you had your tattoo removed
Saw you downtown singing the Blues
It's time to face the music
I'm no longer your muse

[Bridge:]
All this money can't buy me a time machine
It can't replace you with a million rings
I shoulda told you what you meant to me
'Cause now I paid the price

In another life
I would be your girl
We'd keep all our promises
Be us against the world

In another life
I would make you stay
So I don't have to say
You were the one that got away
The one that got away

Family holiday di Sg. Klah Hot Spring (TRAP) - Part 2

Sambungan semalam

Petang yang sama, hubby ajak pergi ke kolam air panas untuk rendam kaki. Terus bawa kamera sebab rasanya hari kedua, mmg nak mandi puas-puas. Leceh pulak kalau bawa kamera masa tu. Hari pertama, rendam kaki je. Suhu air dalam 42-50 darjah celcius. Tak panas? Hehehe… boleh la rendam kaki sambil menahan kepanasan. Untuk rendam kaki, korang boleh rendam tidak lebih dari 30 minit. Yang pasti, kaki confirm jadi pink kalau rendam lebih 10 minit.



Lepas rendam kaki, kami jalan-jalan di kawasan sekitar. Sempat la pergi ke Taman Terapi. Batu-batu camni memang I tak tahan. Tak tau la kenapa. Nak kata tajam, tak juga tapi I memang tak boleh nak jalan atas batu-batu nie. Kejap je kat pool. Lepas dah check tempat-tempat yang nak diterjah keesokan hari, kami pulang ke villa dan sambung mandi dalam jacuzzi.



Aktiviti malam, BBQ! Ingat nak potong kek sempena wedding anniversary papa mama yg ke-30 tapi Tisya dah tidur. Fuh, penat sangat agaknya. Gambar BBQ memang takde sebab kenapa entah. Masing-masing busy mengipas kot.

Hari kedua. Pagi-pagi dah bangun sebab nak breakfast. Kanak-kanak bawah 5 tahun makan dengan percuma. Kalau korang nak beli extra coupon, hanya perlu bayar RM18. Tapi kami tak beli extra coupon. Makanan yg disediakan ialah nasi lemak, mee goreng, sausage, wedges, omelette, lodeh, roti bakar, baked beans, bubur nasi, mee kari dan cereal. So kalau korang boleh makan banyak, berbaloi la kot beli coupon RM18 tu.

Tempat di terletak di sebelah Management Office. Kalau korang stay kat hotel room, boleh jalan kaki je. Tapi kalau menginap di villa, kena naik kereta.


Lepas kekenyangan, kami kembali ke villa. Nak bersiap utk terjah pool pulak. Tu pun diorang sempat berendam dalam jacuzzi lagi. Isk, tak puas-puas. Kawasan pool (air sejuk) dibuka pada jam 9 pagi. Macam kawasan air panas dan kolam air panas, pagi-pagi korang dah boleh pergi. Takde hal punya la. Nak makan telur setengah masak masa breakfast? Ha, pergi la tempat merebus telur pagi-pagi. Sentiasa dibuka.

Jom tengok apa yang ada.

Tempat merebus telur yang paling famous kat sini kot. Ramai nak merasa telur setengah masak yang dimasak di air panas semulajadi ini. Dah siap instruction kat situ. Korang tinggal set time elok-elok je. Seeloknya bawa telur sendiri. Untuk yang kurang faham, bawa telur yang dibeli dari luar. Faham? Kalau kat sana, 5 biji telur dijual dengan harga RM 2.50. Huhuhu. So standby la mangkuk, sudu, kicap dan sebagainya. Lepas tu, kalau dah makan kat sana, pandai-pandai la kemas balik apa yg korang dah buat. I noticed a few Malaysian yg kurang kesedaran sivik. Tong sampah punya besar pihak Felda sediakan. Elok je diletak berdekatan pondok untuk makan telur rebus. Yang kurang kesedaran sivik nie, sedap-sedap tinggalkan kulit telur kat atas meja. Ape la pemalas sangat nak pergi buang kat tong sampah.



Sebab sakit mata memandang, kami tolong buangkan tanpa banyak cakap. Lepas tu ada nampak orang buang kulit telur dalam kolam air panas. Waddehel! Mak dia pandang je si anak buang kulit telur dalam kolam. Bila dah kotor, salahkan pihak Felda tak jaga tempat tu. Sedangkan yang membuat kotor tu pengunjung sendiri.

Ok, proceed. Kami semua pergi rendam kaki sekali lagi. Kali nie, air memang panas. Tahan weih. Tahan sangat la kan! Sampai la ada sorang pekerja Felda. Pangkat pakcik la. Dia bagi penerangan tentang air panas. Katanya, kalau taknak rasa panas, terus rendam kaki sampai ke dasar kolam. Biar betul tapi memang betul pun. Bila rendam sampai ke dasar, kat dasar tu tak rasa panas. Yang panas, hanya di permukaan. Lepas tu, duduk rendamkan kaki diam-diam. Jangan dikecahkan air tu. Kalau tak, lagi terasa panas. Dah dapat tips tu, barulah dapat rendam kaki dengan tenang.

Lepas tu pakcik tu kata algae di batu-batuan dalam kolam tu elok untuk kulit. Ambil dengan berhati-hati, jadikan paste dan gosokkan ke kulit. Kalau korang pergi, korang cuba. Dah cuba baru tau apa yang best. Hehehe.


Dalam 20 minit lepas tu, kami angkat kaki. Semua tak sabar nak masuk ke kolam air sejuk. Mula-mula rendam badan je. Lepas tu macam syok pulak tengok budak-budak kat situ main gelongsor air. Ape lagi, semua orang cuba. I pelik dengan diri sendiri. Naik roller coaster tak rasa takut pun. Tapi nak main gelongsor ni, dup dap semacam. Terutamanya gelongsor yang tinggi tu. 2-3 kali naik, semua tutup mata. Kehkehkeh. Agaknya I takut lemas kot.





Lepas dah puas main air sejuk, kami gerak ke kolam air panas untuk rendam badan. Wah, sedap je rendam badan kat situ. Kalau nak best, korang pergi rendam di kawasan paling hujung. Tu kira paling dekat dengan punca air panas. Memang sedap. Lepas tu rasa macam mengantuk je. Wah wah.




Tengah hari, kami kembali ke villa sebab perut dah lapar. Dah makan, mata ngantuk. Ada yang tidur, ada yang main playstation. Memang heaven rasanya. Cuti macam ni memang best. Melepak habiskan masa tanpa fikirkan kerja. I suka :)


Malam tu, kami potong kek. Isk, kek pun dah keras sebab dah biarkan seharian dalam peti ais. Takpe, yang penting hampir habis dimakan. Yang tinggal pun kurang daripada suku kek. Alang-alang potong kek, kami beri hadiah utk Danish, Tisya dan Darwisy. Hadiah biasa-biasa je. Yang penting, diorang happy.







Hari terakhir di sana dihabiskan dengan berendam dalam jacuzzi. Pukul 12 nak kena check-out. Pukul 11.30 baru naik keluar dari jacuzzi. Diorang ni memang tau. Nasib baik awal-awal dah kemas barang. Tu pun ada yang jadi Godzilla.


Sebelum balik, ambil gambar kat signboard dulu.

Ala, jauh pulak gambar nie

Berdua

Bertiga

Berempat

Berlima.. terbaik!

Pendek kata, tempat ni memang best kalau korang nak cuti tanpa perlu buat banyak aktiviti. Kalau datang dengan family, pilihlah villa. Villa ni mahal sikit tapi kalau share beberapa keluarga, rasanya harga tu masih mampu. Kalau tak, boleh je pilih hotel room. Untuk maklumat lanjut, boleh ke FB mereka. Boleh dapat harga murah kalau booking dibuat atas nama pekerja Felda. Kalau taknak tidur di situ pun boleh juga. Setakat balik hari, ok je kan?

Untuk maklumat lanjut dan room rates, silalah ke laman web Felda Residence Hot Springs.

Tuesday, December 27, 2011

Family holiday di Sg. Klah Hot Spring (TRAP) - Part 1

I’m back! Seperti dijanjikan, entry percutian akan penuh dengan gambar dan informasi yang penting. Tempat percutian kali ni tak ramai orang cover lagi. Ok la, kalau google pun, orang akan cerita biasa-biasa je. Jadi, I nak buat entry lengkap supaya orang yang google selepas ni dapat mengetahui maklumat penting.

Kali ni masih Cuti-Cuti Malaysia. Malaysia ni banyak tempat menarik. Nak tak nak je kan? Untuk tahun 2011, kami ke Sg. Klah Hot Spring di Sungkai, Perak Darul Ridzuan. This is going to be a long entry with lots of photos. Please bear with me.. hehehe. Tengok la. Kalau tak rajin, I buat part 1 dan part 2.

Sg. Klah Hot Spring (TRAP) ni di bawah kelolaan Felda Travel. Tempatnya jauh ke dalam. Tidaklah jauh sangat. Secara amnya, tarikan menarik di sana ialah kolam air panas. Menurut cerita pegawai Felda, kolam air panas itu pada asalnya milik orang asli di sana. Melalui perbincangan, orang asli membenarkan Felda untuk men komersil kan tempat tu. I guess diorang ada buat perjanjian kot. Felda ambil kolam air panas. Sebagai pertukaran, orang asli diambil bekerja di sana. Pegawai tu separuh bergurau. Katanya, orang asli ni sesuai buat lanskap je sebab mereka teliti dan mereka akan “hilang” bila tiba musim durian dan petai. Hehehe, semua balik ke kampung.

Perjalanan dari KL mengambil masa 1 ke 1 jam setengah. Bergantung kepada berapa laju korang bawa kereta la kot. Macam kami, 3 kereta datang dari 3 tempat berlainan (Seremban, Nilai dan Cheras). Jadi, kami berjumpa di Restoran Jejantas Sg. Buloh. Makan-makan dulu. Nak dekat pukul 1 petang, baru bergerak ke Sungkai.

Kenyangkan perut sebelum check-in

Nak ke sana senang je. Ikut highway ke utara dan keluar di Exit 128. Lepas keluar dari tol, belok kiri dan teruskan perjalanan dalam beberapa minit. Nanti akan nampak signboard di sebelah kiri yang menunjukkan “Sg. Klah Homestay”. Kira sama la tu. Perjalanan masuk ke dalam mengambil masa dalam 10 minit. Kiri kanan hanya ada pokok kelapa sawit. Eventhough kami sampai nak dekat pukul 2 petang, cuaca sejuk. Terus buka tingkap sebab nak hirup udara luar. Maybe sebab nak hujan kot, tu yang sejuk.





Tutup air-cond. Buka tingkap.

Tak lama tu, akan sampai di sebuah perkampungan Felda. Kalau teringin nak beli apa-apa makanan, boleh singgah di kedai-kedai kat sana. Kedai makan pun banyak.

Kalau korang balik hari, boleh terus proceed ke pintu masuk ke kolam air panas. Beli tiket masuk kat pondok berhampiran. Dewasa RM12, kanak-kanak RM10, disable person RM2. Kanak-kanak bawah 5 tahun boleh masuk secara percuma. Tapi kalau nak menginap di sana, sila ke Management Office dulu. Management Office terletak di tempat berlainan. Bukan kat pintu masuk. Takpe, kalau tersesat sampai ke pintu masuk, tanyalah arah ke Management Office. Dekat je sebenarnya.

Ni lah rupa Management Office.
Kalau korang tak sampai kat bangunan ni, dah salah la tu.


TRAP ada menyediakan hotel rooms dan 10 villa untuk pengunjung menginap. Ye la, kalau dah datang dari jauh, mesti nak stay kat sana 2-3 hari kan? Untuk percutian kali nie, kami memilih untuk menetap di villa 3 bilik. Villa di sana ada yang satu bilik, dua bilik dan 3 bilik. Kesian budak-budak bujang, kena tidur kat ruang tamu lagi.

Untuk villa 3 bilik, alatan kelengkapan yang disediakan di dapur dan bilik tidur adalah untuk 6 orang sahaja. Even tiket masuk ke kolam dan breakfast coupon pun untuk 6 orang sahaja. So kalau korang datang ramai, kena la top up apa yang patut. Macam kami, bawa extra towel, pinggan, sudu, garfu dan toto untuk budak bujang.

Jom tengok rupa villa. Untuk villa 3 bilik, satu bilik ada queen sized bed. Lagi 2 bilik pulak ada 2 single sized beds. Boleh je nak rapatkan. Jadi memang takde masalah la kan? Bathroom pun okay especially kat master bedroom la. Ada bath tub. Iron dan iron board pun ada disediakan.

Ruang tamu yang sangat luas. Ada TV besar. DVD player.

So boleh bawak DVD dari rumah. Bila tengok besar macam nie, tak rasa bersalah bila budak-budak bujang tidur kat situ.

Master bedroom

Bathtub mereka

Bilik kami. Ah, kita rapatkan aje katil ituuu.

Standing shower with glass door. Seksi you!

Yang menjadi tarikan kepada kami untuk menginap di villa ialah dapur ada disediakan untuk memasak dan private jacuzzi untuk berendam. Untuk dapur, mereka hanya sediakan pinggan, cawan, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik. Kalau rasa nak memasak di sana, bawalah kuali, periuk dan alatan memasak. Jug air pun bawa juga. Tidaklah jadi macam kami. Ingatkan ada sediakan jug. Sudahnya bancuh air dalam Tupperware je.


Wowwiee.. Jacuzzi ni memang best sebab ia sama je macam kolam air panas kat public area tu. Air panas tu memang original dari source. Orang sana panggil “air belerang”. Bukan air sejuk yang dipanaskan eh. Memang best. Malam-malam pun boleh berendam.


Masuk ke dalam villa je, terus nampak jacuzzi. Danish, Tisya dan Darwisy dah excited. Darwisy paling tak boleh ‘dijaga’.Pantang leka, terus nak terjun ke dalam jacuzzi. Tanpa berlengah, terus pakaikan budak-budak ni dengan baju mandi, appoint salah seorang pakcik diorang jadi guard sementara orang lain punggah barang-barang dari dalam kereta.

Pak Lang kena jadi pak guard

Itu dia si Darwisy yang akhirnya dapat masuk ke jacuzzi

Ruang luar rumah agak luas dan mampu memuatkan 2 kereta Proton dan satu kereta Honda. Ngam-ngam je. Kalau korang bawa kereta panjang-panjang, mungkin 2 kereta je yg muat. Suasana sekeliling kawasan villa dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau. Kawasan villa ni juga sedikit jauh dari public pool. Sunyi dan sangat mendamaikan. Memang tenang rasanya.




Hari pertama kami hanya berehat di villa. Hari pun dah petang. Semua orang malas nak pergi public pool. Jadi petang tu jalan-jalan di kawasan sekitar villa. Anak beranak ni siap main badminton kat depan villa. Layan gambar eh.











Gambar terbaik untuk hari itu

TRAP menyediakan kawasan yang luas untuk pengunjung menikmati kolam air panas. Sebagai tarikan, kolam air sejuk juga disediakan. Air sejuknya disalurkan dari air gunung berdekatan. Memang best! Next entry I akan tunjuk apa yang menarik di TRAP.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.