Monday, August 29, 2011

Pre-raya entry

Hari terakhir di KL, kami sempat ke Jalan TAR utk membeli baju kurung. Nasib baik la ada baju kurung yang boleh gantikan baju yang rosak tu.

On the way balik, kami singgah di Jusco Balakong. I cakap dengan hubby, kalau tak jumpa juga kasut kat sana, mmg I pakai kasut lama je la. Sekali ada ok, masuk kedai pertama iaitu Bata. Terus tengok wedges dan high heels dari Marie Claire. Ada satu wedges dan satu high heels yg mmg berkenan di hati. Lepas cuba dalam 10 minit, siap termenung bagai.. last-last I ambil wedges tu.

Yeay, dah ada kasut. I tak rasa bersalah sangat sebab kali terakhir I beli kasut ialah pada bulan 7 tahun lepas. Dah lama kan? I memang tak suka simpan banyak kasut. Utk kasut dan handbag, mmg I akan pakai sampai hancur, lepas tu baru beli baru.

So semasa I taip entry ni, semua juadah raya dah siap dimasak kecuali masak lodeh. Badan dah penat sangat rasanya. Esok kami hanya beraya di Senawang. Petang insya Allah akan ke Sendayan utk beraya di rumah kenalan. Will update about raya later. I tgh nak fokus siapkan photo challenge nie.

Friday, August 26, 2011

Thanks Allah it's Friday!

Hari ni hari terakhir I bekerja. Yahooo!!! Actually, minggu ni mmg dah rasa mcm tak kerja. Ditambah pulak dengan boss yang tak masuk office. Kalau masuk pun, jumpa dia dlm 2-3 jam je. Heaven!

Hari ni, timbul satu masalah baru. I tengah cuba cari jalan penyelesaian ni. Nanti, mungkin I boleh share cerita ni di kemudian hari. Hopefully, Allah tunjukkan jalan kepada kami untuk menyelesaikan masalah ni. Please Allah, help us to find the best way!

This is not my last entry before raya. Balik kampung, still boleh online 24 hours. Nantikan pre-raya entry pulak. Ahaks.

Tapi I tau, ramai yg dah mula bercuti. Jadi di kesempatan ni, I nak minta maaf kepada semua pembaca jika ada antara penulisan di dalam ni menyinggung mana-mana pihak. Kadang kala, kita rasa biasa-biasa aje tapi pihak lain terasa pulak. Kekhilafan itu tidak dapat dielak.

Selamat Hari Raya!! Have a safe journey.

P/S : Kepada mereka yg menyahut cabaran Photo Challenge Balik Raya 2011, give your best shot! I nak tgk gambar-gambar hebat dari korang.

JOM PHOTOBOOK Giveaway by KedaiGambarKami! *Sticky Entry*

Dah beberapa kali terlepas sesi Giveaway yg dianjurkan oleh KedaiGambarKami. Kali ni tergerak hati nak join giveaway terbaru mereka.



Sebab I bukan client KedaiGambarKami, so I kena join Kategori B. Untuk Kategori B, ini syarat-syaratnya.

Kategori B

1.Terbuka kepada semua pengunjung/fans KedaiGambarKami .
2.Mestilah seorang blogger , warganegara Malaysia.Yang menetap di luar negara juga boleh join tetapi jika menang, kami cuma menanggung penghantaran di dalam negara shj.Kos pengeposan ke luar negara hendaklah ditanggung oleh anda.
3.Create satu entry sticky mode khas utk giveaway ini.Tak lama pun, sebab selepas 8 hari giveaway ini akan berakhir.Selepas tarikh tamat, anda boleh remove sticky mode entry tu.(tapi jangan remove entry nya terus ya..)
4.Masukkan banner contest beserta link entry ini.
5.Nyatakan kenapa anda layak menang.Dalam entry anda mesti ada perkataan JOM PHOTOBOOK! Tinggalkan link entry anda beserta kategori yang dipilih pada entry ini.

Memang cun sangatlah sebab I memang memerlukan photobook sangat! Nak tau kenapa?

Seiring dengan zaman kamera canggih ni kan, semua gambar diambil guna digital camera. Tak macam dulu-dulu. Kamera guna kodak. Sampai masa, kita cuci. Lepas tu tokei kedai terus letak dalam album. Dah siap. Anytime kita boleh check balik gambar-gambar kita dalam album.

Bila dah ada digital camera, kita boleh ambil gambar seberapa banyak yang kita suka. Cukup masa, kita view balik gambar-gambar tu. Mana yang rasa nak frame kan, kita cuci. Dah jarang sangat kita nak cuci SEMUA gambar yang kita ambil. Lebih-lebih lagi bila ada blog dan Facebook. Terus je share kat sana. Paling senang pun, kita burn semua gambar dalam CD. CD akan di “mark” dengan nama tertentu. Dah jadi macam album digital pulak.

Itu yang I buat selama ni.

Cuma ada satu kejadian yang sering berlaku hingga membuatkan I kelam kabut. Usually, CDs gambar mmg I letak elok-elok dalam satu bekas. Tapi biasa la. Sometimes, kita teringin nak tgk balik gambar-gambar kita. Kita keluarkan satu CD. Lepas tu, kita bawa pergi office la.. bwk balik kampung la. Sudahnya, tak ingat CD tu letak kat mana.

Bila benda camni berlaku, I memang panik yang amat. Panik sampai teringat-ingat. Cuba rewind balik memory dalam otak ni semata-mata nak tahu kat mana I letak CD tu. Kalau cara ni tak berkesan, habis satu rumah I cari. Dalam kabinet dapur pun I boleh cari. Mana la tau, dalam pada nak sorokkan daripada anak, I terus letak dalam kabinet dapur. Gitu la punya teruk bila kes CD gambar hilang.

Masa tu salahkan diri sendiri. “Kenapa la tak cuci ke gambar-gambar tu. Kenapa la tak buat photobook je terus. Confirm tak hilang dah”.

Hmm, betul la.. ada 4 CDs penah hilang… CD gambar kahwin, CD pergi honeymoon, CD 1st photoshoot dengan Batrisyia dan paling baru, CD photoshoot dengan Serindit Photo. Hahaha… teruk betul perangai. Tapi alhamdulillah, 3 CDs telah berjaya dijumpai semula setelah I cari bagai nak rak. Makan masa berbulan la juga. CD honeymoon masih belum dijumpai :(

Jadi atas sebab macam ni, I rasa I layak menang photobook dari KedaiGambarKami. Dapatlah I abadikan gambar-gambar terpilih dalam photobook mereka yg lawa tu. Kalau CD gambar tu hilang lagi,tak la rasa gelabah sangat!

Bukankah lawa kalau photobook tu diletak di ruang tamu? Lepas tu saudara mara tgk photobook yang cantik tu dan tanya, “Buat kat mana? Lawa nampak!”. I boleh jawab, “Oh, ni photobook dari KedaiGambarKami. Kalau nak tempah, saya boleh bagi phone no diorg”. Ewah ewah…

Kalaulah korang selalu kehilangan CD yang memuatkan gambar-gambar berharga korang, JOM PHOTOBOOK!

Thursday, August 25, 2011

Nuffnang Premier Screening : Cars 2

Kami dapat peluang menonton Cars 2 beberapa hari lebih awal dari tarikh tayangan. Thanks to Nuffnang for choosing my comment as one of the lucky winners.

Memang nak bawa Batrisyia pergi tgk Cars 2 sebab dia minat kereta. Lebih-lebih lagi, red car. Lightning McQueen kan warna merah. Bila keluar iklan, mmg Batrisyia tunjuk kereta tu.

Utk Cars 2, kisahnya bermula dengan Lightning McQueen yang balik ke tempat asal utk berehat selepas menghabiskan masa dengan jelajah perlumbaan di serata dunia. Dia ingin berjumpa kawan-kawan lama dan kekasihnya tetapi disebabkan Mater, McQueen tercabar utk kembali ke litar dunia bagi menewaskan Francesco Bernoulli.

Untuk kali ni, McQueen membawa rakan baiknya; Mater utk sama-sama menyaksikan perlumbaan hebat ini. Bagaimanapun, sesuatu berlaku hingga menyebabkan McQueen kalah di litar Jepun dan mengakibatkan Mater menjauhkan diri dari rakan baiknya itu.

Apakah yang telah berlaku? Tu kena pergi tengok sendiri :)

Utk Cars 2, kita dibawa menyaksikan perlumbaan mereka di Jepun, France dan London. Memang best! Lebih-lebih lagi scene kat London. Memang nampak real betul la.

Japan

London

France

For me, Cars 2 lagi best dari Cars (filem pertama). Banyak unsur humor dan aksi diselitkan dalam filem ni membuatkan kita sama-sama cemas dan ketawa hinggalah filem berakhir.

Bawalah anak-anak pergi tengok. Mesti mereka suka! Ada bonus... sebelum tayangan Cars 2 bermula, mereka akan menayangkan Toy Story Toons yang mmg boleh buat korang ketawa!

Wednesday, August 24, 2011

Cakap berbelit mengalahkan ular

Perbualan di telefon antara orang yg menulis entry ni(A) dengan orang yang senantiasa betul (B)!

A : Eh, I dapat 2 je documents. Mana lagi satu?
B : Apa tu?
A : Document lagi satu la. You tak ambil ke? Kan semalam I buat note.
B : Oh, I tak sempat ambil la.
A : Macam mana pulak tak sempat ambil? Kan semalam you pergi hantar document kat sana. Ambil je la terus.
B : Tulisan you kecil sangat. I tak nampak.
A : What? Kalau tulisan I kecil sangat, you tak nampak.. macam mana you boleh collect lagi 2 documents ni?
B : You tak cakap. You sepatutnya remind I. I tak perasan.
A : Eh, you jangan tiba-tiba nak salahkan I. Kalau dah buat silap, mengaku aje.
B : Dah la. I busy ni.

Terus terang I cakap. I dah meluat dengan si B nie. Serious! Bukan nak cakap apa. Berkali-kali dah terkena dengan dia ni sampai I pernah sound dia depan-depan orang sebab geram sangat.

Dia mempunyai satu sikap. Semuanya dia yang betul walaupun terang-terang dia yg salah. Lepas tu, diam-diam salahkan orang lain. Aritu siap ugut nak tinggalkan company. What the heck? Ko nak blah, blah je la. Tak luak la kalau hilang orang mcm dia ni. Perasan bagus sgt.

Contoh mcm kejadian di atas la. Mula-mula kata tak sempat ambil. Bila I argue, dia salahkan tulisan I pulak. Hello, tak pernah lagi ada orang tak boleh baca tulisan I. Plus, kalau la betul dia tak boleh baca, kenapa dia boleh baca my note tentang lagi 2 documents tu.

Note I simple je : Please collect document at XXX, YYY, ZZZ. Camne satu boleh tak nampak? Cuba cerita.

Lepas tu nak suruh I remind dia. Kirim salam la. Apa ingat dia sorang busy. Kang I tepon banyak kali, marah. Bawak organizer ke hulu ke hilir tapi tak reti nak tulis nota kat organizer tu.

Dunia... dunia...

Wordless Wednesday : Tudung raya

RM 6.80 je satu set :)

Tuesday, August 23, 2011

Dress disaster

I dapat satu panggilan telefon maghrib semalam.

"Ada berita kurang baik" kata pemanggil.

Kalau I dengar ayat tu, mmg dalam kepala terus terasa mcm ada orang baru meninggal dunia.

Rupanya, berita kurang baik dengan baju kurung warna light purple tu. Seperti yang dijanjikan, baju tu siap semalam. Baju tu kain cotton. Orang nak sponsor cotton, kita ambil je la. Yang penting, kainnya tak jarang. Kainnya corak belang-belang, bajunya polka dots.

Nak tau ape yg berita kurang baiknya?

Tailor pergi jadikan bajunya corak belang-belang dan kainnya polka dots! Baju Batrisyia lagi mcm badut (ni my sis cakap la). Boleh kat hujung lengan baju, dia tambah sikit corak polka dots.

Alasan dia, tak cukup kain nak buat baju polka dots dan kain belang-belang. Apakah? Ada ke orang nak pakai. Dia jawab, "Okay ape corak camni". Okay sangatlah kan. Sebab dia kata OK, kami kata tak OK... so kami minta refund duit tempah dan duit kain.

Ni bukan first time tempah kat dia. Dah banyak kali dah. Sepatutnya tak jadi camni. Dan sepatutnya, kalau tak cukup kain pun, boleh je dia call utk beritahu. So boleh la kita buat deal agar dia tak payah jahit baju Batrisyia.

Sudahnya, kami bertiga tak cukup baju raya. Yang geramnya, masing-masing dah beli tudung. Jadi nak tak nak, kena pergi shopping baju raya kaler purple. Bila pulak la I nak pergi cari tu. Ada yang ajak hubby pergi Jalan TAR malam raya nanti.

Monday, August 22, 2011

Terima kasih Allah kerana tidak makbulkan doaku buat sementara waktu...

Utk hujung minggu lepas, kami bagi full attention utk persiapan raya. Sabtu, pagi-pagi dah sampai kat Jalan TAR. Tujuan utama, nak cari tudung bawal yg boleh padan dengan baju warna gold dan lavender. Wah, warna levender tu mcm mana? Ekekeke... kelasss ko, warna light purple la.

Dalam pada orang lain sibuk cari tudung instant yg lawa-lawa... Ariani la.. Fareeda la.. I tetap pada bawal. Ada la juga tudung instant tp tudung bawal lagi best. Senang nak jaga. Senang nak bentuk. Tak la terpacul soalan, "Kenapa abang penyekkan tudung tu? Habis la awning dia.".. Hehehe... sian hubby. Dah nama pun lelaki. Mana la dia sensitif bab-bab tu kan?

Selalu beli bawal murah, murah. Ni up sikit la harganya tapi bukan la Bawal Exclusive. Tu tak mampu den. Alhamdulillah, masuk ke kedai kedua, terus jumpa tudung yg dicari.

Next, pergi cari tudung utk Batrisyia. Hubby sibuk nak carikan juga. So jalan la di sepanjang jalan TAR tu. Akhirnya sampai ke Muaz Textile. Kedai ni famous kan? Kalau nak cari tudung murah, pergi la situ. Berlambak tapi ikut taste masing-masing la. Dpt la 2 helai tudung utk Batrisyia. RM6.80 je sehelai.

Hari Ahad, mengemas rumah je. Basuh langsir, lap perabot, cabut rumput. Ahaks, mini garden dah terabai. Banyak pokok dah merajuk dan mati. Kesian... nak buat camne. Tuan rumah sibuk.

Sesuatu berlaku minggu lepas yang membuatkan I sangat bersyukur pada Allah. Dipendekkan cerita, I tergelincir kat dapur. Tak sempat tahan, tak sempat pegang apa-apa. I cuma rasa keadaan sekeliling berpusing. I menjerit dan tiba-tiba I dah mengadap siling dapur. Tangan kiri terhentak ke lantai. Mujur kepala berbalut tuala. Kalau tak, kepala pun terhentak sama.

Tangan kiri mmg sakit gila. Hubby risau retak but I rasa tak sampai camtu kot. Kalau retak, mesti bengkak, tak ke? Erk... tapi mmg sakit sampai sekarang.

Yang buat I bersyukur sangat ialah I tak pregnant. Kalau tak, confirm malam tu juga pergi hospital. Terima kasih Allah kerana tak makbulkan doaku buat sementara waktu. Hanya Kau yang Maha Mengetahui.

Friday, August 19, 2011

Pelajar Islam Tahun 6 diajar tentang Jesus

Terkejut menonton pendedahan Buletin Utama malam tadi tentang sebuah pusat tuisyen yang dalam diam cuba memurtadkan kanak-kanak kecil secara halus.

*Pujian utk Buletin Utama dalam hal ni. Berita mcm ni la bagus. Ni buat exclusive pasal Saiful Bukhari tu buat ape. Mcm la takde orang lain yg kita boleh jadikan tokoh masa bulan Ramadhan*

Mana tak terkejut. Budak kecil tu dengan lancarnya bercerita tentang Jesus dan dengan mudahnya menyanyi lagu Kristian. Dia juga bercerita tentang pembelajaran dia di pusat tuisyen tu. Mereka diajar tentang cerita Jesus, lagu-lagu Kristian dan cara-cara membuat tanda salib. Malah, kuiz tentang Kristian juga diadakan di mana hadiah akan diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul.

Pust tuisyen di Kuchai Lama tu dibuka pada hari Ahad dan diberikan secara percuma. Guru professional datang dengan kereta mewah.

Apa nak jadi nie? Dalam diam, ajaran Kristian cuba diserapkan dalam jiwa kanak-kanak nie. Mereka seringkali diberitahu bahawa Jesus sayangkan mereka. What the heck?

Boleh tak pihak berwajib dan kerajaan jangan berlembut dalam hal nie? Kalau dah siasat dan terbukti berlaku apa yg kita jangka ni, ambil tindakan. Tak payah bagi muka atas semangat nak jaga hati agama lain. Ni isu besar.

Ke isu murtad tu isu kecil je?

Thursday, August 18, 2011

Buku untuk bulan hadapan

Tangan dah gatal nak beli buku baru. Hehehe... Kalau korang nak recommend apa-apa novel, please leave a comment. Tak kesah la buku tu pasal apa. I'll do my own research later. But kalau nak bagi general view about the book, lagi bagus!

So far, ada 3 buku yg menarik perhatian.

Tuesdays with Morrie by Mitch Albom

Rasanya ramai dah tau pasal buku ni. Kalau tak pernah baca buku pun, maybe penah tgk filemnya. I dah byk kali tgk filemnya. Dulu selalu tayang kat Hallmark. Sedih juga ceritanya. Kalau tgk filem pun dah sedih, buku dia mesti best. Tu yang teringin nak beli tu. Dah lama nampak buku ni tapi tak beli-beli.



The Confession by John Grisham

Tak pernah dengar tajuk buku ni (eventhough I dah biasa dengan John Grisham) hinggalah ia tersenarai dalam New York Bestseller. Jalan ceritanya agak menarik la juga. Buku ni menceritakan tentang seorang penjenayah yang telah menculik, merogol dan membunuh seorang cheerleader dengan cara yang kejam tetapi tidak tertangkap. Sebaliknya, pihak polis menangkap orang lain dan orang itu dijatuhkan hukuman mati. Penjenayah terbabit tidak menyesal sebaliknya merasa seronok melihat kebodohan polis dan hakim yang menjatuhkan hukuman ke atas orang yg salah. Hinggalah beberapa tahun kemudian, sesuatu berlaku dan menyebabkan penjenayah terbabit berhasrat membuat confession tentang jenayah yang dilakukannya agar orang yang tidak bersalah tu terlepas dari hukuman mati. Dapatkah dia meyakinkan pihak berkuasa bahawa dialah penjenayah yang sebenar?



Full Dark, No Stars by Stephen King

Ni author kegemaran masa zaman sekolah menengah. Hikhik. Dah lama giler tak baca novel dia. Utk novel ni, terdapat 4 mini novel di dalamnya. Maknanya, ada 4 cerita misteri di dalam tu. Buku ni, ada yg kata best. Ada yang kata tak best. Tak tau la. Ada sesapa pernah baca?

Please.... kalau korang pernah baca buku best, share la kat sini. Teringin juga nak baca.

Wednesday, August 17, 2011

Makan sikit tapi berat susah nak turun? Baca nie...

Ok, hari ni I nak kongsi satu info tentang metabolisme.

Siapa sini pernah cuba turunkan berat badan dengan cara mengurangkan makan atau skip terus your meal, tetapi berkesudahan dengan berat badan yang semakin menaik? Atau dah cuba tak makan nasi, cuba mkn sekali sehari je tapi berat tak turun-turun?

I tak pernah kurangkan mkn dan skip makan secara tak sengaja. Dalam seminggu, mesti ada 2-3 hari yg I sibuk buat kerja sampai terganggu waktu lunch. Kadang-kadang tak mkn langsung. Perkara ni berlarutan selama beberapa bulan. Ditambah pulak dengan dah tak mengepam, berat badan naik. Tapi kalau ikut logik, patutnya berat tak naik lagi sebab tak makan banyak.

I was wrong! Rupanya, metabolisme badan dah ‘rosak’. Sebab tu la makan sikit pun, berat boleh naik atau tak turun-turun.

Maaf, I tak jumpa artikel dalam Bahasa Melayu. Korang boleh cuba google artikel dalam Bahasa Inggeris. Salah satunya ini : Eating Too Few Calories Stall Your Metabolism? . You will get general idea from there.

Actually, bukan artikel ni yang membuka mata I. Ada satu artikel lain dan ia tersangatlah panjang sebab doktor tu kongsikan sekali pengalaman seorang pesakit dia yg overweight sangat. Sorry, no link sebab I tak save pun. Takpe, I cuba explain kat korang yer.

Basically, badan kita memerlukan jumlah kalori tertentu utk memastikan ia berfungsi dengan baik. Jumlah kalori bergantung pada umur, jantina dan beberapa faktor lain. So ada sorang patient ni, dia overweight dan dia cuba kurangkan pemakanan. Calories deficit dia mmg tinggi tapi berat tak turun juga. Sometimes, berat dia naik. Doktor tu beri penerangan kat dia mcm ni.

Kalau badan dah terbiasa terima sejumlah kalori dan pada satu peringkat dan suddenly ia menerima kurang kalori dari jumlah kalori asal, badan akan adjust metabolism level dalam badan kita. Slowly, dia adjust.. adjust.. adjust… sampailah otak bagi signal to put the the body into ‘starvation mode’. Process ni berlaku dalam masa beberapa minggu/bln, bergantung pada badan masing-masing.

So kononlah korang nak turunkan berat dengan cara kurangkan makan. Lepas 2 hari, tgk berat turun. Punya la suka. Kurangkan makan lagi.. turun. Ianya berterusan. Lepas beberapa minggu, tgk berat dah tak turun. Paksa diri lagi utk kurangkan makan. Sampai satu ketika, korang rasa pelik. Tak mkn banyak tapi berat tak turun atau lebih teruk, berat makin naik.

Maknanya badan korang dah berada dalam starvation mode dan metabolisme badan telah menjadi rendah. Badan dapat signal yg jika ia masih menerima jumlah kalori yang kurang, badan tidak mampu berfungsi dan organ dalaman akan rosak. So badan bertindak untuk simpan tenaga sebanyak mungkin. Jadi, apa saja yg anda makan, akan terus disimpan sebab badan takut ia akan ‘shut down’.

Sama mcm ni la. Kalau korang ada banyak duit, duit seposen yg korang nampak kat lantai pun korang malas kutip. Cuba kalau time sesak, seposen tu la yg korang kutip dan simpan kan? Make sense?

Menurut doktor tu, apa yang perlu patient dia buat ialah mula makan dengan cara yang betul semula. Maknanya breakfast, lunch, dinner dan jika perlu.. 2 healthy snacks in between. Ini utk memberi signal kepada badan yg “OK, jangan risau. Badan takkan mati. Teruskan membakar kalori”.

At first, bila korang cuba kembalikan metabolisme badan ke tahap asal, badan mungkin akan beri negative reaction. Berat badan korang akan bertambah. Korang akan rasa menyesal sebab ikut cakap doktor tu, maybe korang akan bertindak utk skip your meal again. Sepatutnya teruskan usaha menurunkan berat badan dengan cara makan secara teratur semula.

Berat akan naik dalam jumlah yang sedikit. Perlu makan makanan yg berkhasiat. Setelah badan korang confirm yg korang bukan nak kebulurkan badan anda, ia akan mula membakar kalori seperti biasa. Slowly, berat akan turun.. dan turun.. dan turun. Ia mungkin turun secara perlahan tapi ia boleh menggembirakan bila korang dapat pakai kembali baju yg selama ni dah sendat.

Patient dia juga nak dapat turunkan berat badan, ditambah dengan senaman untuk menaikkan kembali paras metabolisme dia.

I was skeptical. Macam tak percaya je. Tapi ok la, I buat juga. Mmg salah I pun sebab ter skip mkn. Bukan sengaja. So lepas tu I berdisiplin. Sibuk mcm mana pun, I akan pastikan I makan. Tiap-tiap pagi I makan nasi lemak sambal kerang. Hehehe… sedap! Tgh hari selalunya masih kenyang tapi I paksa diri mkn roti bakar. Nak masuk nasi mmg tak boleh sebab kenyang. Malam mesti mkn makanan yang berat. Selalunya nasi dengan lauk 2-3 jenis.

Apa jadi? Berat naik sampai 2kg! Tapi I pujuk diri. Takpe…. Nanti mesti turun balik. Huhuhu. Padahal time tu rasa gemuk! Nak tempah baju raya pun tak tau nak besarkan ukuran atau nak ikut je ukuran dulu-dulu. Tapi I yakin so I tempah ikut ukuran dulu. I terus makan mcm biasa.

Yes, now… berat dah selamat turun sebanyak 3.4kg. I dapat buang balik berat yg naik aritu dengan cara makan banyak! I thought it’s yo-yo effect tapi tidak ye. Bila balik kampung, makan suka hati.. tapi bila dah 2 hari duduk KL semula, kembali ke berat asal. Senyum sampai ke telinga!

I tak kurus tapi tak gemuk juga. Lantaklah kalau ada I kata I dah gemuk. So kalau korang nak ikut cara ni, terpulang. Kalau berat naik tapi tak turun-turun lepas tu, jangan salahkan I ye. Hehehe… risau gak. Sibuk nak share kat sini, sekali tak menjadi pulak bila orang lain cuba. Tak pasal-pasal tak muat baju raya. Tapi kan, my sis dah buat benda ni bila I beritahu. Dia sibuk skip mkn nasi. Buka puasa pun mkn sikit-sikit je. Apa la. So suruh dia mkn mcm biasa. Sudahnya, berat dia dah turun 3kg! Bukan ke best tu.. makan sikit, berat tak turun-turun. Tapi bila mkn mcm biasa, berat terus turun!

Tuesday, August 16, 2011

3.4 pada 16 Ramadhan

I sukakan angka di bawah:


3.4kg


Harapnya angka boleh berubah menjadi lebih baik =)

Monday, August 15, 2011

Badminton vs football

Sambil menonton perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia antara Lee Chong Wei dan Lin Dan malam tadi membuatkan I terfikirkan sesuatu.

I love badminton as much as I love football. Tapi terasa ada beza dari segi perasaan ketika menonton perlawanan bola sepak dan badminton.

Bila menonton perlawanan bola sepak, semangat pasukan tu sangat menjadi-jadi. Kalau dah sokong Germany, lagu negara dia pun ko nak hafal kalau mampu la kan. Hehe.. then, sibuk cari jersey, siap pilih nombor jersey pemain kesukaan. Yang lagi ekstrim, muka pun nak cat ikut warna bendera.

Tapi bila tgk perlawanan bola, hati rasa biasa je. Kita berdebar bila bola hampir ke kotak gol, baik gol lawan atau gol sendiri. Kita rasa marah bila pemain pasukan kita jatuh kena tackle, atau bila pengadil berat sebelah. Kita mudah mempersalahkan bahagian penyerang, tengah, pertahanan atau penjaga gol. Mungkin kerana gol susah nak bolos, kita tak rasa berdebar-debar di sepanjang perlawanan.

Berbeza dengan badminton. Semangat kenegaraan tu terserlah. Kita pasti sokong pasukan Malaysia. Tak pernah lagi I dengar penonton Malaysia sokong pasukan China ke, Indonesia ke. Badminton tak seperti bola sepak. Baju yang dipakai boleh team Malaysia tidak dijual di mana-mana. Penyokong juga tidak memakai baju team Malaysia. Mungkin kerana ia bukan jersey. Bayangkan ramai lelaki pakai baju mcm Lee Chong Wei. Alamak! Hehehe...

Tapi sukan badminton tetap mempunyai ramai peminat keranan perlawanannya bisa mendebarkan jantung. Setiap saat, setiap minit.. mata boleh bertambah. Bak kata pengulas sukan, sesiapa yg ada lemah jantung, tak boleh tengok badminton kerana anda akan sentiasa cemas.

Apa-apa pun, tahniah kepada Dato' Lee Chong Wei atas mutu permainannya ketika menentang Lin Dan malam tadi. Walaupun tidak menang, semangatnya harus dipuji dan dia pun tidak membiarkan Lin Dan menang mudah. Dengar khabar, Chong Wei tak jadi nak bersara kerana dia ingin memburu semula kejuaraan dunia pada tahun 2013 nanti (tahun depan takde BWC sebab ada sukan Olimpik).

Nota: Teringat-ingat aksi diving dia malam tadi. Kalau I, I dah terus baring je kat court tu. Hahaha...

Friday, August 12, 2011

12 Ramadhan

Mengapakah sekejap je rasanya masa berlalu? Tup tup, dah masuk 12 Ramadhan. Ahad ni dah terawih yang ke 15!

Sejauh mana pengisian kita?

Dah nak masuk pertengahan Ramadhan, dah mula kedengaran bunyi mercun. Duduk pulak kat kawasan kampung. Memang berdentum-dentum. Nampaknya kanak-kanak dah mula rasa kemeriahan nak raya.

Selalunya lepas 15 Ramadhan, orang mula buat persiapan nak menyambut raya. Rumah nak kena bersihkan sikit-sikit. Langsir nak kena turunkan. Langsir baru nak kena keluarkan. Kuih raya nak kena buat.

Batrisyia dah mula minta abi dia belikan lampu kelip-kelip macam kat rumah tokwan. "Kita beli kat Tesco ye". Wah, pandai order. This little girl memang menguji kesabaran umi dia time berbuka. Semua makanan dia nak rasa! Belum habis kuih, dah minta sayur. Belum habis sayur, dah minta sup. Lepas tu minta air. Lepas tu minta kurma. Makan mengalahkan orang puasa tapi badan tetap cikeding.

Urm, petang ni nak kena rush sikit. Nak pergi pasar. Nak kena cari ikan dan sayur utk seminggu. Belum fikir lagi menu-menu utk berbuka puasa minggu depan. Harapnya tidak hujan petang ni.

Thursday, August 11, 2011

Bungee jump.. ada berani?

I've never been to Sunway Lagoon. Tiket masuk ke sana mahal kan? Tu yang tak pergi-pergi.

Then..

"24 September kita ada program apa ye?"
"Urm, takde apa-apa. Kenapa?"
"Family day kat Sunway Lagoon"

I was like "OMG.. OMG". Nak tau kenapa?

Sebab akhirnya I boleh buat nie.

Tandem jumping photo but I think I'm going solo

Sejak tau ada bungee jump kat Sunway Lagoon, mmg teringin nak pergi. Cuma takkan nak bayar tiket masuk yg mahal tu. Sebenarnya, kalau bayar tiket masuk campur tiket utk buat bungee jump, tak sampai RM150 pun.

I dok pot pet nak buat bungee jump kat Sunway Lagoon nanti. Takde ayat boleh describe mcm mana I teruja sangat dah nie. Ye la, nak tunggu pergi New Zealand utk buat bungee jump, tak tau la bila. Dapat buat kat KL ni pun jadi la walaupun ketinggiannya hanya bersamaan dengan bangunan 9 tingkat.

I pasang angan-angan ni sejak umur 15 tahun tau. Dah lama sangat. Peluang dah ada depan mata, kalau tak buat mmg akan menyesal seumur hidup.

Bungy Jump di Sunway Lagoon beroperasi di bawah AJ Hackett International. A.J. Hackett merupakan seorang individu terkenal dalam bidang bungee jump. Beliau telah membuat hampir 3,000 bungee jump sepanjang hidupnya. Hebat kan?

Fyi, bungee jump di Sunway Lagoon tu "kacang" je bagi peminat sukan extreme ni. Kalau nak bandingkan dengan tempat-tempat lain la, rendah sangat ketinggian bangunan 9 tingkat tu. Paling tinggi di dunia ialah Bungy Jump di Macau Tower; 233 meter! Sila bayangkan berapa tinggi :p

Note: Boleh baca pengalaman lucu Aly di sini : A Tandem to Remember

Wednesday, August 10, 2011

My Favorite Smurf

Oh My God, sape yang tak kenal The Smurfs ni maknanya anda tak tengok kartun masa kecil. Mana boleh lupa si comel kecil berwarna biru ini. Di kala cartoon lain penuh dengan warna warni, mereka berwarna biru dan sangat comel.

Akhirnya, filem yang ditunggu oleh peminatnya bakal ditayangkan di panggung pada 1 September. Ada 3D pulak tu!

The Smurfs

Lama betul kartun ni bertahan. Sampai sekarang pun masih ditayangkan di TV. Masa kecil dulu, I tengok. Sekarang Batrisyia pulak tengok walaupun tak selalu.

Synopsis: The Smurfs make their first 3D trip to the big screen in Columbia Pictures’/Sony Pictures Animation’s hybrid live-action and animated family comedy, The Smurfs. When the evil wizard Gargamel chases the Smurfs out of their village, they’re forced through a portal, out of their world and into ours, landing in the middle of New York’s Central Park. Just three apples high and stuck in the Big Apple, the Smurfs must find a way to get back to their village before Gargamel tracks them down.

Sure comel giler The Smurfs ada di kalangan kita. Dah la kecil je (setinggi epal). So macam mana mereka nak selamatkan diri dari Gargamel?

No worries, I'm sure Brainy Smurf can help them go through all the obstacles!


Brainy Smurf dianggap orang paling pandai di kampung mereka walaupun selalunya, apa yg dia buat akan menjadikan keadaan lebih teruk. Kalau dalam kartun, dia ni macam penolong dan apprentice Papa Smurf. Dan dia ada buku "Quotations from Brainy Smurf.". Walaupun ada yang tak suka dia, tapi dengan kerjasama dari rakan-rakan yang lain, I yakin mereka boleh kembali ke tempat asal mereka.

Jom tengok trailer!

Flashmob at KLCC

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Kementerian Kesihatan ada keluarkan iklan pendek berkenaan susu ibu. Kan bagus kalau iklan tu selalu keluar, bkn hanya keluar pada minggu khas ini saja. Program penyusuan susu ibu ni patut dipanjangkan dan diteruskan untuk mendidik ibu-ibu di Malaysia akan kepentingan dan kebaikan yang terkandung dalam susu ibu.

Informasi begini seolah-olah menjadi sesuatu yang taboo bila dibincangkan di luar Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Kurang bagus la kan sebab susu ibu mmg banyak khasiatnya eventhough segala kebaikan yang terkandung tidak boleh disenaraikan di label.

Flashmob di KLCC baru-baru ni buatkan I bangga dengan korang semua! I tak pernah hadapi adegan dihalau oleh guard KLCC gara-gara bf in public. Kat sana, I akan pergi nursing room. Tapi rasanya mcm pernah bf kat level paling atas, duduk di bangku. Maybe sebab laluan tu tak sibuk, guard tak perasan.

Flashmob ini diadakan setelah ramai breastfeeding mom berdepan dengan situasi dihalau oleh guard ketika menyusukan anak di KLCC (termasuk mengepam susu di surau). Untuk membantah, flashmob ini diadakan pada minggu lepas dan dihadiri oleh ramai ibu-ibu yang menyusukan anak. Malah, suami mereka juga hadir utk memberikan sokongan.

KLCC management, you should be ashamed! Ibu-ibu ni bukan menayang, sebaliknya mereka menyusukan anak dalam keadaan aurat tertutup. Penyusuan merupakan satu perkara yg alami.

Guard penuh kat tempat lain. Kenapa tak letak guard di nursing room? I pernah mengalami situasi di mana I nak menyusukan Batrisyia tapi terpaksa tunggu di luar bilik kerana dalam bilik tu ada 3 orang gadis cantik (tapi mungkin kurang berpengetahuan) yang sedang berehat dalam bilik tu setelah penat ber shopping (ada banyak shopping bags dengan mereka). Kurang ajar je kan?

Ni gambar-gambar dari FB. I'm so proud!

Dynas saying out loud



Siapa kata tak boleh breastfeed in public? Tengok gambar kat atas. Ada ke aurat yang terbuka di tempat tu?

Breastfeeding rocks!

Tuesday, August 09, 2011

Param atau masak sendiri?

Hari ni merupakan hari ke-9 kita berpuasa. Alhamdulillah.

Hari ni nak bercerita tentang param. Hehe.. tadi tgk status Fariz. Dia komen yg harga lauk kat param dah mahal. Memang mahal la kan? Baik masak sendiri. Masak lauk simple pun, tetap puas hati.

Kebanyakan peniaga membuka harga lauk serendah RM2. Tapi kalau macam lauk ikan dan ayam, ternganga la tgk harganya. Ikan yg murah pun boleh diletakkan harga RM4 ke atas utk seekor. Memanglah itu harga utk servis dia tolong masakkan ikan tu tapi berpada-pada la kot.

Ramadhan kali ni, pernah sekali je I beli lauk. Tu pun sebab terpaksa. Minta sayur RM2.. dia bagi sayur satu senduk kecil. Minta kerang RM2, dapat la kerang satu senduk kecil. Banyak lagi kerang yg I dapat bila beli Nasi Lemak Kerang tau.

Haih, kalau fikir benda ni, mmg serik nak beli lauk kat param. Lagi serik bila perut buat hal lepas mkn lauk dari param. Ni bukan fitnah ye. I masak lauk mcm biasa. Then, nampak lauk kerang. I beli sikit. Tapi masa mkn, I sorang je yg mkn kerang tu. Sudahnya, I sorang yg sakit perut memulas-mulas. See?

Terpulanglah pada setiap individu. Sebenarnya, kewujudan param menjadi penyelamat kepada ibu-ibu yang tak sempat memasak juadah untuk berbuka. Tak semua orang dapat balik awal di bulan Ramadhan. Kalau ada yang balik awal pun, sampai rumah tetap lewat disebabkan kesesakan jalanraya.

I pun tidaklah banned param. Selalunya pergi sana utk beli kuih muih. Semalam, pergi beli nasi kerabu sebab 'terkandas' di workshop gara-gara air-cond compressor rosak. Pukul 6.30 baru nak balik rumah. Mmg tak sempat la kan.

Mujur dpt hubby yang simple. Setakat ada lauk sayur, lepas tu satu lauk pedas dan ikan goreng garing pun, dia boleh mkn dengan berselera. Yang penting, mesti ada lauk pedas.

Kalau nak mkn kambing golek pun, kami cari di param juga. Satu bekas polisterin, harganya RM10. Sedap! Kalau nak tunggu I, mmg tak tergoleklah kambing kat rumah.

Monday, August 08, 2011

Batrisyia berterawih di masjid

I cuma sudah lama tidak menjejakkan kaki ke masjid untuk berterawih. Kali terakhir I berterawih di masjid ialah pada tahun 2008. Masa tu tgh sarat mengandungkan Batrisyia. Dah hampir nak masuk 9 bulan dah time tu. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kudrat utk sempurnakan terawih.

Bila dah ada Batrisyia, mmg tak dpt ke sana. Jealous tgk orang lain bawa anak ke masjid. I mmg tak berani bawa sebab dia kecil lagi. Nanti menangis, mengganggu pulak. Kalau fikir balik, boleh je bawa sebab ramadhan tahun 2009, dia dah berumur setahun.

Ramadhan 2010, tak bawa juga sebab kekangan masa. Sampai rumah dah pukul 6, masak utk berbuka, lepas tu berbuka. Kalau I ikut pergi masjid, kerja rumah yg lain hanya boleh dibuat sekembalinya dari masjid. Lagipun, Batrisyia tidur seawal 9 malam. So I buat keputusan utk solat di rumah aje.

Ramadhan 2011, Batrisyia hampir berumur 3 tahun. Dia pun mcm dah boleh la tidur dalam pukul 10 malam. I tekad nak bawa dia ke masjid. Bila lagi nak kenalkan dia dgn masjid. Sibuk kenalkan dia dgn benda lain je. I nak bawa dia ke masjid agar dia tau suasana sebenar solat berjamaah. Kalau selama ni dia berimamkan abi dia, biar kali ni dia rasa suasana bersolat beramai-ramai.

Walaupun I tau, dia takkan solat terawih sampai 8 rakaat :)

Kami bawa dia pada terawih malam ketiga. Dia duduk senyap-senyap sebelah I sambil pandang sekeliling. Bila nampak orang lain pun bawa anak ke masjid tu, hati rasa tenang sikit. Maybe masjid ni menggalakkan orang bawa anak. I pernah solat di sebuah masjid dan imam di situ awal-awal buat pengumuman agar ibu bapa tidak membawa anak kecil ke masjid.

Err... what? Terkedu I dengar pengumuman tu. Sedangkan Rasulullah sendiri menggalakkan kanak-kanak kecil dibawa ke masjid. Malah, Rasulullah akan mempercepat bacaannya jika terdengar kanak-kanak menangis. Ye la, kita bukan di zaman Rasulullah. Tapi itu menunjukkan bahawa masjid bukan tempat larangan untuk kanak-kanak.

Berbalik pada masjid yg I pergi ni. Alhamdulillah, imam buat pengumuman sebegini "Bagi ibu bapa yang bawa anak, sila letakkan anak di saf belakang. Kita akan mulakan solat sebentar lagi". Tidakkah sejuk hati ibu bapa yg mendengarnya? Imam sendiri menggalakkan kanak-kanak bersolat sama.

I solat di saf paling belakang (untuk dewasa) dan Batrisyia berada di kedudukan paling hujung. Lagipun, Batrisyia bukan betul-betul solat. Jadi, ini tidak merubah apa-apa dalam kedudukan saf.

Batrisyia yg dah terbiasa ikut solat di rumah, tak mengalami masalah bila solat di masjid. Dia ikut rukuk, ikut sujud. Ikut menadah tangan ketika berdoa. Dan ini berterusan hingga rakaat keempat terawih.

Lepas tu...

"Umi, Tisya nak berak"

Adeh! Dah pakaikan cloth diaper bagi mengelakkan adegan sebegini tapi dia berkeras nak melepaskan hajat di RUMAH. Sanggup dia tahan tu. I smsed hubby. Hubby terus ajak balik. Boleh sambung terawih di rumah.

Next time nak bawa dia lagi. Untuk tips membawa anak kecil ke masjid, boleh rujuk entry Lyna.

Captain America : The First Avenger

Adik I macam lalang sudah! Punya la plan baik nak layan Harry Potter tapi bila sampai kat counter, terus tukar nak tgk Captain America : The First Avenger bila dpt tahu my hubby nak layan Captain America.


Jadi, pagi Sabtu tu kami layan Captain America. Orang tak ramai. So bayar harga seat biasa tapi pergi duduk kat twin seat yg selesa. Hehehe...

Sebenarnya, I tak teringin nak layan Captain America eventhough hero tu I agak suka juga tgk masa dlm Fantastic Four. Ala, cerita dari Marvel ni.. mcm letih nak layan. Superhero movie mesti ada hero, pastu mesti ada perempuan cantik yg menyokong dia dari belakang, lepas tu ada scenes yg tak munasabah tetapi boleh dimaafkan sebab dia superhero.

Tapi bila dah tgk, not bad juga la movie nie. Utk jalan cerita, korang check kat sini la. Dah panjang lebar ia cerita. Suka la juga dan sekarang, tak sabar nak tunggu The Avengers.

Cuma I memang tak puas hati dengan ending. Mcm kesian kat Captain America sebab tak dpt jumpa Peggy.

Friday, August 05, 2011

Sedapnya red velvet cupcakes

Hola.. hola.. jom check deal cupcakes dari Milkadeal ni. Sorry ye, I nak cakap awal-awal yg deal ni akan berakhir pada hari ni. So kalau teringin nak, sila beli voucher hari ni juga!

I nak buat review sebab I dah cuba Red Velvet Cupcakes dari YM's Sweet Cuppies N Cakes.

What You'll Get

6 Red Velvet M Size (2.5oz) Cuppies with Cream Cheese Frosting

OR 1 Round Red Velvet Mini Cake (12cm) with Cream Cheese Frosting

OR 4 L Size (3oz) Cuppies Decorated with Buttercream / Fondant. Flavours: Chocolate / Vanilla / Lemon / Dark Chocolate / Almond

OR 1 Round Mini Cake (12cm) Decorated with Buttercream / Fondant. Flavours: Chocolate / Vanilla / Lemon / Dark Chocolate / Almond

Optional: RM5 Discount Voucher for Next Purchase Worth RM100 & Above

Conditions

* Redemption Period: 9 August 2011 - 30 October 2011
* Orders are not available from: 14 August 2011 - 14 September 2011
* Unlimited Purchase & Redemption per person
* HALAL
* Opening Hours: Tuesday, Thursday - Sunday (11am - 8pm). Closed on Monday & Wednesday
* Valid for Klang Valley only
* Only ONE flavour per deal allowed
* Free deliveries to these areas: Carrefour Ampang, Tesco Ampang, Ampang Point & KLCC
* Extra charge for deliveries to other areas accordingly, paid directly to YM's Sweet Cuppies n Cakes. Please call: +6019 668 4284 to find out the rates
* Orders should be placed 2 days prior. For large orders, do allow 1-week notice


My sis ordered 1 Round Red Velvet Mini Cake (12 cm) with Cream Cheese Frosting. Yer la, kalau beli cupcakes, susah pulak nak share. Mulutnya ramai. Hehehe... Beli round cake, boleh potong-potong.

I placed a late order. Hehe... petang nak ambil round cake, tgh hari dok tanya samada ada cupcake lebih ke tak. Nasib baik ada. So I bought 6 red velvet cupcakes.


Bayangkan cupcakes di letak dalam kotak separuh transparent dan I ambil waktu petang. Menggoda! Tak sabar nak tunggu waktu berbuka.



Tidakkah rasa nak terkam?

Saja beli sebab aritu tak dpt celebrate birthday encik suami. So semalam surprise kan dia dgn cupcakes.



Sedaaapppp!

Teringin nak order? Check out the deal at Milkadeal now!






Dah habis!

Thursday, August 04, 2011

Sama-sama kita doakan keselamatan suami Salwa

Dalam pada kita berseronok menyambut Ramadhan, ada sesetengah bloggers dikejutkan dengan berita kehilangan Ithnin; suami Salwa (lebih dikenali sebagai Ibu Kauthar).

I baca berita ni dari blog Lyna. Kemudian di blog Watie.

Menurut cerita mereka berdua, suami Wa keluar mengambil tafsir Al-Quran di dalam kereta pada pukul 3 pagi, 2 August 2011. Selepas 10 minit, suaminya masih belum masuk ke dalam rumah semula. Wa keluar dan mendapati suaminya tiada dan pintu kereta terbuka.

Ithnin tidak membawa wallet, kad pengenalan dan handphone.


Nama: Ithnin Ngadiman
Hilang pada: 2 August 2011, kira-kira pukul 3 pagi
Maklumat: Keluar tanpa ic. wang, dan hp, memakai baju merah dan seluar hitam.
Nombor uk dihubungi sekiranya anda mempunyai maklumat:
Sarjan Radha - 012-6059997, Salwa - 0133101221 atau ibu Salwa 0163743248

Sesiapa yg ada terjumpa suami Salwa, diharapkan dapat menghubungi nombor-nombor di atas.

I tak rapat dengan Salwa. Pernah jumpa sekali je masa pergi event SI. Tapi bila dapat tahu tentang cerita ni, tak tau la kenapa.. hati jadi risau dan tergamam. Mcm mana la perasaan Salwa sekarang.

Semoga Salwa tenang dan tabah hadapi dugaan ni. Sama-sama kita doakan agar suaminya dijumpai kembali dalam keadaan selamat.

Wednesday, August 03, 2011

The Curious Incident of the Dog in the Night-Time

Kecik hati I dalam setengah minit bila dapat tahu yg rupa-rupanya hubby tak gemar tgk perempuan baca novel. Dia maksudkan, perempuan-perempuan yg dia jumpa dalam monorel. Ralit ngadap buku novel cinta. Sebab dia kata “buku novel cinta”, maka I kecik hati dalam setengah minit aje. Hehehe… I tak ralit baca buku cinta kan? So I tak kesah sangat.

Pandangan hubby tak menghalang I daripada beli buku baru. Dia dah kahwin dengan ulat buku. Terpaksa la terima ulat buku ni seadanya :)

Recommended by a dear friend, I bought The Curious Incident of the Dog in the Night-Time. Buku ini ditulis oleh Mark Haddon dan ia dilabel sebagai “Bestseller”. Jadi mmg merata I cari tapi takde stok. Akhirnya, dalam bulan lepas baru nampak kat rak MPH.


Bukunya sangat nipis tapi harga mcm buku biasa juga. Hampir RM36. Cashier tu siap belek buku tu dgn penuh minat. Lepas tu dia tgk cover page. Dia tanya, “Buku apa ni kak?”. I replied, “Misteri pembunuhan”. “Mahalnya buku. Padahal nipis je”. Tau takpe dik oii.

1/3 daripada ketebalan buku novel biasa

Sebenarnya, bila kawan I cakap, “This is a murder mystery book”, I rasa mcm tak minat pulak nak beli. Buku penyiasatan? Alamak, dah berzaman kot I tak baca. Tapi sebab kami banyak berkongsi minat yang sama, I rasa mesti I pun akan suka buku tu kot.

Jangan ingat buku nipis ni korang boleh habis dalam masa sejam dua. Walaupun nipis, banyak fakta menarik ada kat dalam tu. Sometimes, I terpaksa berhenti dan baca balik ayat dalam tu, digest dalam otak.. lepas tu barulah faham. Maknanya buku ni hanya sesuai utk ulat buku.

Utk buat ulasan buku ni, I kena duduk diam-diam depan PC tanpa diganggu oleh sesiapa pun. Chewah!

I’m going to write a long synopsis because this is a good book and I want to share it with you. At least you akan tau jalan ceritanya walaupun tak beli :)

The Curious Incident of the Dog in the Night-Time ditulis oleh seorang penulis British bernama Mark Haddon pada tahun 2003. Buku ni telah memenangi anugerah 2003 Whitbread Book of the Year dan 2004 Commonwealth Writers Prize for Best First Book. Like I told you, this is a good book.

Ceritanya berkisar tentang seorang remaja lelaki berusia 15 tahun bernama Christopher John Francis Boone. Buku ni ditulis dari persepsi Christopher. Seolah-olah kita sedang membaca hasil karangannya (they called it first-person perspective)

Christopher merupakan seorang remaja autistic yang mempunyai kepandaian luarbiasa walaupun sesetengah orang memandang dia sebagai seorang remaja kurang upaya. Dia tinggal dengan bapanya di Swindon, Wiltshire. Ibunya telah meninggal dunia 2 tahun yang lalu akibat serangan jantung mengejut.

Satu malam, seekor anjing kepunyaan Mrs. Shear yg diberi nama Wellington mati akibat ditikam oleh garden fork. Christopher yang secara kebetulan berada di tempat kejadian, telah disoal siasat oleh pegawai polis. Akibat soalan yang bertubi-tubi, Christopher tidak mampu menjawab soalan-soalan tu (he's an autistic). Akhirnya dia menyerang pegawai polis terbabit setelah pegawai polis itu cuba memegangnya.

Dia ditangkap tetapi dibebaskan setelah ayahnya datang utk menjelaskan keadaan kesihatannya kepada pegawai polis terbabit. Walaupun diberi amaran oleh ayahnya agar tidak terlibat dengan apa-apa perkara mengenai kes itu, Christopher bertindak utk menyiasat sendiri kematian Wellington.

Dia memulakan penyiasatan dengan menyoal siasat jirang-jiran di sekeliling. Semua hasil siasatan ditulis dalam sebuah buku. Dia memberi nama buku itu; Murder Mystery Novel. Dia banyak mendapat galakan utk menulis dari mentornya di sekolah yang bernama Siobhan. Siobhan akan membaca novel dia dan cuba menerangkan logik di sebalik apa yg Christopher dengar.

Satu hari, ayahnya terjumpa Murder Mystery Novel. Berlaku pergaduhan besar antara anak beranak. Ayahnya bertindak menyorokkan buku tersebut. Dalam usaha Christopher mencari bukunya, dia terjumpa surat-surat yang mak dia tulis untuknya. Surat-surat itu ditulis selepas tarikh maknya meninggal dunia. Dari situ, barulah dia tahu bahawa maknya masih hidup dan ayahnya membohongi dia selama ini.

Christopher rasa marah dan kecewa. Ayahnya mula menceritakan hal yang sebenar. Cerita di mana maknya tidak tabah dalam membesarkan Christopher, merasa tertekan dan akhirnya jatuh cinta dengan jiran sendiri; Mr. Shear. Kemudian, ibunya bertindak melarikan diri dengan Mr. Shear. Mereka menetap di London.

Ayah Christopher tidak tahu bagaimana hendak memberitahu Christopher tentang ibunya. Jadi dia bertindak utk menipu dengan mengatakan ibunya telah meninggal dunia. Ayahnya juga membuat pengakuan bahawa dialah pembunuh sebenar Wellington. Berlaku pergaduhan antara ayahnya dan Mrs. Shear hingga menyebabkan ayahnya hilang kawalan, lalu menikam Welington dengan garden fork.

Setelah mengetahui akan hal yang sebenar, Christopher merasakan dirinya tidak selamat kerana ayahnya boleh membunuhnya pada bila-bila masa, sama mcm ayahnya bunuh Wellington. Dia bertindak melarikan diri dari rumah dan mengembara ke London untuk mencari ibunya.

Disebabkan ketidakupayaannya , dia melalui pelbagai dugaan tetapi akhirnya dia berjaya sampai ke rumah ibunya. Masa tu, barulah ibu dia tau yg selama ni anaknya menyangkakan dia telah mati. Bagaimanapun, kehadiran Christopher tidak disenangi oleh Mr. Shear. Christopher mula murung kerana ibunya tidak mahu membawa dia pulang ke Swindon. Christopher perlu balik kerana dia bakal menduduki peperiksaan mathematics A-Level.

Rejection dari Mr. Shear menyebabkan berlaku pergaduhan antara mereka. Akhirnya, ibu Christopher membawa anaknya kembali ke Swindon. Walaubagaimanapun, Christopher masih takutkan ayahnya. Jadi dia tinggal bersama dengan ibu. Ayahnya datang melawat sesekali sambil cuba memenangi kembali hati anak kesayangannya. Usahanya membuahkan hasil apabila dia membelikan anaknya seekor puppy yg diberi nama Sandy. Sedikit demi sedikit, Christopher belajar utk mempercayai ayahnya kembali.

Buku ni berakhir dengan keazaman Christopher utk mengambil further A-Level exams dan menjadi seorang saintis (walaupun pada awalnya dia ingin menjadi seorang astronout). Dia gembira kerana akhirnya dia berjaya menyelesaikan misteri pembunuhan Wellington, pergi ke London seorang diri, bertemu dengan ibunya kembali, menulis buku tentang pengembaraannya dan berjaya mendapatkan A dalam peperiksaan mathematics A-Level.




Kenapa I suka buku nie? Buku ni lain dari yang lain. Kita dibawa memahami pemikiran remaja istimewa ini. Kisah bermula dengan pembunuhan seekor anjing tetapi di pertengahan buku, satu kisah baru muncul dan kedua-duanya berakhir di penghujung buku.

Walaupun Christopher seorang yg istimewa, dia mempunyai bakat dan kepandaian luar biasa. Dia tahu semua nama-nama negara dalam dunia, dia tahu dan sukakan prime numbers, dia sukakan warna merah dan tak suka warna kuning dan coklat, dia pandai dalam matematik. Dia melihat dunia berdasarkan logik walaupun sesetengah logik itu kedengaran tidak logik bagi kita (e.g 4 yellow cars in a row means Super Black Day… unlucky day for him. Logik kenapa yellow tak bagus, tu kena baca buku ni).

Cara penulisan buku ini juga berbeza. Tiada chapter seperti buku novel yang lain. Sebaliknya, Christopher (or should I say Mark Haddon?) menulis dalam bentuk point. Ianya tidak bermula dengan point No. 1 tetapi bermula dengan point No. 2. Lepas tu 3. Lepas tu 5.. yes, he’s using prime numbers!

Ada ilustrasi kecil disertakan dalam beberapa muka surat agar kita dapat imagine apa yg Christopher terangkan. For me, this is something special. Bukankah ilustrasi hanya untuk buku kanak-kanak?

Yang paling buat I suka baca buku ni ialah kerana bahasanya sangat mudah difahami. Mungkin sebab ia “ditulis” oleh Christopher. Christopher cuba menerangkan logik di sebalik apa yg dia faham. Kita diberi peluang utk memahami orang sepertinya.

Fyi, Mark Haddon bukanlah seorang expert dalam autism. Inspirasi buku ni dia dapat dari 2 individu yg berlainan. Mark Haddon agak menyesal kerana menulis perkataan “autism” di cover buku. Disebabkan itu, dia banyak mendapat invitation utk mengadakan ceramah tentang autism.

Apa-apa pun, this book is a keeper! Terpulang pada korang nak baca atau tak. I tak berani nak recommend sebab tak semua orang boleh faham dan suka jalan cerita mcm ni.

I nak berkongsi sedikit ayat-ayat dalam novel ni. Korang akan perasan bagaimana pemikiran Christopher yang sebenar. Umurnya 15 tahun tapi berfikir seperti kanak-kanak cerdik yang sentiasa mencari logik dalam setiap perkara.

"Prime numbers are what is left when you have taken all the patterns away. I think prime numbers are like life. They are very logical but you could never work out the rules, even if you spent all your time thinking about them."

"All the other children at my school are stupid. Except I'm not meant to call them stupid, even though this is what they are. I'm meant to say that they have learning difficulties or that they have special needs. But this is stupid because everyone has learning difficulties because learning to speak French or understanding relativity is difficult and also everyone has special needs, like Father, who has to carry a little packet of artificial sweetening tablets around with him to put in his coffee to stop him from getting fat, or Mrs. Peters, who wears a beige-colored hearing aid, or Siobhan, who has glasses so thick that they give you a headache if you borrow them, and none of these people are Special Needs, even if they have special needs."

"A lie is when you say something happened which didn't happen. But there is only ever one thing which happened at a particular time and a particular place. And there are an infinite number of things which didn't happen at that time and that place. And if I think about something which didn't happen I start thinking about all the other things which didn't happen. For example, this morning for breakfast I had Ready Brek and some hot raspberry milkshake. But if I say that I actually had Shreddies and a mug of tea I start thinking about Coco-Pops and lemonade and Porridge and Dr Pepper and how I wasn't eating my breakfast in Egypt and there wasn't a rhinoceros in the room and Father wasn't wearing a diving suit and so on and even writing this makes me feel shaky and scared, like I do when I'm standing on the top of a very tall building and there are thousands of houses and cars and people below me and my head is so full of all these things that I'm afraid that I'm going to forget to stand up straight and hang onto the rail and I'm going to fall over and be killed. This is another reason why I don't like proper novels, because they are lies about things which didn't happen and they make me feel shaky and scared. And this is why everything I have written here is true."

"Lots of things are mysteries. But that doesn't mean there isn't an answer to them. It's just that scientists haven't found the answer yet."

"And Father said, "Christopher, do you understand that I love you?"
And I said "Yes," because loving someone is helping them when they get into trouble, and looking after them, and telling them the truth, and Father looks after me when I get into trouble, like coming to the police station, and he looks after me by cooking meals for me, and he always tells me the truth, which means that he loves me."

"The word "metaphor" means carrying something from one place to another . . . and it is when you describe something by using a word for something that it isn't. This means that the word "metaphor" is a metaphor. I think it should be called a lie because a pig is not like a day and people do not have skeletons in their cupboards. And when I try and make a picture of the phrase in my head it just confuses me because imagining an apple in someone's eye doesn't have anything to do with liking someone a lot and it makes you forget what the person was talking about. "

"Being clever was when you looked at how things were and used the evidence to work out something new."

"Sometimes we get sad about things and we don't like to tell other people that we are sad about them. We like to keep it a secret. Or sometimes, we are sad but we really don't know why we are sad, so we say we aren't sad but we really are."

Kak Syigim pun pernah review buku nie. Read here : A Curious Book & Aspenger Syndrome

Tuesday, August 02, 2011

Pentingkah beli insurance?

Kalau ditanya 20 tahun lepas, orang mungkin tak berapa nak dengar tentang insurance. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sekarang ni baru la ada banyak syarikat insurance yg menawarkan pelbagai pakej menarik utk pelanggan.

Cakap nak insurance ape.. utk persaraan, utk kesihatan, utk pendidikan, utk masa tua.. semuanya ada.

Alhamdulillah, hati kami tergerak nak belikan Batrisyia insurance sejak dia baby lagi. Kami beli insurans pendidikan utk Batrisyia tapi dapat free medical card. Setakat ni, tak pernah guna lagi. Tak pernah warded, tak pernah claim. Banyak juga la benefit dari medical card tu. Maybe I boleh cerita kemudian. Tapi rasanya ramai dah tau kot.

I terfikir nak beli insurance. Yes, I belum ada insurance. Gaji bukan banyak sangat pun. Tanggungan banyak so risau gak bila nak beli insurance. Takut tersekat-sekat nak bayar premium. I kalau terskip sebulan, mau tak lena tidur. Tapi bila saving tak sampai puluh ribu, boleh pulak tidur nyenyak eh? Mcm takkan sakit langsung kan? :p

Sebab ada 2 hutang lama dah habis bayar baru-baru ni, rasanya dah boleh beli insurance. Terus zasss tanya pada our insurance agent, Encik Ikram yg service dia mmg tip top lah! Tip top sebab kalau tanya je, cepat dia jawab. Hehehe…

Lepas sesi soal jawab, akhirnya dapat la plan yg dikehendaki, mampu dibayar dan boleh memberi manfaat di kemudian hari. Mana la tau kalau ada rezeki lebih di masa hadapan, boleh tukar plan pulak. Nanti I share info tentang ni ye. Tu pun kalau ada yg berminat nak tau la.

Korang dah ada insurance? Pada pendapat korang la, penting tak insurance nie?

Monday, August 01, 2011

Hajat berterawih yang tidak kesampaian

Plan utk bawa Batrisyia berterawih pada malam tadi tidak kesampaian. Cik adik tu sakan bermain waktu siang sampai tak tidur. Ok, salah I juga sebab tak paksa dia tidur petang. Biasa la. Hari terakhir before start puasa, I akan sibuk buat major cleaning kat rumah. Kalau nak tunggu puasa baru nak major cleaning, semput la. Now tinggal nak cuci langsir dan keluarkan balang kuih raya :p

Kalau dia dijaga oleh hubby, alamatnya main dan tgk movie. Hubby pulak dikerahkan tolong angkat benda yg berat-berat. Hasilnya, mmg puas hati la. Tinggal buat spring cleaning before raya aje.

Sepanjang hari, I cakap dgn Batrisyia yg malam tu I nak bawa dia pergi masjid. Dia sangat happy! Tapi sudahnya tak pergi sebab by 8pm, anakku minta susu.. lepas tu dia terus zzzzzzzzzz. Wallaweih, kempunan nak berterawih di masjid.

Jadi hubby pergi sorang-sorang. Ada la lepas 2 minit hubby gerak, minah tu boleh terbangun. Dia kelam kabut nak pergi masjid! "Tisya nak sembahyang! Tisya nak pergi masjid!" sambil nangis-nangis. Nasib baik dia nangis tak lama. Terus tidur balik. Dan nasib baik juga la tak bawa dia malam tu sebab terawih habis pukul 11 malam. Semangat betul imam.

Takpe la, I solat terawih di rumah aje. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam. Malam ni tak tau lagi mcm mana.

Selamat berbuka puasa!

Akhirnya...

Perasan tak bila Ramadhan hampir tiba, kempen derma darah giat dijalankan. Boleh dikatakan banyak shopping complex akan mengadakan kempen derma darah untuk mengutip sebanyak mungkin bekalan darah. Menurut statistik, berlaku penurunan dari segi jumlah kutipan darah ketika bulan Ramadhan.

Bila musim perayaan, banyak kemalangan berlaku. Jadi, bekalan darah perlu berada di tahap maksimum. Sebab tu PDN (Pusat Darah Negara) sedaya upaya melakukan kempen di shopping complex. I rasa elok juga buat kat sana sebab ramai org datang utk membeli belah. Kalau setakat nak singgah sekejap utk derma darah, rasanya ok je kan?

I dah lama tak menderma darah. Kali terakhir, tahun 2005. Masa kat MMU, mmg rajin menderma darah. Tapi bila dah takde kat sana, mmg tak dpt nak derma. Lepas tu, pregnant pulak. Lepas tu, breastfeeding pulak. Mmg peluang utk menderma darah tu terus tertutup.

Bila Batrisyia dah lepas 2 tahun, baru I pasang angan-angan nak menderma semula. Cuma tak jumpa kempen derma darah kat shopping complex. Ajak hubby pegi PDN tapi tak pergi-pergi. Hehehe..

Akhirnya, minggu lepas baru dapat tunaikan hajat. Ni kali kedua hubby menderma darah dan dia dah tak gundah gulana lagi. Hehehe...

Ingat nak la romantik-romantik baring sebelah menyebelah sambil menderma darah. Tidak boleh yer sebab Batrisyia was freaking out bila tgk abi dia kena cucuk. Lepas tu darah keluar dari lengan. She kept on asking me, "Sakit tak? Tisya taknak tau". Muka minah tu cuak giler. Kejap-kejap dia berdiri jauh dari abi dia sambil tanya, "Sakit tak?".

Biasa la, mula-mula kena pastikan kita boleh menderma darah:

- Anda sihat pada hari ini
- Anda berumur 18 hingga 60 tahun
- Berat badan melebihi 45kg
- Tidur melebihi 5 jam
- Tiada masalah perubatan
- Tidak mengambil sebarang ubat (seperti antibiotik)
- Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah
- Anda tidak terlibat dengan kegiatan seks yang tidak sihat
- Pendermaan terakhir ialah 3 bulan yang lalu.

So kalau confirm boleh derma, sila isi borang utk declare status kesihatan.

Dia marah sebab dia tak dpt form

Rangkaian soalan yg perlu dijawab "Ya" atau "Tidak"

Lepas tu, kena check berat badan, jenis darah dan paras hemoglobin. Kalau ni lulus, baru check tekanan darah. Kalau tekanan darah ok, boleh proceed utk daftar sebagai penderma pada hari tu. Kalau tekanan darah ngam-ngam mcm I (112), korang kena pergi makan dulu. Makanan mcm roti dan air milo ada disediakan. Lepas tu, baru boleh daftar sebagai penderma.

Masa mendaftar, pegawai akan decide berapa ml darah akan diambil dari badan seseorang. Berat badan dan tekanan darah akan diambil kira dalam hal ni.



450ml of blood

Kalau masa kat U dulu, I selalu kena ambil 250 ml aje. Skrg dah 350ml pulak. Bagus.. bagus. Dah lama tunggu saat ml itu dinaikkan.

I rasa menderma darah ni satu perkara yang bagus. Kalau korang rasa derma organ tu menakutkan dan tak elok, derma darah ni apa sangat lah. Tak menyakitkan pun. Kalau rasa takut, janganlah tengok time diorg cucuk jarum kat lengan korang tu :p

Percaya atau tak, darah yang korang dermakan tu boleh menyelamatkan 3 nyawa!
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.