Friday, October 28, 2011

First time cuba masak Spaghetti Aglio Olio

2 malam lepas, I teringat-ingat Spaghetti Aglio Olio yang I makan di Marmalade Cafe, Bangsar Village. Dulu, tak teringin nak makan pun sebab nampak tak pedas langsung. Kalau makanan tak pedas, tak kick la kan? So rasa mcm Aglio Olio ni biasa-biasa je.

Tapi bila pergi Mom Bloggers Dinner tu, dpt la merasa. Wah, sedap rupanya. Walaupun tak nampak pedas tapi mmg lazat!


This is my first attemp. Kalau korang nak tau, nama makanan ni dah menunjukkan 2 bahan utama yang terkandung di dalamnya. Aglio bermaksud bawang putih manakala Olio bermaksud minyak zaitun. Ditambah pulak dengan masam manis buah zaitun, I suka.

Risau nak masak benda yang tak pedas sebab hubby suka pedas. Tapi tgk ok je dia makan. Habis la satu pinggan. Dia takde bagi komen tapi Tisya makan sampai licin dan bagi komen, "Sedap tau". Thank you darling!

Nak resipi yang senang nie? Check this : Spaghetti Aglio Olio

Thursday, October 27, 2011

Tisya

DEFINISI MAGHRIB BAGI TISYA

Tisya : Maaaana abi nie? Lambat la.
Umi : Hmm, mana abi nie ye?
Tisya : Abi lambat la. Tak dapat seat
Umi : Kita tunggu abi la ye. Tengok, dah maghrib dah.
Tisya : Bukan maghrib la. Dah malam dah. Maghrib tu sembahyang.
Umi : Yer la.. yer la.

MENGELAT MAKAN NASI

Umi: Eh, kenapa tak makan nasi ni? Makanlah nasi.
Tisya : Taknak. Tisya dah kenyang. Errrkkkk (buat bunyi sendawa sambil makan jelly)


TISYA BERANGAN JADI MAK ANDAM

Dia keluarkan semua penyepit baju dari bekas bulat. Kemudian dia letak bekas tu atas kepala umi dia. Ngam-ngam kepala pulak tu.

Tisya : Umi jadi pengantin! Kepak kepung kepak kepung
Umi : ….. (suka hati kau lah, nak)

Then, umi nye tundukkan kepala sebab nak baca buku.

Tisya : Umi, jadi pengantin kena diam (sambil tegakkan balik kepala umi dia)

TISYA BELAJAR MENGENAL PERKATAAN SEERTI

Abi : Cium satu. Eiii, Tisya busuk!
Tisya : Abi masam.
Abi : Tisya la masam.
Tisya : Abi masin.
Abi : Tisya pahit.
Tisya : Abi tak mandi…

Tuesday, October 25, 2011

Umur 11 tahun dah tahu meliwat. Astargfirullah!

Terkejut baca berita dalam newspaper semalam tentang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 11 tahun meliwat seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun.

Biar betul?

Kejadian diketahui apabila kanak-kanak lelaki tu berlagak depan kawan-kawan dia yang dia dah “buat sesuatu” kat budak perempuan darjah 1 tersebut. Kisah tu sampai ke pengetahuan cikgu sekolah dan cikgu sekolah memberitahu ibu bapa kanak-kanak terbabit. Lepas mak dia tanya, baru dia mengaku yang dia bawak budak darjah satu tu ke semak dan meliwat budak perempuan tu.

Gile ke hape? Kecik-kecik dah pandai buat benda tak senonoh. Rasa nak lempang je.

Tak boleh percayakan budak-budak zaman sekarang. Advance sangat. Kalau masa zaman kami kecil-kecil, selamba je keluar bermain dengan jiran-jiran lelaki. Rasanya parents pun takde nak risau apa. Eventhough kami main dalam semak, kami tak buat benda tak senonoh. Paling macho pun budak-budak tu pergi cari spider. Kalau diajak bermain pun, kami main panjat pokok, main rounders, main baling selipar.

Kalau betul kes ni berlaku, dunia memang dah kurang selamat untuk anak-anak membesar. Serba serbi parents kena ambil tahu.

Monday, October 24, 2011

Rumah - Pasang lampu dan kipas sendiri

Morning peeps!

Jalan clear la pagi ni. Tak sesak macam biasa. Agaknya ramai yang terus ambil cuti Isnin dan Selasa nie. Nak rehat puas-puas agaknya.

Jumaat lepas, kami meredah kesesakan lalu lintas semata-mata nak ke HOL di Puchong. Dah la hujan lebat sangat. Lepas beli lampu-lampu yang berkenan dan cuci mata tengok lampu-lampu yang ingin dibeli kemudian, kami gerak dari Puchong pada jam 8 malam.

Pukul 9.45 malam baru sampai rumah. Kesian hubby penat bawa kereta. Malam tu memang penat la. Kitorang tidur awal. Tidur mati sampaikan tak sedar jiran-jiran kecoh keluar dari rumah sebab ada satu kemalangan jalan raya berlaku di hadapan rumah pada jam 2 pagi.

Keesokan harinya, semua orang bangun awal. Tisya la yang kecoh, "Bangun la... dah pagi. Mana boleh tidur" T_T

Misi hari tu ialah untuk pasang kipas dan lampu. Adik-adik dari Seremban buat keputusan untuk gerak ke Cheras pada jam 9 pagi. Hubby pulak pergi ambil barang kat rumah PIL. Tugas I pulak ialah siapkan makanan untuk lunch. Jalan sesak, kata mereka. Pukul 10.45 pagi baru sampai Langat. Hubby pulak sampai rumah pukul 11.30 pagi. Tak tau la apa dia buat lama-lama.

Fuh, dah nak tengah hari baru nak start kerja. Parah dah nie. So 2 kereta bergerak ke Cheras Intan.

Masing-masing bawa tool box. Dah macam contractor dah.



Kami dapat save budget dengan cara pasang sendiri lampu dan kipas. Alhamdulillah dpt hubby dan adik yang tau nak buat kerja nie. Dah kata adik ambil electrician. Mesti la tolong kakak, ye tak?

I noticed contractors kat area rumah tu dah tak bagi name card kat kami. Maybe sebab diorg ingat dah ada org buat kerja kat rumah tu. So diorg taknak masuk. Hahaha..

Budak ni kalau bab tolong, dia mmg tak berkira.

Ketiga-tiga adik lelaki turun padang untuk menolong

Fuh, Project Manager pun datang.
Tu papa tengah bagi report kat mama yang sedang berkursus di KL.
(Gambar diambil oleh Tisya)

Mana hubby? Haaaa, my hubby tengah buat kerja lain. Kerja dia I update hari Khamis nanti la.

Rumah nie, ada 2 point kipas je. So yang lain kena pasang cangkuk sendiri. Jenuh gak diorg nak drill. Tisya pulak tak suka dengar bunyi tu. So 2-3 kali juga la Pak Teh dia bawa pergi playground.

Menjelang petang, air pancut kat playground tu dah dipasang. So dia ajak Tok Wan dengan Pak Su dia pergi tengok pulak.


Dia kata nak bawa Doraemon jalan-jalan

Motif bergambar kat post box orang?

Kerja terhenti pada jam 6 petang sebab dapat panggilan kecemasan dari Seremban.

"Bila korang nak balik ni? Stadium dah penuh la!"

Alamak.... HOBIN JANG HOBIN!!!

Friday, October 21, 2011

Korang bagi tak anak-anak makan junk food?

Diakui, I memang strict sikit bab junk food. Junk food is unhealthy tapi tak bermaksud Tisya tak merasa langsung. Kids will always be kids. Kawan-kawan dia makan, dia pun nak juga. What should I say? Tell her all about the bad stuff in junk food? She won't understand.

For the first two years on her life, I was very strict. No junk food at all! Serious ni. Now, ok.. give her some slack. Bagi dia rasa. Kalau dia nak keropok, belikan yang paket kecil. Ice cream masih okay lagi. Coklat pun okay asalkan dia tak makan banyak.

Gula-gula dan keropok lain cerita. Recently, dia makan keropok sampai nak makan serdak sekali. Memang I terus rampas dan buang. Menangis sakan dia kat rumah. I have to be heartless. This is for her own good. Nak makan tu takpe tapi kalau serdak tu dia beriya-iya, memang I tak suka.

Dia makan sekali sekala. Selalunya once a month. Tapi bila sampai musim kenduri kahwin, it's like "Trick or Treat?" for her. Mana tak nye. She will get abundance supply of candies and chocs. Masa pergi kenduri kahwin minggu lepas, sedap dia makan depan kitorang tanpa rasa bersalah. Dia tau I takkan marah dia depan orang. Plus, I taknak marah dia sebab dia tak selalu dapat makan benda-benda tu. Tapi nasib baik pengantin tak bagi gula-gula. Yang ada sumi, chocolate dan kuih. So Tisya banyak makan sumi.


Dia ada nampak buah tangan yang kami dapat (Cadbury choc). Hehehe.. tu umi sorokkan eh? Tisya makan sumi je.

What say you? Korang strict macam I atau jenis tak kesah? I dunno. Maybe I dah terbiasa sejak kecil. My mom pun jarang belikan junk food. Kitorang minta, dia bolayan. So walaupun dah besar camni, takde la terasa nak mkn keropok sangat kecuali Super Rings.. tu mmg I layan.

Apa yang I suka pasal Tisya ialah dia tau dia tak boleh makan junk food selalu. Tiap-tiap hari wajib singgah petrol station pagi dan petang. Sebab apa? Dia nak beli sebungkus roti dan sekotak susu. Dia sendiri yang pilih.

I'm very proud of her!

Westlife announce split after 14 years

Rutin pagi sama je macam semalam. Masuk dalam kereta, layan Tisya sekejap. Lepas tu buka Red.FM. Tiba-tiba dengar Rudy cakap something tentang Westlife tapi masa tu dah hujung ayat.

Then he said, "Here's a tribute for Westlife".

I was like, "Huh? Apa jadi? Apa jadi? Dah berpecah ke?"

I wanted to text my friend about this. Is this a real news? Tapi ku tahan. Nanti la check kat office. Tapi dalam hati rasa semacam. Eventhough I dah tak minat lagu-lagu baru mereka, lagu-lagu lama tetap di hati. Siapa boleh lupa lagu Swear It Again, If I Let You Go, My Love, When You're Looking Like That... they have too many hit songs!

Kiranya walaupun dah tak minat Westlife yang sekarang, I masih minat Westlife yang dulu. Mengerti?

Masuk office, terus masuk website Westlife. Wow, sesuatu yang dah lama I tak buat. Hahahaha.. ok, betul la.. mereka dah keluarkan kenyataan yang mereka akan berpecah selepas mengadakan farewell tour tahun hadapan.

Perkara ni memang dah dijangka sebab dah lama sangat diorg bersama. Plus, boyband dah tak laku dah zaman sekarang. Kalau zaman 90-an tu, ok lagi la kan? But still, rasa sesuatu pulak bila mereka betul-betul nak berpecah.

I was their big fan since Swear It Again. Huhuhu... dulu rajin gila baca pasal Westlife. My close friends pun tau I suka Westlife. Kalau ada poster, terus bagi kat I. Kalau nak beli hadiah, tak payah susah-susah fikir nak bagi apa. Belikan CD Westlife je. Rajin giler beli Galaxie sebab nak baca pasal Westlife. Hahaha... those days boleh buat I senyum sorang-sorang la.

Eventhough korang tak minat Westlife, tipulah kalau korang tak pernah sama-sama humming lagu mereka :p

I masih ingat I pergi record video clip diorg sebab nak layan banyak kali (dan I masih simpan semua tu)

I masih ingat bila diorg keluarkan versi baru When You're Looking Like that, ramai org nak copy my CD sebab I ada version tu (masa tu tidak dijual di Malaysia).

I masih ingat ada orang tinggalkan voice mail dan nyanyikan lagu Fool Again.

I masih ingat zaman I layan lagu I Promise You That sampai beratus kali dalam sehari.

Too many memories with them :(

You know what? I'm gonna make sure one day I bagi Tisya dengar lagu mereka dan I akan cakap, "This is my all time favourite boyband".




Flying Without Wings

Thursday, October 20, 2011

Update :Sex maniac

Korang ingat lagi tak entry Encrypted : Tidak Aman Tenteram Part II?

For me SKMM slow la buat kerja. Tapi boleh dimaafkan sebab mereka ada beribu kes nak selesaikan. Setakat kes I yg kecil ni, mmg slow la kan. I sampai dah malas nak layan la sebab perkara tu dah tak berlaku lagi.

Ok, sebab kes ni dah sampai ke penghujung, I cerita serba sedikit je la bagi korang yang takde password to my encrypted entry. Bulan 7 tahun lalu, I mula diganggu oleh seorang lelaki. Dia mula hantar sms lucah. Bila call, dia senyap. Dia akan call dan sms in a wee hours. Ada sekali tu, pukul 3 pagi sms lucah masuk. I terus kejut hubby dari tidur dan tunjukkan sms tu. Terbeliak biji mata dia baca sms tu.

Agak tak tenteram juga la hidup time tu. Bulan puasa pun dia buat hal. I siap save number dia kat dalam phone. Letak nama SEX MANIAC. So bila dia call, I tak angkat. My hubby cuba call dia. Dia angkat tapi dia senyap.

Last-last, I buat report polis sebab tak tahan. Lagipun, I tak kenal dia tapi dia tau my name. So mcm tak tau samada dia betul-betul kenal I atau dia tau nama I dari sumber lain. Risau giler time tu. Polis cuba call nombor tu. I cuba cam suara tu tapi memang tak kenal.

So I anggap mungkin dia baca this blog ke. Sebab tu I ada buat entry nie. Maybe individu terbabit dah takut sebab my hubby dan adik-adik I ada cuba call dia. Maybe juga dia dah tau I dah buat police report. Jadi benda mengarut ni dah stop.

Tapi I tertanya-tanya juga la siapakah gerangannya? So dengan sabar I tunggu SKMM siapkan kerja. Tapi lama-lama, dah jadi tawar hati sebab lama sangat menunggu.

Tup tup, pagi ni pegawai dia telefon. Dia tanya samada I ada terima gangguan lagi atau tak. I cakap tak. Dia beritahu yang telco tak dapat trace tuan punya nombor tu. *&$#@!^!!

Jadi, I malas nak fikir lagi la. I suruh tutup je kes. Lagi pun, dah setahun tak kena kacau.

Wednesday, October 19, 2011

House - lampu dan kipas

Last weekend, kami singgah tengok rumah lagi. Kali ni hubby nak tebuk lubang kat counter top. Tengah menebuk, sorang contractor datang menyapa. Dah penah jumpa contractor nie. Biasa la, kalau kat tempat camni, ada je contractor nak menyinggah. Masing-masing bagi quotation grill, awning, counter top. Siap yang jahat, pergi burukkan contractor lain. Hehehe... gelak dalam hati je.

One thing about hubby ialah dia boleh buat kerja-kerja DIY nie. So bila contractor bagi quotation utk tinted window la, naik batu la, dia angguk-angguk je. Pastu senyap-senyap dia cakap, "Boleh buat sendiri je". Ok la, selagi boleh buat sendiri, biarlah dia buat sendiri. Jangan hasilnya tak semenggah sudah.

Yeay, korang.... my hubby telah bersetuju utk cat grill warna putih! Ahaks, berkat doa korang la nie. Merasa mak nak grill warna putih.

Tujuan utama ke sana minggu lepas ialah utk kira point lampu. Bukan setakat kira tapi cuba imagine nak letak lampu jenis apa. Ada yang nak pakai lampu dinding, ada lampu bulat, ada lampu kalimantang je. Banyak betul point lampu. Yang penting, bulb mesti jenis energy-saving. Dengar cerita kedai House of Lightning kat Puchong menjual lampu dengan harga yang murah. Betul ke?

Jumaat ni dah boleh beli kipas dan lampu. Sabtu dah boleh pasang. Bajet nak terus pasang curtain rail kan? Tapi sampai sekarang curtain rail kat rumah tu belum diturunkan lagi. Konon nak turunkan minggu lepas. Sudahnya takde satu pun yang diturunkan. Haih, bila la nie.

Agak panik juga la sebab hari ni dah Rabu. Satu barang pun tak kemas lagi. Lori pun tak confirm lagi. Belum start kerja tapi dah rasa penat. Penat memikirkannya. Hohoho..

Takpe la, at least my target untuk ada rumah sendiri sebelum usia 30 tahun telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Tuesday, October 18, 2011

Kanak-kanak dilanggar dan dibiarkan di tepi jalan oleh orang ramai

Sedih betul hati bila tgk berita kat TV3 semalam. I was busy cooking in the kitchen. Boleh tertengok video yang disiarkan. Menyayat hati bila tgk budak tu dilanggar dan dibiarkan di tengah-tengah jalan. Sorry, I taknak share video tu di blog nie. Korang check kat blog lain la. Dah ramai yg share di blog masing-masing.

I tak boleh tengok la. Dah la umur budak tu muda setahun Tisya je. Huwaa, terbayang anak sendiri.

Tapi sampai hati 18 org tu kan? (Dalam Utusan, ckp 12 org tapi at YouTube, kira 18 orang). Yang tak tau cerita, meh I cerita sikit la. Video tu nak menunjukkan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun dilanggar van. Pemandu van bertindak melarikan diri. Selepas tu, kanak-kanak tu terbiar di tengah jalan. Walaupun ada 18 orang yang lalu lalang di situ, tiada siapa yang pedulikan dia. Ada motor lalu, motor tu siap boleh mengelak lagi. Bukan nak menolong. Ada lori lalu, pun dilenyek je kaki budak tu. Hmm, I tak boleh cerita la. Terbayang video tu. Budak tu tersentak kesakitan bila van kedua langgar dia. Sedih sangat.

Sampailah seorang makcik cleaner lalu dan ternampak budak tu. Terus dipapah budak tu ke tepi. Dan agaknya cleaner tu bagi tahu parents budak tu kot. Terus parents dia datang dan bawa anak dia ke hospital. Kanak-kanak terbabit diisytiharkan brain dead :(

Boleh check berita dari akhbar Utusan Malaysia

Kenapa kejam sangat!!!!

Monday, October 17, 2011

Majlis Kesyukuran Lin & Dila

It's hard to find one good friend and I'm lucky to have TWO bestfriends. This year is a good year for both of them. Weed telah selamat bernikah February lepas dan kini senang mengandungkan anak pertama. Lin pulak telah selamat bernikah sebulan yang lepas dan baru-baru ni telah mengadakan majlis kesyukuran di rumah ibu bapanya.

I tumpang gembira. Sebagaimana I sanggup 'terbang' untuk menghadiri majlis Weed (cerita di sini dan sini), I juga luangkan masa utk menghadiri majlis kesyukuran pasangan Lin & Dila di Benta. Tak la jauh mana tapi sebab tak pernah pergi, rasa mcm jauh juga la. Hehehe..

Pagi Sabtu bermula dengan situasi kelam kabut sikit. Kami ke Cheras dulu. So I bawa semua baju-baju kami. Bila nak bersiap pukul 9.30 pagi, I noticed tudung tertinggal kat rumah. Panik sebab dah lewat. Terus kembali ke Hulu Langat. By 10.30 am, kami baru keluar.

Tisya mogok taknak ikat rambut. Ok, dia nak ikat rambut tapi tak reti duduk diam. Senget-senget rambut dia. Bila dah betulkan 2-3 kali, barulah ok. Terus disuruh ambil gambar. Iskk.. anak sape la nie.

I ni nama je ada saudara kat Pahang tapi tak pernah nak ke sana. So bila pergi Benta, rasa mcm jauhnya perjalanan. Nak sampai ke Bentong, rasa kejap tapi nak sampai ke Raub, mcm tak sampai-sampai. Hikhik.

Sepanjang perjalanan, I sebut nama-nama tempat yg tertulis di signboard. Nama-nama kawasan kat Malaysia ni memang unik la kan?

Akhirnya sampai Raub

Masa sampai Raub ni, jam dah hampir ke pukul 12.20 tgh hari. Tanpa mengetahui berapa lama perjalanan dari Raub ke Jeram Besu, hubby terus pecut dengan berhati-hati ke sana. I risau sampai lewat sebab dah berjanji nak meramaikan rombongan pengantin perempuan.

Akhirnya sampai

Sampai sana dalam pukul 12.45 tgh hari. Cuaca panas terik. Sementara tunggu pengantin bersiap, kitorang berehat kat kawasan klinik. Pukul 1 tengah hari, pengantin muncul di garaj ambulans. Janganlah terkejut. Rumah pengantin di dalam kawasan klinik kesihatan Benta.







Mula-mula berarak tanpa paluan kompang. Batrisyia sibuk cakap "takde pun kepak kepung kepak kepung". Minah ni memang suka pergi kenduri kahwin sebab dia nak dengar kompang, nak tengok pengantin. Memang takde kumpulan kompang. Cuma bila dah nampak sampai ke khemah, diorg pasang paluan kompang dari CD.

Kitorang terus ambil tempat duduk berdekatan Zid & Intan. Dah lama tak jumpa mereka. Actually, pagi tu nak konvoi sama-sama dengan mereka. Tapi Zid & Intan pergi awal (sebab ingatkan kitorang keluar awal), tak jadi la konvoi. Met a few familiar faces there too.

Lauk sedap! Ada lauk daging yang memang I suka tapi segan nak menambah. Nyum.. nyum. Rasanya perempuan je yg segan sebab Zid and my hubby ok je makan dua kali.

Pengantin sibuk bergambar dengan family so kitorang lepak-lepak dulu kat situ. Bila crowd dah surut, barulah bergambar dengan pengantin di pelamin.

Batrisyia excited nak jumpa pengantin tapi
bila sampai kat depan pengantin, dia takut


Gambar kat pelamin tak nampak sgt muka masing-masing. We decided to wait for a while dan bergambar sekali lagi dengan pengantin.

Sementara menunggu, Batrisyia sempat makan udang lauk pengantin.

One thing yang I suka bila pergi kenduri kat kampung ialah crowd dah mula surut selepas jam 2 petang. Selalunya by 3pm, mmg dah takde orang datang dah. Kitorang pun tak la rasa guilty sangat melepak kat situ.

Pengantin pun dah rileks. Bergambar sekali lagi sebelum pulang.

Intan & Zid, Lin & Dila, Liz & Izat.
Where's Batrisyia? :)

Sempat berbual dengan ayah Lin. Ayah dia cakap, "Lega dia dah kahwin". Hahaha...

Kepada Lin & Dila, I'm happy for both of you. Semoga perkahwinan ini sentiasa dilimpahi dengan kebahagian yang berpanjangan. Amin.

Friday, October 14, 2011

The most hideous color in the world

Harapnya korang tak muak la dengar I celoteh tentang rumah ni. Congrats juga kat beberapa rakan yang secara kebetulan, dah ambil kunci rumah masing-masing dan sibuk renovate / pindah rumah. Mesti korang pun excited kan?

I ingat taknak cat apa-apa dulu. Sekali ada lebih cat warna pink kat rumah. Tisya pulak nak bilik dia dicat dengan warna yang sama. So alang-alang nak buat kerja, terus cat. Biar minah tu excited tengok bilik dia sorang yang cantik.

Hujung minggu ni kami akan sibuk turunkan langsir, buka curtain rails.. erk, basuh langsir. Huhuhu, I tak fikirkan langsir baru. Kita pakai apa yang ada dulu yer. I nak setel benda-benda yang takde dulu nie. Bila semua dah cukup, baru kita fikir utk tukar apa-apa. Nasib la hubby dapat wife sempoi macam I. Kalau dapat jenis yang suka shopping, pening kepala dia. Ahaks, I rajin shopping buku je.

Kipas, lampu, curtain rails dan mak nenek yang memerlukan penggerudian akan dipasang hujung minggu depan. So Deepavali nanti dah boleh basuh rumah. Jom, ada sesapa nak tolong? Kat mana I nak letak Tisya nie. Kalau dia ikut, alamatnya dia berenang kat lantai rumah tu nanti.

Perkara yang paling serabutkan kepala ialah tang kemas semua barang kat rumah lama, angkut ke rumah baru dan kemaskan balik SEMUANYA kat rumah baru. Rasa nak je minta one small army from TTJ datang menolong. Korang rajin ke? Gerenti diorg tak rajin. Dah tau sangat dah T_T

Seronok juga bila nak pindah rumah. I mean, seronok beli rumah dengan hubby. Bayangkan kalau nasib I dapat “cuci kaki”. Kiranya kahwin terus masuk rumah.. suami dah beli rumah time bujang, kira kelengkapan rumah dah siap. Tinggal “cuci kaki” masuk rumah. Mesti kurang terasa best walaupun best juga la part tak payah nak beli apa-apa lagi.

Sekurang-kurangnya, ada la benda nak cerita kat anak-anak. Bila sama-sama beli rumah, tak kira la time bertunang atau dah kahwin, keseronokan tu lebih kot. Sama-sama house hunting. Sama-sama pening kepala. Ahaks. Sama-sama pilih barang yang sesuai. Sama-sama bergaduh manja..

Grill kita ambil warna putih
Eh, tak boleh la. Dia kata, nanti susah dia nak handle. Dah cat, senang kotor
Putih la lawa
Tak boleh
Kalau putih tak boleh, ambil warna maroon
Hijau la
Hijau? Eiiii, tak lawa.”
Eh, belum tgk hijau mcm mana lagi. Lawa!”
The most hideous color in the world” ~ Tiru ayat dlm Twenties Girl
Habis tu nak warna apa?”
Maroon… sebab Liza suka Maroon 5

Erk, takde kaitan eh? Hahahaha…

Thursday, October 13, 2011

Second wave of...

My insurance agent cakap I ni seorang yg sibuk. Dah banyak kali dia ajak jumpa tapi I takde masa. Ye la, dah nak jumpa masa hujung minggu. Dia tak tau yang kita nie, aktiviti utk sebulan tu dah disusun sejak bulan sebelumnya. Kalau tgk desk calendar kat office nie, penuh dengan catatan. Jadi kalau nak buat last minute plan, mmg agak payah la juga.

Sabtu ni nak ke Benta utk menghadiri majlis perkahwinan Lin & Dila. Insya Allah akan konvoi dengan Zid & Intan. Dah lama tak jumpa mereka. Balik dari kenduri tu, I nak cuba cari slot utk pergi Big Bad Wolf Book Sale sekali lagi. Semoga hubby terasa rajin nak bawa I pergi sana. Meroyan diam-diam tgk gambar buku-buku kat FB tu. Banyak buku baru diorg top up. Geraaammm sgt.

Ni buku dari Alexander McCall Smith. I dah beli satu buku dia : 44 Scotland Street. Dah mula baca sikit. OK juga cara penulisan dia. So nak beli buku dia lagi.

Alexander McCall Smith

The Man from Saigon. Ada sorang pembaca pernah review buku nie. Quite interesting.

Ni yang I paling geram. Thanks for the Memories by Cecilia Ahern. Buku ni ada banyak. So ingat nak ambil kemudian. Lepas tu terus terlupa. I boleh beli The Gift pulak. Sampai rumah baru teringat buku nie. Hmmm...

Buku yang I nak cuba cari ialah Eat, Pray, Love. I tak jumpa tapi dah ada orang jumpa. Ciss, jealous! Dulu baca buku orang. Sekarang nak la ada dalam koleksi sendiri. Tak dpt travel mcm dia, dpt buku tu pun jadi la.

Sape lagi yang dah pergi? Buat la review. Suka baca review orang yang pergi ke book sale nie.

Tuesday, October 11, 2011

At last, dah ambil kunci rumah baru

I tak pernah terfikir melangkah masuk ke rumah baru akan membuatkan I rasa semacam. Tak tau nak describe mcm mana. Rasa happy, excited.. sebak pun ada. Hanya Tuhan yang tahu apa yg kami dah korbankan utk rumah ni :)

Akhirnya, dah ambil kunci minggu lepas. Tu yang tak sempat nak berlama-lama di Big Bad Wolf Book Sale. Surat utk ambil kunci dah lama dapat tapi sebab ada perkara nak kena setel dengan bank, agak lambat juga la kami ambil. Dah la parking lot kat sini dikira "first come first serve". Huhu, pasrah je kalau dapat parking lot jauh dari rumah.

Lepas buat pembayaran terakhir dengan developer, mereka set kan appointment kami utk ambil kunci pada hari Sabtu lepas. Pagi-pagi dah ada kat sana. Dapat kunci dan Defect Record form.

Batrisyia excited sangat sampai suruh ambil gambar dia melompat-lompat kat rumah tu. Dia dah selamat berguling kat lantai yang kotor tu (abi dan umi dia dah selamat menjerit kat rumah tu).

Masih ingat entry ni :Defect Rumah ? Kami buat apa yg patut. Hubby tak jumpa tester dia so kami guna ubat nyamuk elektrik tu utk check soket. Hehehe.

Tiles semua okay. Takde yang kosong, takde yg retak. Cuma ada beberapa suis bermasalah sikit. Just a minor problem. Boleh betulkan sekejap je. Ada satu tingkap tu, handle longgar. Ada satu tingkap lagi, terketat sangat pasang sampai berbunyi kuat bila dibuka. Tu je la. Dia kata, dalam masa 2 minggu, dia akan betulkan. Tapi rasanya dah boleh siap dalam seminggu kot.


Ni dia satu masalah kat ruang tamu. Tempat air-cond ni. Kalau tak pasang air-cond, punya la buruk. Jadi nak taknak, kena la pasang air-cond. Cuma mungkin bukan dalam masa terdekat la. Tak penting sgt pun. Dahulukan yang penting. Mungkin boleh tutup dulu benda nie.

Masa pegi jumpa developer, kami diminta utk pilih parking lot. Masa tu I dapat rasakan dpt lot yang jauh sebab dah ramai org bayar. Bila dia keluarkan map, mmg banyak gile dah bertanda. Yang kosong mmg jauh. Entah mcm mana, I boleh check parking lot bertanda tu satu-persatu. Tengok-tengok ada satu parking lot berdekatan dengan rumah. Sekali imbas, lot tu dah berwarna tapi unit no yg tertulis kat sebelah lot tu dah dipotong. Pembeli yg pilih lot tu dah pilih lot di sebelahnya pulak. So kiranya lot tu dah kosong. Apa lagi, rembat la. Alhamdulillah, dapt parking lot betul-betul kat tepi rumah.

Boleh nampak kereta dari dalam bilik

Takde apa sangat yang nak dibuat kat rumah ni melainkan pasang lampu, kipas, grills dan buat kitchen cabinet. Counter top mmg dah ada. Tinggal nak pasang pintu je la.


Yeay, dah boleh pindah rumah hujung bulan nie :)

Monday, October 10, 2011

The Biggest Book Sale in the World at MAEPS, Serdang

Ada antara korang minta I tulis sedikit review tentang "The Biggest Book Sale in the World". So, here is my honest review. Korang ni mcm tak percaya dengan diskaun yang diorg bagi eh? Sampai ada yg suruh upload gambar, ada yang suruh bagitau harga. Hehehe... I faham perasaan korang.

Ni catatan kami sepanjang 3 jam berada di sana. Cerita akan diselang selikan dengan beberapa info dan tips yang perlu korang tau.

I'd never been to BBW book sale before. Memang dah sedia maklum tentang BookXcess tapi tak pernah ke sana pun. Jarang nak ke PJ area. Bila kwn-kwn ckp book sale diorg lagi best, mesti la rasa nak pegi. Jadi mmg kali ni, dah target nak pergi pada hari pertama. Hari Jumaat pulak tu. So, nak buat camne? Kita cuti! Ahaks...

I pergi dengan Ely. Mula-mula mcm blur. Nak drive ke sana, takut sesat. Nak naik bas, mcm lambat je. Kalau dah namanya bookworm, masa tu rasa nak selamba redah je. Alhamdulillah, sekali Ely nak ikut dan dia dengan baik hati ajak naik kereta dia. Thank you, Ely!

Pagi tu I ambil masa berjalan sekitar KLCC Park. Dah lama tak jalan kat sana. Janji dengan Ely nak jumpa kat Exxonmobil sebab hubby dia kerja kat sana. At 9am, dia dah sampai.

KLCC Park

Teruz zasss ke MAEPS. Ely dah tau jalan. Jadi tak perlu la I nak jadi co-pilot ke ape. Tau-tau je dah sampai. Bagus la ko, Ely. Kami sampai dalam pukul 9.30 gitu la. Masa tu car park dah banyak kereta.
Wah, nampaknya bukan I soranglah yang sibuk nak pergi pada hari pertama kan? Heheh... Kitorang punya kalut mcm la buku tu nak habis hari tu jugak :p

Jarak dari car park ke Hall A tu tak la jauh. Tapi kalau cuaca tengah panas, berpeluh juga nak menapak. Ditambah pula kalau beli sampai 4-5 plastik. Jangan risau. Shuttle bus ada disediakan. Cuma perlu tunggu di tepi jalan. Nanti bila nampak bas yang cute ni, sila naik. Tak perlu beli tiket utk naik bas ni eh. I cakap ni sebab ada satu couple ni taknak naik bas tu eventhough I beriya-iya suruh diorg naik. Hari tgh panas, ko nak menapak ke? Diorg reluctant nak bayar tiket bas. Bila I cakap "FREE", terus cepat-cepat diorg tunggu kat tepi jalan.


Muka teruja Ely. Bayangkan muka I pulak.

Bas ni tak mcm bas biasa. Nama pun shuttle bus. Jadi kiri kanan bas tu agak terbuka la juga. Make sure korang pegang apa yang patut.

Pagi-pagi, semua orang masih wangi. Hahaha

Kami sampai depan Hall A sebelum pukul 10 pagi tapi pintu dah dibuka dan dah ramai org kat dalam tu. I mcm, "Errr, what? Apsal buka awal? Why? Why? This is so unfair". Hehehe, cakap dalam hati sambil cepat-cepat cari kotak.

Ada banyak kotak disediakan di tepi pintu masuk (kat bahagian dalam). Walaupun kami dah ada troli kecil, I tetap ambil kotak. Mula-mula Ely cakap, gerenti muat buku-buku kami dalam tu. Sekali, baru setengah jam kat dalam tu, troli dah penuh :p

The atmosphere was overwhelming for me. I yang suka membaca... masuk dalam Hall A yang besar tu dan disajikan dengan pemandangan indah berupa timbunan dan deretan buku-buku yang tersangatlah banyak... I rasa mcm tak tau nak pergi kat mana satu dulu. Serious nie! Tapi mungkin orang lain tak rasa camtu sebab di depan mata I, ramai orang sibuk berebut buku ini.

Bukanlah berebut sampai tarik rambut eh tapi muka semua orang mcm excited sgt nak rembat buku Jamie Oliver nie. Takut habis ke?

Masa ni I dan Ely berpecah sekejap. Dia sibuk tgk Hershey's, I sibuk cari buku-buku lain. Lepas tu, tangan I dah mula menggigil sebab kotak dah penuh. Masa tu baru sibuk cari Ely sebab troli kat dia. We met again at Children section.

Parents, beware! Children section bakal membuatkan anda rasa nak beli pelbagai jenis buku untuk anak. Murah-murah harganya. Paling murah I jumpa RM1. Truly mad! Average, children book yang kecil-kecil mcm The Paddington, Little Red Riding Hood tu.. harga RM3 je. Kalau buku dari Disney, Toy Story ke.. tu baru RM12. Siap CD. Isk, tak tau nak gambarkan lagi la.


Ramai yg skeptikal bila dapat tahu tentang book sale ni. Mcm mana buku bleh dijual dengan harga yang tersangat murah. Mcm tak masuk akal kan? Maybe korang boleh browse old news dlm The Star. Mereka ada cerita mcm mana mereka dapatkan stok buku nie. Buku yang dijual bukan buku lama tau. Buku baru.. buku cantik. Seperti buku ni.

Breaking Dawn from Twilight saga ni djual dengan harga RM8 sahaja. Berbaloi-baloi bagi peminat Twilight yang masih belum ada buku nie. Cuba la check harga sebenar buku ni kat pasaran.

Ada beberapa buku yang diletak dalam satu longgok (mcm Breaking Dawn, Jamie Oliver, A Gift). Jadi senang nak cari. Tapi kebanyakan buku dicampur dan disusun tanpa mengikut susunan nama author. Jadi korang kena sabar belek setiap row. Jangan jemu kerana dalam barisan buku tu, mungkin ada buku-buku yang best. Don't be surprised if korang jumpa buku yang korang tak expect. I found Oliver Twist... sebuah je kat situ. Terus rembat!

Masa ni I dah penat mencari Lord of the Rings. Mcm nak frust dah sebab tak jumpa. Ely pulak rajin ambilkan gambar.

Akhirnya, Ely yang jumpa buku tu. Tak sia-sia mata berpinar cari dari satu row ke row yang lain. Tapi I hanya beli 'The Fellowship of the Rings" sebab tak minat dengan cover "The Two Towers".


Ely tolong carikan buku ketiga tapi tak jumpa.
Rasanya tak jual langsung kot.

Jom tengok buku apa lagi yang ada dijual.

Comic & manga

Cookbook

Travel

Self-help

Sebenarnya, ada banyak lagi seleksi buku yang dijual seperti Parenting, History, Biography, dan Sci Fic. Kiranya mmg tak rugi la kalau pergi sana. Paling kurang, korang mesti akan beli satu buku. Setakat dalam ramai-ramai kawan I yang pergi, rekod paling cemerlang yang I dengar ialah Ayu yang beli 44 buah buku! Tapi rekod yang I nampak kat Facebook dipegang oleh seorang lelaki Cina. Dia beli 71 buah buku dengan harga RM500 lebih je.

Lepas pilih-pilih tu, kami duduk di ruang legar di depan cashiers. Tengok balik buku mana yang nak, mana yang taknak. Susun ikut harga biar senang cashier nak kira.

Jangan risau. Banyak kaunter bayaran dibuka di sana. Setiap row ada 2 cashiers dan setiap cashiers ada pembantu. Bila dah sampai turn korang, pembantu ni akan tolong korang angkat buku-buku ke tempat cashiers. Korang tinggal hulurkan duit je. Hehehe.


Nampak panjang tapi tak la lama menunggu

Sorted by price



Di sini, ada beberapa perkara I nak share dan I nak nasihat sikit.

1) Kalau boleh, datang sebelum jam 10 pagi. Kalau datang awal, boleh terus masuk. Tapi kalau hall dah penuh, guard kat luar akan minta korang beratur. Kena la tunggu turn utk masuk ke dalam Hall. Menurut mereka, waktu puncak ialah dari 10 pagi ke 3 petang. Kalau taknak datang awal, datang la lepas pukul 3 petang.

2) Bring trolley... or hand luggage... or big luggage.. or two luggages. It's up to you! Jangan merendah diri dengan mengganggap korang takkan beli banyak buku. Once nampak harga yang murah tu, gerenti korang rasa nak beli mcm-mcm. Troli lebih sesuai. Kalau guna kotak, lama-lama jadi berat dan jadi mcm I. Terus menggigil sebab dah berat sangat.

3) Let say korang tak bawak apa dan hanya guna kotak. Lepas kotak dah penuh, korang boleh pergi kat drop counter. Kat sana, korang boleh letak kotak tu. Mereka akan bagi satu nombor. So boleh la pergi cari buku lain. Bila semua dah siap, nanti collect balik kotak-kotak korang. Senang kan?

4) Stay calm and compose all the time. Ahaks, tak perlu berebut buku. Ada banyak buku untuk semua orang. Kalau terlanggar orang, jangan lupa minta maaf. It's a simple gesture.

5) Kebanyakan bookworm mmg sayangkan buku kan? Pilih buku dengan berhemah. Meaning, ambil elok-elok. Belek elok-elok. Kalau taknak, jangan main lempar perlahan ke tepi je. Kan elok kalau kita letak balik kat tempat asal. Jaga buku tu mcm kita dah beli buku tu. Orang lain pun nak beli juga kan? Agak sedih bila ada sesetengah buku dah terkoyak di muka luar. But maybe tu jadi sblm book sale gak kot.

6) Let say korang dah sampai kat area hujung sekali yang menempatkan cashier. Tiba-tiba korang rasa nak tukar buku atau nak cari buku lain. Instead of meredah manusia di tengah hall, korang pergi ke arah hujung sekali berhampiran pintu masuk dan ikut jalan tu. Tak ramai orang berada di hujung. I rasa lagi senang la.

7) Make sure korang breakfast dulu sebelum datang. Bagi tenaga kat badan. Taklah kelaparan dan taklah korang rasa nak "mkn" cookbook yang korang nampak kat sana.

8) Pakai sandal yang selesa. Tak payah pakai kasut tumit tinggi. Dapat sandal pun dah selesa sangat dah sebab korang nak membelek buku tu bukan sekejap. It's a big hall. There are 1.5 million books. Lama ok nak membelek tu.

9) Bring extra money. Let say korang bajet RM100, korang bawak la extra RM200. Huhuhu.. Jangan cakap I tak bagi warning :p

10) Seeloknya usahakan bawa kereta ke sana. Public transport agak payah. Dengar cerita, ada orang kena charge RM29 utk cab dari Komuter Serdang ke MAEPS.

Inilah hasil rembatan sepanjang 3 jam berada di sana. Tak puas hati lagi ni. Kalau ikut hati, nak je stay sana sampai petang. Apakan daya, I ada appointment dengan house developer pada petang tu (akan update cerita ni kemudian).



Total damage. Ehem...
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.