Friday, April 29, 2011

Prince William won't wear a wedding band

Almost 5 years ago, I tak berjaya pujuk my fiance utk beli wedding band. Katanya, dia tak suka pakai cincin. Fine! Tapi dlm hati, dah set akan terus pujuk walaupun ia akan memakan masa bertahun-tahun. 5 years later, he surrendered. Heheheh… once a while, mmg I asyik sebut tentang hal tu. Kdg-kdg, saja bawa dia masuk kedai, tgk-tgk cincin. Maybe he wants me to stop bugging him. Itu yg dia kibarkan white flag.

Plus, I ada ckp… pakai sekali masa photo shoot pun jadi la. Lepas tu, kalau taknak pakai, bagi I simpan. Nanti kalau ada anak lelaki dan dia nak kahwin, I bagi je la kat dia. Ahaks.

Wedding ring is a must for a bride but it is not complusary for a groom. Why eh? Actually, tak perlu pun utk pengantin perempuan tapi dah adat turun temurun.

I ingat nak hadiahkan utk dia sempena our 5th wedding anniversary hujung thn nanti tapi tak jadi sebab teringin pulak nak pakai sama-sama masa photo shoot (yang belum tau lagi bila nak buat… muahaha). So mula la fikir nak beli kat mana.

White gold is a NO to him walaupun telah dicampur. Suasa… hubby taknak. Platinum… erk, I belum kaya raya lagi. So ada 2 options je. Silver or stainless steel ring. Setelah membaca dari pelbagai sumber, kami pilih utk cari stainless steel ring sebab ia tak perlu dijaga mcm silver. Silver, lama-lama nampak kusam.

Yes, stainless steel. Yg mcm guna buat kitchen utensil tu. Haaaa, jangan tak tau. Tapi rasanya dah ramai je yg tau kot. Ada banyak juga kedai yg jual stainless steel ring. Even kat luar negara, benda ni kira dah biasa. Kat Malaysia pun, dah ramai yg beli stainless steel ring.

I was sceptical, at first. Dgr nama, rasa mcm lawa ke? Terbayang senduk sudu garfu kat rumah. Ekekkeke… Tapi bila pergi kedai, mmg yg jenis stainless steel ni nampak lagi cantik berkilat. Harga utk yg jenis simple (ala-ala belah rotan), baru dlm lingkungan RM30-RM40. Kalau yg letak batu biasa, mahal sikit je tapi still bwh RM100 utk 2 bentuk cincin. Kalau yg letak batu mahal, ehem… mahal sikit la yer. Pastu byk design for couple ring so boleh beli satu set utk dipakai sama-sama. Oh oh oh… I loike!

Hubby pulak bila tgk design, terminat. Dah sebab dia nak pakai, so I suruh dia pilih. Kalau I pilih, takut dia tak berkenan dan terus jarang pakai. Well, pilihan lelaki dan perempuan mmg tak sama la kan? I minat yg lain, dia minat yg lain. So takpe la. Beli yg dia minat. Terus beli couple rings sebab nak berposing sama-sama.

Kalau korang nak beli cincin baru dan taknak yg mahal, boleh consider la kot. I suka design yg simple. So kira ngam la dgn kitorang.

Nak diikutkan, pemakaian cincin ni tak perlu. Tak wajib pun. Tapi dah jadi adat kan? Nak atau taknak, itu terpulang pada masing-masing.

I read that Prince William won’t wear a wedding band. Maka, tiadalah adegan Catherine Elizabeth Middleton menyarungkan cincin mahal ke jari bakal suaminya. Takpe la, dia tak pakai cincin pun, satu dunia dah tau dia dah kahwin. Hehehe…

Did you know that Kate's wedding ring is made by Welsh gold? Satu masa dulu, emas tu digali dari pergunungan Welsh dan dihadiahkan kepada Queen Elizabeth. Sejak tu, emas tu disimpan dia dalam royal vault. Kini, sedikit emas tu digunakan utk menempah cincin kahwin Kate. Bertuah ko si gadis biasa.

Btw, ada beza antara wedding ring dan wedding band? I ada dpt banyak definisi sejak 5 thn lepas. Ada yg kata sama je. Care to share your opinion?

Nota:
1. Utk menjawab pertanyaan, korang boleh cari stainless steel ring di kedai barangan silver. Diorg dah banyak jual. Atau nak up sikit, boleh pergi beli di Bausch K. I pernah dgr nama kedai ni tapi bila pergi kat KLCC outlet, dah tutup pulak. Not sure other outlets tutup juga ke tak
2. Siapa yg ambil cuti semata-mata nak layan liputan langsung sempena perkahwinan diraja hari nie? Hehe...

Thursday, April 28, 2011

Burung pipit

Umi : Nah sabun. Umi sabun blkg. Tisya sabun depan.
Batrisyia : Letak air.
Umi: Umi sabun belakang… sabun tangan
Batrisyia : Tisya basuh ketiak… basuh perut… basuh bontot… basuh burung..
Umi : Eh, Tisya mana ada burung!
Batrisyia : Ada…
Umi : Mana ada. Sapa ckp?
Batrisyia : Cikgu cakap haaaa. Betul.
Umi : Boy je ada burung. Tisya boy ke girl?
Batrisyia : Tisya girl.
Umi : Haa, girl mana ada burung.
Batrisyia : Tisya ada apa?
Umi : Erk….

360 degrees with Corkscrew

"We found love... So don't hide it... Life is a rollercoaster, just gotta ride it"

I masih ingat masa kali pertama I ke Genting Highland dengan my family. It was long time ago. Sekolah rendah darjah berapa entah. Masa tu kami baru empat beradik dan yg bongsu (pada masa tu) entah berapa umurnya. Tak sure. Kami bawa bekal nasi lauk ayam masak kicap (wah, mesti mama terkejut giler sebab anak dia ingat dia siapkan lauk apa). Tapi kenapa dulu-dulu boleh bawak bekal? Heran... heran...

Masa tu tak byk permainan pun. Tapi ada satu benda yg I teringin sangat nak main time tu.

It's Cyclone. Masa tu I tak tau apekah bendanya tu. Cuma nampak kenderaan 4 kerusi turun naik. Nampak mcm best. Pastu mcm tepi gaung. I ajak papa naik. Dia taknak. Dia kata, kalau nak.. naik sendiri. Wah, maybe tu cara nak pujuk anak.

Padahal boleh je ckp kot, "Tu org besar je boleh naik". Gerenti I terima alasan tu bulat-bulat mcm masa Batrisyia sibuk nak naik benda yg lebih kurang sama mcm I nak naik berpuluh thn lepas.

Masa second time ke Genting, I tak berkesempatan naik. Masa tu pergi saja-saja ambil angin. Plus, masa tu dpt boyfriend yg gerun nak cuba benda-benda tu. Ish... Ish... Ish... ada ke patut perempuan lagi berani dari lelaki.. :p

Bila kami pergi short trip baru-baru nie, agak amazed jugak sebab dah byk sgt rides kat atas tu. Batrisyia was jumping excitedly!!! Yang kelakarnya, bila dia nak cuba permainan, dia minta duit syiling dari kitorang. Bajet kena bayar. Bila dpt naik "free", punya la seronok dia .Yolah nak, abi ko dah bayar kat pintu masuk tadi.

An hour later, I saw this!

I dah tak ckp banyak. Terus serahkan beg dan camera kat hubby. Menonong I pergi. Kalau dia taknak naik, takpe. I nak naik. Berpuluh tahun I tunggu saat nie. I must ride a roller coaster before I turn 30! Bunyi mcm over kan? Tapi tu la angan-angan sejak I nampak Cyclone. I tak mcm orang lain. I jarang sgt dpt naik ke Genting.

Ingat nak duduk kat left seat agar senang bergambar. Sekali abang yg jaga tu suruh I duduk belah kanan sebab ada kosong. Cis!

Can you spot me?

Betul la orang cakap. Sekali naik, rasa tak puas! Nyesal tak naik berkali-kali. Perasaan dia unik sgt. Tapi I boleh describe camni je la :

Ko rasa mcm dah safety abes la kan. Dgn diorg biasa buat monthly maintenance la. Dgn dah siap locking system utk tempat duduk la. Kira mcm bajet ok je la kot naik. Lepas tu, mula la slow-slow naik ke puncak. Mcm ok je nie. Takde apa yg nak ditakutkan. Then, mula menjunam turun. Ko still mampu buka mata. Tapi ada la dlm 7 saat je kot. Lepas tu mata terus tertutup sebab rasa bola mata nak terkeluar dari soket mata. Terasa badan nak tercampak keluar dari tempat duduk. Mcm ko dah pegang abes tapi still mcm ia akan terbuka dan ko akan tercampak. Bila sampai putaran 360 darjah sebanyak 2 kali tu, rasa mcm dah kena heart attack tapi luckily, masih hidup! Bila partner sebelah dok ucap, "Ya Allah.. tercabut jantung aku! Oh My God.. Oh My God", ko rasa nak gelak tapi tak mampu sebab roller coaster masih laju dan berharap sgt agar cepat la ia berhenti. Dah rasa nak terpengsan di situ.

Wah, terpanjang pulak!

Yang peliknya, bila masing-masing dah bangun dari tempat duduk, boleh gelak-gelak. Wah, tadi dah rasa mcm di hujung nyawa sgt kan?

Serious, yg lemah jantung dan darah tinggi mmg confirm tak boleh naik. Even dlm website pun awal-awal dah tulis NOT FOR THE FAINT-HEARTED.

Tapi bila boyfriend dah dpt status husband, kamu wajib ikut daku hingga ke puncak roller coaster walaupun kita tak naik sama-sama. I tak peduli!


Ni gambar dia semasa baru nak naik ke puncak. Pilih nak duduk kat tail pulak tu. Tak beragak la kan? Mcm rileks je. Muahaha. You should see his photo masa tgh riding that rollercoaster. Hilang terus muka confident dia. Nasib baik kita tak cuci. Kalau tak, gerenti I letak kat sini :p

Sape lagi nak share tentang pengalaman naik roller coaster?

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday : 7 reasons why you're my favourite little princess

No 1 : You love to pose in front of camera

No 2 : You're so energetic!
You help me to burn calories wherever possible

No 3 : You know when it's a big NO for you.

No 4 : You're our best head cheerleader in town!

No 5 : You know how to take care of yourself
when it comes to a small things

No 6 : You're a small girl with a BIG heart

No 7 :You bring colours to our life

Tuesday, April 26, 2011

XOXO


Hello, Umi is busy today. Ni baru cuti sehari, dah banyak kerja menimbun atas meja. Ish.. ish.. ish..

Yang penting, Abi dah 'ganti' semula hari-hari Abi bekerja sampai tgh malam, awal pagi dan hujung minggu sejak beberapa bulan lepas dengan cara bawa Batrisyia pergi jalan-jalan semalam. Alhamdulillah.

Kita tunggu Abi dpt project lagi besar. Kita pow dia pergi USS pulak :p

-Batrisyia in the House-

Friday, April 22, 2011

Subhanallah!

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” Surah Al Anbiyaa’ : Ayat 30

To celebrate the 21st anniversary of the Hubble Space Telescope's deployment into space, astronomers at the Space Telescope Science Institute in Baltimore, Md., pointed Hubble's eye at an especially photogenic pair of interacting galaxies called Arp 273. The larger of the spiral galaxies, known as UGC 1810, has a disk that is distorted into a rose-like shape by the gravitational tidal pull of the companion galaxy below it, known as UGC 1813. This image is a composite of Hubble Wide Field Camera 3 data taken on December 17, 2010, with three separate filters that allow a broad range of wavelengths covering the ultraviolet, blue, and red portions of the spectrum. (NASA, ESA, A. Riess (STScI/JHU), L





















Source : Yahoo! News

She's an eating machine

Lately, kami tgk Batrisyia kuat mkn. Waktu kat nursery, dia mkn mcm biasa la. Tapi bila balik rumah, selera dia tiba-tiba je memuncak. Cuba tgk apa yg dia mkn sejak 3 hari lepas.

Selasa:
6.30 pm - 3 biji kuih keria
7.30 pm - Nasi berlauk (tambah sekali)
9.00 pm - Sepinggan spaghetti rebus

Rabu:
6.30 pm - 3 biji donut
8.30 pm - Nasi berlauk (tambah sekali)

Khamis:
6.30 pm - 3 biji donut
8.00 pm - Sepinggan nasi goreng
10.00 pm - A glass of milk

Nampak mcm sikit tapi tgk la time interval. Semua tu dia mkn dlm masa 2 jam setengah ke 3 jam setengah.

Haruskah I risau? :)

Dlm 3 hari ni jugak sgt susah nak suruh dia tidur awal. Dia akan berlari dan sibuk bermain. Panjat sofa, cuma panjat pagar kat pintu dapur, panjat meja. Oh My God, lasak giler!

Tu belum lagi main dgn abi dia. Dia duduk kat abi, pastu lompat-lompat sambil nyanyi lagu "Lompat katak lompat.. tinggi-tinggi... adik bgn pagi-pagi". Boleh teka dia nyanyi lagu ape?

Masa nak hantar dia ke nursery pagi tadi, dia ambil duit syiling dalam kereta dan genggam kuat-kuat.

"Tisya nak beli kuih"
"Kuih apa?"
"Tisya nak kuih donut!"
"OK, cium abi dulu"

Sekali amik ko, 3 kedai kami pergi.. nan ado donut nya! Tapi sebab si anak dah bg kiss, abinya terpaksa cari juga sampai dpt. Last-last, jumpa jugak. Happy minah tu dpt bwk donut ke nursery.

Nampak mcm byk sgt mkn donut kan? Tapi jgn risau, kedai kat rumah kami tu... donutnya belum tabur gula. So selalunya mmg ambil donut kosong je. Kalau terbeli yg ada gula pun, kami cari yg sikit gula aje.

Thursday, April 21, 2011

I'm jealous

We don't celebrate Good Friday and Easter but hey, at least it's a holiday for hubby!!! Sebab dia bekerja dengan kerajaan negara lain, dia kira tumpang sekali bila tiba Good Friday, Easter, Christmas. Jealous tau sebab dia boleh cuti, tak payah pergi kerja. But knowing him for a few years, dia mana la suka duduk rumah je. Mesti nak pergi buat kerja lain.

Office dia agak best. Kdg-kdg sesuka hati boleh kerja setengah hari with the permission from the big man in the office. Mcm hari nie, dia kerja setengah hari and he's bragging about it since Monday! Ciss, siap kata nak pergi lunch kat ikan bakar Jalan Bellamy. Sampai hati ko bang, pergi tak bwk I yg introduce tempat tu kat you all.

Next Monday is Family Day for SA (Sila google utk tau perayaan itu). Dia cuti jugak. Pastu kerja sehari. Pastu National Day pulak. Mana la I tak jealous weih. Serupa mcm tak kerja je.

Therefore sebulan lepas, I terus minta cuti utk sama-sama meraikan Family Day. It will be fun! Dah lama buat plan nie.

We will go for a short trip. Don't miss me ya!

Wednesday, April 20, 2011

Siapa obese...

Cikgu-cikgu dpt kerja baru dah. This time, mereka dikehendaki merekod berat dan tinggi pelajar utk memastikan pelajar kita tidak tergolong dlm golongan obesiti.

Mcm la cikgu-cikgu takde kerja lain, ye tak?

Apabila Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan agar pihak kantin sekolah menjual nasi lemak hanya sekali seminggu kepada pelajar sekolah, ada beberapa pihak yang membantah dan minta Kementerian mengkaji semula akan sekatan itu. Sesetengah pihak berpendapat, nasi merupakan sumber karbohidrat terbaik utk pelajar-pelajar tu.

I tak tau la di mana asas larangan tapi yg I ingat, nasi lemak boleh buat I mengantuk dlm kelas. Bukan I sorang. Tapi rata-rata pelajar mmg akan mengantuk dlm kelas. Kalau ada satu hari tu ramai sgt pelajar mengantuk, cikgu pun boleh agak yg kami breakfast nasi lemak di dewan makan.

Tapi adakah nasi lemak penyumbang kepada obesiti di kalangan pelajar? I don’t think so. Cuma ia akan membuatkan pelajar mengantuk dan susah nak concentrate dlm kelas je kot.

Sebelum I bercerita lagi, apa kata kita check dulu makna underweight, normal weight, oveweight dan obesity.

Secara umumnya, kita akan dikategorikan dalam salah satu berat di atas setelah mengukur BMI kita. Apa itu BMI? Ianya adalah singkatan utk BODY MASS INDEX.Ia mengukur lemak yg terkandung dlm badan berdasarkan ketinggian dan berat badan seseorang. Seperti yg I ckp tadi, BMI boleh dipecahkan kepada 4 kumpulan.

Underweight = BMI kurang dari 18.5
Normal = BMI antara 18.5 ke 24.9
Overweight = BMI dari 25 ke 29.9
Obesity = BMI lebih dari 30 dan ke atas

Cara paling senang untuk mengira BMI ialah:

BMI = (berat dlm kilogram) bahagi (tinggi dalam meter x tinggi dalam meter)
Contoh : untuk ketinggian 162cm dan berat 50kg,

50 bahagi (1.62 x 1.62) = 19.05 = normal

Sometimes, kita rasa orang tu gemuk, orang tu kurus, orang tu normal, orang tu tak.. tapi bila kira BMI, ok je.

Ok, berbalik pada pelajar sekolah nie. I rasa Kementerian patut lebihkan pemantauan makanan berupa jajan dan kurang berkhasiat di dlm sekolah dan di luar pagar sekolah. Cuba ingat balik berita malam tadi. Wartawan tanya kanak-kanak sekolah rendah ni.. diorg mkn apa? Ada yang tak bersarapan sebab nak simpan duit utk beli keropok lepas balik dari sekolah. Ada yg mkn fries dengan mayo sebab sedap (Budak tu sebut sedap buat I rasa nak cari fries time tu jugak!). Ada yang beli nugget je sebab masa rehat pendek sgt.

I tak tau keadaan budak2 sekolah zaman sekarang. I dulu bersekolah di kawasan pendalaman. So murid-murid tak ramai, tak perlu bersesak sgt time rehat. Plus, kebanyakan dari kami bawak bekal sebab diorg budak-budak kampung. Mak mereka dah siapkan bekal siap-siap.

Cuma petang-petang, korang lalu depan sekolah. Ni hanya pengamatan my hubby. Dia pernah bangkitkan benda ni. Katanya, banyak sgt orang jual jajan kat luar tu. Bila budak-budak keluar pagar, ramai yg pergi beli jajan dulu. Maybe duit belanja masih berbaki.

Tak boleh nak halang peniaga sebab mereka mencari rezeki. Cuma tu la, mcm mana nak elak benda2 nie? Susah kan?

Tuesday, April 19, 2011

Elak anak mkn junk food

Giler hectic hari nie!!

By 4.30pm, baru habis kerja. Isk... dgn baki sejam sebelum pulang, apa sgt la yg boleh dibuat. Jejari pun dah sakit sebab byk sgt buat paper works.

Di saat ni, mula la terasa nak mkn junk food. Bukan selalu pun.. ececece.

Maka beli Twister Chipster dan sebotol 100 Plus Lemon.

Ahhhh, nikmat!

Kena mkn kat office. Tak boleh bwk balik. Kalau cik adik manis nampak, kesian dia.

Otak dah tepu so nak buat entry bajet serious pun, dah mendak. So esok aje la eh. Rasa nak sentuh bab OBESITI.

Saya mau pulang dan jemput Jet Li di LRT Station T_T

Monday, April 18, 2011

Jiwang karat mode is activated

I jarang nak jenguk FB lama-lama dan jarang nak ambil tahu wall org lain. Cuma ada beberapa orang yg mmg I akan jenguk FB mereka setiap kali I log on. Usually, cuma baca sekali imbas kat News Feed. Pastu komen mana yg perlu. Tu je la.

Bila tgk News Feed, I nampak satu trend. Yang tgh bercinta atau yg baru je berkahwin, update masing-masing jiwang karat. Kuikuikui. I terfikir sesuatu.

Bila dah lama kahwin, kejiwangan tu akan fading away.. slowly. Chewahh… I nak speaking in english tapi tak tau nak translate perkataan jiwang. Ekekkeke… Ok, serious sikit.

Dah lama kahwin… setahun… 2 tahun… 5 tahun… 10 tahun…. Mesti ada yg berubah, ye tak? Anak makin ramai, tanggung jawab makin berat tapi tak kaya-kaya. Pastu stress :p

Mula la terasa pressure, gigih bekerja, balik kerja lewat, hujung minggu pun nak kerja, dlm tidur pun boleh termimpikan kerja kat pejabat. Isk, parah dah nie!

Dah takde masa nak jiwang karat dah! Kalau time bercinta, sehari nak sms 10 kali. Dah mkn ke belum? Dah balik ke belum? Dah tidur ke belum? Benda simple tapi tetap nak tanya. Dah 10 tahun kahwin, wife sms pun kdg2 reply dengan “OK” je. Agaknya kalau yg reply dgn “K” tu, lagi la haruuuuu.

Ada yg berubah.. ada yg tak berubah. Tahap sayang tu tak berubah tapi cara menyatakan sayang tu mungkin dah berubah. Mcm mana dgn korang yg lain?

So I anggap status jiwang kwn2 I ni sebagai peringatan kepada I yg dah nak masuk tahun ke-5 ni. Maka, JIWANG KARAT MODE IS ASTIVATED.

Tapi bila I tepek lagu Miranda Cosgrove di FB dan tujukan kat hubby, ada yg kata I jiwang. Ahaks! Mana boleh tahan tgk korang je yg jiwang. I pun nak jiwang jugak :p

Note : Anyway, setelah baca komen Faiz dan semangat mengira.. maka, pada 18 April 2011... saya telah menjadi isteri En. Rohaizat selama 1,616 hari. Hikhik

Bergaduh sebab anak. Semuanya bermula apabila...

Kami bergaduh Sabtu malam yg lalu. Bendanya kecil je tapi nak dibesarkan. Hubby salahkan I. I pulak berkeras kata ni bukan salah I. Kenapa nak salahkan I pulak? Suka hati dia la nak suka apa, ye tak?

It all started with these words:

"Umi, nak geli" kata Batrisyia.

Hurmm, nak geli? Kemudian, dia ulang balik ayat dia sambil buat sign language yg dia jangka akan buat umi dia faham.

Oh, barulah Umi dia faham. So umi dia keluar dari bilik, ambil laptop abi dia, sambungkan wayar-wayar dan sambungkan laptop ke TV.

"Nak tengok apa?" kata hubby yg masa tu tgh ada kat dapur.

"Tanya la Tisya" kataku.

"Nak tengok geli!!" Tisya jawab dengan bersemangat

"Hah? Ape tu?" Hubby ni, lambat pulak dia nak faham.

"Nak tgk geli la!!" Tisya ulang sekali lagi

"Tisya, tunjuk camne geli"

"Tgk geli" sambil tunjuk sign seperti di gambar bawah:


She's a Gleek too!!! :p

Ahaks, kitorang tak gaduh la. Cuma hubby kata ni penangan si umi yg dok layan Glee setiap hujung minggu. Mesti la nak layan. Kalau tak tgk, rasa mcm tak lengkap je weekend tu.

This little lady takmo tgk lagu lain. Dia hanya nak lagu Loser Like Me sebab dlm video tu, bebudak New Directions buat sign camtu.

Note: For the first time, I perangkap hubby tgk adegan Kurt dan Blaine yg 'panas' tu. Hubby terus ckp "Uweek.... geli!!!!". Hahahahhahah.

Friday, April 15, 2011

I love my name but...

" Hye Aliza! This is Jeremy from Red FM!!"

Yes, I received a call from Jeremy, Red FM yesterday morning. Tidaklah terkejut sgt sbb I mmg simpan phone no Red FM. Jadi bila call tu masuk, dah terang-terang terpapar nama "Red FM" kat screen. Ada yg kata I semangat telefon Red FM. Bukan tau!

Tajuk utk pagi semalam ialah "Your Theme Song". Kiranya dia nak tau lagu apa yg boleh buat korang rasa bersemangat dan kalau boleh nak dgr tiap-tiap pagi. I sibuk bawa kereta, mana boleh nak call. So I just texted him. Tu pun masa dah sampai kat carpark.

Ada la dlm seminit kot, I dpt panggilan tu. See, tak la semangat sgt nak call mereka. But hey, he's Jeremy from Red FM yo!

Ok, enough about that. Today, I wanna write about my name.

Yes, my name. Tak perlu letak nama penuh kat sini. Cuma I boleh katakan nama I unik sebab ada campuran nama lelaki dan perempuan. Ewahhh....

I nak ckp tentang nama perempuan di hujung. ALIZA.

(Again, I nak sebut psl Jeremy sekejap).

Bila Jeremy panggil I "Aliza" (eventhough kat sms I dah tulis "Liz", I know.. I know, kat database diorg ada my full name), timbul perasaan mcm dia nak bercakap dgn orang lain. Hikhik. Kali terakhir nama "Aliza" digunakan ialah ketika I di tingkatan 1. Cikgu Rosman yg panggil. Hehhee.. So faham-faham la bila rasa nama tu kedengaran sedikit pelik.

Sebab nama "Aliza", I selalu dpt lawak dari lelaki. You see, kalau guna nama "Aliza", ada yg akan tanya, "Owh, Aliza Kassim ke? Atau Inspektor Aliza?" Ok la, walaupun ejaan berbeza tapi tetap ada yg tanya soalan tu. Konon nak buat lawak :p

Bila I guna "Liza", lawak paling kerap yg I dpt ialah, "Wah, Liza Hanim?". I will simply reply, "Tak la. Saya Liza. Hanim tu adik saya". They will think I pulak yg buat lawak. Padahal, mmg adik I nama Hanim. Tssk..

Bila I guna "Liz", lagi la bermcm soalan yg keluar. "Lizzie McGuire ke?" atau "Liz Taylor ke?". Kenapa tak tanya je terus, "Queen Elizabeth ke?". Muahaahha.

But still, I love my name very much. Cuma I prefer guna "Liz". Dulu mmg guna "Liza" sebab "Liz" is special name. Tapi bila foreigner tgk nama tu, automatically mereka akan sebut dengan intonasi berbunyi "Laiza". Kalau kat sana, mmg camtu pun bunyinya. So now, special atau tak, guna je la "Liz".

Korang yg nama panjang-panjang nie, ada tak nama pendek yg kedengaran pelik atau yg korang mmg tak guna?

Note: Anyway, my theme song is Marry You by Bruno Mars.

Thursday, April 14, 2011

Kulitnya merah isinya putih

I tak pernah kira berapa batang pokok rambutan yg ada kat keliling rumah tapi mmg banyak la. So bila tiba musim rambutan, tak larat nak mkn. Jgn nak kata mkn, tgk buah rambutan yg penuh satu besen pun dah boleh I rasa muak. Tapi kalau tak kait, nanti busuk kat atas pokok. Pastu jatuh ke tanah. Pastu kering. Pastu I jugak yg kena sapu laman tu. Pastu nak kena bakar. Isk, mcm terbanyak kerja pulak tiba-tiba kan?

Jadi, kami semua terpaksa rajinkan diri panjat pokok minggu lepas. Sambil panjat, sambil cantas dahan yg dah merendang. Ok la, yg lelaki sahaja pergi panjat pokok. Yang perempuan, tolong asingkan buah-buah ke dalam besen. Yang kecil mcm Batrisyia, tukang makan sambil monitor org buat kerja.


Setengah pokok je dah boleh dapat berbesen-besen. Kalau kira la, sorang abg tu bwk balik 5 plastik besar (plastik Giant), makcik bawak balik 3 besen besar, jiran bawak balik satu besen besar, kitorang bawak balik 3 plastik besar. Banyak kan? Tu baru kait satu pokok. Sila bayangkan betapa sibuknya kitorang tiap-tiap hujung minggu sejak rambutan dah berbuah nie. Dah la tuan tanah tu suka sgt suruh org kaitkan, pastu dia bagi setiap rumah 3-4 plastik. Tak jenuh ko nak mkn?


Jadi, kami export ke rumah-rumah lain dan office. Merasa la orang South Africa mkn rambutan yg dikatakan mcm buah laici. Ada juga la pergi sedekah ke sekolah tahfiz yg berdekatan. Elok la bagi orang daripada busuk begitu saja.

Hujung minggu ni nak kaitkan lagi. Diorg target nak kait habis sebab rasanya, mau buah-buah tu busuk kalau tunggu lagi 2 minggu. So kalau ada sesapa nak free rambutan, jom dtg rumah. Korang tinggal bawa plastik/besen sendiri je. Tapi kena kait sama-sama la. Jgn segan-segan. Dah ramai kwn-kwn kami (termasuk jiran) yg dtg mengait rambutan kat sini. Tak perlu bayar pun. Cuma makcik dah pesan awal-awal, ambil buat mkn. Bukan buat berniaga. Dia tak suka orang ambil untung mcm tu sebab dia bg free.

Last week, I buat sikit jem rambutan. Dpt sikit je la sbb rambutannya pun sikit. Ni kira eksperimen. So menjadi pulak. Terus terasa nak buat banyak sikit. Tak larat nak mkn rambutan berplastik-plastik. Harus la buat sesuatu utk bagi habis, kan? Ada sesapa nak jem rambutan?

1368- All together

Wah, semalam mmg WW la sebab takde entry langsung.. Hehehe. I was busy.

Today, I wanna blog about something new. Tak la baru sgt. Kalau diingatkan semula, I pernah terlibat dengan kerja-kerja menggunting, gam dan design 10 tahun lepas. Tapi masa tu, atas sebab yang berbeza. Ahaks. Giler kreatif dulu-dulu. Entah mana kreatif tu hilang skrg ni. Boleh pulak tak ingat I pernah buat kerja-kerja tu. So bila menggunting mlm kelmarin, I rasa mcm... urm, being myself! Wah, ekekekke.

2 nights ago, I started scrapping. Ok, ni bukan nak jadi hobi ke ape. Takde la sampai nak beli kit mahal-mahal. I saja beli satu dan saja try, kot-kot boleh mengurangkan tekanan.

This simple kit from My Mind's Eye sudah sampai 2 hari lepas. Barulah sedar betapa 'biru dan kuning' nya kit tu. Patterned paper from MME tu cheerful coraknya. Plain paper pulak tersangatlah plain. At first, I didn't know what to do. I cuma ada a sharp scissors, an acid-free glue, a photo and that scrap kit.

Therefore, I aimed to do something simple. I didn't want to crowd the paper. I choosed the plain side and simply use everything from the patterned paper. Dah kata belum jadi hobi. Jadi, faham-faham la. I takde simpan any embellishment pun. So kita gunakan je la ape yg ada.

So, let's start!

I used sketch from Karan Gerber.

Berbekalkan apa yg ada dan sekeping gambar masa bercuti ke Colmar Tropicale, I started scrapping pada jam 11 malam. Mmg tak sedar masa berjalan. Kalau esok tu cuti, gerenti I berjaga sampai siap. Bahaya betul kalau jadikan scrapping ni sebagai hobi :p

This is my simple scrapping. *Maluuuuuuu*

Semuanya dari kit kecuali red button dan red paper utk nombor 1368.

All Together

I rasa simple je kan? Tak dpt nak lawan hasil kerja orang lain yg sama-sama gunakan this sketch. Maybe sebab diorg dah lama berkecimpung dlm hobi ni. So diorg ada banyak paper stocks, embellishments dan awesome tools. Ahaks, ayat mcm pujuk diri sendiri.

Tapi best juga la bila dah start. Rasa mcm nak beli lagi dan buat lagi. Bila tgk lebih-lebih dari kit ni, I dah mula gatal tangan nak buat lagi tapi tunggu bajet dulu.

Close up...







Tuesday, April 12, 2011

How to buy coupon at Milkadeal?

Susulan dari entry ini (dan message yg I ada tinggalkan di FB), ada yang bertanya mcm mana nak beli baucer from Milkadeal. Ok, hari ni tak busy sgt. So I buat tutorial sikit utk yg tak tau camne nak beli. I bagi simple steps so klik di gambar utk dapatkan gambaran jelas.

1. Pergi ke Milkadeal.

2. Klik di "Sign In".


3a) For existing user, boleh terus login dengan username dan password. Click "Login".
3b) For new user, click at "Create One!". Isi semua maklumat yg diperlukan. MAD (Milkadeal) akan hantar satu email kepada korang utk pengaktifan. Click pada link yg diberi di email.

4. Sekarang, semua orang dah masuk ke akaun masing-masing. Go to the left page. Scroll down sampai jumpa "Side Deals". Di sini, semua currect deals akan dipaparkan di sana. Pilih mana yg berkenan. Utk tutorial nie, I beli Exciting Studio Photo Shoot at Serindit Photo.

5. Read Terms & Conditions dan fahamkan. Setiap deal telah diberi diskaun. Bila harga dah murah, mesti ada yg terkurang. Biasa la tu kan? So fahamkan betul-betul. Jangan nanti kata MAD ni tak berbaloi pulak. So kalau puas hati dengan T&C, boleh proceed utk beli. Di setiap page, korang akan nampak red coupon seperti di bawah. Click at "BUY".

6. Korang akan dibawa ke next step. Utk "unlimited purchase and redemption per person" deal, korang boleh beli seberapa banyak yg korang mahu. So kat bahagian "Quantity" tu, boleh letak berapa banyak kupon yg nak beli. Then, click "Proceed"

7. Now, it's time to pay your purchase. Korang akan dibawa ke page di bawah. Utk bayar melalui credit card, boleh terus fill in the information. Kalau nak buat online transfer, click at "Click for more payment methods". Senarai bank-bank yg terlibat akan terpapar di sebelah kiri. Pilih bank dan proceed.

8. Jika korang menggunakan Pop-Up Blocker, please allow the pop-up blocker first. Step by step akan diberitahu di situ. Follow je. Lepas allow the pop-up blocker, please refresh your page. Then, buat pembayaran. Mcm I, I guna maybank2u, so I click di tempat yg I bulatkan tu.
9. Lain bank lain cara. So korang ikut je apa yg bank tu minta. Bila pembayaran dah selesai, korang akan dibawa ke "My Stuff" page seperti di bawah. Kupon yg korang baru beli tu akan tersenarai dlm "My Coupons".


10. So lepas beli, silalah call pihak terbabit jika perlu buat tempahan masa (dalam hal nie, Serindit Studio). Kalau mcm beli menu voucher tu, tak payah la. Ni utk kupon tertentu je. So lepas buat reservation, print out the coupon dan bawa masa tarikh yg dijanjikan.


Senang kan? Diharap simple tutorial ni akan membantu korang. Kalau ber sms, belum tentu I ingat step by step. Hehehe...

Nowwwww, I tak sabar nak bersedia utk photo shoot. Dah lama tak ambil gambar satu family. Malam tadi, I saja-saja tgk gambar-gambar kami. Sadly, tak banyak gambar kami bertiga. Paling banyak, gambar hubby dengan Batrisyia. Isk.... kesian kat I selaku tukang ambil gambar nie. Tak aci kan? So, harapnya this photo shoot akan memberikan gambar-gambar yg best!

Monday, April 11, 2011

Exciting studio photo shoot

It's Monday morning. Bila Monday, mesti ramai rasa mcm lemau je nak kerja. So today, I nak warwarkan deal terbaru dari Milkadeal.

Kalau tak silap, ni photography deal kedua yg dibawa oleh Milkadeal. This time, agak berbeza kerana photo shoot akan dibuat di dalam studio oleh team dari Serindit Studio.



Photo shoot selama 45 minit yg berharga RM 215 telah diturunkan kepada RM55 sahaja! Murah kan? Utk baucer kali nie, anda boleh buat redemption hingga 30 June 2011.

Utk harga RM55, mereka akan terus burn kesemua gambar ke dalam CD dan terus diberikan kepada customer. This is not an edited version. Anda juga akan dapat 1 keping gambar 8R yg telah diedit.However, kalau nak mereka edit gambar-gambar yg lain, boleh saja tetapi dengan harga tambahan.

Serindit Photo pernah bekerjasama dengan artis seperti Tiz Zaqyah dan Harith Iskandar. Jadi, mesti hasil kerja mereka boleh dibanggakan, ye tak?

Mereka juga sediakan beberapa props seperti sofa, kerusi, frame dan payung. Kalau nak guna props lain, boleh bawa sendiri. Nak bawa pets (kecuali dog) pun boleh. Best kan?

Utk pengantin 'lama' yg teringin nak buat wedding photo shoot, pun boleh. Tapi baju, make up dan props kena bawa sendiri. Bila lagi nak bergambar kat studio kan? Dah la harganya murah sgt!

Korang boleh pilih tema apa saja. So boleh la start bayangkan dari sekarang. Bila lagi nak berposing sakan kat studio kan?

Apa lagi, pergi la check Milkadeal sekarang. Actually, ada banyak lagi deals kat sana. Tak rugi kalau beli tau!

Teka teki teka tekuk!

I nak buat entry tentang sesuatu but hubby doesn't stop bugging me with these 3 questions. FYI, hubby menjadi volunteer dlm konvensyen orang buta pada minggu lepas. Sepatutnya, I pun jadi volunteer tapi sebab ada Batrisyia, agak susah juga la kalau I nak handle 2-2. So ada orang lain gantikan tempat I.

Anyway, konvensyen selama 3 hari tu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan salah satunya, permainan teka teki. Ada banyak teka teki utk dijawab. Hubby suruh I jawab 3 teka teki nie.

1. Apa yang cepat naik tapi lambat turun?
2. Apa yang bawah berbulu, atas berbulu, tengah berair?
3. Kuih apa yang tak boleh makan tengah-tengah?

Korang tak payah nak fikir bukan-bukan eh. Sebab menurut hubby, ramai yg bagi jawapan 'kotor' padahal jawapannya biasa je.

I mmg sgt lemau bab teka-teki. So kalau sesapa tau jawapannya, boleh tinggalkan di ruangan komen. Hubby bagi I masa 3 hari utk jawab teka-teki tu.

Friday, April 08, 2011

Just for Gleek!



Guess I love The Warblers more than New Directions! But of course, nothing can beat this original song. For lyrics, click here.

Thursday, April 07, 2011

Gatal tangan

All Together - My Mind's Eye

Wednesday, April 06, 2011

5 things yg buat skandal VS Anwar Ibrahim ni hebat

Wow!

Hari ni I nak bercerita tentang betapa 'hebatnya' skandal video seks (VS) yg melibatkan Anwar Ibrahim nie.

Apa yg 'hebat'?

1. Paling 'hebat', 3 trio tu mengadakan tayangan VS secara tertutup utk tatapan journalists. 'Hebat' sebab katanya perkara tu tak melanggar undang-undang sebab bukan tayangan umum dan tidak membuatkan penonton terasa lebih-lebih (I taknak tulis perkataan sebenar sebab rasa yucks!). Ok, so lepas ni 'rajin-rajinlah' pemuda pemudi tgk VS secara beramai-ramai di sebuah tempat tertutup. Rileks la weih, takkan kena tangkap punya la selagi korang tgk sambil duduk diam-diam dan tak rasa apa-apa. Sebab korang tgk secara tertutup. 'Hebat' juga undang-undang yg diguna pakai kan? (Utusan Malaysia, 27 March 2011)

2. 'Hebat' juga bila salah seorang trio bagi warning kat bloggers di luar sana agar jgn cemarkan nama dia. Dia boleh saman blogger di mahkamah. 'Hebatnya' dia kan? (The Star, 31 March 2011)

3. 'Hebat' bila akhbar-akhbar tertentu jadikan still image from the VS sebagai big headline semalam. Wow, gambar lelaki bertuala tidak berbaju dan perempuan berkemban kini boleh dilihat di suratkhabar. Tak payah beli majalah lucah atau separuh lucah lagi dah. (Utusan Malaysia, 5 April 2011)

4. 'Hebat' bila perkara sebegini membuatkan keinginan pelajar sekolah utk mengetahui perkara sebenar. I terdengar perbualan pelajar sekolah di kedai mamak. "Bukan Anwar Ibrahim tu ada kes liwat ke?". "Aah la.. dulu". "Kalau liwat, bukan gay ke? Apsal dia 'main' dgn perempuan pulak?". "Agaknya dulu dia bkn gay. Skrg baru dia jadi gay". Budaknya kecil-kecil lagi. Mcm baru Form 1.

5. 'Hebat' sebab ia berjaya buat I rasa sgt meluat sampai I tulis kat sini. I kan dah malas nak ckp psl benda yg berkait rapat dgn politikus.

Hakikatnya, kita tak tau lagi sape salah sape betul. Satu pihak kata, Anuar Ibrahim terlibat. Anuar Ibrahim pulak kata, tu bukan dia. Kalaulah lepas ni terbukti Anuar Ibrahim terlibat, kenakan hukuman setimpal utk dia. Kalau Anuar Ibrahim tidak terlibat, kenakan hukuman utk yg memfitnah dia dan keluarga dia.

Apa kata masing-masing buat kerja diam-diam? Beritahu info yg penting saja tentang perjalanan kes ni. Tapi biasa la, org suka buat spekulasi. Newspaper pulak, tak payah nak highlight berita ni sampai jadi muka depan. The Star rileks je jadikan berita Adenovirus sebagai headline semalam. I rasa, berita tu lagi penting utk diketahui oleh orang ramai daripada skandal VS ni.

Maybe mereka tak sedar negara luar sedang gelakkan kita.

Tuesday, April 05, 2011

My first bite - Red Velvet Cake

I dah banyak kali sgt baca review tentang Red Velvet Cake. Dah merata-rata juga bakeries yg jual cake ni, betul tak? Cuma I mmg tak terasa nak mencuba sebab maybe I rasa mcm make tu biasa je kot. Melainkan ia berwarna merah dan merah ialah warna kegemaranku. Ahaks. Cream cheese pun agak potong stim juga la sebab bila tgk je, rasa boleh naik 1kg lepas mkn. Kuikuikui.

Then, Iza blogged about Red Velvet Cake from Just Heavenly. Kalau dah Iza yg mmg minat dessert tu ckp cake tu sedap, mesti cake tu sedap!

Just Heavenly terletak di Pavilion. Jarang sgt I nak pergi sana melainkan bila ada appointment. Kebetulan, kami ke sana beberapa bulan lepas. I sempat jenguk Just Heavenly. Tgk ke red velvet cake tu tapi tak beli sebab masa tu perut masih kenyang dengan laksa sedap kat sana.

Yesterday, kami lalu sana lagi. I minta hubby berhentikan kereta dan tunggu kat tepi jalan sebab I nak pegi beli red velvet cake. Lately, asyik terbayang je.

Snap in a hurry!

Thanks God kerana I telah tunggu masa yg sesuai dan pilih kedai yg bagus utk makan my first red velvet cake. Sedap tak terkata. Hubby memberi reaksi...... [blank]... tak terucap sebab sedap!!!

Red velvet cake dari Just Heavenly sgt lembut dan cream cheese pun tak berapa manis, tak muak. Paling penting, tekstur cake sgt lembut dan ringan. It's a must for a cupcake! Kalau tak, mesti tak sedap dan muak je nak mkn.

Lepas makan, rasa mcm... alamak, dah abes dah? Hikhik.

Just Heavenly terletak di area Food Republic. Kiosknya kat depan Sticky. Red Velvet Cake didatangkan dlm bentuk cupcake, small cake dan big cake (Oh my... I nak red velvet cake yg besar utk my birthday, boleh tak?). Utk cupcake, harga sebiji ialah RM 8.40 tapi sgtlah berbaloi dengan kesedapannya.

Cuba kira berapa banyak perkataan SEDAP terkandung dlm entry ni? :p

Friday, April 01, 2011

I'm loving it

Dah hampir 2 tahun Batrisyia menggunakan cloth diaper (CD). Dia mula menggunakan CD seawal umur 7 bulan dan fully-cd sekitar umur setahun. Harga yg sedikit mahal menyebabkan kami membeli stok CD sikit-sikit. Kalaulah CD dah dimasukkan dlm list barangan bayi sblm Batrisyia lahir, maybe boleh terus simpan bajet utk 20 keping CDs. Walaupun permulaannya kelihatan mahal, pengunaan CD boleh menjimatkan perbelanjaan anda sehingga ke 4 angka!

“Did you know that over 300 pounds of wood, 50 pounds of petroleum feedstocks and 20 pounds of chlorine are used to produce disposable diapers for ONE baby each year? Disposable diapers take 200-500 years to degrade in landfills. There are new bio-degradeable diapers but they also take 100 years to degrade in a landfill. How are our children going to live in the more polluted planet? While disposable diapers produce 7 times more solid waste when discarded and 3 times more waste in the manufacturing process, cloth diapers can be washed and reused 80-200 times, and then used as rags. This saves about 10,000 disposable diapers per baby”

Sejujurnya, semasa kami membuat keputusan utk berCD, ianya bukan disebabkan nak mengurangkan chemical exposure terhadap Batrisyia. Sebaliknya, kami membelinya kerana ingin menjimatkan perbelanjaan bulanan. Kemudian, I jatuh cinta!

Jatuh cinta itu membuatkan I suka memberi penerangan tentang cloth diaper kepada org lain. Jauh beza kalau kita bercerita tentang produk yg kita tak pernah guna dengan produk yg kita dah pakai selama 2 tahun! Betul tak?

Bagi yg tak tau apa itu CD, mesti sukar nak percaya bila I bagi explanation. Soalan biasa yg I selalu dengar ialah, “Eh betul ke?”. Dan bila terima sms dari customer seperti “Dah pakai dah. Tak sangka senang je nak berCD nie”, I rasa mcm happy sebab dah tolong org lain :)

I have a new customer. Namanya Yusmaily. Baru jumpa minggu lepas. Bakal melahirkan anak kedua. Tak pernah jumpa pun tp kitorang boleh berbual selama 2 jam hanya berbekalkan info tentang CD dan BF. Yerp, she’s determine to breastfeed her second baby. Sebagaimana Sue tolong I dahulu, I rasa mcm dah jadi satu tanggungjawab menolong Yusmaily. For me, support dari org sekeliling amat penting utk pastikan misi BF tu berjaya. Cari seorang rakan yg boleh menjawab pertanyaan kita dan memberi support apabila kita down.

Sepanjang menjadi reseller, bukan semuanya indah. Ada juga dugaan kecil yg datang. Ianya mematangkan kami dan menjadikan kami seorang reseller yang lebih baik. Harap semuanya baik-baik saja selepas ini. Amin.

Nak mula berCD? Contact me at 013-2466959. For more info, click here.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.