Tuesday, November 29, 2011

Akhirnya, berpindah ke rumah baru

Bismillahirrahmanirrahim. Kita bersiaran lagi selepas bercuti selama 3 hari. Hehehe... how was your weekend?

Biarlah I mulakan dengan memberitahu betapa hampanya diri ni menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Bahrain. Giler stress! Lagi stress bila Bahrain berjaya jaringkan 3 gol dalam masa 6 minit. Kenapa defense macam pemalas nak kejar bola dalam 10 minit terakhir?

Elok hubby ckp, "Diorang nie kan, eiii... tambah la lagi satu gol. Biar padan muka Malaysia".. terus Bahrain jaringkan gol kedua. Punya la geram. Ko bagi diorang 3 gol dalam masa 6 minit. Mana la peminat bola tak marah dalam hati.

So bye bye Olimpik.

Kami dah pindah rumah. Yeay! Hari Sabtu petang, kami bawa semua barang ke rumah baru dengan menaiki lori 3 tan. Nasib baik muat. Tu pun ada la kotak-kotak dan barang-barang kecil kami tinggalkan. Yang tu kami angkut sendiri naik kereta. Ni pun masih ada lagi yang tertinggal. Tengok la, boleh settle dlm 2 hari ni kot. Elok la. Berlaku perselisihan antara kami dan land lord hingga menyebabkan kami teraniaya. So nak bagi fair and square, I akan serahkan kunci pada 30 Nov. Biar dia rasa. Hmmm, kadang-kadang pelik dengan orang macam nie. Apa dia dapat bila aniaya orang macam tu. Ok la, dia kedekut. Period.

Hari pertama masuk rumah baru, kami baca Yasin utk buat pendinding dan baca surah Al-Baqarah. So far, ok la duduk rumah baru. Belum habis kemas lagi. Ada lagi 30% la kot. Tak sempat nak bawa Tisya pergi playground sebab tiap-tiap petang hujan lebat. Rumah sejuk, alhamdulillah. Risau juga kalau panas. Tapi memang sejuk la. Nyaman je. Air paip pun sejuk.

Yang problem kat sini ialah tang nak menyidai baju. Standard la kalau duduk apartment. Bukan ada ampaian macam kat rumah lama. So ampaian letak betul-betul kat depan rumah. Rasanya tiada masalah sebab orang lain pun buat camtu. Kalau hujung minggu, senang sikit kot sebab boleh letak kat hujung rumah. Kalau hujan pun, boleh diselamatkan kami. Nasib baik ada dryer. Kalau lambat sangat nak kering, boleh guna dryer je. Tapi sebolehnya nak elakkan sebab dryer banyak pakai elektrik.

Now mood nak bercuti. Biasa la. Dah hujung tahun. Bila hujung tahun, big boss akan ambil cuti seminggu. Bawa family jalan-jalan. Selalunya I akan minta cuti lepas dia pulang. Macam, "Ok, aku cover ko masa ko cuti. Nanti aku cuti, ko cover aku pulak". Hahahaha, so kalau nak cuti lama, eloklah ambil cuti lepas dia pergi bercuti. Gerenti dapat approval. Ala-ala dia guilty pergi cuti lama so dia patut bagi peluang pekerja dia cuti lama juga.

Tahun ni Cuti-Cuti Malaysia lagi. I rasa nak habiskan bercuti dalam negara. Kita ada banyak tempat-tempat menarik. Kalau rajin survey, jumpalah. Tahun ni nak pergi mana? Tungguuuu..

Friday, November 25, 2011

Trofi Yuna ditarik balik

Wah, tak tau menahu pun. Hehehe… bukan peminat dia pun. Tapi la kan, kalau korang mengikuti AIM selama ni, anugerah Lagu Terbaik akan dipilih di antara pemenang bagi setiap kategori lagu. So bila lagu Penakut dah kalah di tangan Sedetik Lebih, sepatutnya Sedetik Lebih berentap untuk anugerah Lagu Terbaik.

Tiba-tiba, Penakut pulak diangkat.

So tak perlu la kecoh-kecoh kata Sedetik Lebih menang sebab kroni ke ape. Kesilapan memang dari pihak AIM tapi rasanya tak perlu la sampai kata Norman guna kuasa dia utk bagi adik dia menang. Kalau orang yang tau format AIM, memang akan rasa pelik bila tiba-tiba Penakut pulak yang menang anugerah tu.

Sedetik Lebih memang sedap lagunya. Malah, bukan kali pertama lagu ni menang. Takpe la, AIM dah keluarkan kenyataan maaf atas kesilapan Ernst & Young mengira undi.

Thursday, November 24, 2011

Bleeding after miscarriage

My hubby ditanya oleh rakannya di pejabat. Kenapa doktor tak beri cuti sakit kepada I?

Bukan salah doktor. Masa I jumpa doktor hari Selasa lepas, I memang ingatkan semuanya dah ok. No more blood clot. Just light bleeding. Scan pun ok. I pun nampak cergas. Maybe sebab tu doktor tak bagi MC dan I tak terfikir nak minta MC. Believe me, kalau I tak sihat, doktor sendiri akan beri MC tanpa perlu I minta.

Siapa tahu badan I masih dalam proses membersihkan dinding rahim. Semalam memang cramp, heavy bleeding sampai rasa macam air paip yang mengalir. At one point, I rasa macam nak blackout. Dalam hati risau kalau-kalau terpengsan kat dalam toilet. Dalam sejam, ada la 3 kali kot update kat hubby. At least, kalau jadi apa-apa, dia boleh bagitau doktor apa yg dah berlaku.

Mujur tak berlaku apa-apa :)

Tapi menjelang petang, badan dah letih.

My boss is very understanding. I hanya buat light work. Kalau ada apa-apa hal, dia akan datang jumpa I. Dia tak panggil masuk bilik dia sebab dia taknak I banyak bergerak (which I think is not necessary). Sebab tu I tak kesah nak datang kerja macam biasa.

Menurut doktor, bleeding after miscarriage akan berakhir paling lewat selepas 2 minggu. Kalau lepas 2 minggu masih ada heavy bleeding, maknanya ada masalah. Mungkin masih ada sisa yang tertinggal di dalam rahim. Jadi kena alert dengan jumlah darah yang keluar. Kalau pad penuh dalam masa sejam, tu dah kira too heavy. Kalau demam, cramp teruk... cepat-cepat jumpa doktor. Sisa yang tertinggal di dalam rahim boleh menyebabkan infection.

Wednesday, November 23, 2011

Packing barang untuk pindah ke rumah baru

Rumah dalam status "tongkang pecah". Beberapa barang seperti buku-buku, pinggan mangkuk, gelas, cawan kaca dah selamat dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak. Mood tak sabar nak pindahkan semua barang ke rumah baru.

Banyak juga barang nak kena angkut naik lori. Jenuh la nak mengemas balik nampaknya. Nasib baik Isnin depan cuti. Dapat juga la rehat sikit. Selamat tinggal rumah lama. Ahaks.

Lepas tu kita boleh buat countdown untuk family holiday hujung tahun. Yeay!

Tuesday, November 22, 2011

I was pregnant and I had a miscarriage

Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan rakan bloggers yang memberi sokongan dan mendoakan kesihatan saya. Here is my story.

Biarlah I bercerita dengan panjang lebar di sini kerana I tak mampu nak terangkan perkara ni berulang kali kepada mereka yang mengetahui. Untuk korang yang tak tahu, akhirnya akan tahu apa yang I rahsiakan sejak seminggu lepas.

I mengandung. Positive UPT pada minggu lepas. Ia merupakan satu berita yang sangat kami nantikan. Read here :

11.11.11 - Finally I'm pregnant again
Implantation bleeding
Bagaimana I beritahu hubby


19.11.2011

Hari yang panjang...

I mula bleeding pagi tu. Menjelang tengah hari, dah mula bleeding banyak. Terus ke ER. Kali ni, tak macam dulu. No more tears. I tenang hadapi apa yang bakal berlaku. Pengalaman itu mendewasakan kita, betul tak? I cuma berharap doktor boleh buat scan dan bagitau apa yang berlaku sebenarnya. Selepas sejam, baru sampai no giliran I. Doktor tanya beberapa soalan. Kemudian, dia cuba scan my womb.

"I tak nampak baby pun. Are you sure you're pregnant?"

Sentap! Ok, I tak sentap bila dia kata takde baby sebab I memang dah tak letak apa-apa harapan. Tapi soalan dia buat I rasa macam orang bodoh pulak. Takkanlah I nak fake my own pregnancy.

She said I might be wrong. Maybe salah buat UPT. So dia buat urine test. Still negative. I dah kecewa. Kecewa sebab I yakin sangat I dpt positive UPT seminggu yang lalu. I'm not lying. Maybe diorang perasan muka I. Doktor sarankan agar urine dihantar ke lab utk further test. Lagi accurate katanya. So I kena tunggu dalam sejam dua.

Jadi, kami balik ke rumah mertua dulu. Secara jujurnya, I dah tak rasa apa. I taknak buat further test. For me, kalau dah negative.. biarlah negative. Janganlah buat I terseksa. We didn't say much, layan TV. Dalam pukul 4, dah sampai kat hospital semula.

I masuk bilik doktor dan terus tanya, "So, negatif kan? I dah boleh balik la kan?". Direct terus. I tak duduk pun. Tanya kat muka pintu je. Doktor mengiyakan tapi dia suruh duduk dulu. Ok, I duduk. Maybe dia nak explain something.

"Ok, dah dapat lab report. Confirm la you negative. Tak mengandung" katanya sambil check balik result test kat komputer dia.

"Eh, what is this? Positive.. 2 times re-test?". Tiba-tiba doktor sibuk call lab, cakap dengan orang di hujung talian. I dah terpinga-pinga. Kat skrin, terpapar my urine result. POSITIVE (2 TIMES RE-TEST).

Lepas tu doktor call doktor pakar pulak. I tak faham dia cakap apa. Cuma dengar dia sebut "ectopic pregnancy". Berderau darah. Doktor arahkan nurse ambil blood dan terus masuk jarum drip. Dalam hati dah takut sangat. Tolonglah jangan ectopic pregnancy. Ia lebih menakutkan dari miscarriage.

I dibawa berjumpa pakar di tingkat lain. Lega hati bila doktor yg I jumpa tu ialah Dr. Rosa. Doktor ni la doktor yang assist masa I nak bersalinkan Tisya dulu. Dia buat transvaginal scan. Menurut Dr. Rosa, dia tak nampak kantung di mana-mana. Jadi tak boleh buat apa-apa conclusion lagi. Tapi dinding rahim memang dah menebal. So dia nak monitor my HcG level dalam darah. Kemudian, repeat test selepas dua hari. Kalau level makin tinggi, bolehlah dianggap yang I pregnant. Kalau tak, maknanya dah gugur secara semulajadi.

Malam tu, doktor call. Katanya, kalau ikut blood test result, mmg HcG level tu ada tetapi rendah. So apa-apa, kena compare dengan blood test yang akan diambil 2 hari lagi. Doktor ni baik dan sweet. Dia siap kata, jangan fikir banyak, jangan risau apa-apa. Rehat je.

I mengiyakan je la. Tidak berharap apa-apa sebab masih bleeding. Macam period je tapi perut tak cramp dan bleeding boleh dikatakan no clot at all. So macam entah la. Perasaan tu tak tau la.


21.11.11

Petang tu buat blood test sekali lagi. Malam sebelum tu, dah mula keluar blood clot. Tapi tak sakit apa. Cuma tengah hari nie, perut dah mula sakit. Berdiri sakit, duduk sakit, baring pun sakit. I know this is happening. Dah macam dejavu rasanya. My hope went down to zero.

Hubby informed orang kat tempat kerja. Dia terus dibenarkan balik awal. Ya Allah, perut sakit sangat tapi I masih mampu tahan. I taknak terus rush ke hospital. Bukannya boleh terus dpt rawatan. Sakitnya macam dulu, macam kena tikam dengan pisau. Lagipun, I nak ia berlaku secara natural seperti dulu (tanpa perlu melalui D&C).

Pukul 4 petang, dah terpacak kat wad utk buat blood test. Doktor Rosa tak bertugas pada hari tu. Jadi, keesokan harinya baru jumpa dia di klinik Pakar. Ajaibnya, sakit yang menikam-nikam tadi terus hilang bila jejakkan kaki di hospital. I tau, bila-bila masa je "ia" akan keluar.

Dalam pukul 6, dah sampai rumah. Rehat kejap. Lepas tu mandi. Masa mandi, clot dah mula keluar. Then, I terasa sesuatu. Macam ada benda licin yang tersangkut. I tarik perlahan. Elok terus jatuh ke telapak tangan.

I pandang dan mengucapkan syukur. Syukur kerana "ia" tidak terus jatuh ke dalam lubang tandas.. tidak terus "pergi" dibawa air yang mengalir. Sekurang-kurangnya I dapat melihat rupanya walaupun masih belum sempurna. I letak di dalam satu bekas kecil sebab nak tunjukkan pada doktor. I yakin itu "ia" sebab ni bukan kali pertama I mengalami keguguran. Rupanya sama macam apa yang I tengok kat Internet. Cuma sac telah diselaputi darah.


I wanted to show hubby how does "it" look like. Mula-mula dia taknak tengok sebab taknak sedih. I bagi tau dia, tak perlu nak takut sebab belum sempurna sangat.Kami sama-sama tengok "ia".


22.11.11

Have a final check up at O&G clinic. Doktor mengesahkan hcg level dah turun. So I cerita kat dia apa yang berlaku semalam. Doktor cakap I patut simpan "ia" agar mereka boleh hantar ke lab. Bila I cakap I memang ada simpan dan bawa ke clinic, doktor tu excited.

So "ia" dihantar ke lab utk POC (Products of conception, or POC, is a medical term used to refer to the pregnancy remains after a miscarriage. Sometimes testing can be done on the POC to help identify the cause of the miscarriage. When doctors discuss testing the POC, they are usually referring to either chromosome testing or a pathology examination.)

Alhamdulillah, tiada sisa di dalam rahim. Semuanya ok. Berlaku secara natural seperti dulu. I takut kalau kena D&C sebenarnya. Macam sakit je bunyinya. So, kena tunggu period sekali lagi. Lepas tu dah boleh cuba utk mengandung semula. Yeay!


Jadi sekarang ni berpantang makan. Tak buat kerja berat lagi. Terima kasih yang tak terhingga kepada hubby sebab dia yang banyak membantu I sejak turun darah minggu lepas. I hanya memasak kat rumah. Yang lain, dia uruskan. Kain baju pun dia yang tolong basuh sebab washing machine dah hantar pergi rumah baru. Nanti dah sihat, kena masak special utk dia la nampaknya.

Cuma sedih juga la bila dengar Tisya cakap dengan sepupu dia yang dia akan dapat adik, ada baby dalam perut Umi dia. Dan bila sepupu dia tanya I, I cakap "takde". Tisya beriya-iya cakap "ada". Macam mana nak explain? Memang tak boleh explain. Tapi sejak kami tak sibuk cakap pasal baby, tak panggil dia "kakak tisya", dia pun macam dah lupa.

Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan kepada kami semua. Semasa kami mengalaminya buat kali pertama dulu, kami menangis. Mungkin kali nie, kami sedikit tabah. Tambahan dengan gelak ketawa Tisya, kami tidak pernah rasa kehilangan apa-apa.

Monday, November 21, 2011

Quick Note

Dear friends,

I'm on sick leave. Please pray for my recovery.


Lots of hugs,
Liz

Friday, November 18, 2011

God, Please Give Me More Time

Orang lain baru nak layan J-Pop dan K-Pop, I dah layan sejak tahun 2000 lagi. So sekarang, perasaan tu dah suam-suam kuku la juga.

Boleh dikatakan satu rumah layan drama dan lagu dari negara Jepun dan Korea. Dah la waktu tayangan petang-petang kan? So kalau nasib lecture habis pukul 6 petang, terpaksa la berjalan cepat-cepat sebab nak sampai rumah awal. Hehehe.. Siapa la tu eh? Jangan tak mengaku. Dari Beach Boys... GTO... sampai ke Winter Sonata... Autum in My Heart. Lagu pun sampai boleh hafal.

Dalam banyak-banyak drama yang I tengok, ada satu drama yg kalau boleh I nak repeat.

GOD, PLEASE GIVE ME MORE TIME.

Sape dah tengok, angkat tangan? Drama ni tidak ditayangkan di kaca TV. So peratusan orang yang dah tengok mungkin tak tinggi la. Cuma yang betul-betul layan J-Pop je mungkin berpeluang tengok. Tu pun kalau ada member yang ada drama tu.

Drama ni membawa lakonan hebat dari Kyoko Fukada dan Takeshi Kaneshiro. Hebat dari segi berjaya buat penonton sepertiku sedih, kesian dan menangis dengan nasib yang menimpa Kyoko Fukada. Sampai I layan drama pun 10 jam tanpa henti sambil merembeskan air mata. Hahah.. tak malu mengaku menangis sebab cerita ni memang sedih.

Ceritanya mengisahkan seorang pelajar (Kyoko) yang dijangkiti HIV setelah menjual tubuhnya kepada seorang lelaki semata-mata nak dapatkan duit utk beli tiket konsert seorang penyanyi pujaannya (Takeshi). Pasangan dia tak tau yg dia ada HIV. So agak lewat juga la baru Kyoko tau dia kena HIV.

Dipendekkan cerita, dia risau HIV tu berjangkit pada Takeshi (paham2 la kenapa dia rasa Takeshi pun boleh kena ye.. tak perlu cerita detail kat sini). So dia berusaha nak bagi tau Takeshi. Pada awalnya Takeshi ingat Kyoko saja nak raih perhatian dia tapi lama-lama tu, baru dia faham yang niat Kyoko hanyalah untuk minta Takeshi buat ujian HIV agar dia boleh rasa tenang kalau lelaki tu tak kena penyakit tu macam tu.

Fast forward, Kyoko ni mengandungkan anak Takeshi pulak. At first, dia taknak minta Takeshi bertanggungjawab tapi Takeshi pulak dah jatuh cinta dengan dia. Kyoko berusaha lari dari Takeshi tapi Takeshi dapat cari dia. Dia berhasrat nak kahwin dengan Kyoko.

Ko bayangkan ye. Dah la suka giler kat takeshi, mengandungkan anak dia.. tapi sebab sakit, sanggup tolak semua tu jauh-jauh sebab taknak Takeshi dibebani masalah. Tapi Takeshi pulak sweet sangat sampai sanggup tunggu Kyoko. Lepas tu ada orang busuk hati cuba nak pisahkan diorang. Terpisah dalam keadaan sakitnya makin teruk. Kurang ajar betul.

Eiiii, nangis bila tengok. Especially part video yang Kyoko tinggalkan utk Takeshi.

Tapi klimaks nye di ending. Kyoko mati dan pergi bersama cintanya terhadap Takeshi. Anak perempuannya tidak dijangkiti HIV dan kisah berakhir dengan Takeshi bercerita kat anaknya tentang isterinya yang sangat disayangi, Kyoko.

I nak repeat. Sape ada video drama nie? Pleaseee, nak pinjam!

Nak tengok trailer, boleh check kat sini : http://www.youtube.com/watch?v=308EbWAHDpU

Thursday, November 17, 2011

No bedi no bedi bat chu

Fuh, tarik nafas panjang-panjang. Senyap blog ni selama 2 hari kan? Ahaks..

Kami tiga beranak sedang mengalami fasa masuk tidur awal. Muahaha, heaven betul dapat tidur awal sekarang nie. Paling lewat pun pukul 10 malam la. So kalau ada sms masuk lewat malam tu, alamatnya lambat la berjawab. Tak tau la sampai bila fasa tidur awal ni nak berlarutan. Tapi best juga tidur awal kan? Bangun tengah malam, "Eh, baru pukul 2 pagi?". Rasa macam dah lama je tidur.

Malam tadi pukul 8.15 malam Tisya dah masuk bilik. Lepas dia dia jengukkan muka ke ruang tamu sambil cakap, "Abi.. masuk tidur la. Dah malam". Bila abi dia cakap kejap-kejap, dia baring balik sebelah Umi dia sambil mengumpat. "Umi, abi taknak masuk. Dah malam kan? Luar dah gelap. Kena tidur".

Budak ni bagus. Suruh dia tidur petang, dia boleh keluarkan ayat, "Mana boleh tidur! Belum malam lagi. Tengok luar. Ada matahari".

Kalau dia cakap camtu, boleh faham lagi. Cuba kalau time Tisya cakap sorang-sorang?

"No bedi no bedi bat chu... no bedi no bedi bat chu"

Abi nye dok pandang dia sebab tak paham ape anak dia cakap. Umi dia? Haih, mesti la faham.

" Apa la abi. Tu pun tak faham. Dia nyanyi "Nobody nobody but you" "

Kecik-kecik dah K-Pop ko! Tapi lagu tu je la. Umi dia nak ajar J-Pop pulak.

Tuesday, November 15, 2011

Bagaimana I beritahu hubby...

Dah lama sangat nak tunggu pregnant balik. Jadi bila dah tau yang I pregnant semula, mesti la taknak tunggu lama. Terus nak bagi tau hubby. Tapi I tak terus bagi tau dia on the phone. Sms pun tidak.

I buat satu kad khas utk dia. Barang agak limited. Dah la scrapbook stuff tinggal kat rumah. Yang ada kat office hanyalah plain colourful A4 paper. Lantak la. I guna tu je. Dengan pen warna-warna pun takde. I print out ayat-ayat penting, lekatkan gambar-gambar yang perlu dan paling penting, I lekatkan UPT kit with positive result kat kad tu.

Dengan hubby, I tak boleh buat ayat berkias. Nanti dia tak faham. So nak senang, bawah UPT kit tu, I tampal gambar yang ada kat instruction sheet. 2 lines meaning I’m pregnant. Kalau dia tak faham, tak tau la. Hahaha… Kad tu I letak kat dalam satu sampul warna putih. Letak nama penuh dia. Letak alamat rumah baru. Siap lekatkan setem chop.

So petang tu juga (11.11.11), I bagi kat dia. Sebelum dia turun ambil Tisya, I serahkan kad tu kat dia. Dia nak buka kemudian tapi I paksa dia buka time tu juga. Dia belek setem tu. Fuh, dari Bangi. Ekekekek.. hubby I memang blur. dia buka. Maybe masa tu dia dah tau yg kad tu I buat sendiri tapi dia still tak faham utk apa I bagi kad tu. Muka depan kad tu I just tampal nombor 11.11.11 besar-besar.

Bila dah buka,terus dia dapat tangkap “berita baik” tu.

And I said to him, “Dah, pergi ambil KAKAK Tisya

Monday, November 14, 2011

Dah boleh pindah ke rumah baru

Hello... good morning! I better buat entry hari nie sebelum I jadi super busy for the next 2 days. Dah tengah bulan, macam ni la kerja kat office.

Kerja-kerja di rumah dah hampir siap. Minggu lepas dah pasang grill warna putih (cantiknya warna putih dan orang tu masih tanya "kenapa akak taknak warna lain kak? coklat ke, cream ke".. iskkk). Curtain rail pun dah pasang. Guna yang lama je. Cuma nak kena beli lagi 2 rails sebab ada 2 tingkap tu jenis 3 panels. Tak cukup panjang rail yg ada nie. We decided not to use curtain for bedroom doors. I nak simple dan tak menyesakkan. Dah la rumah tak berapa besar.

Tinggal nak beli lampu kat hallway, lepas tu baru complete. Tapi tu nanti-nanti la. Bajet kemudian. Ada banyak lagi perkara penting nak didahulukan. Biar kumpul duit sikit-sikit. Janji tak berhutang banyak dengan bank. Hutang beli rumah pun belum habis bayar lagi.

So hujung minggu ni nak basuh rumah buat kali kedua. Next week dah boleh pindah. Abang sebelah rumah kami asyik kata dia boring sorang-sorang kat situ sebab jiran lain belum pindah. Sabar ye. Nanti kami pindah, boleh main badminton dengan jiran.

Sunday, November 13, 2011

Implantation bleeding

Hari nie, rest saja sebab dah ada tanda implantation bleeding. It was not a fresh blood. Alhamdulillah. Kalau tak, I akan panik. Tapi pinky camni pun I panik. Kalau boleh, I nak baring je. Biar proses tu berjalan lancar. Ahaks.

Tapi camne nak baring? Nak kena buat kerja rumah. Nak layan Tisya. At on point, Tisya refused to comb her hair. I terpaksa pujuk dia dengan cara bagi tau yang dia sekarang dah jadi kakak. Kena sikat rambut cantik-cantik. Kalau tak, nanti adik pun taknak sikat rambut. Dia tanya adik mana? I cakap, adik dalam perut. Dia cuma cakap,oooooo.

Lepas tu dia ambil bedak. I letakkan sikit atas tapak tangan dia. Dia terus selak baju dia dan sapukan bedak kat perut dia. Erk, kenapa Tisya sapu bedak kat perut? Dia ckp, Tisya nak sapu bedak kat pipi adik T_T

By night, kelihatan seperti tiada lagi pinky blood. Alhamdulillah.

Friday, November 11, 2011

11.11.11 - Finally, I'm pregnant again

Miss P is 4 days late. Honestly, I don’t put high hope this month. It’s simply because I feel sick of this waiting game. I always have 28 days cycle. But since we decided to have a second baby, my hormone goes ups and down like crazy.

Ehem, ok.. hari ni dah masuk hari ke 32. I biarkan lewat sampai 4 hari dari cycle sepatutnya (28 days). Just in case kali ni cycle tu jadi 30 hari pulak kan. I dah penat kecewa. Bila tunggu lewat sehari dan buat UPT, esoknya Miss P datang. Bila tunggu lewat 2 hari dan buat UPT, esoknya tu pulak Miss P datang. Faham tak? Geram tau.

Now dah lewat 4 hari, masuk hari ke 32. I malas nak buat UPT. Tapi dari pagi I tak boleh concentrate kat office. Rasa nak marah pun ada. Nak tau apa I doa masa solat Subuh pagi tadi? I doa pada Allah. Kalaulah pregnant kali ni, tolonglah beri satu petunjuk. I taknak abaikan my second child. Senang cerita, kalau I tak pregnant, please let Miss P comes today. I really hate this waiting game.

Menjelang tengah hari, I dah tak boleh tahan. Still no sign of Miss P. No cramp at all. It should be a good sign but my eyes filled with tears. I was so afraid to do UPT. Macam mana kalau I buat, lepas tu negative dan esok I period? It will break my heart for a 5th times! Yes, this is my 5th times.

I can’t believe it is so hard to “make” my 3rd pregnancy with my second child!

I bought a test kit during lunch hour. I dah tekad. Kalau lepas lunch masih tiada tanda, I akan buat UPT. Jadi bila masih tiada tanda menjelang pukul 2.30 petang, I terus buat UPT. Selalunya, I akan tengok test kit tu dari saat pertama. Tapi kali nie, I titikkan dan I terus pandang jam. Wait for a minute..... lepas tu baru tengok.


It's positive!!!

Thank you! Thank you! Itu je yang I mampu ucapkan masa tu. Mula-mula memang rasa happy. Lepas tu rasa risau. Kalau korang baca sejarah my first pregnancy (check back my entry on year 2007), korang akan faham kenapa I risau.

Masa mengandungkan Batrisyia, I tak beritahu sesiapa kecuali our families dan my bestfriend; Weed. 3 bulan I tutup mulut rapat-rapat. I betul-betul nak make sure I berjaya lepas first trimester. Lepas tu baru I beritahu kepada semua orang.

Utk pregnancy kali nie, I ingat nak senyap juga. I'm sorry. Insya Allah I akan beritahu berita ni di masa yang sesuai.

Thursday, November 10, 2011

26 ceritaku tentang pengalaman seorang kaki jalan

Wah, "nyesal" tinggalkan komen kat Fatt. Alih-alih dia suruh I buat tag juga. Ok la Fatt. Sebab dah lama tak buat tag, aku buat juga la khas utk ko.

Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
~ My name is Liz. Umur 29 tahun. Seorang perempuan. Seorang yang simple berpakaian tapi sangat details dalam serba serbi.

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
~ Kalau travel mcm Fatt, memang tak la. Hahaha. I lebih kepada bercuti dalam negara bersama keluarga. Mcm family holiday la. My family start terjebak dengan family holiday bila kitorang dah kahwin dan dah beranak pinak. Kiranya keluarga dah besar sikit. Lepas tu elok pulak wedding anniversary masing-masing jatuh pada bulan 12. 3 couples eh sambut serentak. So nak celebrate, kitorang pergi bercuti pada bulan 12 tiap-tiap tahun.

Our first family holiday in Langkawi

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
~ Tourist atas sebab seperti dalam point no. 2. Kalau dapat jadi traveller kan best.

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
~ Memandai sendiri. Ahaks. Backpacking memang sah-sah tidak. Tour agency lagi lah tidak. I suka cari maklumat sendiri. Cari tempat mana nak pergi, hotel mana nak duduk, berapa bajet kena ada. Lagi best bila buat camtu. So everytime ada family holiday, I dilantik secara tidak rasmi utk buat semua tu.

5. Siapakah travel partner anda?
~ My family. Kadang-kadang pergi dengan suami dan anak. Tapi tiap-tiap tahun wajib buat family holiday dengan family besar.

Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
~ Nada aka tidak pernah. Wah, bila la dapat pergi nie ek. Manjang baca pengalaman orang lain je

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
~ Urm, semuanya dalam Malaysia. Negeri yang tak pernah jejak lagi ialah Kelantan dan Sarawak. Kitorang akan pergi tempat-tempat menarik yang sesuai utk family.

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
~ Langkawi. Sekali masa honeymoon. Sekali lagi dengan family Seremban. Ramai-ramai kan seronok.

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa
~ Sabah! Tak puas berjalan. Tak sempat snorkeling. Nak panjat Gunung Kinabalu. Paling menjadi sebab utama ialah softcopy SEMUA gambar masa pergi Sabah February lepas telah lesap tanpa diketahui puncanya.

Nasib baik ada simpan gambar kat FB

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
~ New Zealand sebab nak buat bungee jump.
~ London sebab nak bergambar dengan red telephone booth.
~ Rome sebab nak melawat sendiri tempat-tempat bersejarah di sana.

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
~ Masa pergi ke kaki Gunung Kinabalu. Ada 2 orang kwn kami ikut sekali. Kitorang naik satu kereta. Lepas tu nak ke Botanical Garden. Dah la signboard sedikit confuse. So bawa je la kereta ikut satu jalan nie. Jalan punya jalan, makin lama makin tinggi, makin lama makin redup, makin lama makin sempit. Lepas tu, tak jumpa sebijik kereta pun. Dalam hati dah terasa macam salah jalan tapi redah juga. Lepas tu nampak la van turun. Terus tanya pemandu tu. Dia kata, ni dah jalan naik gunung, nak ke pit stop. Dalam kereta semua bantai gelak. Orang lain panjat gunung, kitorang memandu naik gunung!

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
~ Ada satu pengalaman buruk masa kat Langkawi. Malam tu, kitorang makan kat gerai biasa je. Esok tu baru nak mkn kat seafood restaurant. So masa kat gerai biasa tu, service mcm hareemmm. Nak dekat 2 jam eh tunggu makanan. Tu pun kira sabar juga la tunggu. Kalau ikut I, lepas sejam I cabut. Dah la tu, makanan lambat. Lepas tu, bila suruh kira, sedap2 je dia terus lump sum. My mom paksa dia kira balik ikut harga kat menu. Nak menipu tak bertempat. Sekali kena marah. Grrr...

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
~ Of course, mesti la nak rasa masakan negeri orang lain. Lagi tulen la kot. Cuba beli nasi dagang kat pasar malam dengan nasi dagang dari negeri asal, jauh beza kan? I memang suka cuba makanan di tempat orang.

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
~ Ahaks, tak dpt nak fikir eh makanan mana satu nak tepek kat sini. Tapi ni la, ada satu gambar. Laksa Power kat area Langkawi Airport. Terbaik!! Makan pulak kat tepi pantai kan. Dengan angin sepoi-sepi bahasa. Pekena pulak rojak buah dan cendol pulut, perghhhh... akan ingat sampai bila-bila!

Sorry... dah masuk perut!

Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
~ I am a backpack. Ok, soalan ni ada maksud tersirat ke? For me, backpack menggambar seorang yang bebas. Dia akan buat ikut suka dia tanpa terlalu berhati-hati. Eventhough I seorang yang suka buat plan and stick to it, tidak bermaksud I akan ikut plan tu bulat-bulat. I mungkin nampak innocent tapi percayalah, I bukan seorang yg innocent.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
~ Ok, ada satu troli beg. Pinjam everytime nak pergi jalan jauh. It belong to my mom or dad. I dunno. Tapi takde gambar pulak. Ni pulak I panggil beg balik kampung sebab beg ni kecil. Kampung I kan dekat. Jadi memang ni la beg balik kampung kami. Beg ni guna kalau pergi jalan utk 3 hari. Kalau lebih dari 3 hari, kena cari beg lain. Dah merata beg ni jalan. Beg ni berasal dari Langkawi. Dia dah berjalan ke Cherating, Johor, Terengganu, Sabah.. eh, byk la tempat dia dah pergi.



17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
~ Kamera sebab I suka ambil gambar.
~ Handphone sebab senang family nak call kalau ada emergency.
~ Laptop sebab nak transfer gambar yang diambil (sokmo kamera penuh dengan gambar sebelum percutian tamat)

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
~ Berus gigi, syampu, sabun mandi (boleh dpt kat hotel atau beli kat luar)

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
~ Semestinya ambil gambar dan dapatkan seberapa banyak info tentang tempat yang I pergi. Senang nak share dengan pembaca lain. Untuk kemudahan orang lain juga. Tanpa kita sedari, orang sekarang suka cari info di Internet sebelum bercuti ke mana-mana tempat. Kalau ada blogger yang sudi berkongsi maklumat (seperti tempat-tempat menarik, hotel rate etc), ia akan menyenangkan pembaca.

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
~ Suka bergambar!

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
~Ni agak susah sebab gambar I memang tak banyak sebab I akan jadi tukang ambil gambar setiap kali pergi bercuti. So banyak gambar orang dari gambar diri sendiri. Tapi ok la, I share satu gambar sopan.

Colmar Tropicale

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
~ Fridge magnet. Kalau pergi mana-mana, wajib beli. Kalau ada kawan travel overseas, wajib kirim. Lihat sini. Itu koleksi setakat hingga March, 2009.

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
~ Yups tapi bukan fridge magnet. Tak semua orang suka fridge magnet. I akan beli apa yang sesuai.

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
~ Kalau tak magnet, selalunya beli t-shirt je. Boleh pakai kat rumah.

Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang pernah dikunjungi (pick random)
~ Wow, ok... I baca ayat ni berkali-kali sebab nak dptkan idea. Ok, random je la ye. I takkan sebut nama tempat.

1- Kebanyakan tempat yang I pergi, mereka mcm lebihkan orang luar dari orang tempatan. Dengan orang luar, bukan main peramah, bukan main sopan. Dengan orang sendiri, kadang-kadang senyum pun tidak. Berlaku.. tapi tidak di semua tempat.

2- Bila berkunjung ke tempat bersejarah, orang luar sangat minat nak tahu tentang sejarah kita (same goes bila kita ke tempat orang, kita minat nak tahu sejarah mereka). So kita sebagai orang tempatan kena cuba tahu fakta-fakta sejarah kita. Jangan bila tourist tanya, ternganga nak jawab. Soalan paling simple (yang takde kaitan dengan sejarah) ialah, "What is belacan?". Sungguh ni. I dengar soalan tu masa kat Langkawi. Ternganga budak tu nak explain. Dia reti ckp bahasa Inggeris tapi dia taktau apa kandungan belacan. Isk...

3- Malaysia ni banyak tempat menarik. Cuma kita kena pandai cari dan buang perspektif "overseas are much more better" (walaupun ia benar). Kalau kita betul-betul nak have some fun, piknik kat PD pun dah boleh buat kita happy.

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
~ Saya berangan ada duit banyak. Lepas tu boleh travel ke New Zealand. Boleh buat bungee jump kat sana sebab tu salah satu perkara yang saya idamkan sejak saya berumur 15 tahun!

Tuesday, November 08, 2011

Chocolate Cheese Cake

Masa single dulu, rajin sangat bertapa kat dapur dan buat pelbagai jenis kek, roti dan biskut. Pizza pun dah pernah buat. Lasagne, Makaroni Bakar, Cinnamon Bun.. eiii, memang suka sangat lah time tu.

Tapi sekarang tidak lagi sebab kat rumah tiada oven. Bukan taknak beli tapi I demand nak macam kat rumah mama. Huhuhu, dah terbiasa bakar guna gas oven. Electric oven ni mcm tak feel pulak. Jadi I memang pasang angan-angan nak rembat gas oven. Dapat brand Europa pun jadi la.

Sempena sambut hari lahir Batrisyia (2 Oktober) dan paksu dia (5 November), I buatkan Chocolate Cheese Cake. Hajat sebenar nak buat Red Velvet Cake tapi tak jumpa Mascarpone Cheese. Kalau diikutkan, boleh je ganti dengan cream cheese tapi I suka mascarpone sebab rasanya agak manis sedikit. Tak la muak sangat dengan cream cheese nanti.

Utk Chocolate Cheese Cake nie, I hanya hias dengan shaved chocolate dan Hershey Cookies Choc di atasnya sebab kat rumah tu diorang tak berapa gemar krim.

The hardest part in making cheese cake is to leave it in the refrigerator =)

This cheese cake has a mousse-like texture. Bila makan, teringat kat chocolate mousse.




Lepas pindah masuk rumah baru, boleh la buka semula tempahan kek :)

Friday, November 04, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Yeay, hari ni nak balik kampung!!!

Ahaks, macam la orang lain tak balik kampung, ye tak? Kampung dekat tapi dah 2 bulan tak balik. 2 bulan tu kira lama la tau sebab kitorang wajib balik kampung sebulan sekali. Mesti fair and square. Tapi sebab dok setelkan hal rumah, ditambah pula dengan macam-macam kenduri, tu yang tak balik kampung bulan lepas. I feel guilty.

Tapi tokwan dan nekwan jangan risau eh. Cucu perempuan ni dah reti nak sebut nama.

Umi : Sapa nama abi?
Tisya : Ro-ai-jat
Umi: Sapa nama umi?
Tisya : Aa-li-ja
Umi: Sapa nama tokwan?
Tisya : Hanapiah (reti pulak dia sebut betul-betul)
Umi: Sapa nama wan?
Tisya : Nor (patutnya Norlisah tapi asyik fail nak ingat. Sudahnya I suruh dia sebut "Nor" je)

I miss my mom's cooking. Bukan I tak boleh masak tapi nak juga mama masak. Fyi, setiap kali I balik, mesti nak request satu lauk untuk dimakan sejurus sampai ke rumah. Untuk malam nie, daging masak sambal bakal menunggu kami. Nyum nyum...

Hari Raya Aidiladha tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri. Selalunya, kami hanya beraya di rumah atok nenek. Tidaklah sampai melawat sanak saudara. Ala, rumah pun dekat-dekat je. Satu kawasan.

Esok, kami bakal buat sambutan hari jadi utk 4 orang. Potong kek je. Takde apa-apa pun. Will update about it later. I juga nak melihat DSLR kat rumah tu. Dalam diam ada orang tu beli DSLR. Isk.. jealous betul.

So, sape lagi balik kampung hari ni? Kampung korang kat mana?

Thursday, November 03, 2011

Seksualiti Merdeka

First and foremost, terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanya tentang entry semalam. Ahaks, lega hati aku dapat cerita kat korang. Thumbs up to Ely sebab dia mengamuk macam I juga. Hahahah.. Opps, Ely, jangan cerita apa-apa di ruangan komen sini.

Ok la.. dalam pada kisah buku yang dikeluarkan oleh OWC tu, tiba-tiba muncul pulak kisah "Seksualiti Merdeka". Mula-mula I tak ambil port sebab rasa macam taknak ambil tahu. Tapi bila newspaper hari ni keluarkan bantahan dari pelbagai pihak, baru la terhegeh-hegeh nak tau apa itu Seksualiti Merdeka. First, jom fahami apa itu Seksualiti Merdeka di sini : http://www.seksualitimerdeka.org/

Ok, dah baca? Now, baru I nak komen.

Katanya, Seksualiti Malaysia tidak cuba utk promote hubungan songsang kepada rakyat Malaysia. (Berita penuh di sini). Tapi tak terfikir ke dengan cara nie, dalam diam mereka memang menggalakkan lebih ramai orang melakukan hubungan sonsang. Maybe la selama ni ada yang teringin nak bernafsu begitu tapi tak berani. Sekali tiba-tiba ada pulak Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak mereka dan memberi support. Silap-silap, terus diorang tak takut dan bertukar songsang.

Kalau korang tgk schedule diorang kat sini, dah sah-sah mereka memberi support kepada golongan tu dan dalam masa yang sama, menarik minat orang lain utk keluar dari kepompong ketakutan dan berani diri menggelarkan diri mereka sebagai gay dan lesbian.

In Malaysia, the lesbian, gay, bisexual and transgender (“LGBT”) community has long been treated as “outsiders”, even though they are citizens. Members of the LGBT community in Malaysia face numerous hardships, including a lack of personal safety due to harassment by civil and Syariah authorities, living in fear of prosecution for the private acts of consenting adults, and constantly facing public discrimination and denigration. They are perennially at the receiving end of negative innuendo and hate speech in the mainstream media, which is seemingly tolerated by the authorities.

What do you mean by "outsider"? Harrassment by civil and Syariah authorities? I taknak cakap pasal orang bukan Islam tapi kalau dah dia orang Islam, memang wajib jabatan Syariah masuk campur. Itu satu tanggungjawab utk mengembalikan golongan ini ke jalan yang benar. Apa itu jalan yang benar? Itulah jalan hidup sebenar yang ditunjukkan oleh Allah.

Kalau baca betul-betul, mereka juga minta hak mereka utk menukar nama dan jantina tidak dinafikan di mahkamah. Masih ingat kes Saiful? Mereka harap perkara tu tidak berulang atas alasan mereka inginkan hak mereka dihormati. Bagi mereka, undang-udang di Malaysia tidak berpihak kepada mereka.

Eii, dah tak tau nak cakap apa. Sesetengah rakyat Malaysia ni makin lama makin pelik. Kalau dah kemaruk sangat nakkan hak hidup sebagai gay dan lesbian, sila bermastautin di negara-negara yang "katakan YA kepada seks songsang".

Kalau nak guna bahasa kasar, camni bunyinya. Kalau kau nak masuk neraka, kau masuk neraka sorang-sorang. Jangan ajak orang lain teman kau kat sana eventhough ada banyak cara lain untuk orang tu masuk neraka. Kau faham?

I tak pandang rendah golongan nie. Orang kata, golongan camni kita tak perlu respect. Daripada korang caci mereka, cubalah bimbing mereka kembali. Kalau kita tidak berusaha, kita taktau kesudahannya kan? Honestly, I have a gay friend. Dah 16 tahun I kenal dia. Dah hampir beberapa tahun dia jadi gay dan dah beberapa tahun juga dia berani tunjukkan siapa dia yang sebenar.

Still remember those days masa dia mula-mula keliru. Dalam sebulan, ada 2-3 kali dia telefon sebab kami dipisahkan oleh lautan. Dia luahkan perasaan dia. Dia minta I nasihatkan dia. Pernah sekali, dia menangis. Apa yang I perlu buat?

I beri dia sokongan. Bukan menyokong dia menjadi gay tapi menunjukkan dia cara hidup yang sebenar. Tapi tak pernah sekali I marah dia. Kalau awal-awal I pinggirkan dia, macam mana? After all, he is my friend. Tapi dia sering mendapat cemuhan dari orang lain. Akhirnya, dia berpaut kepada sokongan yang diberi oleh komuniti gay.

Now, can you see what will happen in Malaysia?

Wednesday, November 02, 2011

I had enough! Jangan menguji kesabaranku

Sebenarnya, I dah karang entry tak puas hati. Tinggal nak copy paste ke sini je. Tapi masih berkira-kira nak letak kat sini.

Last night was... urm, how to put in words? Ordinary night tapi tiba-tiba I marah dan keluarkan satu perkataan yang tidak sedap didengar? Shhh.. jangan salah faham. I tak marahkan hubby tau. Kami baik-baik saja. I marahkan orang lain. Memang potong stim la malam tadi. I terus masuk bilik, baring atas katil dan ignore semua orang. Ahaks, macam la ramai sangat orang kat rumah tu kan?

The "best" thing about hubby ialah dia tak pujuk tapi dia boleh suruh istigfar banyak-banyak. Sabar je la. Dia tak tau wife dia tengah tahan diri daripada menghamburkan kata-kata kesat. Disconnected from people around me is the best thing to do. Kalau I tak step back, memang I jadi garang.

Hati membuak-buak nak bercerita kat sini. Hmm, maybe next time. But kalau korang nak tau juga, send me a message at FB.

Tuesday, November 01, 2011

Kawan-kawan Tisya di nursery

A few weeks ago, hubby balik lambat. Hari tu hari Jumaat. Dia kerja setengah hari. Jadi kereta dia yang bawa. Bila dah lambat sangat, I balik naik tren. Tunggu punya tunggu punya tunggu, kereta tak muncul-muncul. I buat keputusan utk menapak ke nursery Tisya sebab taknak kena charge overtime banyak sangat. Ahaks.

Sampai sana pun nak dekat pukul 6.45 petang. Dah ramai kawan-kawan dia yang balik. Bila sampai je, kawan-kawan dia serbu sambil tanya, "Mana kereta?" "Mana ayah Tisya?". Masing-masing nak salam. Masing-masing nak bercerita. Tisya? Dia duduk kat meja sambil muka monyok tgk kawan-kawan dia sibuk bercakap dgn umi dia. Hahaha.. tau pulak nak jealous. Tapi lepas I peluk cium dia, dia ok la. Sambung main semula.

Budak-budak ni memang talkative. Macam-macam cerita diorang nak bagi tau. Semua berkerumun. I was like... alamak, tak boleh jadi nie. So I fikir cara nak bagi diorg rileks sikit.

I keluarkan kamera dan tanya, "Sape nak ambil gambar?". I rasa mereka suka bergambar sebab everytime jamuan raya atau hari guru, memang macam-macam pose budak-budak nie buat.

Pertanyaan I disambut dengan sorakan. Yang sorang tu, nama dia Hadif.. siap cakap eh, "Gambar muka kita mesti masuk tau!". Isk... I like him because he called me 'kakak' instead of 'aunty'. Hehehehe..

Maka nursery riuh rendah dengan gelagat diorang. Ada buat aksi Ultraman. Ada buat aksi lawan. Ada buat bentuk keretapi. Ada melompat. Macam-macam! Tapi I suka sebab bebudak ni seronok.

Ni salah satu gambar skema yang I ambil sebelum mereka jadi riuh-rendah buat pelbagai aksi.

From left: Hadif,Fawaz, Tisya, Shafiq, Akil, Sara, Danish

Menurut cikgu, Tisya sebaya dengan Hadif dan Danish. Yang lain, tua setahun dan 2 tahun. Sebenarnya, geng Tisya ramai lagi tapi masa tu ramai yg dah balik. Tunggu la jamuan lain kali. I suruh cikgu dia ambilkan gambar banyak-banyak
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.