Friday, July 29, 2011

Si kecil yang tahu erti RINDU

Hubby was away. Sepatutnya pergi 8 hari. 3 hari pertama, Batrisyia masih okay sebab pakcik-pakcik dia ada temankan dia. Lagipun, abi dia telefon tiap-tiap hari. Pagi dan malam.

Masuk Isnin, soalan pertama yang keluar dari mulut dia bila bangun tidur ialah, "Mana abi?". I terpaksa jawab, "Abi pergi kerja dulu. Nanti kita telefon abi". Dia diam je. Pagi tu okay je dia berborak dgn abi dia. Malam pun ok lagi.

Hari Selasa, lain pulak cerita. Dia tak tanya lagi. Tapi bila abi dia telefon malam tu, Batrisyia merajuk. Dia tepis telefon, terus peluk umi dan menangis. Puas pujuk dia. Sudahnya, dia tertidur dalam sedu sedan tu. Dia rasa sedih kot. Mungkin dia rasa semua orang main-mainkan dia. Kata abi pergi kerja, kata nanti abi balik tapi dah 5 hari tak nampak abi.

Pagi Rabu, I cakap dengan Batrisyia yang I nak telefon abi dia. Dia marah. Sedih bila tengok dia tunjukkan perasaan sebenar dia. I minta hubby balik hari tu juga tapi hubby tak balik. Malam tu, I tanya Batrisyia.. kenapa taknak telefon abi? Dia jawab, "Nanti Tisya nangis" :(

Malam tu, abi telefon. Bila dengar ringtone, Batrisyia terus tanya, "Siapa tu?". I jawab, "Abi telefon". Dia terus jerit, "Taknak!" sambil berlari menyorok kat tepi sofa. Bila I panggil dia, dia geleng kepala aje. Kesian tengok dia.

I kata kat hubby, I biarkan speaker on, dan dia cakap je la mcm biasa. Biar Batrisyia dengar. Abi terpaksa la cakap sorang-sorang. Batrisyia tetap tak berganjak dari tepi sofa. Dia menjeling je. Tapi I tau dia dengar apa abi dia cakap. Puas ajak dia dekat, dia taknak.

Hinggalah abi dia buat offer.

"Tisya taknak abi balik ke? Abi balik ye. Nanti abi bawak pergi Jusco. Kita pergi main kat Jusco. Nak tak?"

Terus anak kesayangan dia tu berlari dapatkan telefon dan cakap, "Abi, nanti pergi Jusco tau!".

Even lepas habis bercakap, dia dok ulang kat I.

"Nanti kita ambil abi kat tren. Lepas tu kita pergi Jusco. Kita makan aiskrim tau!"

Kami tak janjikan aiskrim. Cuma hari Selasa tu, dia tengok Ana Lulu. Kan ada adegan ayah kiki bawa Kiki ke playground. Lepas tu sama-sama mkn aiskrim kat bangku. I rasa scene tu terkesan di hati Batrisyia :)

Batrisyia belum lagi berumur 3 tahun tapi dia pun tau nak rasa sedih. Sometimes, kita lupa yang kanak-kanak kecil pun punya perasaan.

Seakan takut abi hilang lagi, Batrisyia minta dipeluk ketika tidur

Thursday, July 28, 2011

Her last call from a new mobile phone

Her last call was from a new mobile phone... Can you see the motorcycle?


Now can you see it?







The Honda crotch rocket rider was travelling at approximately 85 mph (Europe). The VW driver was talking on a mobile phone when she pulled out from a side street, apparently not seeing the motorcycle.. The rider's reaction time was not sufficient enough to avoid this accident. The car had two passengers and the bike rider was found INSIDE the car with them. The Volkswagen actually flipped over from the force of impact and landed 20 feet from where the collision took place.

All three involved (two in the car and the bike rider) were killed instantly. This graphic demonstration was placed at the Motorcycle Fair by the Police and Road Safety Department.

A picture is worth a thousand words. Save a life. Stop talking on mobile phones and texting while trying to drive.

Note: I dapat email ni dari client. Hmm, dah selalu sangat tengok orang guna mobile phone ketika memandu. Dari luaran, bercakap di telefon sambil memandu kelihatan sama sahaja jika anda memandu sambil bercakap dengan orang di sebelah anda. Hakikatnya, otak tidak melakukan fungsi yg sama. Read here : Why Cell Phones and Driving Don't Mix.

Wednesday, July 27, 2011

Wordless Wednesday: Kalaulah I boleh pilih antara...

Cedric Diggory

Edward Cullen

I'll choose Robert Pattinson as Cedric Diggory. Wizard is much more 'normal' than vampire, right? :p

Tuesday, July 26, 2011

My yummy pavlova


Setiap kali I sebut pavlova, mesti ada je orang yang tanya soalan ni.

"Pavlova tu apa?"

Ok, let me tell you a story about pavlova. Ok, first.. about my first 'meet' with pavlova. Pertama sekali I tau tentang pavlova masa tgk Come Dine With Me. Familiar dengan rancangan ni? 5 org ahli akan bertemu tiap-tiap malam utk menjamu selera. The host (mereka bergilir-gilir utk jadi host) akan menyediakan menu makan malam yang lazat utk ahli-ahli lain nikmati. Kemudian, hasil masakan mereka akan dinilai. Di akhir minggu, ahli yg mendapat skor tertinggi akan membawa pulang hadiah wang tunai.

Ada satu episod tu, sorang makcik ni la.. dia buat Pavlova. Nampak mcm senang gila. Yang buat I kagum, dia kata, kalau betul-betul pukul adunan tu, adunan takkan jatuh apabila mangkuk ditelangkupkan. Wah, biar betul makcik ni kan?

A year later, I dapat merasa pavlova kat Traders Hotel. Yum.. yum.. sedapnya! Cakap je sedap tapi tak pernah nak cuba buat pulak. Masa tu, oven kat rumah buat hal. Tak memberikan bacaan temperature yg betul. So mcm takut nak buat :(

Hohoh... benda ni berlaku sebelum pavlova Alexis famous dikalangan bloggers dan sebelum kak Nani start jual lagi. Hehe.. jgn marah yer kak Nani. Sebab tgk gambar pavlova kak Nani, hati membuak-buak kat try. Tambah pulak my fave food blogger, kak Min rajin bebenor buat pavlova utk family dia. Tak boleh jadi nie. Mesti nak buat. Jadi, I buat la Sabtu lepas. Inilah hasilnya :)

Nak tau resipi dan pengalaman I buat pavlova, boleh baca kat sini: Pavlova with fresh strawberries. Pavlova ni mmg senang nak buat tapi ada gak tips penting yg kita elok ikut untuk pastikan benda tu menjadi. Tips ni I dengar dari makcik tu la. Kak Min pun share tips yg sama.

So lepas ni boleh buat pavlova lagi. Elokla tu sebab I pun dah tak layan sgt cake. Boleh la gantikan birthday cake dengan pavlova. Paling suka sebab Batrisyia pun suka makan. Kelmarin, dia mkn 4 slices sampaikan paksu dia nak tambah pun tak boleh.

2 slices of pavlova in the morning, just after I decorate the disc

Eating again in the afternoon

I think she loves it!

Monday, July 25, 2011

Nice baju kurung design from Lill Miss T *Sticky Post*

Sekarang ibu-ibu mesti sibuk buat persiapan utk menyambut hari raya kan? Walaupun bulan Ramadhan belum menjenguk, persiapan raya telah dimulakan sebulan dua sebelum puasa lagi.

Bagi yang masih tercari-cari baju kurung untuk si kecil, apa kata anda lihat design baju kurung yang ditawarkan oleh LILL MISS T.


Hi there. I'm Lill Miss T and this is where my mummy sells baju kurung, dresses, tops, pants and hair accessories for little girls like me. She made all these on her own whenever i'm sleeping or not crying.

Auwww, so cute!

Anyway, I kenal pengasas Lill Miss T ni. She's my friend, housemate kat Alpha Year di MMU dulu dan rakan masa internship. Her name is Weeza.

She's talented. Mmg kreatif orangnya. Dia mmg datang dari family (mak dan kakak) yg pandai menjahit. Sebab tu bila dia mula wujudkan Lill Miss T, I mmg tak hairan langsung. It's about time for her to use her talent.

Sempena nak raya ni, Lill Miss T telah mula menjual baju-baju kurung yang telah siap dijahit. Ada juga baju kurung yang belum siap lagi. According to her, more baju kurung will be uploaded later.

Jom tengok corak yg ada.

Bed of Roses

Awesome Blossom

Stripes Maroony

Batik Look Alike

Untuk corak-corak yang lain, boleg jenguk di blog Lil Miss T.

Sekarang, Lill Miss T ada mengadakan promosi khas. Dengan setiap pembelian baju kurung, anak anda akan mendapat matching hairband secara PERCUMA! Harga pun tak la mahal sangat.

Kalau warna baju yg korang nak takde kat blog tu, janganlah risau. Boleh tanya Weeza tu. Ada kain yg masih belum dijahit dan mungkin warna yg korang nak tu masih ada.

Happy shopping!

Friday, July 22, 2011

Letter to hubby

Dear Hubby,

The other reason why I was so mad is you won't be here tomorrow.

23rd July is your birthday. Yes, exactly!

So can you please scrap your plan to come home next Friday? Maybe you can buy a ticket so that we can see you again on Wednesday.

I promise to prepare something good for you (with one condition: you must let me know 3 days in advance). Just name it!

We'll be right here waiting.

Lots of love,
Liza

Note : Ok, dah 2 org pulak kata entry ni ganas. Hehe.. sila baca baik-baik. Siap ada "lots of love" tu :p

Wednesday, July 20, 2011

Worsless Wednesday : I'm keeping it to myself

Friday, July 15, 2011

Review : Harry Potter and the Deathly Hallows Part II

Beware : Spoiler ahead!

Apabila David Yates membuat keputusan utk pecahkan Harry Potter and the Deathly Hallows kepada 2 filem, I rasa itu satu keputusan yang tepat. Korang pernah tengok/baca the Deathly Hallows? Tebal kan?

Filem yg diadaptasi dari sebuah buku tidak mungkin dapat memberikan kepuasan kepada penonton yang lebih mengetahui jalan cerita yang sebenar. Tapi I tak pernah rasa begitu dengan Harry Potter (HP). Memang tak semua fakta dan scene dapat dimasukkan dalam sebuah filem. Ianya bergantung kepada kebijaksanaan penulis skrip untuk mengolah jalan cerita tanpa merosakkan naskah asal.

I think they did it well in Harry Potter and the Deathly Hallows.


I've been told by a critic to bring hand tissue because a true HP fan will need it.

Yes, I cried. We cried. I boleh dengar penonton-penonton kat row bawah menangis. Kami tak menangis kuat. It was just a few teardrops at a few sad scenes. Maybe kebanyakan dari kami dah membaca buku. So teringat cerita dalam buku yg mmg menyedihkan.

Ok, let me count. I mengalir air mata masa:

1) Ron menangis bila tengok mayat Fred terbujur kaku di lantai. Harry pulak nampak mayat Lupin dan Tonks.

2) Memory Snape yg Harry lihat melalui pensieve. Tak pernah nampak Snape menangis kan? Dalam memori tu, kita boleh rasa betapa dia mencintai Lily Evans. He was in their house pada malam Voldermort bunuh Lily dan James. Dia pangku Lily yang dah mati sambil meraung. Hmm, masih terbayang sekarang.. sedih sangat.

3) Bila Harry nak pergi ke Forbidden Forest. Dia terserempak dengan Ron dan Hermoine. Harry beritahu, dia tau kenapa selama ni dia boleh 'dengar' Horcruxes dan dia rasa, Hermoine pun dah boleh agak kenapa. Hermoine berlari dan peluk Harry. Sedih sebab Hermoine tau yg Harry perlu mati kerana he's the 7th Horcrux!

4) Ketika saat Lily, James, Lupin dan Sirius muncul sewaktu Harry genggam Resurrection Stone. Lily cakap, "You've been so brave!". Huwaa, nangis tgk Lily.

Ceritanya diolah sedikit tetapi masih mengekalkan jalan cerita. Nak masukkan semua fakta penting dalam satu filem bukannya senang yer. Tu pun banyak fakta yg tertinggal. Kalau korang nak betul-betul faham, kena baca buku. Tak pun, tanya je saya. I boleh ceritakan.

Untuk edisi terakhir, watak Neville Longbottom diangkat menjadi hero. Selama ni, dia dipotretkan sebagai remaja yg lurus bendul. Bagus juga sebab Neville ni sebenarnya sama penting dengan Harry Potter. Mereka sama-sama lahir pada bulan Julai. Kiranya ramalan Prof. Trewlaney tu boleh "jatuh" pada Harry Potter atau Neville Longbottom. Kali ni, dia menunjukkan bahawa dia seorang anak Auror yg juga mempunyai kekuatan tersendiri.


Scene pertarungan di Hogwarts juga hampir menyamai dalam buku. Perasaan kecewa sebab takde pertarungan dalam filem ke 6 (Half-Blood Prince) terbalas akhirnya di filem terakhir nie.

Scene yg takde/diadakan/ditukar:

1. Elder Wand dipatahkan dan dibuang ke dalam sungai. Kalau ikut buku, Elder Wand diletakkan kembali di sisi Prof. Dumbledore. Sebelum tu, Harry gunakan Elder Wand, cast the spell (Reparo) utk betulkan wand dia yg dah bersepai ketika diserang Nagini dalam Part I.

2. Mr. Ollivander tau akan the Deathly Hallows. Dalam buku, dia tak tau langsung. Tapi tak penting pun benda ni.

3. Voldermort tak tau bahawa Harry adalah pemilik sebenar Elder Wand selepas dia berjaya mengalahkan Draco Malfoy. Kalau dalam buku, Harry sempat beritahu Voldermort yg Severus Snape tu sebenarnya orang Dumbledore dan Elder Wand hanya akan patuh pada Harry Potter.

4. Neville Longbottom ada perasaan terhadap Luna. Hehe.. dalam buku takde. Rasa cute pulak!

Kesimpulannya, I puas hati dengan filem terakhir nie. Memang tak rugi la kalau pergi tgk. This is the best movie of Harry Potter!

Menonton Harry Potter di Pavilion

Last Wednesday, I saja log in GSC. Menyesal log in sebab dari situ I dapat tahu yg tiket yg I beli bkn utk 1st show. Marah rasanya sebab menurut hubby,budak kat kaunter ckp, tu first show. Padahal 1st show adalah setengah jam lebih awal dari tiket yg I beli. Tayang kat Hall 2, mmg hall besar. Hall yg I dapat hanya ada 9 rows. Hubby pun tak tgk masa pilih seat. Kalau I yg beli, guarantee I perasan hall tu kecil.

Perasaan berkecamuk. FRUSTRATED! Tapi lepas tu I ok je la. Sebab kalau nak tiket pukul 11.30 pagi pun, seat dah tak cun.



Pagi keluar mcm biasa tapi lepas tu lepak2 kat kedai mamak sambil tunggu isyarat utk gerak ke The Mall. Kenapa gerak ke The Mall? Tu tak payah cerita la.

Star LRT yg kosong. Semua orang pergi kerja eh?

Dipendekkan cerita, I terus ke Pavilion lepas selesaikan satu kerja kat Celcom. Saja la menjenguk kat GSC eventhough jam baru pukul 11 pagi. Keadaan masih lengang tapi boleh nampak peminat Harry Potter yg sedang menunggu tayangan pukul 11.30 pagi. Heheh... kalau dah bergambar dengan poster Harry Potter, sah-sah la dia peminat.

Sebab I datang soran-sorang, maka I ambil gambar poster aje.


Jam 11.40 pagi dah terpacak kat situ. Beratur beli caramel popcorn yg sedap itu.

I was the first to enter the theatre. Lepas tu ada lagi 2 orang. Lepas tu takde org dah. Hmm.. tapi bila dah nak mula, hampir 3/4 theatre tu penuh. Not bad. Fyi, tiket utk tayangan lepas pukul 6, hampir habis dijual termasuklah yg 3D. Nasib baik I ambil cuti. Kira enjoy juga la.

My seat adalah paling best sebab row paling atas dan seat paling tengah. So skrin betul-betul sama level dengan mata. I loike! Sebab paling atas, orang takde la nampak I mengesat air mata ke ape. Hehehe...

Lepas tayangan selesai, pekena Asam Laksa kat Food Republic dulu!

Terbaik!!

Kalau kat Food Republic ni, sokmo berazam nak cuba makanan dari gerai halal yg lain. Tapi everytime pergi sana, mesti mkn Asam Laksa juga. Irresistible betul la.

Anyway, Pavilion agak penuh dengan lelaki-lelaki yg memakai jersey Liverpool kerana ada signing session dengan coach. Ala, coach je kot. Kalau Steven Gerrard, mau gak I beratur!




Nantikan review tentang Harry Potter and the Deathly Hallows selepas ini :)

Wednesday, July 13, 2011

Neither would live, neither could survive.

Esok adalah hari yg dinanti =)

Ambil cuti semata-mata nak layan ini.

Sometimes, you've got to think about more than your own safety.
Sometimes you've got to think about the greater good!
This is war!

Berjaya dapatkan tiket utk first show. Staff cakap I orang pertama yang beli. Hehehe... It's going to be a sad goodbye. I rasa ada air mata yg akan tumpah esok. Kalau dah terlalu attach dengan buku, inilah masalahnya. Kita akan rasa watak tu hidup. Bila ada yang mati, kita pun sedih.

Kalau nampak I sorang-sorang kat Pavilion tu, tegur-tegur la eh.

Chocolate Paradise

Uh, aritu baru je I cerita pasal deal dari Milkadeal.

Ni nak cerita lagi sebab deal yg I nampak hari ni pun yummy jugak. It's from Chocolate Paradise.

Utk deal kali ni, hanya 10 baucer akan dijual. Dengan hanya RM19, you all akan dapat 35 sinfully delicious homemade chocolate! 35 yer... banyak la tu kan? Cuba beli 35 biji homemade choc kat luar tu. Tak dapat harga tu. Yang best bila boleh personalised and custom made the choc. Kalau nak tengok hasil kerja tangan mereka, boleh klik di sini.



Conditions

* Redemption Period: 23 July 2011 - 23 September 2011
* Unlimited Purchase & Redemption per person
* Halal
* 3 days prior reservation required. Please call: +6016 969 4012
* Pick up points at Jalan Ipoh, Sentul, Batu Caves, Sri Gombak & Ampang subject to delivery times. RM10 chargeable for deliveries in other areas in Kuala Lumpur
* Postage via Pos Laju available for deliveries in Peninsular Malaysia - RM15 for first 0-5kg, add RM2 for subsequent kilograms & RM48 for first 0-5kg, add RM3 for subsequent kilograms for deliveries to Sabah / Sarawak

Isk, hari tu baru je beli cupcakes deal. Tangan gatal pulak nak beli deal yg ni. Ok la kan? Boleh la custom made dan beri pada orang tersayang.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke Milkadeal.

Tuesday, July 12, 2011

Orang Pahang, I need your help

Ok, orang-orang Pahang di luar sana. I memerlukan bantuan korang.

I'll be going to Kuala Lipis in October. Rasa mcm dekat je tapi hubby kata jauh so I mendengar cakap driver la kan? Nanti kaki dia penat, I juga yg susah. So I ingat nak berhenti dan stay di mana-mana la. Mana-mana bermaksud mana-mana hotel/ resort / rest house di sepanjang perjalanan Kuala Lipis - Kuala Lumpur.

Dah minta tolong sorang tu tapi sebab dia sibuk nak kahwin, I rasa I perlu mudahkan kerja dia. I nak carikan dulu dan bg list kat dia utk dia pergi survey. Terpaksa la dia tlg survey kot sebab I tgk kat website tu, nan ado gambarnya. Risau pulak kalau tak selesa.

So please, please, please... any idea? My last choice is Colmar Tropicale. Dah 2 kali pergi. Tak terasa nak pergi lagi dah. How about Janda Baik? Tak pernah pergi ke sana dan tak tau berapa jauh dari jalan besar.

It doesn't matter kalau murah sekali pun. I don't really care as long as the room is comfortable and no bed bug.

Thanks!

Monday, July 11, 2011

Cupcakes dari The Cake Tales

Sejak beberapa tahun lepas, cupcakes semakin menjadi pilihan orang ramai jika ingin menikmati sesuatu yang manis. Ditambah pula dengan topping yang berwarna warni dan hiasan yang pelbagai bentuk, cupcakes mudah mencuri perhatian mata yang memandang.

Anyway, I nak bawakan deal terbaru dari Milkadeal. Sesiapa yang suka cupcakes, boleh la beli.

Deal ini daripada The Cake Tales. Kali ni, ada 2 deals yg anda boleh pilih.

RM25 utk 16 cupcakes atau satu 6 inch cake ATAU RM 35 utk 150 freshly baked cookies.


What You'll Get

16 Cupcakes. Available in 3 flavours
Or one 6-inch cake. Available in 3 flavours
Or 150 cookies. A mix of 5 different types



Redemption period adalah dari 14 July 2011 hingga 14 October 2011. Tiada redemption dari 23 August 2011 - 3 September 2011. Rasanya utk memberi laluan kepada Hari Raya Puasa. Anda boleh beli berapa banyak kupon yg anda ingin. Jgn risau. Cupcakes dan cakes dijamin halal.

Free deliveries to these areas: KLCC, Jusco Tmn Maluri, Jusco Wangsa Maju, Jusco AU2 Setiawangsa, Petronas Jln Jelatek, Petronas Tmn Melati, Berjaya Times Square & Tesco Ampang. RM10 charged for deliveries to these areas: One Utama, Ikano, Alamanda & Putrajaya.

I rasa deal mcm ni mmg sesuai kalau kita baru nak mencuba hasil keluaran The Cakes Tales buat pertama kali. Harganya pun agak murah jika nak dibanding dengan cupcakes kat luar tu. Kalau takde masa nak buat sendiri, mmg boleh la kalau nak grab this deal.

I'd bought my coupon for a special occassion. Kalau korang nak beli atau anak check deal lain, boleh ke Milkadeal. This cupcake deal akan berakhir hari ni.

Saturday, July 09, 2011

Man Tom Yam

Ok, kali ni I nak recommend satu kedai makan yg best. I berani kata best sebab I kena tukang masaknya. Dia masak ok la. Yg fave; Mee Kungfu. Sedapppp! Tak la mcm sesetengah kedai yg bila ko mkn, tak rasa ape.

Baru-baru ni ada buat makan-makan sempena birthday anak buah. So buat kat Man Tom Yam. Kedai ni kat belakang Elken Jalan Kelang Lama.

Organizer kata masak utk 40 orang. So tukang masak masak penuh satu tray tu. Lauk pada malam tu ialah Tom Yam Campur, Paprik, Kailan Goreng, Sweet Sour Fish, Sotong dan Udang Goreng Tepung dan buah tembikai.

Ni rupa satu tray besar. Ini lauk paprik.
Penuh kan isi kat dalam satu tray tu?

Kailan goreng

Close up lauk paprik

Tom Yam Campur. Tak berapa pedas tapi
kalau nak pedas, request je la kot

Sotong dan udang goreng tepung.. yummy!

Sweet Sour Fish rasanya nie. I lupa nak tanya.

I tak boleh komen lauk-lauk di atas sebab deria rasa I pada hari tu tak berapa bagus. I suap, kunyah dan telan saja. Tapi tgk orang lain makan, mcm sedap je. Kalau ikut level kesedapan Mee Kungfu yg I suka tu, mmg sedap la dia masak.

Kedai ni menjadi pilihan pekerja-pekerja Elken di bangunan berhampiran. Kalau korang nak buat majlis waktu malam pun boleh. Kedai tu luas. Sorry terlupa ambil gambar persekitaran. Kedai ni kat bawah pohon besar. So mmg senang nak cam.

Untuk harga, boleh call no 019-693 3430 & 017-284 9510

Friday, July 08, 2011

First time Batrisyia makan budu

"Sejak bila along tak makan pedas?"

Hamek ko. Cikgu Norlisah dah tanya. Ni mesti tak baca blog atau papa tak bagitau mama yang anaknya dah 2 minggu pantang makan pedas.

I nak balik my hometown malam nie. Jadi dah pesan awal-awal tentang lauk-lauk pedas nie.

Malam tadi rasa mcm tak tau nak masak ape. Bosan ok kalau tiap-tiap hari makan lauk tak pedas. I tak tau la camne org lain survive. Bila dinner je, I makan sikit sebab takde selera.

Untuk membangkitkan selera malam tadi, I masak simple je. Buncis goreng, telur dadar dan ikan goreng garing. Tapi ada satu pencicah special... BUDU! Sedar-sedar je lauk dan nasi dah licin. Hubby tunggu Batrisyia habiskan nasi. Rupanya dia nak pow nasi anak (in case Batrisyia tak abes mkn).

Kan I cakap minah tu dah jarang nak mkn malam. Hasil siasatan dengan cikgu dia, rupanya dalam pukul 5 ptg, bebudak ni makan lagi. Walaupun tak berat, cikgu ada buatkan bubur utk minum petang. Patutlah manjang tak mkn malam.

But last night, dia nampak budu. Dia heran kenapa kitorang cicah ikan goreng dengan budu. Dia nak try. Hubby tak bagi. Mulut dia becok minta nak rasa. Budu tu dah la ada bawang, cili besar, cili api. Rasa dia pulak kan lain sikit.

Hubby ambil sikit dan titikkan kat nasi dia. Batrisyia cuba makan.

"Sedapnya! Nak lagi". Hubby titik lagi.. dan lagi.. dan lagi.. sudahnya terus bagi 2 sudu. Berselera minah tu makan.

"Sedap ke?" I saja tanya. Yer la, bukan semua orang boleh tahan bau budu. "Sedap!" katanya sambil angguk-angguk kepala.

Ok korang, budak-budak boleh makan budu tak?

Thursday, July 07, 2011

Nak tukar warna blog ke warna kuning

I always love yellow. I rasa warna tu cheerful. 2 pasang baju kurung warna kuning yg I tempah 9 tahun lepas, masih elok dipakai hingga sekarang. I suka warna kuning sama mcm I suka warna merah.

Rasanya nak tukar blog ni jadi warna kuning la. So I letak background warna kuning. Silalah komen. Korang rasa, mata sakit tak kalau blog I jadi warna kuning? I rasa biru yg asal (seperti di header tu) lebih sedap mata memandang. Kuning ni menonjol pulak. Tapi kalau I nak guna kuning pun, setakat background dan header je. Page kat tengah tu tetap putih.

Jadi cuba imagine. Korang create satu header warna kuning dlm kepala. Agak-agak okay tak?

Wednesday, July 06, 2011

Siapa ada petua untuk hilangkan batuk?

Officially, I tengah berpantang makan makanan pedas. Ok, tipu. Ada la cheat day bila dah tak tahan sgt rasa mcm mkn makanan org sakit. But everytime I makan semua makanan pedas walaupun dalam kuantiti yg sikit, batuk akan melarat dan terus sakit tekak.

Thanks God selesema baru baik. Kalau tak, lagi tak rasa apa bila makan.

So now, memandangkan cough syrup bukan satu pilihan baik sekarang nie, ada sesapa boleh bagi petua semulajadi utk hilangkan batuk tak? Hujung minggu ni balik kampung setelah hampir 2 bulan tak balik. Tak dapat la enjoy makan pedas nampaknya :(

I need to be okay by 14th July.

Spelling is not important :)

Cna yuo raed tihs? I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it

Note: Dah banyak kali terbaca benda ni tapi setiap kali baca, mesti rasa mcm "Wow!!!"

Tuesday, July 05, 2011

Getting old and not in love with cake anymore

I used to love cakes. Tahun 2003 merupakan tahun paling gilakan kek di mana tiap-tiap hari Jumaat, wajib mkn cheese cakes. Dapat pulak buat internship dengan geng yang suka makan kek. Bila hari Jumaat, rehat lama. So beramai-ramai pergi KLCC mencari kek paling cantik dan lazat utk dimakan. Terasa bonus bila mkn kek tiap-tiap minggu tetapi berat tetap 45kg.

Sekarang? Pandang signboard Secret Recipe pun dah tak rasa apa. The biggest cake I can eat is a cupcake! Lebih dari tu, rasa muak dan nak muntah. Terasa melekat je kat tekak. Rasa nak jolok dengan tangan bagi muntah. Rasa mcm nak jadi bulimia pun ada. Perasaan ni bukan sebab I takut jadi gemuk. Tidak yer. I tidak sampai ke tahap tu. Tidak pernah memuntahkan kembali makanan yg I makan melaikan I kena food poisoning.

Cuma I dah sampai tahap muak dengan cake. Oh, what's wrong with me?

I suka buat cake, suka tgk cake, suka cari resipi cake yang sedap-sedap tapi tang mkn cake, dah taknak. I ingatkan I cuma muak dengan cheese cake .Malam tadi hubby keluarkan caramel cake yg kami tapau hari Jumaat lepas. I makan 2 sudu je. Bukan cake tu tak sedap tapi I takleh nak makan.

Antara cake yg I rasa I masih mampu makan ialah Red Velvet Cake from Just Heavenly dan Mango Cake from Mango. Hint utk penganjur birthday party hujung minggu ni.. sila beli Mango Cake yg sedap itu.

I miss the old me T_T

Monday, July 04, 2011

Disney Junior : Ahoy to Never Land!

Akhirnya hari yang dinanti oleh emak-emak telah pun tiba :p

AHOY TO NEVER LAND!

Untuk setiap invitation card, kami dapat pass masuk utk 4 orang. Therefore, Batrisyia's cousin tagged along. Sorry la tak dapat nak bawa semua org. Due to limited free parking space, we decided to arrive at Bukit Kiara Equestrian Park around 8.30am. Tapi apakan daya, ada benda tertinggal kat rumah. Jadi terpaksa patah balik. We arrived there at 9am.


The kids were excited! Mana tak nye. Dari pintu masuk sampailah ke tempat acara, ada Mickey Mouse dan Jack Never Land Pirate signboards. Padang tempat program berlangsung pun dihias cantik dengan tema Disney dan colourful balloons digantung di pagar.

Mereka minta bergambar di sini

Kat pagar masuk, ada block besar Disney Junior. Ramai yg ambil kesempatan merakamkan gambar anak-anak mereka di situ. Tapi Batrisyia nie taknak ambil gambar kat situ sebab dia tak sabar nak masuk ke tempat acara.

Disney Junior massive blocks!

Apa-apa pun, kita register dulu. Since I was invited by Indeed Communication, kami register di booth “Media”. Upon registration, we received a pirate's checklist for the kids (where they have to collect stamps before redeem a gift), a Meet & Greet Coupon and red bands for a free refreshment afterward.


Sophia was busy attending the guests



Bergambar dengan Special Agent Oso

Colourful balloons for kids!

Tengah sibuk bergambar, kedengaran suara seorang pirate menjerit “Ahoyyyy!”. Inilah MC pada hari itu.

Pandai Zahid nie ambil hati budak-budak. Crowd pun sporting. Lepas ucapan perasmian dan confetti penuh di udara, semua org terus berpusu-pusu masuk ke ruang permainan.



Basically, parents and kids perlu bermain 4 jenis permainan utk mengumpul 4 jenis stamp. Pirate's checklist yg dah penuh dgn 4 stamp tu akan ditukarkan dengan cenderamata di akhir permainan. 4 asas diterapkan dalam permainan iaitu bravery, team work, reading clues dan memory.

Permainan pertama yang kami serbu ialah BRAVERY. Senang je. Hanya perlu penuhkan water cannon (water cannon ke tu?) dengan air. Kemudian tembak 3 botol yang disusun di hadapan dalam masa 30 saat. Satu team mesti terdiri dari parent dan satu anak. It was fun sebab Batrisyia dpt main air.



Second game is TEAM WORK. Utk game ni, ada 3 jenis benda yg kita boleh pilih. Samada nak pasang kotak kayu, ikat bendera atau pasang papan. Kami dipilih utk ikat bendera. Ibu bapa kena ikatkan bendera dan anak kena naikkan bendera.


Khusyuk mendengar penerangan

Yeay!

Third game is READING CLUES. Yang ni challenging sikit. Volunteer tunjukkan beberapa keping gambar dan kami semua kena mencari huruf-huruf dalam kolam huruf yang di sediakan agar dpt membentuk ejaan bagi setiap keping gambar. I kata challenging sebab Batrisyia nangis bila kami tak pilih huruf yang dia ambil. Hehehe.




Fourth game is MEMORY. Kami diminta mengingati 3 benda. Lepas tu, kami masuk ke maze dan cari 3 benda tersebut sebelum cari jalan keluar.


Masa ni diorg dah berpeluh-peluh sebab siapkan permainan yg sebelum tu. Berlemuih! Nampak senang je kan tapi mmg berpeluh dibuatnya sebab matahari yang mula meninggi dan lokasi setiap permainan yang terletak jauh antara satu sama lain. Nasib baik kami diberi mineral water sebelum majlis bermula.

Acara yang dinantikan oleh semua org ialah Meet & Greet Session with Mickey and Minnie Mouse. Fuh, panjang orang beratur. I sebenarnya agak risau dengan Batrisyia. Her last encounter with mascot didn’t turn up very well. She went hysterical! Tapi alhamdulillah, kali ni mmg dia suka. Sampai tak bagi hubby dukung dia. Bila Mickey Mouse hulurkan tangan, dia sambut dan shake hand before standing confidently beside Mickey Mouse.


Kenapa Minnie Mouse ni taknak dekat dengan I? :p

Sebelum beredar, kids boleh turunkan tanda tangan di Disney Junior Wall of Fame. Kemudian, kami sempat bergambar utk dapatkan pirate certificate utk bebudak ni. Tapi tak sempat dapat sebab printer rosak. Nevermind, katanya akan dipos pada kami. Kita tgk camne.

Batrisyia pilih warna merah

Agak messy sebab ada photographer sibuk beri
arahan pada mereka utk pose depan camera.

Bergambar for the pirate certs

Sempat lagi buat colouring!


Badan dah letih, perut dah lapar. Kami beredar untuk naik shuttle bas ke sports complex.

Bergambar lagi semasa tunggu shuttle bus sampai


When they say refreshment, I thought they will serve a simple menu. Yer la, kalau ikutkan, program sepatutnya habis pukul 10.30 pagi. So maybe mcm sarapan pagi la kot. Tapi program habis dalam 12 tgh hari. Nasib baik banyak juga makanan yg disediakan.


Batrisyia habiskan sepinggan spaghetti.
Aisy' pulak makan ayam sahaja sambil tgk Jack Never Land Pirate.

Tak ramai pulak yg pergi F&B Session nie. Ke kami yang lambat? Takpe la. Makanan pun banyak. Mmg rileks la. Makan perlahan-lahan. Enjoy the food. This time, I manage to drink coffee. Simply relaxing!

Sempat bergambar dengan Mira

Balik tu, semua orang dah kepenatan. Sampai je rumah, solat dan semua tertidur sampai ke petang. Ni antara gift yang kids dapat pada hari itu.

Kamera tu paling menjadi kegemaran Batrisyia. Finally, she has her own camera. Ahaks. Tapi kitorang punya la jaga kamera tu. Boleh bawak underwater tu. Bukan kamera permainan tau. Lepas ni boleh guna bawa pergi snorkeling. Ehehehe...

Thank you Disney Junior!

My first fake tattoo!
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.