Friday, May 27, 2011

Surprise parcel from a mysterious sender.. is that you?

Semalam... lepas balik dari lunch, I dapat kad kuning dari Pos Malaysia. Katanya, I tiada di office masa posmen datang. Jadi, mereka tak dapat serahkan bungkusan. Urm, mmg la takde org kat office. Sape suruh datang time lunch hour? Abang posmen ni tak lunch ke? Bagus betul.

Dah la nak kena collect kat Pejabat Pos Besar kat Central Market tu. Jauhnya lah pulak. Hati berdebar-debar nak tau bungkusan dari sape. Terus minta hubby pergi ambilkan. I ingatkan dia tak sempat ambil semalam sebab I bagi kad kuning kat dia pun dah petang.

Elok malam tadi, I nampak bungkusan tu kat rumah. Senyap-senyap je dia. Kalau bagitau dah ambil, mesti ptg tu juga I buka.

Bukan bungkusan tapi dalam kotak. Di atasnya tertulis "Book Depository". Buku?


I mmg minat buku tapi tak pernah order from Book Depository. Utk yg tak tau, Book Depository ni mcm online bookshop. Ada mcm-mcm jenis buku kat situ dan ia menawarkan free shipping di seluruh dunia.

I buka kotak tu. This is what I received!

Jamie's 30 Minutes Meals

OH MY GOD! The sender/buyer mesti tau I minat sgt kat Jamie Oliver. Samada dia seorang kawan rapat ( I don't think kawan biasa tau I minat Jamie Oliver) atau pembaca blog atau kedua-duanya sekali. Wah, tiba-tiba rasa disayangi!

Jamie's 30 Minutes Meals is a newest book from Jamie Oliver. "Jamie's 30-Minute Meals has sold 735,000 copies in 10 weeks, beating the previous record held by comedian Peter Kay's memoir, The Sound of Laughter.". Source here.

Seperti buku-buku dia yang lain, tgk gambar je dah buat rasa nak cuba resipi tu. Hubby dah dok tunjuk resipi yg dia nak rasa.

Buku ni mengandungi 50 resipi yang dikatakan boleh disiapkan dalam masa 30 minit jika kita mempunyai alatan memasak yang sesuai dan pandai multitasking. Setiap menu terdiri daripada starter, main course dan pencuci mulut.


Really? 3-4 dishes in 30 minutes? Mcm susah nak percaya. According to him, utk memastikan kita dapat siapkan dalam masa 30 minutes, bahan-bahan dan alatan mesti dah tersedia dan berada dalam capaian. Contoh la kan.. jgn bila nak guna food processor, baru nak keluarkan dari almari. Benda tu semua mesti dah tersedia depan mata.

Personally, I think 30 minutes tu mungkin hanya melibatkan proses memasak. Tidak melibatkan proses penyediaan bahan. I don't know. It sounds impossible. I will try his recipe. Nanti kita tgk berapa lama I boleh siapkan. I will review about this book later.

Jamie terkenal dengan resipi yang mudah, byk shortcuts dan tidak menggunakan hi-tech equipment. I love Nigella Lawson tapi bila tgk her kitchen, rasa mcm over sgt. I love Jamie more sebab his approach in cooking is simple.

To YOU,

Thank you so much for the book. I really like it. Damn, I love it!

I have an idea. Maybe we can meet one day and I'll cook something from this book for you
.

Love,
Liz

Thursday, May 26, 2011

And that's what you miss on Glee

I want this! This is one of the original merchandise from Fox. Boleh beli online tapi I tak biasa online shopping benda-benda camni. So ada sesapa yg boleh membantu? Atau kot-kot ada yg nak gi US, boleh terus beli kat sana.
I can imagine myself.. sitting on the leather sofa on Saturday night.. sipping a cold dark coffee while watching my favourite TV show. Over? Lantak la. Dah nama pun Gleek kan? At least, I tak jadi sampai mcm nie : 10 Signs You Might Be Taking Glee To Seriously

I'm waiting for the final episode of Season 2 : New York. Ramai bagi review biasa-biasa je. I don't really care. I just want to enjoy the music.

To Zurainah, Diyana, Weed dan sape lagi eh yg selalu ckp pasal Glee... guess what? Finn and Rachel are back together! Sam is having a secret relationship with Mercedes. Will and Emma are getting closer and the devil Quinn is back with a plot to destroy Glee club!

Dan lagi satu. Ada sesapa nampak album ni di music store tak? I cari tapi masih belum jumpa.

Kalau tak boleh tahan lapar, jangan baca entry nie

"Umi ni.. kalau takde lauk pedas, tak sah!"

2 days ago, I cooked Kobis Masak Lemak Putih and Fried Chicken. Easy peasy, huh? Tapi sebab tak pedas, maka I 'derhaka' kejap. Terus goreng ikan bilis, potong bawang besar dan cili api banyak sikit. Pastu buat goreng. Letak kicap sikit nak bagi kick!

Dan orang yg keluarkan komen di atas ialah orang yg mkn byk ikan bilis pada mlm tu. Dok komen pedas tapi tangan laju menambah lauk pedas tu :p

I mmg boleh tahan pedas. I'm born with it. Tiap-tiap hari mesti ada lauk pedas walaupun sikit... walaupun sambal belacan... atau sambal tempoyak... atau budu (kira ada pedas sikit la sbb ada cili). Ok, I'm salivating!

Korang perasan tak, kalau 'lauk' tu kena dengan tekak kita, mkn sampai boleh bertambah-tambah kan? Diet? Apa tu? Ewah, tiba-tiba tanya soalan tu tatkala makanan yg kita suka terhidang depan mata.

Setelah hampir 29 tahun hidup di muka Bumi, antara hidangan yg boleh buat I makan bertambah-tambah ialah:

TEMPOYAK PUCUK UBI


Sebenarnya, tak kesah la tempoyak apa. Janji ada tempoyak. Sambal tempoyak, tempoyak pucuk ubi, tempoyak ikan bilis, tempoyak ikan patin.. semua I bedal!

Untuk resipi tempoyak, lihat sini: Tempoyak Pucuk Ubi dan Udang Tempoyak Daun Kunyit


IKAN BILIS CILI API


Simply sedap! Serious. Cuma nak kena tumbuk cili api la kot. Blender tak main eh. Tak kick. Kena tumbuk gak. Resipi dia senang giler. Boleh check di sini : Sambal Ikan Bilis Cili Padi.

Cik Eyanacomey ni tumbuk cili api dgn bawang sekali. Mcm I, I tumbuk cili api je. Pastu potong bawang besar banyak sikit. Sedap gilos! I tak tambah petai tu tapi kalau nak tambah pun boleh je.

Anyway, cik Norasikin Termizi.. ni fave boyfriend awak nie!


IKAN GORENG CICAH BUDU


Gambar credit to Mat Gebu. Cik Mat, jangan saman saya eh :)

Buat budu. Goreng ikan garing-garing. Terus cicah. Nikmat! Sape tak mkn budu mmg rugi! Hehehe..

PERIA MASAK LEMAK CILI API


Peria itu pahit tetapi sedap! Lebih-lebih lagi kalau combine dengan udang. Serious leh tambah nasi. Bahaya nie! Kat rumah tu tak ramai yg mkn peria tapi everytime masak, mesti beli peria katak dlm kuantiti yg banyak sebab si pemakan peria akan mkn banyaaakkkk.

Ada petua kata, kalau taknak peria pahit, rendam dengan air garam sebelum masak. Kami tak buat camni sebab kami suka pahit-pahit. Kami basuh biasa je. Tapi wajib letak udang. Udang kan manis sikit so memberi rasa yg peria tu tak pahit sgt. Hehehe... tak best la kalau peria tak pahit sikit kan?

I tak pernah tepek resipi tapi korang boleh rujuk kat sini : Peria Masak Lemak Cili Api

Sebab I tekak suka pedas, maka makanan pembuka selera pun pedas-pedas semuanya. Lain org lain kegemarannya kan? Kalau korang, lauk apa yg buat korang mkn bertambah?

Wednesday, May 25, 2011

Wordless Wednesday : Riding Kawasaki

Sorry umi, you're not invited!

Tuesday, May 24, 2011

Expanding my small mini garden

Hujung minggu lepas, I lebih banyak buat household work sebab nak bagi keluar peluh. Hujung minggu agak susah nak pergi joging. Jadi perlu buat aktiviti lain seperti main badminton atau mengemas rumah. Mmg hubby jadi raja sekejap hujung minggu lepas. But overall, agak best jugak bila tgk rumah elok terkemas.

Petang Ahad, kami mengerjakan tanah sekangkang kera kat depan rumah. Pokok pandan dah bermaharajalela. Hampir setengah petak tu dia je yg conquer. Daun besar dan lebar pulak tu. Geram je tgk. Kalau I penjual nasi lemak, mmg tak payah pergi beli daun pandan la.

Kitorang pun mulakan operasi mencantas dan membuang semak. Jiran yg suka berkebun tu pun join sama. Actually, I ada bagi dia anak pokok cili api dan capsicum. Anak pokok capsicum ada banyak giler. Ada la dlm 20-25 batang! I tak beli benih. I beli capsicum kat pasar. Pastu ambil biji dia. Terus tabur kat dalam pasu. Pastu siram la tiap-tiap hari. I bajet dia mcm pokok cili jugak.. lambat bercambah. Lepas seminggu, baru bercambah. Aiyoo, berlumba-lumba ia naik.

Tunggu tinggi dalam 3 inci, baru jiran ambil. Senang sebab diorg bawa pasu. Tinggal ambil je. Hehe. Yang lain, bajet nak tunggu besar lagi, pastu baru bagi kat org yg minat nak tanam. Sekali tgk tanah dah clear dari pokok pandan. Terus gembur, buat batas dan tanam anak pokok cili dan capsicum. Ter-over rajin pulak.


Inilah orang yg rajin tolong gemburkan tanah

Anak pokok cili. Ni cili yang pedas tu. Tak tau nama dia

Anak pokok capsicum

I dari dulu, kalau tanam pokok, I mmg tak guna sarung tangan. I sanggup sental tangan dan kuku lepas tu. Takpe. Asalkan bila nak tanam pokok ke dalam pasu atau tanah, I guna tangan. I rasa mcm sentuhan tu adalah sangat penting utk bagi pokok rasa kita sayang kat dia. Muahaha…. Mati lah, perasan sendiri!

Sebab kat area tu ada byk spesis perosak seperti siput dan ayam (ayam suka cakar tanah sebab nak cari cacing gemuk2), kami pagar dengan batu bata dan serkup dengan dawai besi.

Pokok kunyit pun I alihkan ke tanah. Rasanya pasu tak dpt menampung lagi dah sebab ada 2 anak dah naik. Pokok yg tinggal di pasu hanyalah roselle, kucai, thai basil, sweet basil dan rosemary. Herba-herba tu tak tahan panas so letak kat tempat teduh je.

Pokok kunyit

Buah roselle

I baru je cambahkan benih bayam dan lettuce leaf. Lepas ni boleh la tanam dalam pasu yang berlebih dan susun kat kawasan kosong tu.

Nak cantik, boleh buat pagar kayu kat sekeliling tapi kat sini senang je dpt serangan anak-anai. So kirim salam je la nak lawa-lawa. Biar je la camni. Senang nak menjenguk. Harapnya rajin laa nak menjaga kebun kecil ni.

Monday, May 23, 2011

Tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

-Saturday, 21 May 2011-

Cuaca yang panas membuatkan my student memilih utk belajar di luar. Sejak 2.30 petang, bunyi siren ambulans dan polis kedengaran bersilih ganti. Semasa kelas tuisyen berakhir pada jam 4 petang, siren masih berbunyi. Tak dapat nak kira berapa banyak ambulan, polis dan kereta bomba yang lalu di jalan besar.

Selepas kelas tamat, I dan jiran-jiran menyapu daun-daun kering di laman rumah. Sudah menjadi kebiasaan kami mengemas kawasan rumah secara beramai-ramai. Tertanya-tanya jugak, kenapa banyak sangat ambulans yang masuk. Ada accident ke? Tapi mmg pelik kerana selepas 2 jam, semakin banyak ambulans yg lalu. Bila dah siap menyapu, kami masuk ke dalam rumah sekejap. Masa tu la baru I terbaca berita di TV.

Berita menyatakan berlaku tanah runtuh di sebuah rumah anak yatim berdekatan dengan rumah kami. Dalam masa yang sama, tiba-tiba dengar jiran menjerit. Tak sempat nak tanya apa. Diorg terus start enjin kereta. Sah, mesti diorg nak pergi tgk. I cepat-cepat beritahu hubby. Hubby terus solat asar. Elok je lepas solat, jiran dan balik. Katanya, teruk juga runtuhan tanah tu. Mereka tak dapat tgk secara dekat sebab jalan masuk sesak dengan kehadiran anggota penyelamat.

At 9pm, tiada lagi bunyi ambulans yang masuk. Hanya kedengaran siren ambulans keluar dari kawasan kejadian tanah runtuh. Kemungkinan besar ada mangsa di dalamnya. Ambulans tak berhenti membunyikan hon walaupun bunyi siren sangat jelas kedengaran.

Helikopter berlegar di udara sehingga ke pukul 10 malam.

It was a gloomy day for all of us.

I rasa seluruh penduduk di Hulu Langat mengikuti setiap update di TV. Setiap kali mereka update jumlah mangsa yang terselamat, hati memanjatkan kesyukuran. Tatkala mendapat berita duka tentang mangsa yang telah meninggal dunia, perasaan sayu terasa di dalam hati.

By midnite, 6 orang mangsa masih tertimbus. Semasa I masuk tidur pukul 1 pagi, siren ambulans masih kedengaran, memecah kesunyian malam.

-Sunday, 22 May 2011-

Bangun saja dari tidur, kami terus buka TV utk mendapat berita terkini. Tetapi tiada berita yang keluar. Kami terus bersiap utk ke pasar tani. Masa tu, helikopter kembali berlegar-legar di udara.

Kemudian, kami dapat tahu bahawa kesemua mangsa telah dijumpai. Baki 6 orang yang masih tertimbus hingga telah malam tadi, telah meninggal dunia :(

Hubby ajak pergi tgk tempat kejadian. Semasa kami ke sana, ada banyak kereta di belakang kereta kami dan kebanyakannya ingin ke sana! Ada juga yang membawa makanan dan minuman utk petugas-petugas di sana. Alangkah simpatinya mereka terhadap mangsa kejadian ini.

Ketika lalu di masjid di Batu 14, kelihatan kanak-kanak tahfiz duduk beramai-ramai di dalam masjid. Kemungkinan sudah ada jenazah yang sampai. I tak tau. Cuma I minta hubby pergi sama-sama menyertai solat jenazah. Kesian sangat rasanya.

Balik dari solat jenazah, hubby jemput kami utk ke tanah perkuburan. I yang minta nak ikut. Ada yang kata, wanita dan kanak-kanak tidak elok ke tanah perkuburan. Itu kata orang, kan? Sebenarnya, menghadiri majlis pengebumian akan membuatkan kita insaf.

Orang ramai membanjiri tanah perkuburan. Reporters cuba mencari ahli keluarga mangsa untuk ditemubual. Tetapi dari apa yang I lihat, keluarga mangsa tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih. Mata mereka bengkak dan di tangan kanan, terpegang kemas bakul berisi bunga mawar untuk ditaburkan di pusara orang yang tersayang.




Cuaca terik tanpa angin sepoi-sepoi bahasa. Di wajah masing-masing, keringat mengalir deras tetapi ia tidak menghalang orang ramai utk sama-sama mendapatkan pahala menolong mengusung jenazah, memasukkan jenazah ke liang lahat,mengambus tanah dan mendoakan mereka.

Kebanyakan daripada hadirin bukanlah ahli keluarga mangsa tetapi kami sama-sama berkongsi kesedihan di atas pemergian mereka.

Semoga roh-roh mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Berikut merupakan nama-nama mereka yang telah kembali kepada-Nya:

1. Mohd Kamarul Amizan, 11

2. Nurahimi Rosdi, 14

3. Dzahir Haziq M. Muin, 11

4. Ahmad Lokman Hakim, 11

5. Farid Ibrahim, 34

6. Mohd Azrel Azahari, 8

7. Wan Ahmad Hasril Hazim, 19

8. Zahid Assawal Zamri, 19

9. Mohd Mustakim Mamat, 12

10. Mohd Naerzein M. Nor, 8

11. Mohd Aiman Abdullah, 10

12. Shahrul Nurimran Adnan, 9

13. Mohd Zaim Azahawi, 14

14. Mohd Imal Fahad, 9

15. Mohd Riezman Ab Latif, 9

16. Mohd Hazim Sapri, 10


Al-Fatihah.

Batrisyia menyanyi version Hantu Kak Limah

"Jong-jong inai, raja wali-wali.. sepak tunggu inai, bedarah ibu kaki... mana ibu kaki?" nyanyi Batrisyia sambil tunjuk ibu kaki dia.

Beberapa hari lepas,

"Enjet-enjet semut... sape sakit naik atas.... huarggggghhh"
"Enjet-enjet semut... sape sakit naik atas.... huarggggghhh"

"Ape camtu pulak? Ada huarghhhh pulak. Salah la" I tegur Batrisyia.
"Betul" jawab dia.
"Enjet-enjet semut... sape sakit naik atas.... huarggggghhh"
"Salah la. Sape ajar? Udin?" tanyaku.
"Enjet-enjet semut... sape sakit naik atas.... huarggggghhh. Hantu kak Limah!"


Oh My God. Rasanya kitorang tgk cerita tu sekali je kot. Ni mesti ada kwn dia yg ajar. Thanks kak Limah sebab ajar anak I version baru lagu tersebut.

Friday, May 20, 2011

Feel Good Run 2011

People can say anything about my body. Ada yg kata I gemuk, ada yg kata I tembam, ada yg kata I kurus. Oh, apa-apa je la. But my BMI is NORMAL. That's all I really care.

I'm feeling good. No more obsess with my weight, I start counting my calories intake to match my RMR, I manage to jog 3 times a week and have a good night sleep at the end of the day.

Exercising is important. Bila dah lama tak buat exercise, kita rasa liat sangat. Ditambah pulak dengan hujan yg selalu turun di waktu petang. Masa tu mmg rasa patah semangat nak amalkan cara hidup sihat. But then, I paksa diri. Hubby pun dok perli-perli. Ye la, konon nak bersenam tapi asyik mengelat. *yeah hubby, maybe you should talk to the rain!

Bila dah mula, rasa best. Rasa sayang je kalau tiba-tiba hujan turun time nak balik kerja. I bukan rajin nak register masuk gym ke ape. Gym tak dekat dengan rumah. Paling dekat pun kat Leisure Mall. So baik I berjoging kat padang berdekatan nursery Batrisyia je.*J, kalau baca ni dan rasa nak join, jom la

Later, I found out about Feel Good Run.


Feel Good Run ni dianjurkan oleh NTV7 bersempena 13 tahun NTV7 bersiaran. Ianya akan berlangsung pada 3 Julai 2011. Hasil kutipan yuran penyertaan akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Malaysia, National Cancer Society, Malaysian AIDS Foundation, dan The National Autism Society of Malaysia. Sambil berlari, sambil beramal.

Larian ini terbahagi kepada 4 kategori:

Feel Good Run - 7km, umur 13 tahun dan ke atas
Run with Celebrities - 3km, umur 13 tahun dan ke atas
Costume Fun Run - 3km, umur 13 tahun dan ke atas
Kids Run - 700m, umur 12 tahun dan ke bawah

Yuran penyertaan ialah RM 25 bagi 13 tahun dan ke atas. Manakala untuk yang berumur 12 tahun dan ke bawah, yuran penyertaan hanyalah RM10 seorang. Setiap peserta akan mendapat running kit yang mengandungi T-Shirt, botol air, tuala muka, bib dan sponsored items yang lain.

Larian akan bermula dan berakhir di Sri Pentas, Bandar Utama. Route pun sekitar Bandar Utama je.

Rasa mcm best tapi masa mendaftar ialah jam 6.30 pagi. Gulp! Batrisyia pun belum bangun dari tidur kot. Hubby pun cakap dia mcm nak join. So camne tu? Dia kata, biar dia lari bawa Batrisyia. Isk.. mana la boleh camtu kan?

Ada sesapa nak join tak event ni? Maybe kita boleh berlari bersama-sama :)

Untuk keterangan lanjut, layari Feel Good Run di http://apps.ntv7.com.my/feelgoodrun/index.html

Thursday, May 19, 2011

Definition of FAMILY

From dictionary:

1.
a. A fundamental social group in society typically consisting of one or two parents and their children.
b. Two or more people who share goals and values, have long-term commitments to one another, and reside usually in the same dwelling place.

2. All the members of a household under one roof.

3. A group of persons sharing common ancestry.

4. Lineage, especially distinguished lineage.

5. A locally independent organized crime unit, as of the Cosa Nostra.

6.
a. A group of like things; a class.
b. A group of individuals derived from a common stock: the family of human beings.

7. Biology A taxonomic category of related organisms ranking below an order and above a genus. A family usually consists of several genera.

8. Linguistics A group of languages descended from the same parent language, such as the Indo-European language family.

9. Mathematics A set of functions or surfaces that can be generated by varying the parameters of a general equation.

10. Chemistry A group of elements with similar chemical properties.

11. Chemistry A vertical column in the periodic table of elements.



Some people just don't understand.

Anugerah susu ibu

A month ago, ada customer beli breastpump set. Dia nak beli milk storage sekali. Utk milk storage, korang boleh pilih samada nak guna BPA free bottle storage atau milk liner. Customer ni nak guna botol bagi memudahkan pengasuh anak dia handle EBM. Dia beli 6 botol je. I cadangkan dia beli lebih sikit. Bukan sebab I nak untung tapi I rasa, 6 botol tu.. kejap je dah penuh kot.

Dia ragu-ragu nak beli banyak sebab dia kata susu dia tak banyak mana. Dia nak bersalin anak kedua. So dia mmg ada simpan hasrat nak bf selama yg mungkin tapi dia mcm tak yakin je sebab time anak pertama, kejap je. Plus, mati-mati I taknak jualkan supplemen tambahan utk bf. I cakap, stimulasi tu paling penting. Supplement hanya memberi sedikit sumbangan terhadap pengeluaran susu. So breastfeed on demand tu lebih penting. I pujuk dia cuba dulu. Dia mcm kurang yakin.

So takpe la. I rasa dia akan call I untuk beli lagi :)

Elok semalam, dia called. Nak beli storage bottle lagi. Katanya, kejap je dah penuh. Dia terkejut sebab sekali pam, boleh dpt sampai 8oz. Dia tak sangka boleh pam sampai byk tu. I senyum je la. FYI, time pantang la kita nak kumpul EBM banyak-banyak kan? Tak perlu fikir nak berkejar buat kerja kat office. Dapat mengepam dengan tenang.

Oh, rindu saat-saat manis itu. Bila dia berkongsi kejayaan kecil dia dengan I, I pun sama-sama rasa terharu kerana dapat guide dia dlm hal ni.

Pam I sekarang setakat buat display dan buat tunjuk kat customer. Beg pun dah berhabuk. Lepas ni kena beli beg baru la nampaknya.

Wednesday, May 18, 2011

Kemalangan di dapur

Isnin lepas, orang lain sibuk tag and wish cikgu masing-masing kat FB. Ahaks, rajin korang add cikgu kat FB. I tidaklah add yer melainkan Cikgu Norlisah Kasim dan Cikgu Widya Wasimin. Ada juga beberapa cikgu lain tapi sebab jarang sgt bertegur sapa, maka tidaklah buat shout out.

Seperti biasa, nursery Batrisyia buat Hari Guru. Last Friday, I saja sembang-sembang dgn cikgu Dila. Dari situ, I tahu lah yg selalunya mmg banyak makanan berlebih sebab semua parents hantar makanan banyak-banyak. Diorg pulak tak boleh nak tapau balik. So agak membazir di situ.

So kali ni, I nak anta sikit je. I pun buatlah agar-agar disco (bak kata Fatih) ataupun Colourful Custard Pudding (bak kata Lady).

Berlaku sedikit 'kemalangan' di dapur. Ok la, I cerita.

A day before Teacher's Day, ada buat sambutan hari jadi di Cheras.


So ingat nak bawa sekali la puding tu. Bila buat, mmg dah reduced sugar sebab nak hantar ke nursery. I tak reduce kat agar2 warna tapi reduce kat custard. Letak dlm satu senduk setengah. Patutnya gula tu kira 'just nice' la. Dulu kan selalu buat puding so mmg boleh agak berapa senduk gula nak kena letak.

So masak custard atas dapur. Lepas tu, tiba-tiba I keluarkan agar-agar warna sebab nak potong-potong (Nak cepat sebab my hubby nak pergi main badminton tgh mlm tu. So mcm nak siap cepat sebelum dia keluar). Terus terlupa akan custard kat dlm periuk. Hamek ko, terus melambak kat dapur. Membuak-buak. Scary meri!

Maka, custard telah kurang. I main tambah-tambah apa yg patut. Dan dlm pada nak cepat sebab custard dah likat, I lupa nak rasa dan tambah balik gula. Isk..

Maka, jadilah Colourful Custard Pudding version gula tertumpah. Muahahaha.... Tapi bawa juga la ke Cheras dan terima je la semua org kata agar-agar tu tawar. Takkan nak bercerita panjang seperti di atas. Letih mak nak oii!


Ko tgk, gambar nampak sedap.. tapi gambar je la yg sedap.

Nak resipi, klik sini. Make sure korang jaga custard tu betul-betul. Gerenti sedap. I tak puas hati. So semalam buat lagi sekali.

Walaupun dah tawar, ku tetap bawa pergi nursery. Kot-kot ada budak yg mcm Batrisyia, jenis tak kesah kalau tak manis-manis. Cikgu Dila kata, habis licin sebab colourful. Budak-budak suka tgk dan mkn. Clap clap!

Dah dapat mihun sup semangkuk tapi nape muka tada senyuummm?

Monday, May 16, 2011

Ada orang 'hot' tak?

Bila I bercerita tentang percutian kami, ada orang 'hot' tak?

Bila I bercerita tentang event yg kita pergi, ada orang 'hot' tak?

Bila I bercerita tentang apa yang I tak puas hati, ada orang 'hot' tak?

Bila I bercerita tentang keakraban kami sekeluarga, ada orang 'hot' tak?

Bila I bercerita tentang kami suami isteri, ada orang 'hot' tak?

Bila I bercerita tentang kawan-kawan yang menyayangi kami, ada orang 'hot' tak?

Bila I bercerita tentang rezeki-rezeki yang kami dapat, ada orang 'hot' tak?

Bila I berkongsi pandangan dan idea, ada orang 'hot' tak?

Bila I cuba menjadi diri sendiri di blog I sendiri, ada orang 'hot' tak?

Kalau 'hot'... I minta maaf kerana ianya mungkin tidak disedari.

Sebenarnya, kita tidak mampu memuaskan hati semua orang dengan apa yang kita tulis dan kita juga tidak mudah dipuaskan dengan penulisan orang lain. Jadi, bacalah dengan santai.

Somewhere Only We Know

A great song from Keane. I fall in love with this song in year 2004.

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete

Oh simple thing, where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I've been dreaming of?

Oh simple thing, where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute, why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go somewhere only we know?
Somewhere only we know

Oh simple thing, where have you gone?
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

And if you have a minute, why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go? So why don't we go?

Oh, this could be the end of everything
So why don't we go somewhere only we know?
Somewhere only we know
Somewhere only we know


7 years later, Darren Criss made me fall in love again. Such a beautiful lyrics. And this guy can sing!

Wednesday, May 11, 2011

Top 5 chores that burn fat fast

Ramai yang dah mula menitikberatkan soal kesihatan badan tetapi tak ramai yang tak sempat meluangkan masa selama 30 minit utk bersenam 3 kali seminggu. Tak sempat bersenam di waktu pagi atau petang? Jom rajinkan diri buat perkara di bawah.

Taken from eHow

Cleaning. Unless you can afford help, you need to clean your home at least once a week. Mopping the floors, dusting or scrubbing the bathtub trying to get rid of that rust stain from the shaving gel will make you burn around 200 calories for 30 minutes.
My comment: Yes, once a week. Takkan nak buat scrubbing tiap-tiap malam. Hehehe...

Painting. People paint not very often, but they do paint. And it is a lot of work. You need to use your arms, climb up and down the step ladder and move things around. You could burn more that 200 calories for half an hour doing this chore. And as a confirmation - next day you probably will be sore.
My comment: Oh, God. I love painting. Tapi boleh buat time nak raya je. Hehe, papa... jom cat rumah!

Washing your car by hand. That's right. You will save few dollars from going to the local auto spa, where they not always do good job unless you tip them in advance. Washing your car by hand involves some bending and stretching to reach for certain spots under the bumper. The good news is that it burn about 300 calories!
My comment: Dear hubby, daripada you bayar RM8-15 kepada kedai tu, baik you basuh kereta kat depan rumah. Jom la, I tolong basuh tayar. Kita buat hujung minggu nie.

Gardening. There is always something that needs to be done outside - plant new flowers, pull the bushes that are taking over your yard or prepare the soil for your tomato seeds. Gardening is labor intensive and you can easily burn 150 calories for 30 minutes.
My comment: Anak tuan tanah dah tolong I potong rumput depan rumah. Ish, mmg hajat nak cabut pakai tangan je. Tapi dia dah tolong pulak. Lain kali kena kata kat dia, tak payah potongkan. Tolong clear kan belakang rumah, cukuplah

Grocery shopping. Pushing heavy cart in the grocery store. Grocery shopping is not such a bad activity - while looking for the items on your grocery list, you usually don't realize that you are burning calories! You can burn about 100 of them for half an hour and if you kid or kids are in the cart and you need to push it - even more!
My comment: Ni mcm tak boleh je. I jarang shopping sampai penuh satu trolley.

Cuba baca entry kak Min : His New Bestie. See, dia suami isteri rajin buat work out. So bila compare, mmg buat kerja rumah boleh membakar kalori dengan lebih banyak. Cuma mungkin masa yang diperlukan lebih lama sedikit la kot. But still, you manage to finish your house chores and at the same time, burn calories!

Bila tau fakta menarik mcm nie, terus rasa rajin nak buat kerja rumah. Kalau la boleh buat "cleaning" tu tiap-tiap hari, kan bagus.

Monday, May 09, 2011

What makes you different, makes you beautiful

Entry ni khas utk seorang sahabat. Semoga pembaca yang lain dapat memikirkannya walaupun sejenak dan berkongsi apa yang anda rasakan.

Dalam mencari pasangan hidup, semestinya kita mencari calon yang sesuai dan kira ngam dgn diri kita sendiri. Kemudian, ada yg meletakkan standard nakkan pasangan yg cantik, handsome, tinggi, kurus.. mcm-mcm la. Ke ramai cari yg cantik dan handsome dulu? Ngam tak ngam tu belakang kira.

Mmg diakui, ada yang meletakkan kecantikan sebagai kayu ukur untuk mencari pasangan. Katanya, cantik itu perlu mcm artis kerana kita nak mengadap muka dia setiap hari. Nak bangun pagi sebelah dia. Kalau tak cantik, bangun pagi boleh terkejut tengok muka bini sendiri.

Itu katanya. Tapi berapa ramai yang beristerikan perempuan secantik artis? Let me ask you this… cantik tu apa? Cuba tanya 10 orang lelaki. I gerenti semua 10 orang tu akan memberikan definisi yang berbeza tentang cantik. Ada yg suka cantik perempuan seksi. Ada yang suka cantik perempuan menutup aurat. Ada yang suka cantik perempuan berpurdah. Cuma secara umumnya, mereka kata cantik itu adalah apabila seseorang mempunyai paras rupa yang menawan dan rupawan.

Ramai yang anggap cantik itu bagus. Mmg bagus la. Sape taknak cantik? Percaya atau tak, hampir semua orang ingin mengubah sesuatu pada penampilan dia. Mereka inginkan apa yg mereka tidak punyai. Rata-ratanya mereka itu perempuan. Kenapa lelaki nampak mcm tak kesah sgt? Ok, mereka mungkin kisah dengan penampilan mereka tapi tak over mcm perempuan. Perempuan ni bersifat sensitif. Bila ada yg tegur tentang penampilan, mula rasa tak senang duduk. Terus nak diet, terus nak ber make-up, terus nak bersenam. Itu hakikatnya. Bila orang keliling kata kita tak cantik, kita gemuk, kita tak reti bergaya, low self-esteem mula ‘menapak’ dalam hati. Kita rasa mcm kita tak layak dimiliki. Kita rasa mcm kita perlu ubah diri kita agar fit in dengan definisi kecantikan itu. Ah, I pun perempuan. Apa yang I cakap ni berlaku kat diri I jugak.

Masa kat U, my friends and I selalu tgk couples kat sana. Kami tertarik dengan couples yg dikira… urm, berlainan. Yang perempuan cun melecun, yang lelaki nampak biasa je. Atau yg lelaki muka hensem sgt tapi perempuan dia nampak biasa. Kami hanya tgk, tak mengutuk tau. Kami rasa mcm mesti ada something yang membuatkan mereka tertarik sesama sendiri.

Siapa kata cantik dan hensem tu bagus sgt? Jom I share satu story dari seorang perempuan lawa yg I pernah kenal. Nama terpaksa dirahsiakan. Katanya, cantik itu satu sumpahan. It’s a curse, katanya dalam bahasa orang putih. Dia pernah kenal ramai lelaki tapi semuanya tak jujur. Suka dia sebab cantik saja. Dia taknak orang mcm tu sebab kalau suka sebab dia cantik, sayang tu takkan kekal. Kalau Allah tarik kecantikan dia satu hari nanti, lelaki tu mungkin akan lari. Sampai satu tahap, dia rasa waswas bila lelaki nak kenal dia. Dia rasa dia tak boleh percayakan lelaki. Masa tu dia ckp, kan bagus kalau muka dia biasa-biasa je. Tak perlu ada rasa syak mcm tu.

Kalau anda rasa anda biasa-biasa aje dan partner adalah seorang yg extraordinary dari segi rupa paras, mungkin ada rasa sedikit rendah diri dan curiga dlm hati. Rendah diri sebab rasa mcm semua orang memberi pandangan yang pelik. Rasa mcm tak sesuai je couple nie. Curiga dan risau kot-kot pasangan anda mempunyai agenda lain dengan anda. Mungkin nak mainkan perasaan, mungkin ada kepentingan lain, mungkin juga setakat nak rasa dikasihi ketika tiada siapa nak kat dia.

Perasaan tu takkan hilang. Percayalah ckp I. Kalau berpasangan dengan si cantik dan si hensem, tu la yg terpaksa kita rasa setiap hari. Silap-silap, boleh memakan diri.

Jadi, cuba buang perasaan tu jauh-jauh. Anggap diri anda juga seorang yg cantik dan hensem. Seperti yg I cakap tadi, definisi cantik tu berbeza bagi setiap individu. Orang lain tak nampak tapi pasangan anda nampak kecantikan dan kehenseman diri anda. Ada sebab kenapa dia pilih anda. Yer, dia boleh je pilih yang lebih cantik dan lebih hensem dari anda. Tapi kenapa yer dia pilih anda? Setiap orang dikurniakan sesuatu yang hebat dalam diri. Cuma kadang-kadang, mata kita ‘tertutup’ oleh kehebatan orang lain. Oprah Winfrey pernah berkata, “ I finally realized that being grateful to my body was key to giving more love to myself”.

Sahabat, hayati bait-bait lagu ini. Semoga boleh mengurangkan perasaan gundah gulana dalam diri. I tak pandai nak berpuitis. I cuma boleh share what I like most. ( I know Imee dan Weed familiar dengan lagu ni. It's a beautiful song.. kan?).


WHAT MAKES YOU DIFFERENT (MAKES YOU BEAUTIFUL)

You don't run with the crowd
You go your own way
You don't play after dark
You light up my day
Got your own kind of style
That sets you apart
Baby, that's why you captured my heart

I know sometimes you feel like you don't fit in
And this world doesn't know what you have within
When I look at you, I see something rare
A rose that can grow anywhere
And there's no one I know that can compare

What makes you different, makes you beautiful
What's there inside you, shines through to me
In your eyes I see, all the love I'll ever need
You're all I need, oh girl
What makes you different, makes you beautiful to me

You got something so real
You touched me so deep
You see material things
Don't matter to me
So come as you are
You've got nothing to prove
You've won me with all that you do
And I wanna take this chance to say to you

What makes you different, makes you beautiful
What's there inside you, shines through to me
In your eyes I see, all the love I'll ever need
You're all I need, oh girl
What makes you different, makes you beautiful to me

You don't know how you touched my life
Oh in so many ways I just can't describe
You taught me what love is supposed to be
It's all the little things that make you beautiful to me

Everything you do is beautiful
Love you give shines right through me
Everything you do is beautiful
Oh, you're beautiful to me

Saturday, May 07, 2011

Happy Mother's Day

"In all of creation all things great and small
You are the one that surpasses them all
More precious than any diamond or pearl
They broke the mold when you came in this world"


HAPPY MOTHER'S DAY!

Friday, May 06, 2011

Kalau kereta bukan kereta mewah, pakai je Ron 95

Ok la... I taknak tuduh apa-apa la. Ni mmg twitter dia ke? Kalau betul, I rasa kesian sbb PM bagi statement mcm ni.

I ni perempuan. Kalau bab mekanikal kereta dan minyak kereta, mmg tak faham sgt lah. Tapi kalau suruh I bandingkan my car performance masa pakai Ron 95 dan Ron 97, yg tu I boleh cerita.

Sebab my rent house jauh di Hulu Langat, kami pergi-balik ikut Bukit Ampang bagi mengelakkan kesesakan di Plaza Phoenix. Tiap-tiap hari turun naik bukit tu. Tak la tinggi mana pun.

Bila pakai Ron 95, kereta tu naik slow-slow je. Pick up mmg slow la. Bila nak speed up, pun mcm terhegeh-hegeh. Bunyi enjin pun 'mengaum' semacam. I don't like it!

Bila pakai Ron 97, smooth je. Nak speed up dan memotong kenderaan lain pun senang. Tak terasa apa sangat.

Dan I hanya pakai kereta Proton harga murah! Kereta mewah ke tu?

Mungkinlah Ron 97 ni sgt sesuai dengan enjin kereta mewah. I tak pasti. Tapi bila I dah guna 2-2 jenis minyak, mmg Ron 97 sgt sesuai la sebab nak turun naik bukit setiap hari.

Jadi NajibRazak (ni in case kot2 bukan twitter dia la kan), tak semua yg pakai Ron 97 tu guna kereta mewah! Tak semua yg guna Ron 97 tu dlm golongan kaya. Kayap ada la kot :p

Still remember Fariz tulis msg at FB. Lebih kurang camni la ayat dia... mari bekerja kuat kot-kot Ron 97 naik sampai RM3. Masa tu Ron 97 baru naik ke RM 2.70 (hampir sebulan yg lalu). Kini, mesti Fariz bekerja lagi kuat sebab harga Ron 97 skrg dah hampir2 dengan harga ramalan dia sebulan yg lepas.

Kalau tak sebab Bukit Ampang, I tak pakai Ron 97 la.

Nota: Orang kat rumah I, semuanya pakai Ron 95. Patut lah diorg rileks je. Tak komen apa-apa. Bila tau I pakai Ron 97, even mama pun pelik. Haaa... dah tau kan? Kalau bukan sebab bukit tu, maybe pakai Ron 95 je kot.

Juvana


Sekarang I dah ada sebab nak tgk TV3 pada setiap Isnin.

JUVANA!

Ok la, I mengaku... mula-mula terasa nak tgk bila lihat iklan tu ada Zahiril Adzim. Ni bukan nak minat tanpa sebab tapi I mmg minat pelakon yg bakatnya diasah dari teater. Jarang yang menghampakan. He's one of them.

Jadi bila dah abes Gemilang, I dah booked awal-awal nak sambung tgk Juvana pulak. Belum pukul 9 malam lagi dah buka TV3 awal-awal. Episod pertama tak menghampakan. Dengar cerita, rating utk pilot episode tu mencecah 2.4 juta! Hebat kan?

Apa yang buat I tertarik nak tgk Juvana (selain daripada ZA) ialah jalan cerita dia yg lain dari yang lain. Selalunya TV3 punya drama biasa la... kehidupan orang kaya-kaya, main projek juta-juta aje. Sangat boring la.

First episode je dah buat I rasa mcm cerita ni bagus sebab boleh buat budak-budak sekolah kat luar tu takut nak buat jahat sampai masuk ke sekolah juvana. Mungkin drama tu tak betul-betul mencerminkan keadaan sebenar di sekolah juvana tapi sekurang-kurangnya boleh buat budak-budak ni takut. Hmm... melainkan kalau diorg rasa diorg boleh jadi ketua mcm Botak, maybe diorg tak takut la kot. Kalau lembik, boleh la jadi jambu mcm Daim. Hahaha... (Ok, yg tgk saja akan faham apa yg I ckp nie).

Barisan guru-guru pun ok jugak la. Ada warden yg mcm tegas. Dia jeling je, org diam. Ada cikgu muka bajet hensem dan suka tolong cikgu perempuan. Ada cikgu perempuan yg cuba buktikan dia boleh berhadapan dengan budak-budak jahat nie. Dan paling I suka, karakter cikgu yg garang dan berani marah budak-budak jahat nie. Huh, tak ingat lagi nama-nama diorg tapi best la. Cikgu garang tu best. Berlagak, perasan bagus tapi dlm masa yg sama, dia mengambil berat akan hal ehwal segala perkara yg berlaku di sekolah.

Setelah menonton beberapa episod ni, mmg ada buat I terfikir. Mcm tu keadaan di sekolah juvana? Yer la, kat situ semuanya budak bawah umur yg disabit dengan kesalahan berat mcm membunuh, merogol, merompak. Eiiii, takuttttt!!!! Bagus jugak bila ada drama camni yg memberi pengajaran kepada kita kan?

Thursday, May 05, 2011

Sifat busuk hati

Kelmarin, I singgah di satu kedai runcit yg I tak berapa gemar. Tak gemar sebab pekerja-pekerja dia sgt kepochi. Dia tak bagi pelanggan ambil barang sendiri. Hatta barang basah pun, mereka akan ambilkan. Saiko tak?

Tapi sebab masa tu dah terdesak, kami singgah la jugak. Masa tu dah lambat. Plus nak masak nasi goreng je. So mau beli sedikit udang dan sotong buat rencah.

I cuba nak ambil udang. Pekerja dia halang. Nak tolong ambilkan juga. I pandang dia. Dia dok ‘promote’ cara kotor.

Kak beli kat sini je. Sini semua cantik-cantik. Jangan pergi kedai hujung. Udang dia pun dah merah-merah. Ikan dah tak elok”.

Astargfirullah. Rasa nak lempang je. Boleh tak jgn ckp mcm tu? Kalau nak bersaing, bersaing cara baik. Jgn busuk hati. kalau betul pun kedai sana jual barang yg tak elok, tak perlu dikecohkan. Biar pelanggan yg buat pilihan. I rasa nak lempang sebab setahu I, kedai lagi satu tu jual barang elok. Cuma I tak pergi sana sebab udang dah takde. Tang mana dia kata udang orang tu merah, I pun tak tau.

Berbalik pada pekerja tadi, dia nak cuba tipu harga dengan I. Depan bos dia I betulkan balik harga tu. Terus 2-2 terkulat-kulat dengar I melaser pekerja dia. Sudahnya, I beli udang je. Sotong beli kat kedai hujung.

Tolonglah jangan busuk hati. Rezeki tu sepatutnya dikongsi.

Macam mana kalau jadi kat mak ayah korang?

Cuaca sedang ‘menggila’ di Malaysia sekarang ni.

Bayangkan I terbangun dlm pukul 2 pagi, hujan dah turun. Bila bangun subuh, hujan masih turun. Sampai di office, hujan renyai-renyai. Menjelang tgh hari, panas terik sampai rasa tak sanggup nak berjalan kaki. Elok nak balik kerja, hujan lebat siap ada petir.

Fuh, melihat baju yg masih belum kering di ampaian, buat I rasa taknak membasuh baju.

Semasa I berjalan ke carpark ptg 2 hari lps, hujan sedang turun dengan lebatnya. Hujan turun sejak sejam setengah sebelum tu. Jadi, boleh dikatakan banyak lopak air yg dalam di jalan raya. Selalunya di waktu ni, I mmg jauhkan diri dari lopak air sebab ada sesetengah pemandu yg kurang mengambil berat akan pejalan kaki.

Dah nampak lopak air, dia redah punya la laju sampai terpercik air ke badan pejalan kaki yg berada di tepi jalan. Pernah jadi kat korang tak? I dah nampak depan mata.

Kalau ada lopak air, tolonglah perlahankan kereta especially bila ada pejalan kaki berdekatan lopak tu. Ke korang tak kesah?

Camni la, bayangkan korang nampak orang tu kat tepi jalan. Tapi korang nak cepat, so korang malas nak perlahankan kenderaan. Lantak laa. Sape suruh berdiri kat situ eh? Korang pun redah je dgn lajunya. Air terpercik di muka dan badan orang tu.

Now bayangkan orang yang basah tu mak ayah korang.

Ada rasa marah tak?

Karaoke box

Tgk 360 mlm tadi. Topik malam tadi ialah karaoke. Mula-mula tunjuk konsep karaoke box yg dah mula menjadi pilihan pekerja melepaskan penat lelah selepas waktu bekerja. Ada yg datang dengan kawan. Ada yg bawa anak sekali. Katanya, kalau kat rumah, tak sempat nak bonding dengan anak. Kalau bawa pergi karaoke ni, kira sempat la nak bonding. Makanan pun dah disediakan. Senang.

Lepas tu krew 360 pergi ke Perak. Tunjuk karaoke masa majlis kahwin pulak. Ibu beranak satu (kot sebab dia kendong sorang je anak dia) yg baru berumur 19 tahun dah dikira diva sebab kalau bab karaoke masa kenduri, mmg dialah ratu. Dia kata dia minat menyanyi.

Lepas tu krew singgah pula di RIMBA. Ni I tak tau kat mana. Tapi tempatnya jauh ke dalam, jauh dari kawasan perumahan. Nama tempat karaoke tu ialah Rimba. Kat sini agak happening. Siap boleh menari secara terbuka. Plus, ada peraturan seperti tak boleh bawa senjata, tak boleh menari lucah, tak boleh merokok masa menari. Nak masuk pun, beg kena check dulu. Konsep terbuka sebab katanya, utk elakkan berlaku maksiat. Kalau terbuka camni, semua org boleh nampak.

Don't play-play eh. Makcik dan pakcik pun ada. I sedang menggosok baju malam tadi. Layan juga la tgk makcik-makcik tu dok sebut pasal asah bakat la, pitching lari la...

Si isteri : Ish, makcik ni dah tua-tua pun rajin pergi karaoke. Kalau Liza dah tua nanti pun, belum tentu nak karaoke lagi. Bukannya minat pun.

Si suami : Nanti umi nyanyi lagu "Bye bye bye... bye bye!"

Cis, you perli I ke abang? I tak tau la. Dia kalau nak kenakan I, mesti nak gunakan lagu Bye Bye Bye tu. Apsal? I nak nyanyi lagu Marry You la..

Wednesday, May 04, 2011

Transferred to playschool

I sampai taska ptg semalam, Batrisyia tiba-tiba dah terpacak depan door grill sambil panggil umi dia. I ingatkan cikgu dia bawa dia keluar awal sikit. Sekali cikgu Dila ckp, "Saya dah masukkan Batrisyia ke kelas ni". Yeahhhh... I'm happy, you!!!

Happy sebab Batrisyia dah kembali dijaga oleh cikgu yg jaga dia masa dia berumur sebulan 3 minggu.

Happy sebab dia dah dikira 'big girl' sebab dah masuk playschool.

Happy sebab dia dah jumpa balik kawan-kawan lama dia yang ditukarkan lebih awal.

Happy sebab buat pertama kalinya I boleh tanya dia, "Hari ni Tisya belajar apa?". Dan dia jawab "Alif Baa Taa".

Happy sebab kalau dulu, dia hanya boleh hafal sampai huruf "Dzal". Semalam, dia boleh sebut huruf sampai ke "Yaa" walaupun ada yg skip sana sini.

Ahaks, tu baru masuk kelas playschool yer. Abi umi dia dah excited. Agaknya kalau masuk darjah satu nanti, abi dia mesti ambil cuti sehari dan tunggu depan pagar sekolah sampai loceng balik berbunyi :p

Tisu muka dan tisu tandas Kleenex® yang dipertingkat

Dahulu, saya bukannya seorang perempuan yang suka bawa hand tissue. Susah juga nak jumpa pek kecil hand tissue di dalam handbag. Memadai gunakan cloth hand towel untuk mengelap peluh.

Tetapi semenjak dah ada anak, hand tissue merupakan salah satu benda wajib yang mesti sentiasa ada setiap masa. Jadi kami pastikan kami sentiasa ada sekotak hand tissue di ruang tamu, sekotak lagi di dalam kereta, pek-pek kecil utk disimpan di dalam baby bag dan beberapa kotak hand tissue di dalam stor.

Tisu sangat penting bagi saya terutama bila berhadapan dengan kanak-kanak kecil. Mereka akan mudah terdedah pada kekotoran setiap masa terutamanya ketika bermain dan makan. Mereka juga pasti terkena serangan batuk dan selesema. Ketika itu, penggunaan hand tissue sangat digalakkan bagi mengelakkan penyebaran kuman. Lebih-lebih lagi, bayi dan kanak-kanak tidak sesuai menggunakan hand sanitizer kerana ia boleh menyebabkan keracunan toksid dan alkohol jika tidak digunakan dengan berhati-hati.


I used it as a bib!

Ramai yang mengetahui bahawa mencuci tangan dengan langkah yang betul boleh mengelakkan penyebaran kuman. Tetapi ramai yg jarang mempraktikkan langkah terakhir iaitu mengeringkan tangan dengan kain pengelap. Tahukah anda, tangan anda yg sudah dibasuh tetapi masih basah lebih senang menyebarkan kuman berbanding tangan yang kering? Ia menunjukkan mengeringkan tangan dengan sempurna adalah langkah terakhir yang sepatutnya dipraktikkan oleh semua orang.

Mengikut hasil kajian:

89% menggunakan hand towel untuk mengeringkan tangan di bilik air
38% menggunakan hand tissue
18% hanya merenjiskan tangan dengan harapan air itu kering
9% lagi mengelap tangan di baju

Untuk memastikan kuman tidak mudah tersebar, kain pengelap harus ditukar selalu. Kain yang tidak selalu ditukar akan menyebabkan kuman membiak di kain tersebut. Untuk pilihan lain, anda boleh memilih untuk menggunakan hand tissue.

Jenama Kleenex® sangat sinonim dalam pembuatan produk tisu. In fact some people even call tissues Kleenex! Kleenex® mula diperkenalkan seawal tahun 1924. Ketika itu, satu pek makeup remover dijual dengan harga 65 sen. Kini, lebih ramai pengguna memilih Kleenex® berbanding jenama lain.
Kleenex® first product : Cold cream / makeup remover

Baru-baru ini, saya berkesempatan mencuba tisu Kleenex® yang dipertingkat. Tisu yang dipertingkat ini diperbuat daripada 100 peratus pulpa asli (pure virgin fibre). Tisunya sangat lembut pada kulit tetapi kuat dalam menyerap kebasahan. Ia didatangkan dalam 2 dan 3 lapisan.


Tisu boleh digunakan dalam pelbagai cara seperti mengelap peluh anak, membersihkan make-up di muka dan membersihkan tangan yang kotor. Kebanyakan tisu biasa akan menyebabkan tisu terkoyak dan bergumpal, seterusnya meninggalkan sisa di kulit. Kalau kita lap peluh, mulalah ada sisa tisu di muka. Tak bagus kan? Dengan Kleenex®, tisunya tidak akan meninggalkan sisa kerana ia kuat dalam menyerap kebasahan.

Ketika anda diserang penyakit yang boleh menyebabkan selesema yang teruk, anda akan kerap terbersin dan perlu membuang hingus dari hidung dengan kerap. Tanpa tisu yang lembut, anda akan berhadapan dengan satu masalah baru. Hidung anda akan merah, melecet dan sakit akibat kekerapan membuang hingus. Kebanyakan tisu lembut di pasaran mudah terkoyak apabila basah. Tetapi tidak dengan Kleenex®.

My hubby has a runny nose since 2 days ago. Hidung dia dah mula merah akibat selalu lap hidung. I minta dia cuba tisu Kleenex® yang terbaru ini. Komen pertama yang keluar dari mulut dia ialah, “Eh, lembutnya!”. Setelah mencuba, dia sukakan tisu yang baru ni kerana tak mudah terkoyak. Yang paling penting, tisu tu tak menyakitkan hidung dia yang dah merah tu kerana ia lembut.

Kleenex® juga sangat mementingkan pengguna. Jadi ia memastikan produknya hypoallergenic agar ia selamat digunakan oleh mereka yang mudah mendapat reaksi alahan. Jadi anda tidak perlu risau terutamanya apabila digunakan ke atas anak anda.

Sejajar dengan pembaharuan ini, tisu Kleenex ditampilkan dengan pek baru yang lebih segar berilhamkan bunga ros di semua pasaraya utama, pasaraya dan farmasi seluruh negara. Tisu muka Kleenex® 2 dan 3 lapisan boleh didapati dalam pek kotak dan poket, sementara tisu tandas Kleenex® 2 dan 3 lapisan boleh didapati dalam pek Jumbo dan Mega.

Kleenex® Facial Tissue

Kleenex® Toilet Tissue

Malah, dibawa kembali atas permintaan ramai, tisu muka Kleenex® khas bertemakan vintaj kini juga boleh didapati dalam pek kotak! Sangat cantik! Rasa sayang sgt nak buka.. nak pamer saja, boleh tak? Ahaks.

Kleenex® Vintage

Kotak tisu ini mempunyai ruang buka berbentuk oval. Terdapat plastik lutsinar di tempat buka dengan bukaan kecil untuk menarik keluar tisu. Tisu mudah ditarik keluar.

Sememangnya tisu Kleenex® yang terbaru ni lengkap pakejnya. Kualiti yang sangat memuaskan hati, pek yang cantik dan harga yang sesuai dengan kualiti yang diberikan kepada pengguna.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.