Friday, September 30, 2011

October is coming...

Batrisyia tengah batuk dan demam teruk sekarang nie. Kesian tengok. Nasib baik jenis tak kesah nak makan ubat. Bila tidur, badan dia mula la panas sangat. Lap-lap badan, tekap dahi dengan kain basah. Sometimes, dia nangis sebab tak tahan. Sometimes, senyap je. Mungkin rasa sedap bila kena air tu. Kool Fever memang dia taknak pakai langsung. So tak payah membazir cuba pakaikan. Gerenti dia cabut balik.

Masa hari pertama demam, agak berdrama la subuh tu. Celik mata je dia terus cakap, “Tisya taknak pergi sekolah”. Masuk kereta, dah chembeng. Balik-balik sebut, “Tisya taknak pergi sekolah”… “Tisya nak ikut pergi kerja”… lepas tu nangis. Tapi sebab masa tu belum teruk, hantar la juga. Ala, sampai depan cikgu, terus diam. Takde nak nangis pun. Saja je nak buat abi dengan umi dia kesian kat dia.

Hari kedua, takde drama dah. Dia tau, takde maknanya nak nangis sebab tetap kena pergi sekolah. Ok la, taska. Tapi kami tetap panggil tu ‘sekolah’. Sebab dia sibuk nak pergi sekolah.

Malam tadi dah nampak ok sikit. Alhamdulillah. She slept well. Tak mcm dua hari lepas. Asyik batuk je. Malam tadi senyap je dia tidur. Bangun dalam dua kali sebab tekak haus. Tu pun dia nak air masak je. Pagi ni, pukul 6 dah bangun!

I tanya, apa dia nak utk birthday. Terkebil-kebil dia nak jawab. Tak tau la jawab ape kot. SO I tanya, "Nak patung Barney macam ni?" sambil tunjuk Barney kat laptop. "Nak!". "Habis tu, nanti Tisya nak bawa sape pergi sekolah? Mickey ke Barney?".

Terus dia senyap. Konflik eh? Hohohoh...

Tapi ok lagi la daripada abi dia. Batrisyia ni suka air milo kotak. So abi dia ckp, "Abi belikan air milo 10, boleh?". Laju je minah tu angguk!

Aisey, maybe I should teach her how to demand from a man =)

Thursday, September 29, 2011

Diana Amir sudah bertudung

Masa Wardina update kat FB dia tentang Diana Amir pakai tudung, terperanjat la juga. Sebab Diana ni baru nak naik. Tup tup je, terus pakai tudung. Alhamdulillah, hidayah tu datang kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.

Baca kat newspaper semalam. I baca sebab diorg interview Diana. Terharu baca explanation dia tentang pemakaian tudung nie. Dia pakai tudung bukan sebab bercinta dengan orang tetapi kerana dia terlalu sayangkan bapanya.

“Kasihan pada abah, selagi saya belum berkahwin, dia perlu memikul dosa saya yang tidak menutup aurat kerana seolah-olah abah tidak pandai mendidik anak pula.

“Pada hal sudah lama abah dan umi menyuruh saya menutup aurat. Alhamdulillah, ini semua berkat doa mereka,” katanya terharu.
Sumber : Utusan Malaysia

Kalau kita belum kahwin, dosa kita ditanggung oleh bapa. Bila dah kahwin, dosa ditanggung oleh suami. Ramai yang tahu tapi mungkin menganggap perkara ni biasa-biasa je. Yer la, dosa tu bukan boleh dilihat. So kita pun tak tau dah berapa banyak dosa kita ‘sumbangkan’ kepada bapa dan suami kita.

Kalau betul kita sayang bapa, sayang suami… tutuplah aurat.

Wednesday, September 28, 2011

Rumah baru... idea baru.... duit baru?

Hari ni sedikit stress eh. Fuh, tapi alhamdulillah... dah nampak cahaya di hujung jalan yang gelap tadi. Wah, ayat tak boleh tahan. Aduhai.

Kita lupakan seketika tentang benda gelap terang ni.

I tak masuk rumah baru lagi. Jangan ditanya kenapa sebab nanti I pening. Ahaks. Takpe.. takpe... harapnya dapat pindah bulan October nie.

I penah share gambar ni kan? Nampak macam luas. Kira luas la utk kami 3 beranak. Setakat nak tengok Batrisyia guling-guling mengamuk atas lantai tu, kira ok lagi la kot. Boleh la dia berguling-guling 5-6 pusingan.

Ni general idea yg timbul di kala kami teringatkan rumah tu la. Nampak dinding yg ada tingkap tu? Haa, ni ada kisah di sebaliknya. Ala, kisah sliding door je kot. Takpe, lain kali I cerita. Dah dapat tingkap, terima je la. Takkan ko nak bagi pecah dinding, ye tak?

I'm thinking of hanging the curtain over an entire wall. Nak bagi kesan dramatik sikit. Bagi ilusi tingkap nampak besar, living room nampak besar. Tak perlu langsir yg berat. Jenuh pulak nak gantung langsir nanti. Tapi ada nampak bulatan kat dinding tu? Haa, itu dah terjuntai power cable utk air-cond. Camne nak pasang langsir besar kalau ada air cond kat situ? I yakin tempat tu tak sesejuk rumah sekarang. Tapi macam taknak pasang air cond je rasanya. Macam tak perlu.

Lepas tu, kawasan ni mcm kawasan besar tau. Living hall bersambung dengan dining place bersambung dengan dapur. Dapur dan dining place memang kami akan pisahkan. Dengan apa? Tu tak tau lagi. Probably breakfast island or bar table. So kalau 2 ni dah terpisah, agak-agak perlu tak buat divider kat living hall? Rasa mcm sempit je kan? Mungkin kami boleh cat dinding dengan warna lain atau lakukan sesuatu yg boleh membezakan2 kawasan ni. Hmmm...

Kemudian, nampak dinding kosong kat sebelah pintu tu? Tu tak tau lagi nak buat ape. Korang besarkan la gambar tu, boleh nampak apa yg kami mungkin buat kat dinding tu. Rasanya mana paling ok? Ke korang ada idea lain?

Paling terakhir, kat counter top tu. Nampak garisan tu? Haaa... nak kena buat sesuatu kat situ sebab takde dinding kat situ. Kiranya kalau org datang rumah, terus boleh jenguk kepala ke dapur.

Yang pentingnya, I nak cari RM dulu. Ahaks.

Empire Shopping Gallery meletup

Pagi-pagi dah dapat berita ni kat FB. Ingat main-main ke apa. Sekali betul!


Cerita lanjut boleh check kat Malaysian Insider. Fuh, teruk juga eh? Nasib baik tak jadi waktu siang sebab ramai orang suka pergi sana.

Yang kelakarnya, kejadian ni pun nak dipolitikkan oleh orang awam. Come on, takkan semuanya ada kaitan dengan politik. Please... muak I tgk berita sekarang ni.

Tuesday, September 27, 2011

Upgrade ke barang IKEA, terus naik harga

Ni cerita sebulan yang lalu.

Ada satu restoran ni la… Baru renovate. I lalu, tgk dah pasang lampu2 dari IKEA. Kebetulan, kedai lain banyak yg dlm mood raya lagi. Kebetulan juga, pagi tu tak breakfast nasi lemak. Menjelang tgh hari, perut dah minta nasi. Ewah…

Jadi singgah la kat restoran tu. I akan pergi restoran tu kalau teringin nak mkn ayam cili api dia je. Memang power berasap! Selalunya, nasi separuh, ayam dan sayur goreng.. kena la dlm RM3.80.

Masa sampai restoran tu, tgk la apa yg dia tambah. Ok la, lampu IKEA. Sinki IKEA. Cermin IKEA. Soap dispenser kat sinki pun IKEA. Siap ada pasang CCTV eh. Kelas ko!

So ambil lauk cmm biasa. Nasi separuh, ayam dan sayur goreng. Patutnya RM3.80 la. Dah biasa sgt mkn lauk tu kat sana.

Sekali… “RM5 kak!”.

Wallaweih, sekejapan ko naikkan harga? Penambahan RM1.20 di situ. I makan sambil menyumpah deco kat kedai tu. Bye bye ayam cili api. Kita tidak akan ketemu lagi.

Kedai tu selalu penuh tapi sekarang ni, hanya penuh 1/3. Maybe ramai yg dah terasa mahal.

Monday, September 26, 2011

Mood kahwin

Secara rasminya, mood berhari raya dah tamat eventhough Syawal belum berakhir. Starting last week, kami akan menghadiri banyak undangan perkahwinan. Kalau tak silap, hanya 8 dan 9 September je kami free.

Bahaya nie! Ahaks, kenduri kahwin... lauk kan sedap-sedap. Kena jaga apa yang nak disuap ke mulut.

Mari kita mulakan dengan cerita kenduri kahwin minggu lepas. Kami ada 2 undangan perkahwinan. Hari Sabtu, kami ke Klang. Tapi sayangnya tak dapat nak ambil gambar sebab bila sampai sana, pengantin dah siap-siap nak baling gula-gula kat kanak-kanak. Cepat pulak mereka berarak. Hari tu pulak pening kepala. Sudahnya terduduk je la kat situ.

Hari Ahad, kami dijemput oleh tuan rumah utk sama-sama meramaikan rombongan menghantar ke majlis perkahwinan belah perempuan. Mesti la kena pergi sebab makcik tu dah lama menjemput.

Rumah pengantin perempuan di Sg. Buloh. Semua org berkumpul di rumah makcik. Gerak pun nak dekat pukul 12 tgh hari. Kalau tak silap, 10 kereta kot yang menghantar. So masing-masing gerak dan plan utk jumpa semula di kawasan tol.

Anak dan bapak!
Bila tanya mana sunglasses utk I, si anak jawab, "Umi punya takde!".
Sampai hati korang. Haha.. padahal diri sendiri tak suka pakai sunglasses

Semua orang dah ada.
Boleh pulak kereta tuan rumah tak sampai-sampai lagi

Kami sampai kat rumah pengantin perempuan pun dah nak dekat pukul 1 petang. Berkumpul dulu di surau berhampiran sementara tunggu waktu Zuhur.

Lepas solat Zuhur, cepat-cepat pengantin disiapkan. Tinggal pakai sampin dan tengkolok je. Hmm, I rasa songket warna silver pun dah mula nampak cun kan?



Muka pengantin memang tak berdebar langsung.
Rileks je budak ni. Boleh gelak-gelak lagi.

Kompang dah 2 kali berbunyi seolah-olah beri peringatan kepada kitorang. Ahaks. Memang dah lewat pun. Dah nak dekat pukul 2 petang.

Pengantin lama


Lauknya sedap! Serious. Menjilat jari. Tak tau la diorg ni masak atau catering. Tapi memang sedap. Lately, orang banyak buat style lauk kampung kan? Memang best la.

Kek pengantin. I suka tgk kek pengantin. For me, kek pengantin biarlah berwarna putih. Kalau nak warna, biar warna kat bunga je. Maknanya kek tu hanya terdiri dari 3 warna. Putih, hijau(warna daun) dan warna bunga. Biar nampak simple. Kalau dah mcm-mcm warna, macam tak sesuai pulak rasanya.

Satu benda yg I nak puji ialah pihak pengantin perempuan tak bazirkan lauk pengantin. Bila pengantin dah siap makan, terus je diorg minta semua lauk-lauk tu dibawa ke khemah makan agar orang lain dapat merasa lauk pengantin. Jarang nak jadi camni kan? Selalunya ada "bouncer" yang cepat-cepat bawa masuk lauk tu ke dalam rumah.

Anak tuan rumah terus rembat udang goreng... isk

Hujung minggu ni majlis kat rumah pengantin lelaki pulak. Fuh, depan rumah tu. Awal-awal makcik dah minta tolong kami semua utk tolong dia.


Semoga pasangan Suhaimi dan Juriza berbahagia hingga ke akhir hayat. Insya Allah

Friday, September 23, 2011

Love & Marriage

"...there are a few rules I know to be true about love and marriage: If you don't respect the other person, you're gonna have a lot of trouble. If you don't know how to compromise, you're gonna have a lot of trouble. If you can't talk openly about what goes on between you, you're gonna have a lot of trouble. And if you don't have a common set of values in life, you're gonna have a lot of trouble. Your values must be alike." ~ Tuesdays with Morrie

Thursday, September 22, 2011

Love-hate relationship with my camera

I have 2 photo contests to enter. Dalam pada tengah cari gambar-gambar yg I pernah ambil, I tengok satu folder dah hilang. Folder tu mengandungi gambar-gambar masa kami pergi bercuti ke Sabah bulan Februari yang lalu.

Tskkk... sabar. Menangis air mata berdarah pun, takkan mampu kembalikan folder tu. I tak tau la camne folder tu boleh lesap. I yakin I dah copy ke tempat lain. Kalau copy ke external, patutnya ada la kan? I takut I copy to desktop je. Dah la aritu laptop kena re-format. Maybe tu punca folder tu lesap.

Haih, sedihnya sebab Sabah tu dah la jauh. Tak tau laa bila nak pergi lagi. Dah la banyak giler gambar I ambil kat sana. Rasa nak je booking tiket pergi sana lagi. Weed bakal bersalin tahun depan so maybe boleh guna alasan tu utk tengok my bakal goddaughter? Hehehehe....

Kalau guna camera zaman dulu, kan senang. Ada negatif boleh simpan. Dah guna digital camera, balik-balik simpan softcopy. Dah la malas nak burn to CD. Bila hilang, mula la rasa menyesal camni. Tak suka!

Cakap pasal Sabah, I ada sorang kawan yang boleh dipanggil makcik la kot tapi sebab dia nampak muda, I panggil dia Elaine. Elaine ni, anak-anak dah besar, baru la dia pergi panjat Gunung Kinabalu. Kagum I dengar! Dalam hati terpaksa terima hakikat yg I tak boleh pergi panjat Gunung Kinabalu sekarang. Sape nak jaga anak den weih? Lainlah kalau hubby boleh lepaskan I pergi sorang-sorang. Kalau tak, alamatnya kena tunggu anak besar sikit, barulah boleh berangan nak panjat.

Kita boleh bermimpi tetapi kena pastikan mimpi tu jadi kenyataan, betul tak?

Tuesday, September 20, 2011

Questionnaire

I baca entry kak Syigim baru-baru nie. Terasa nak jawab soalan-soalan yg dia share tu. Rangkaian soalan ni boleh dapat di blog BookXcess. Kalau korang terasa nak jawab, silakan.


What book are you currently reading? How far in are you? What's it about? Are you enjoying it?
- A Bend in the Road by Nicholas Sparks. Ni buku lama. Tiba-tiba rasa nak baca semula. Baru je start. This is not the best novel from the author tapi ok la kalau nak baca di waktu lapang.

If you could live out any storybook (as a character in it), which story would it be?
- Dexter dalam One Day. Ok, memang la dia lelaki. Hehehe.. tapi mcm best kalau dapat jadi dia masa muda sebab dia suka travel. Jealous betul!

Lets say you had to donate your old books. Is there ONE book that you could not bring yourself to donate?
- The Time Traveler’s Wife by Audrey Niffenegger. Tak boleh donate sebab ia hadiah dari hubby sempena hari lahir yang ke-27. Bukan senang dia nak hadiahkan novel sebab dia sendiri tak berapa gemar tgk orang baca novel.

Do you recommend books to other people? If you could force everyone you know to read one book, what would it be?
- I hanya recommend buku yg I rasa bagus je. Kalau I boleh paksa orang baca, I nak you baca “Tuesdays with Morrie” by Mitch Albom. Biar semua orang tidak takut dengan hakikat satu kematian. Mati itu pasti jadi kita hanya perlu hadapinya dengan tenang seperti Morrie.

What’s the first book that you ever read more than once? What book have you read the most times? And–how many?
- This is tough! Sebab kebanyakan buku mmg I baca lebih dari sekali. So memang tak ingat la buku pertama yg I baca banyak kali. Wait a sec.. urm, mungkin buku pertama yg I baca banyak kali ialah buku cerita pendek masa kat sekolah rendah. Buku tu tentang seorang kanak-kanak di Bumi yang kembali ke angkasa lepas utk berjumpa keluarganya yang sebenar. Buku tu mmg sangat best. I baca tiap-tiap hari!

Ada satu buku ni, I selalu baca kalau I rasa down and lonely. Ahaks, The Undomestic Goddess by Sophie Kinsella. It’s a chick-lit book tapi I suke (Sophie Kinsella is exceptional). Ceritanya tentang seorang junior lawyer yg bekerja keras utk capai status ‘partner’. Disebabkan satu kesalahan besar, hat law firm rugi berjuta pounds. Dia melarikan diri ke kawasan desa dan bekerja sebagai maid sedangkan dia sendiri tak tau nak buat kerja rumah. Buku ni buat I senyum je sebab character perempuan tu sedikit kelakar.

A book you thought you wouldn’t like but ended up loving?
- The Curious Incident of the Dog in the Night-Time. Maybe sebab kawan I kata ni buku penyiasatan, I felt reluctant to buy. Tapi bila dah baca, rasa best! Tak menyesal beli.

Name one book that you hope never, ever, ever gets made into a movie (no matter how good that movie might be).
- Erk, Twilight :)

What’s the last book you were really EXCITED to read? And, were you excited about it in advance? Or did the excitement bloom while you were reading it? Are there any books you’re excited about right NOW?
- One Day by David Nicholls. Buku mmg menjadi kenangan betullah. Susah sangat nak dapat. Boleh check my last year entry. This book is about the beauty of friendship between Emma & Dexter. Buku ni sesuai utk korang yg ada bestfriend berlainan jantina la kot. Masa baca, sekejap-sekejap I sms my bestfriend sebab rasa mcm bengang giler dengan Dexter ni. Sekarang ni tak excited nak beli apa-apa buku. Tengah cari buku yang best.

What’s the largest your personal library has ever been? What’s the greatest number of books you’ve ever owned at one time?
- Huh, tak besar mana pun sebab dulu-dulu, I banyak pinjam from library. Sekarang baru nak mula mengumpul. Setakat ni, rasanya I baru ada dlm 40 buah buku la (including motivation book and excluding mags)

What is the most annoying character in a book ever?
- Luke Brandon… hello, boleh tak tolong jangan sibuk bekerja je? Faham sikit hati wanita. Wah, tiba-tiba nak emo. Hehehe

What is your favourite fictional relationship between characters? (romantic, friendship, familial)
- Hmm, rasanya relationship between Christopher and his dad dlm The Curious Incident of the Dog in the Night-Time. Hubungan mereka kuat dan unik sampaikan bila Christopher jauhkan diri dari ayah dia, I rasa sedih. Bila habis baca buku tu, I rasa mcm, “Oh, please… biarlah Christopher percayakan ayah dia semula”.

What is the most difficult book you’ve ever read?
- Hamlet by William Shakespeare (original version). Hahaha… Difficult to read sebab ayatnya guna ejaan English zaman dahulu kala. Susah-susah pun, khatam juga 2 kali. Hehehe..

What animal-related books have you read? Which do you love? Do you have a favorite literary animal?
- None. Any suggestion?

If you could see one book turned into the perfect movie–one that would capture everything you love, the characters, the look, the feel, the story–what book would you choose?
- Eat, Pray, Love by Elizabeth Gilbert. Urm, dah jadi movie pun tapi rasanya kalau la boleh capture everything, kan bagus.

Do you prefer to read a book really fast, or savor it slowly?
- Definitely savor it slowly. Kalau I baca buku, I akan imagine semuanya. The character, the scene, the weather.. segalanya. That’s why I’m so attach to the book.

What’s the latest you’ve ever stayed up reading a book? Is staying up late reading a usual thing for you?
- Tuesdays with Morrie. Tu buku terbaru yg I baca. Hehe.. sejak jadi mak, jarang la nak stay up sebab kepenatan! Tapi kalau tak boleh tidur (and my other half keluar main badminton sampai 2 pagi), mmg I cari je apa-apa buku utk dibaca.

Do you read book reviews? Whose do you trust? Do they affect your reading habits? Your buying habits?
- Yes, I read book reviews tapi dalam masa yg sama, I akan tgk jalan cerita juga la. Kalau tak kena dengan diri I, I takkan beli eventhough buku tu berjaya masuk dlm bestseller list. Kebanyakan buku yg I beli hasil suggestion dari rakan-rakan rapat yg mmg minat baca buku.

Choose one book as a gift to:
1. Your best friend – for Weed, any cookbook sebab tu je buku yg dia suka. Serious, minah ni takkan berkira. For Lin, I choose To Kill a Mockingbird by Harper Lee.
2. Your mom/ dad/ both – ok, soalan ni tak boleh dijawab sebab my mom hanya bergelumang dengan buku matematik dan my dad hanya syok layan Internet. Hehehe…
3. Your other half – erk, abang.. you nak buku ape? dia kalau I bagi buku, agaknya setahun pun tak khatam kot. Hehehe…
4. Yourself – The trilogy of The Lord of the Rings by J.R.R. Tolkien

What is your favorite quote, from your favorite book?
- "So many people walk around with a meaningless life. They seem half-asleep, even when they're busy doing things they think are important. This is because they're chasing the wrong things. The way you get meaning into your life is to devote yourself to loving others, devote yourself to your community around you, and devote yourself to creating something that gives you purpose and meaning." From Tuesdays with Morrie

How did you encourage your children to pick up the reading habit?
- Batrisyia baru nak masuk 3 tahun. So apa yg I buat ialah I bagi dia peluang ‘baca’ apa saja buku yg dia nak. Nak newspaper ke, magazine ke, katalog ke.. semua I bagi walaupun dia belum reti baca. I nak tanamkan minat dia dengan buku. Maybe bila dia dah start membaca, I boleh selalu bawa dia pergi library. Biar dia ada library card dan setiap minggu boleh pinjam buku. That was me masa kecil2. I rasa habit tu yg membuatkan I suka membaca sampai sekarang

Do you read short stories? What do you like and dislike about short stories?
- Not anymore. Masa kecil dulu selalu la baca tapi mmg tak ingat la tajuk bukunya.

Ever received an unexpected gift of books from your loved ones?
- Yups. A gift for my 27th birthday. I memang nak sangat baca buku tu. Sekali dapat hadiah pulak. Thank you!!

Monday, September 19, 2011

Akhirnya... kini pasti...

Cerita rumah baru.

25/08/2011 – Dari jauh, I nampak hubby pegang satu surat. Ingatkan surat dari bank. Rupanya surat dari developer. Tebal pulak surat kali ni. Bila baca title, terus rasa bersyukur sangat. Akhirnya rumah dah dpt CF dan boleh pergi ambil kunci. Hati dah berbunga-bunga. Berbuka pun tak lalu. Dalam hati, memang excited sangat.

Lepas berbuka, I baca balik surat tu. Sekali ada beberapa pembayaran yang perlu dibuat. Semuanya pembayaran yang perlu. Tapi ada satu pembayaran yang buat I terkejut.

LATE PAYMENT CHARGES.. Hampir RM800 pulak tu.

Terus tak rasa berbunga-bunga dah. Kalau campur semua payments tu, nak dekat 2k. Gulp! Dah la nak raya. Huwaaa… *nangis dalam hati*

Hari last bekerja sebelum cuti raya, otak ni tertumpu pada benda ni. Terus I karang satu surat untuk developer. Surat siap.

Dah jumpa Yvonne. Dia checked dan katanya bank lambat buat pembayaran. Kitorang curious juga kenapa mereka lambat bayar. Minta Yvonne siapkan surat utk kami rujuk pada pihak bank. Yvonne ni, once cakap baik-baik mcm kawan, rajin la dia tolong. Hmmm... Bank pulak minta mcm-mcm. Suruh tunjuk bukti diorg lewat bayar la bagai. Padahal mmg terang nyata pembayaran pertama tu mereka lewat.

Nak masuk rumah pun boleh pening kepala. I rasa nak je bayar dulu bayaran 2k tu. Kalau hal late charges ni settle, biar bank bayar balik. Takkan nak tunggu hal ni selesai, baru nak ambil kunci rumah, ye tak? Kalau boleh, nak pindah cepat. Betullah orang ckp. Kalau nak beli rumah, kena bersedia. Hahaha... rasa mcm nak keluar air mata darah dah nie. Perlu banyak RM.

3 years ago, pejam mata bayar 10%. Ni nak masuk rumah pun, kena la pejam mata bayar RM2k. Nasib baik rumah dah tak perlu nak buat apa sangat dah sebab dalam dah lawa pada pandangan mata kitorang. Tinggal pasang kipas dan lampu. Yang lain kita buat slow-slow eh. Sikit-sikit kita tambah.

Nak pindah dulu atau nak settle dulu?

Ibu yang mengepam susu.. sila jangan lakukan perkara ini.

I terima satu panggilan telefon hari Sabtu lepas. Panggilan berdurasi selama 16 minit tu membincangkan tentang penyusuan bayi. Yang telefon tu junior kat sekolah menengah dulu. Anak dia baru berumur hampir sebulan. Now, dia sedang mulakan proses utk menyimpan stok susu perahan.

Keesokan harinya, dia hantar sms.

"Kak Liz, kalau dalam pantang ni susu normal ke dpt kurang? Sbb baby pun menyusu sekali ke?Pam dapat 3oz je sekali pam.."

I reply pendek je.

"3oz tu banyak la. Sape kata sikit? Tu baru sebelah".

Dia jawab..

"Oh, tu kira banyak ke? Hehe.. a'ah baru sebelah je sebab sebelah lagi baby tgh menyusu. Kawan cakap dia sekali pam dpt 8oz"

I nak tegur sesetengah ibu yang mengepam susu ni. Terpulang korang nak terima teguran ni atau tak. It's up to you.

Jangan sesekali merendahkan semangat ibu-ibu baru yang cuba menyusukan bayi dengan bermegah dengan jumlah susu yang anda berjaya perah. Memang betul, bila kita share berapa oz kita dpt perah tu, dpt menaikkan semangat kita dan semangat orang di sekeliling kita. Tapi kita kena bijak dan pandai dalam hal nie. Tengok keadaan la kan?

Kalau kita nampak kawan kita tu tgh risau dengan jumlah perahannya atau dia risau sgt susu dia akan 'kering', tak perlulah kita dok pong pang pasal susu kita yang banyak. Dalam diam, kawan kita akan tertekan. "Isk, kenapa susu aku sikit? Kenapa dia dapat banyak?".

Stress adalah salah satu 'pembunuh' dlm misi penyusuan kita. We have to remember. Bila stress, susu taknak keluar. Pernah cuba stress dlm sehari? Gerenti susu merudum.

Kawan dia dpt 8oz. I rasa tu mesti hasil double pumping atau mengepam di kedua-dua belah. Kalau betul tu hasil sebelah je, bagus la. Tapi kalau 2-2 belah, dia sepatutnya ckp kat kawan dia yg tu hasil kedua-dua belah. Tak la member ni runsing tak tentu pasal.

I selalu dpt soalan berapa oz I selalu dpt setiap kali mengepam. Kalau dulu, ye la ada share kat blog. Sekarang tak lagi. Jarang sgt I share berapa oz I berjaya dpt ketika mengepam di office. Selalunya, I kata I dapat cukup utk anak. I taknak org jadikan jumlah susu tu sebagai kayu pengukur untuk dia set dalam kepala otak dia. It's not good.

Thursday, September 15, 2011

Bukan senang nak pregnant

Ok… I’m not pregnant. Ahaks, ada yg salah sangka dengan entry makanan-makanan yg I teringin nak mkn eh? Tak pregnant la. Belum sampai rezeki lagi. Doa-doakanlah ye.

Soalan cepu emas time balik raya tahun ni ialah tentang anak kedua. Isk, I sampai kena lecture dengan sorang sepupu lelaki tentang hal ni. Dah la tak rapat pun dengan dia. Alih-alih dia kata dia risau tengok I sebab mcm taknak tambah anak. Ok la, anak dia dah ramai. Tapi umur kita beza berapa tahun ye bang? Siap nasihatkan I agar cepat-cepat tambah anak. Adeh, ingat anak tu boleh beli kat kedai ke? Did you know peratusan utk perempuan tu pregnant dlm setiap cycle hanyalah 20%? Tunggulah Allah turunkan rezeki anak. Mungkin ada sebab kenapa Dia delay kan kehadiran anak kedua kami.

Kadang-kadang, ada orang tak berapa faham proses nak dapatkan anak nie. Dia ingat, boleh terus dapat je once… err, paham-paham la. Let me share a few facts about this process.

1) Ovari seorang perempuan yang normal dan tidak mempunyai masalah akan mengeluarkan SATU TELUR dalam sebulan. Terdapat sesetengah kes, DUA TELUR boleh dikeluarkan. Dalam kes lain yg dibantu ubat-ubatan, hampir 10 TELUR boleh dikeluarkan. Tapi kita pegang pada fakta asal. Hanya SATU TELUR akan dikeluarkan dalam 1 ovulation cycle.


Saat telur dikeluarkan oleh ovari

2) Telur ini akan dikeluarkan ketika capai waktu subur. Waktu subur pula boleh ditentukan dengan cara monitor your ovulation cycle. Secara amnya, waktu subur akan jatuh antara hari ke-11 hingga hari ke-21. Itu secara am. Utk mengetahui the exact time, kena betul-betul amati signal yg diberi oleh tubuh badan (which can be confusing and stressful most of the time). Outside factors juga memainkan peranan kerana stress dan penyakit boleh mengganggu cycle tu. So kalau korang nak pregnant, make sure jangan stress sangat.

3) Unlike sperm yg boleh hidup selama 3-4 hari (bergantung pada keadaan persekitaran rahim), telur pula hanya boleh hidup selama 12-24 jam selepas dikeluarkan dari ovari. That’s the crucial part. Apa maksud I? Ala, korang yg dah kahwin paham la kot. Takkan nak I explain betul-betul. Nanti dah jadi kelas Sains pulak. Cuba ingat apa yg cikgu ajar masa Form 3 dulu. Secara asasnya, kalau terlalu cepat, sperm mungkin dah mati. Kalau terlalu lambat, telur mungkin dah mati.

4) Katakanlah persenyawaan telah berlaku, telur ini perlu melalui ‘terowong panjang’ selama 6-12 hari sebelum implantation berlaku di dinding rahim. Dalam masa 6-12 hari ni, macam-macam akan berlaku. Sel akan terbahagi. Kadang-kadang, pembahagian sel tidak berlaku dengan baik hingga menyebabkan ia tidak berkembang. Dalam diam, ia akan gugur tanpa disedari.

5) Paling penting, implantation perlu berlaku. Kalau tak dpt attach kat dinding rahim, ia akan gugur tanpa disedari. So bila period sampai, kita anggap kita tak pregnant. Sedangkan kita mungkin telah melalui proses di atas.

Sebenarnya, entry ni nak bagi orang faham. Especially lelaki la. Kalau korang tanya husband korang pun, belum tentu diorg tau proses ni eventhough cikgu dah ajar masa Form 3 dulu. Bukan senang nak pregnant yer. Maybe ada la sesetengah perempuan boleh jadi ‘kilang anak’. Try je terus lekat. Kena faham juga la mcm mana badan perempuan berfungsi.

Kadang-kadang, I rasa stress. Tapi I ingatkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya I dah ada seorang anak. Kita jangan pandang orang yg ada anak berderet. Cuba pandang orang yang takde anak langsung dan terpaksa mencuba pelbagai cara utk dapatkan anak. Kita lebih bertuah kan?

Bersyukur dengan apa yg kita ada :)

Wednesday, September 14, 2011

Ku hirup-hirup kuah lodeh..

Ayaya... ni bkn juadah raya tapi lauk kami malam tadi. Hehehe... Ada yang panggil masak lodeh.. ada yang panggil kuah lodeh. Tak kesah la.

Kebetulan, masak rendang ayam utk jamuan raya kat office hubby. Dengan tekak dok terasa nak mkn lodeh, masak terus la. Satu je kelemahan masakan ni. Ko beli la sikit mana bahan-bahannya pun, tetap akan dpt seperiuk!

Aritu ada orang tanya dari mana asal lauk nie. Ada yang kata KL. Ada yang kata Johor. Ada yg kata, tak pernah jumpa kat Negeri Sembilan. Biar betul? Hehehe. Bukan apa. I rasa famous je juadah ni kat Negeri Sembilan. Memang tak pernah miss mkn setiap kali raya. Tiap-tiap tahun my mom, makcik-makcik, jiran-jiran buat.

Kalau tak silap, juadah ni berasal dari Indonesia. Tapi bila dah sampai sini, bahannya telah disesuaikan dengan tekak orang kita.

See? Bukti lodeh sedap di pinggan

I suka lodeh sebab banyak sayur! Sedap je meratah sayur kan? Kalau Batrisyia dpt lauk ni, mmg dihirup-hirup kuah tu terus dari pinggan. Sabar je la.

Tuesday, September 13, 2011

The Biggest Book Sale in the World!

Good news utk bookworm di luar sana!

Tajuk entry pun dah cukup gah kan? Untuk yang tidak tahu berita baik ni, jualan buku terbesar dan terhebat ini dianjurkan oleh Big Bad Wolf dan bakal diadakan pada 7 Oktober 2011 di MAEPS Serdang. Sebanyak 1.5 juta buku akan dijual dengan diskaun sehingga 90%!

Isk, korang tinggal bayar 10% daripada harga asal je weih. Mana nak dpt?! Ni antara buku yg diorg reveal kat FB.

For One More Day by Mitch Albom
RRP : RM 68.50
BBW : RM8

Shopaholic & Sister by Sophie Kinsella
RRP : RM 56
BBW : RM 8

Nigella Christmas by Nigella Lawson
RRP : RM 109.90
BBW : RM 25

Paths of Glory by Jeffrey Archer
RRP : 41.50
BBW : RM 8

Note : RRP - Recommended Retail Price. BBW - Big Bad Wolf

Tak terbeliak biji mata korang bila tgk harga-harga buku selepas diskaun? Ni baru sikit. Bayangkan 1.5 juta buku yang menunggu semua peminat buku di sana. Ok, barulah I faham perasaan kanak-kanak yg masuk kedai permainan ke, candy store ke… Cuma kedai-kedai diorg tiada diskaun hingga 90% la.. hehehe.

Sebenarnya ada banyak jenis buku yang akan dijual di sana. Bukan setakat novel. Komik, motivation book, children book... semua ada la. Tak rugi kalau pergi pun. I bagi tau awal-awal. Boleh la korang standby duit utk tabur kat sana. Kalaulah dpt rembat semua buku yg berharga RM10.. Dengan duit RM100 boleh beli 10 buah buku. @_@

Kalau korang tak dpt pergi tapi nak kirim kat I pun boleh. Takde hal punya la. Kalau suruh I browse buku, I memang tak kesah.

Untuk keterangan lanjut, layari FB mereka di : http://www.facebook.com/event.php?eid=263027070384302

Ni kalau kak Syigim ada kat Malaysia, boleh ajak dia. Kak, jangan jealous eh. Hehehe

Monday, September 12, 2011

I won return ticket to Singapore!

Cerita dah basi ni tapi utk kenangan ber contest, I buat entry juga la.

Kan I masuk Photo Challenge Balik Raya 2011 tu kan? I menang Grand Prize bebeh! So sweettt!


GRAND PRIZE

ONE return flight ticket to Singapore (1 Adult only)
OR
FAMILY package to Bukit Merah Lake Town Waterpark (2 Adults 2 Children)


Sekupang Team kata nak bgtau pemenang hari ni. Alih-alih, diorg tak sabar-sabar, terus umumkan Jumaat minggu lepas. Mana tak terkejut.

Yer la, masa kitorang masuk contest ni, mmg tak tau ape hadiahnya. Tapi kalau ikut contest tahun lepas, pemenang mmg dpt flight tix. Tapi I tak aim sangat sebab nak rasa seronok join contest je. Plus, suka tgk cara diorg beri markah pada gambar. Kira adil la kan?

Tu je sebab I masuk sebab I pun suka ambil gambar. Cuma kali ni bukan I yang 'menembak'.

Pergi Singapore tu. Sape tak nak wei? I tanya hubby dulu tapi dia kata dia nak ikut pulak. Ahaha... haruslah kan. Dia yg bagi sokongan padu buat challenge tu. Tapi sebab kitorang dah nak masuk rumah baru, tak boleh guna duit sesuka hati pergi melancong eh.

I terpaksa la tolak tix ke Singapore tu. Pergi Bukit Merah je la. Yang penting, dpt bercuti dengan family. Kalau pergi Singapore sorang-sorang pun, hati mesti tak tenang. Sikit-sikit teringat diorg pulak nanti.

Lepas bagi tau Biqque yg I pilih Bukit Merah, tiba-tiba semalam hubby ckp, "Kalau nak pergi Singapore tu, pergi la sorang-sorang. Takpe...". Errr what? Arghhhh....

Untuk lihat keputusan penuh dan markah yg dikutip oleh semua peserta, boleh check blog Biqque : Pemenang Photo Challenge Balik Raya 2011.

Tahniah juga kepada semua peserta lain! Tahun depan kita masuk lagi

Friday, September 09, 2011

Teka Gambar Siapa Paling Best, Dapat Mystery Gift!

Remember this : Photo Challenge Balik Raya 2011?

Jom kita tgk sape contestants yang berani menyahut cabaran gila ni.

Biqque : http://biqque.blogspot.com/2011/09/photo-challenge-balik-raya-2011.html

Chawana : http://blueewoke09.blogspot.com/2011/09/photo-challenge-balik-raya-2011.html

Ely : http://mrspapi.blogspot.com/2011/09/photo-challenge-balik-raya-2011.html

Lin : http://babyarisha.blogspot.com/2011/09/official-photo-challenge-balik-raya.html

Retna : http://anakomak6.blogspot.com/2011/09/photo-challenge-balik-raya-2011.html

Amacam, semuanya gila-gila kan?

Result akan keluar Isnin minggu depan. I rasa masing-masing masuk contest bukan sebab nak hadiah sangat tapi sebab nak rasakan keseronokan buat challenge tu. Believe it or not, kitorang tak tau pun apa hadiah-hadiahnya. Masih dirahsiakan oleh Biqque dan Chawana.

Tapi kalau menang, alhamdulillah la kan. Tu rezeki namanya.

Korang rasa sape boleh menang? Kalau nak dptkan hadiah misteri, boleh try masuk giveaway nie:

Thursday, September 08, 2011

Update dalam kepanasan memang takkan memberikan idea yang bagus

Dah seminggu kita berada dalam bulan Syawal. Banyak juadah raya yang dah masuk perut kita. Amacam, berat naik tak? Mana la tau berat yang terbuang masa bulan Ramadhan tu dah berjaya dinaikkan semula.

Minggu ni kami ‘berehat’ daripada mood ziarah raya sebab hubby berpuasa 6. Hujung minggu ni memang tak dan. Hujung minggu depan baru dapat beberapa undangan utk beraya. Cuti lama kan? So mmg nak diisi dengan mengunjungi kawan-kawan yang jarang sangat dpt berjumpa. Korang tunggu je la I call eh. Harapnya kita dapat berjumpa. Ada sesiapa lagi yg tinggal area Hulu Langat, Bandar Sri Permaisuri, Jusco Balakong dan Bukit Antarabangsa?

Huh, entry agak takde idea sebab tgh kepanasan kat office nie. Ada air-cond tapi mcm sejuk tu tersejat as soon as ia keluar. Paham tak?

Tgk gambar raya, teringin nak mkn ketupat dengan kuah kacang dengan masak lodeh dengan rendang. Erk…

Wednesday, September 07, 2011

PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011

Raya tahun ni kerjanya mengambil gambar je. Bukan gambar biasa tapi gambar-gambar luar biasa yang I tak pernah nak ambil sebelum ni. Hahahaha... Semuanya sebab PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011.



Tahun ni, Photo Challenge Balik Raya kembali lagi dengan 10 challenges yang boleh tahan susah juga la. Actually, sekali imbas nampak senang. Cuma perlu cari masa dan tempat yang sesuai. Part tu sedikit challenging la.

SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!

A) Setiap gambar MESTI ada Blogger.
B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011".
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.

Untuk 3 syarat utama ni, senang je. Hari Jumaat sebelum cuti tu dah siap-siap print "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011". Punya la semangat. Utk challenge kali ni, I pakai baju raya warna purple, gold, hijau dan merah hati. Tapi banyak warna purple sebab hari tu mmg I pulun buat sebanyak mungkin.

Jom tgk challenge yang perlu kami sahut dan gambar yang I pertaruhkan. (Utk juri-juri, sila klik gambar utk maximum size)

10 CHALLENGES YANG PERLU DILANGSAIKAN!

Idea Biqque
1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya. Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.

~ Masa mula-mula dpt list ni, I rasa No. 1 ni paling senang nak buat. Ingat nak cari road block time raya tapi satu pun tak jumpa. Stress weih. Pastu pergi balai polis kat Seremban 2. Tegur 2 org Lans Koperal ni. Diorg suruh dapatkan permission dari ketua balai. I cabut je la sebab leceh sgt la. Hubby ckp maybe sebab I pergi dgn dia. So Lans Koperal tu jual mahal. Hahaha..

Minggu lepas, pergi balai polis kat Batu 9 Cheras, ramai org tgh buat report pulak. Sekali terjumpa 2 orang polis ni kat kedai makan area Batu 9 juga. Apa lagi, I terus explain kat diorg. Sarjan ni terus bersetuju. Cayalah! Sarjan tu mkn tart nenas tu sebenarnya. Tapi masa gambar diambil, dia tak letak kat mulut dia pulak. Hikhik...


2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat.

~ Antara challenge yg susah utk dilakukan sebab ada je halangan. At first, I nak buat ramai-ramai dengan ahli keluarga. Nak buat kat City Park, Seremban 2. Semua dah bersemangat tau. Sampai sana, hujan dah mula turun pulak. So I buat challenge main slide je.

Ni kira percubaan terakhir la. Masing-masing dah keluar berjalan raya. Tinggal kami je. Buat dalam rumah. My parents jadi tukang adjust bentuk huruf kami. Adik I berdiri atas meja makan sebab nak ambil gambar dari atas. Maklumkan, guna kamera biasa je. Ada rupa ejaan "RAYA" tak?


3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus.


~ Agak senang nak cari rumah kampung yang kosong kat Rembau. Sana banyak rumah tinggal. Eventhough kami ambil gambar waktu siang, perasaan seram tetap terasa. Nak berdiri dekat dengan rumah pun I takut. Siap ajak hubby turun kereta. Dalam gambar ni tak nampak my hubby kan? Dia ada kat sebelah I je sebenarnya. Wife dia mmg penakut. I fikir, kalau berdua, maybe takde la entiti yg ikut I balik.

Actually, ada lagi satu rumah kat kampung. Besar, bersemak dan menyeramkan. Mmg spooky habis. Tapi bila terpandang, I terus jadi tak sedap hati. Nasib baik tak ambil gambar kat situ sebab later I found out that rumah tu dah terbiar sejak ayah I kecil lagi! Katanya dalam tu masih ada perabot dan memang berhantu. Kawan dia pernah masuk dalam tu. Keluar, terus jadi tak betul sampai sekarang. Nasib baik I tak singgah.


4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerak. Kawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye.

~ Lokasi di North South Expressway. Nampak signboard hijau kat belakang tu? Haa, tu ciri-ciri yang menunjukkan ini jalan highway. Challenge yang senang nak buat. Cuma perlu cari tempat yang sesuai utk berhentikan kenderaan. Kalau tak, boleh membahayakan diri dan kenderaan lain.


5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat.

~ Lokasi di City Park, Seremban 2. Demi menghormati peraturan di playground (di mana permainan adalah untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun), I takde la beriye sangat main. Ahaks, ada cuba nak main tapi guard situ dah tiup wisel suruh turun! Isk... Diharap gambar di atas berjaya menunjukkan betapa besarnya slide ni. Korang suruh mkn ketupat nasi kan? I terus makan dari sarung ketupat je. Hujan dah mula turun waktu tu. Disebabkan challenge ni, I demam keesokan harinya.


Idea Chawana.
6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau!

~ Lokasi di Sg. Congkak. Kat bawah je. Bkn kat jeram. Airnya sangat deras. Tak berani nak pergi tepi sangat. Gunakan tart nenas sebagai umpan. Siap letak bekas umpan aka balang kuih raya. Kuikuikui. Tak caye? Besarkan gambar di atas untuk cari tart nenas itu :)

Lain kali I nak guna umpan kuih ros la. Tart nenas kan lembut. Terkial-kial hubby nak pasang umpan.


7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing.


~ Ni challenge terakhir yang I siapkan sebab takde idea langsung nak create costume superhero raya. Ni kira percubaan terakhir la. Topeng mata dibuat sendiri oleh hubby walaupun I kata I nak beli. Dia taknak. Logo I buat. Kenapa huruf "R"? "R" bermaksud RAYA. Blanket cape tu I pakai tudung warna hijau je. Nak ada mood raya. Kalau warna merah, dah jadi mood CNY pulak. Malu seh nak upload gambar nie tapi I redha je la. Kira ok la daripada idea hubby yg suruh I baring atas kereta dia ala-ala nak terbang. Iskk....


8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala. Kaki tak leh pijak tanah ok!

~ Basikal biasa lebih sesuai utk challenge ni sebab confirm korang kena kayuh utk dapatkan effect kaki tak jejak tanah. Lain la kalau ada basikal zaman dulu2 yang boleh pakai sendal tu. Ni pinjam basikal sepupu. Dah la hampir pancit. Gigih nak bagi balance. Ahaks, mengayuh basikal dengan wedges setinggi hampir 5 inci adalah susah rupanya. Weee.. tiba-tiba rasa nak beli basikal. Dah lama tak naik basikal.


9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha!

~ First time main lantern. Cantik juga rupanya bila dah nyalakan lilin kat dalam lantern tu. Terkelip-kelip mataku memandang. Lantern dibeli di kedai Cina. Rambang mata weih. Nyonya tu pun dah terjeling-jeling. Agaknya pelik sebab orang Melayu cari lantern. Nak-nak pulak time tu diorg tgh sibuk sembahyang hantu tu. Gerai lemang ni kat Hulu Langat. Nak ambil hati peniaga, kami beli la lemang sebatang. Gambar terpaksa guna flash sebab tempat tu gelap sangat.


10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi. Ha amik korang, gambar penutup!

~ Ahaks, Chawana tak suruh panjat pokok kan? Ala, improvise je. I makan kuih batang buruk kat atas pokok-pokok bunga.

Wahhh, bangga dpt siapkan semuanya. Mcm tak percaya je. I kan pemalu. Nak buat depan orang ramai, kat tepi jalan la.. kat gerai bakar lemang la.. mmg kena tebalkan muka.

A big thanks to my family yg mmg bagi support utk menyelesaikan challenge nie. Sampai ke pakcik makcik pun bagi pinjam basikal, balang kuih raya. I terharu! Paling berterima kasih kepada adik bongsu dan hubby selaku photographer bagi kebanyakan gambar di atas.

Tapi best la buat challenge nie. Nampak je mcm ntahapehapentah tapi bila dah start buat, rasa seronok. Lebih-lebih lagi bila org sekeliling menyokong dan memberi idea. Harap-harap Sekupang Team boleh buat lagi utk raya tahun depan.

Tuesday, September 06, 2011

Kenapa saya busy masa raya?

Nantikan entry esok :)

Monday, September 05, 2011

Entry raya yang banyak gambar tapi tiada langsung gambar beraya ke rumah orang

Orang lain dah ramai update cerita raya, I baru nak 'panaskan enjin'. Mari kita mulakan dengan gambar rendang. Tahun ni buat rendang daging dan resipi diubah sedikit. Tak tau la mama dpt resipi dari mana. Tapi memang lain bebenor dari resipi sebelum ni. Rasa tetap sedap!


Lepas tu, ada orang tu request nak makan homemade ketupat. Mama dah siap-siap beli nasi himpit dah tapi sebab menantu minta, maka tak jadilah rebus nasi himpit. Kitorang bukan taknak rebus ketupat tapi memang tak masak sebab atok dah masakkan. (Nasib baik rebus ketupat sebab tahun ni, atok tak buat ketupat pun).

Menantu tu ckp (my hubby la) dia nak anyamkan ketupat. Ewah, nak tunjuk skill. Nak tau ape jadi? Kitorang dah siap anyam 19, dia satu pun tak siap lagi. Dok sibuk betulkan laptop dia.

Menantu tak siap-siap, mak mertua ambil alih. Laju je!

Pagi raya, nasib baik tak berdrama sangat. Kalau tak, semua orang kelam kabut bersiap. Pagi tu smooth aje. Kiranya by the time lelaki-lelaki dah balik dari solat raya, semua orang kat rumah dah siap. Syabas! Ni kira rekod la. Hehehe...

Ketupat untuk menantu :p

Masak Lodeh

Rendang daging


Seperti biasa, perlu ambil gambar pertama sebab nak pastikan tudung sesuai dengan muka pada pagi tu.

Ok, tudung sedikit bulat maka perlu ubah agar tak nampak pelik

Papa yang pandai berlakon depan camera dan
mama yg ikut aje lakonan papa tu
*Hasil kursus intensif dari Hasif*

Ketupat, kuah kacang, masak lodeh dan rendang disatukan dalam
pinggan untuk santapan.. sedap kalau campur semua!

Nampak rajin di pagi raya. Tapi sempat request,
"Along, ambil gambar aku tgh angkat pinggan nie"
Adik sape la nie T_T

Seperti tahun-tahun raya yang lain (la ni, 2 tahun sekali je), kami akan buat sesi bergambar sekeluarga. Tiada penambahan ahli keluarga sejak 2 tahun lepas. Cuma Batrisyia dan Danish dah boleh berdiri sendiri. Kami ambil gambar di studio yang lain sebab tak puas hati dengan studio lama. Kualiti makin kurang.

Studio ni terletak di Taipan Senawang. Tak tau nama dia tapi I ada ambil gambar depan kedai tu. Korang carilah sendiri.

Pagi tu, ramai betul orang kat studio tu. Masing-masing mmg pakai dengan warna senada. Baru cantik ambil gambar family kan? Masa kami datang, keluarga merah sedang ambil gambar dalam studio. Keluarga pelangi tengah tunggu turn, keluarga orange sedang mendaftar dan keluarga kami (keluarga coklat) tunggu turn untuk mendaftar.

Kat luar studio ada keluarga biru baru balik. Lepas tu datang lagi keluarga merah dan keluarga coklat. Meriah!!!


Gambar yang kami pilih. Don't play-play, "rumah" ni ada pendiang api

Haa, ni lah rupa depan kedai tu. Memang tak nampak namanya. Gambar akan siap dalam masa 4 minggu sebab dia nak touch up muka dan edit mana yang patut. Dah siap nanti, I tunjuk. Service dia bagus la juga. Jurukamera sabar je. Senyum je. Siap bagi idea. Pandai susun ahli keluarga. Pandai ambil hati kanak-kanak. Recommended!

Lepas tu baru pergi rumah atok dan nenek.



Korang pelik ke tgk warna baju kitorang tak sama? Tak payah la pelik sangat. Tadi kan I kata kami ambil gambar keluarga kan? So semua lelaki pakai baju melayu seperti warna di atas. Perempuan pulak pakai baju kurung seperti warna di atas. Kalau tgk camni, mmg mcm tak senada. Dah tgk gambar besar nanti, ok la.

Hari raya pertama, kami pergi 2 buah rumah aje. Pelan-pelan kayuh. Orang lain semua balik kampung.

Raya kedua, kami balik Rembau. Mula-mula, melawat kubur arwah atok dan nenek.

Lepas tu, ke rumah makcik kat Astana Raja. Kat sana, boleh bertembung dengan lagi satu keluarga makcik pulak. Sudahnya, beraya di situ je. Tak singgah rumah makcik lagi satu sebab dia pun nak keluar berjalan raya.

Masa ke rumah makcik ketiga dan keempat, kami sempat ambil gambar kat kebun getah. Makcik-makcik ni satu taman. Sebelah tu ada kebun getah. Tapi tidaklah bersemak. Elok je terjaga. Selalunya mmg park kereta kat situ je. Orang lain dapat letak kereta depan rumah makcik. Kami masuk kat kawasan kebun getah tu.

Berlakulah sesi bergambar dlm 5 minit. Hehehe.... Batrisyia ikut kereta mama, Hasif ikut kereta kami. Jadi kami agak rileks sikit sebab diorg dah masuk rumah makcik.



Memang takde keje kan? Hahahha... tapi best sebab yang terlibat semuanya orang yg suka bergambar.

Ni la entry raya tapi takde pun gambar beraya kat rumah orang. Tahun ni I busy ambil gambar lain. Esok I publish eh.

Duit raya Batrisyia tak kira lagi. Tahun ni, I mmg tak buka mana-mana sampul duit raya pun. Dapat je, terus simpan. I nak simpan sampai hujung bln raya. Lepas tu baru buka. Bila buat camtu, I tak dpt nak bezakan berapa orang ni bagi duit raya, berapa org tu bagi duit raya. Semuanya sama di mata kami. Ahaks. Kami juga akan membalas dengan hati yang ikhlas. Insya Allah.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.