Monday, February 28, 2011

Sebab kenapa I takut balik kampung

I ada reason sendiri kenapa sometimes, I risau bila balik kampung. Tak kesah la balik Cheras atau Seremban. Dua-dua I rasa risau.

Last week kami balik kampung. On the way back to our house, I dah ckp dgn hubby, "Entah apa pulak yg ada hari nie".

The thing is, setiap kali kami balik kampung, ada je benda yg berlaku kat rumah tu. It's not a big thing. Benda kecil je mcm ada tikus mati kat lantai luar la. Sini ada banyak kucing dan kucing-kucing tu suka pegi merayau dan maybe cari tikus. Dia akan kejar tikus tu sampai ke rumah kami dan dia akan kerjakan tikus tu kat rumah kami. Makcik ckp, maybe sebab kucing tu dah rasa tempat tu dia punya kawasan. So balik-balik di ke sana. Dah 2 kali, ok! Sekali tu, tinggal kepala tikus je. Darah merata-rata. Yucks!

Kali kedua, tupai pulak mati tergolek dong dan keras kat lantai luar jugak. The same spot tempat tikus mati. I rasa kerja kucing tapi makcik pulak rasa, kerja tupai yg lain sebab katanya, tupai ni dengki sesama sendiri. Uh, tak tau pulak camtu. Misteri kematian tupai tu tak terjawab sehingga sekarang.

Kali ketiga, kucing terberak kat situ. Dah la penat, sampai rumah terus disajikan dengan berak kucing yg busuk. Hmmm... I suka kucing tapi kalau orang tak reti jaga, susah la. Kenapa la dia tak berak kat rumah tuan dia sendiri.

So semalam, I mmg risau la. Tak tau apa pulak yg menanti. Risau pokok tomato layu sebab I letak kat dalam pagar. Asyik hujan je kan? Kalau letak luar, nanti terlebih air pulak. Dah la ia dah mula berbuah.

Sampai je rumah, I tgk sekeling rumah dulu. Pastu tgk lantai luar. Alhamdulillah, takde binatang yg mati lagi. So I happy-happy je belek pokok-pokok. I tgk pokok bayam yg dah tinggi, lettuce yg dah mula berdaun 6, tomato yg dah mula berbuah, kesum yg still tak cantik warnanya, daun kunyit yg dah tak kering lagi, rosemary yg slowly makin meninggi. I siram semua pokok, then I teringat sesuatu. Apsal pokok mcm kurang. I kira satu-satu. Baru I sedar..

My thai basil. Terus berderau darah!

Dah tergolek dong. Ingatkan kot kucing langgar so dia terjatuh ke. I angkat pasu tu. Sekali...



Huwaaaaa!!!!! (Sila tgk entry tentang basil sebelum ni.. betapa banyak daunnya.. cantik je!)

Basil tu tak layu tapi separuh daripada pokoknya dah tercabut. Daun dah hilang. Yg tinggal hanyalah separuh pokok dengan hampir 3/4 daunnya dah rosak akibat kena tanah buat jangka masa entah berapa hari. Dah berlubang-lubang daunnya.

Dan I terus tuduh kucing yg buat sebab kucing mmg dengki dengan I.

Kemudian I tgk the crime scene. I nampak satu bukti yg menunjukkan kucing tidak bersalah dalam hal nie.



Do you see that? Telur ayam! Bila nampak sebiji telur ayam kampung nie, terus I terbayang ayam betina makcik. Ayam yg mana la yg tiba-tiba pilih tempat ni utk bertelur. Habis berterabur kasut-kasut Batrisyia. Kotor pulak tu. Tak tau la ayam tu buat apa. Botol baja tu pun tergolek tau. Mmg ayam tu betul-betul nak selesa masa bertelur. Habis semua benda yg berdekatan dia usik.

I rasa malam td mulut I potpet marah kat ayam. Padahal nama pun ayam. Bukan tau fikir. Bukan salah dia pun tapi tetap I nak potpet. Dah rosakkan yg thai basil, ko tinggalkan telur sebiji eh? Tu tanda nak minta maaf ke?

Batrisyia lagi best. Dia main basikal kat situ sambil mulut dia pun potpet sama, "kesian pokok umi... kesian pokok umi... kesian pokok umi". Sekurang-kurangnya dia lebih simpati terhadap I, daripada abi dia yg ckp, "Biarlah. Ok la tu, dia ada tinggalkan telur sebiji. Tu telur ayam kampung tau. Mahal".

Ada aku kesah? T_T

Yg buat I kecewa ialah sebab lama I tunggu thai basil tu nak merimbun sebelum harvest. Ingatkan nak ambil daunnya hari ni sebab nak cuba resipi Daging Goreng Daun Selasih dari Mat Gebu. Tinggal kenangan je la.

Oh, alang-alang bercerita pasal pokok. I nak cerita pasal pokok tomato. Last week kan ada hari yg hujan lebat sgt tu. Masa hari tu, I letak pokok tomato kat luar. So bila hujan lebat, mmg risau sgt la. Bila I balik, I tgk salah satu pokok tu dah patah dahannya.


Dah la dahan yg patah tu dahan yg byk bunga. Kesian satu pokok ni. Yg lain dah nak berbuah. Pokok yg satu ni terpaksa la tunggu bunga lain keluar.

Friday, February 25, 2011

Red FM's RM20K Facebook Frenzy



It's freaking mad out there!!!

Ok, Red.fm merupakan radio station kegemaran. Dan bila mereka buat contest Taylor Swift, haruslah I dgr tiap-tiap petang dan sama-sama berdebar utk ketahui siapa yg dpt RM1k dan peluang utk ke konsert Taylor Swift di UK.

Tiba-tiba hari ni terasa nak gatal tgn saja-saja register. Ahaks.

Tidaklah bermakna I nak menang.. tapi kalau dpt RM1k tu, sedap la jugak kan?

Salah satu perkara yg setiap orang kena buat ialah declare your love to Red.fm / taylor swift di Facebook contest nie. That's where I found out yg ramai juga peminat Taylor Swift ni rupanya.

Bila tgk diorg berulang kali letak status kat situ, I rasa eh diorg nie, takde kerja ke? I jealous! Mcm menipiskan peluang utk nama I disebut oleh Terry yg terkenal dengan soalan , "Do you love me?".

It was funny bila hari ape ntah eh... perempuan tu dah hampir-hampir menang RM1k dan soalan terakhir yg Terry tanya ialah, "Do you love me?". Boleh pulak perempuan tu teragak-agak nak jawab. Dia cakap, dia ada ada bf ke suami ntah, dan dia tak boleh la nak declare dia love terry. Terry gelak je dan ckp, ni kira sayang mcm kawan la. Then, baru perempuan tu jawab, "Yes, I love you".

Giler betul.. kalau I, I terus jawab, "Yes". RM1k pun ko nak pk2 lagi ke? T_T

Red is...

I think I’m in love with RED.

Cuma tidaklah sampai nak jadikan warna tu sebagai main color utk blog ni. No offense. Cuma rasa mcm sakit je mata nak pandang blog kalau pakai warna merah menyala. Ahaks.

But still, minat warna merah. Selalunya la kan, kalau ada benda atau accessories yg nak dibeli, I mesti cari warna merah dulu. Kalau rasa merah tak cantik, baru la pergi ke warna lain. Baby blue is my second fave color while green goes down to the bottom of the list.

Masa dpt bekas air di bawah semasa pegi antenatal class, I punya la suka sebab ia warna merah.


Masa nak cari this sign utk Batrisyia, pun I cari yg warna merah. Orang lain suka beli yg warna kuning atau orange kan?


Dulu I ada red bangle. Sayang sgt kat bangle tu. Rasanya masa tu la I start suka warna merah. Bila bangle tu dah hilang, lama juga la nak cari replacement. Kebetulan masa pergi Sabah baru-baru nie, tergerak nak custom made this bracelet.

Sue kata, kalau la I beli sehari awal, boleh pakai dengan baju di bawah.


Tanpa sedar, I bukan setakat ckp "red is my fave color" tapi I mmg betul-betul apply warna tu bila nak beli apa-apa.

Menurut Dewey Sadka yang merupakan seorang color expert dan pengasas Dewey Color System (a widely used tool to identify people's personality traits based on hue preference), warna kegemaran setiap individu melambangkan personalitinya.

Wah, menarik. So I nak tgk warna merah!

Red
Personality: A passion for red announces loud and clear that a woman is a mover and shaker who does nothing halfway. Direct and practical with a clear idea of what you want, you let others know exactly where they stand and you establish firm boundaries. Saying “no” is not a problem for you. As a result, people respect you and listen when you talk. You can, however, become impatient with others’ inefficiencies.

YOU CAN, HOWEVER, BECOME IMPATIENT WITH OTHERS' INEFFICIENCIES.

Definitely true *LOL*

Thursday, February 24, 2011

Telekung kanak-kanak

Photo yg buat I rasa geram dgn budak sorang nie!

Ok la, hari ni nak promote telekung kanak-kanak yg Batrisyia pakai. Mmg puas cari telekung utk dia sebab dia sibuk sokmo nak join kitorang solat. Bila jumpa kat kedai, material nipis. Eventhough Batrisyia still tak reti solat, sekurang-kurangnya biarlah material tu ok. Tak la cepat koyak. Faham-faham la budak. Lasak kan?

Bila I nampak Diyana tunjuk gambar anak dia pakai telekung yg mak Diyana jahitkan di entry ni, I ter suka pulak. Terus tanya kat dia harga. Paling penting, kena tanya berapa besar telekung tu. Ahaks.

Disebabkan Mia tu sgt la comel pakai telekung tu, ramai dah yg order kat Diyana. Sampaikan Diyana ckp, org yg jual kain dan renda kat mak dia dah naikkan harga. Maybe sebab dia tau yg mak Diyana dah berbisnes pulak skrg nie. Isk...

Atas permintaan yg memberansangkan, I terpaksa tunggu sampai CNY. Ahaks, silap I jugak la sebab lambat sgt nak confirm. Seb baik la Diyana ni rela layan customer mcm I. Dapat juga la Batrisyia bertekung.

Apa yg I boleh cakap ialah Batrisyia suka telekung dia! Material tebal tapi tak terlalu tebal. Sesuai. Yang penting, boleh pakai lama sebab labuh. Dia pakai tang kepala je, dah terus labuh sampai ke kaki. Hehehe... Agak susah juga la pada mulanya sebab nak yakinkan Batrisyia yg dia tak perlu pakai bahagian kain utk solat. Dia pelik kot.

Telekung yg I dapat tu, kena jahit sikit kat area leher sebab kepala Batrisyia ni kecik. Boleh DIY je. So bila dia dah besar sikit, leh buka balik jahitan tu. No problem.

Kalau korang nak belikan telekung utk anak, boleh contact Diyana di blog dia.

Wednesday, February 23, 2011

Siti Khadijah is getting married

Setelah selesai majlis perkahwinan Weed, sekarang tumpuan wajib diberikan kepada bakal pengantin yg lagi sorang nie!

Rujuk entry semasa beliau bertunang.

Tak sangka pulak kawan I ni sedara Nieda. Korang nie, baru sekarang nak 'jejak kasih' kat blog pulak :p

Utk pengetahuan mereka yg tak tau lagi, Kd akan dinikahkan pada 12 March 2011 dan majlis akan dilangsungkan pada hari yg sama di Taman Paroi Jaya.

Masih teringat majlis pertunangan dia. Rata-rata tetamu yg datang akan sebut "sweeeettt" bila tgk pelamin mini pada masa tu. Cantik tau.

Masa kami zaman single dulu... eh tak, masa tu I, Dilla dan Ma-g dah kahwin. So kami bertiga berseloroh bgtau Kd yg kami akan tlg bawakan dulang hantaran masa dia nikah nanti. Alih-alih, akhirnya kami dilantik menjawat jawatan hantaran ladies. Hahaha... gah betul nama yg dia bagi kat hantaran ladies dia.

Lepas dia kahwin, tiada lagilah 'bebudak Seremban' yg tak kahwin lagi.

Nota: Congrats to Yazid yg bakal melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu nie. Another SMAPian yg menamatkan zaman bujangnya! Sorry sgt tak dpt datang walaupun majlis tu kat Seremban. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Kd, sampaikan salam kat Yazid.

Tuesday, February 22, 2011

New addition to my mini garden

Mcm dah lama je tak update pasal pokok-pokok kat rumah tu kan?

Sejak entry yg terakhir, I ada tanam beberapa pokok yg lain. Pokok bawang yg I tanam dulu tu, I dah cabut sebab daunnya patah-patah. Tak tau la kenapa. So malas pulak nak tanam semula.

Masa Hari Wilayah, I ada tanam 2 pokok baru. Iaitu..

Bayam

Lettuce leaf

Ni saja je cuba tanam. Makcik yg buka nursery tu cakap, sangatlah senang nak tanam bayam. So cuba je la. Naik sekali banyak. Lettuce pulak mmg ada terfikir nak tanam sebab suka makan. 2-2 masih kecil. So harapnya dpt la membesar dengan baik. Amin.

Jom tgk tanaman lain pulak.

Ada sesuatu berlaku kat pokok kesum dan daun kunyit. Kan mereka ditinggalkan masa I pegi Sabah. Bila balik, I tgk daun-daunnya dah kuning dan kering especially daun kunyit. Semua daun jadi kering. Geram je rasanya. Ni gara-gara cuaca yg sgt panas sejak akhir-akhir nie. Siram 2 kali sehari pun boleh kering.

Daun kesum. Rasa nak tanam je yg baru.

Daun kuchai. Dah banyak kali ambil hasilnya.

Pokok kunyit. Sob... sob...

Haa, ni pulak pokok yg I beli masa Chinese New Year tempoh hari.

I nak cari Sweet Basil tapi takde pulak. Yg tinggal, hanyalah Thai Basil. So beli aje la. Masa beli, kecil aje. Daun pun tak banyak. Skrg nie, dah meninggi dan lebat daunnya. Belum try guna utk masak lagi.

Thai Basil

Sekarang nie, pokok-pokok di atas (kecuali bayam dan lettuce leaf) terpaksa diletakkan di ruangan beranda bahagian dalam sebab cuaca sgt panas. I letak kat tembok je kot. Kena matahari dlm 3-4 jam je. Tapi sebab cuaca sekeliling tgh panas kering, pun pokok-pokok tu akan layu menjelang I balik rumah petang tu. So starting today, semua letak kat dalam.

Yang bawah ni pulak ialah Rosemary. Ahaks, mentang-mentang suka Jamie Oliver. Wajib la ada tanam pokok nie. Rosemary sesuai digunakan bila nak grill atau bakar ayam. Setakat ni, belum guna lagi sebab nak bg dia betul-betul tinggi.

Rosemary

One thing yg I suka pasal Rosemary ialah pokok ni senang sgt nak jaga. Tak perlu siram setiap hari sebab Rosemary adalah pokok yg tahan lasak! Boleh survive tanpa air selama 4 hari. Tapi kena beringat la juga. Kalau cuaca dah panas sgt, elok la siram tiap-tiap hari. Malaysia ni bkn mcm overseas.

Pokok yg buat I paling gembira setakat ni ialah...

Tadaa!!!!

Tomatoes

Masih ingat di entry ini, anak pokok ni sgt halus. I sendiri tak letak harapan utk pokok ni membesar sebab anak tuan tanah yg pandai berkebun tu pun, gagal tanam pokok tomato. Even jiran yg suka tanam pokok tu pun, pokok tomato nya tak boleh hidup lama. Sebab tu la masa dulu-dulu, I tanam dalam pasu kecil. Tak letak pun kayu pancang.

Bila dia dah besar sikit, baru terhegeh-hegeh nak cacakkan kayu. Tiap-tiap hari minta hubby carikan kayu. Bila dia tanya nak kayu panjang mana, I cakap nak dlm 5-6 meter. Hubby carikan yg panjang 3-4 meter je. Dia kata, takkan la pokok tu nak hidup sampai tinggi ke 6 meter. Lagi tinggi dari I.

Kemudian, sampai la masa pokok tu menjadi lebih tinggi. Kena cari kayu lain pulak. Sudahnya dlm satu pasu, ada 2 batang kayu tercacak.

Now, rasa happy sebab pokok yg dahulunya halus.. kini dah sama tinggi dengan I. Ok la, I tak tinggi. Tapi bila sama tinggi, rasa bangga sebab ia masih hidup! Sekarang, dah mula berbunga. Harapnya melekat dan dpt la berbuah walaupun sebiji.

Kat laman depan tu, tanah ada la sekangkang kera. Kalau tak sebab ada kerengga, siput dan semut api, mau jugak guna buat tanam sayur. Skrg ni, mampu tanam dalam pasu je la. Tuan tanah ada la suruh naikkan batu kelilingnya dan ambil je tanah bakar kat blkg rumah utk letak kat area tu. Dia suruh tanam apa-apa yg I suka. Tapi takde la masa den nak buat semua tu.

Semalam baru dapat buah roselle. Ni tgh keringkan. Tgk la kalau dpt semai dan hidup. Nak kena pegi beli pasu lagi la nampaknya. Tak lama lagi, nak dpt benih ulam raja. Tapi boleh ke tanam ulam raja dlm pasu? Ahaks, paham-paham je la. Ulam raja ni cepat je meninggi dan merimbum.

Monday, February 21, 2011

Sabah - Amazing Race... anyone?

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Hari terakhir kami di Sabah. 2 orang lelaki tu ckp nak bgn seawal 3 pagi sebab nak tunggu kat jeti ikan! Tapi 2 orang perempuan ni tau yg diorg tu gerenti takkan bangun awal camtu :p

So we set our alarm clock to 6.00am. Around 6.30am, kami bergerak ke Safma. Safma terletak di sebelah pasar ikan masin. Menurut Weed dan kakak di Filipino Market tu, better beli ikan kat sana berbanding pasar. Kat Safma tu lagi murah sebab beli terus dari nelayan. Kalau rajin, datang la 4-5am. Banyak ikan segar boleh didapati. Kami lewat. Bila sampai sana, lobster dah habis. Udang yg besar-besar pun dah tinggal sikit.



Masih gelap tapi dah ramai orang!

Kami tak terfikir nak beli seafood. Jadi takde la bawa bekas polisterin dari rumah. Sampai sana, Zahidi sarankan agar tak pack awal-awal sebab dulu, dia punya package pernah kena buka kat airport (kemudian baru kami dpt tahu yg kejadian tu berlaku di T2 – Air Asia.. tskkk). Tidaklah kami tahu yg keputusan ni akan memberi kami sedikit kesukaran di airport.

Nyenyak dia tido... mcm taknak balik je.

Eventhough flight kami pukul 3.20pm, kami terpaksa ke airport lebih awal sebab nak pulangkan kereta sewa. Kami terus ke sebuah kedai seafood di dalamnya utk pack our seafood. Di sinilah bermula masalah kecil kami. Mereka tiada bekas polisterin yg cukup besar utk muatkan seafood yg kami beli!

We had to call the newlyweds yg kebetulan on the way ke airport utk menghantar kami pulang. Weed la yg pergi cari ais dan bekas. Bekas yg dia beli sangat besar tau!




Lepas gosip sikit-sikit, sampailah masa utk kami pulang. Kami sampai dia KLIA tepat jam 6.00pm dan menyebabkan kami tak sempat kejar coach bus pukul 6pm. Terpaksa la tunggu bus yg pukul 7pm.

Semasa kami berjalan keluar ke KLIA, kami ditahan oleh pegawai kastam. Sue yg tolak trolley telah ditanya soalan mengenai kotak kami yg besar tu. Bila kami beritahu yg hanya ada udang dlm tu, pegawai tu mcm tak percaya. Tapi akhirnya kami dilepaskan.

I thought semuanya berakhir di situ. Tapi kami diduga lagi. Sampai saja di KL Sentral, kami semua ambil LRT utk ke Kerinchi. Disebabkan byk sangat barang yg perlu dibawa, kami pun naik lif. Hampir-hampir nak sampai 1st floor, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Lif terasa bergegar dan mula turun dengan laju tapi mungkin brek kecemasan menyelamatkan keadaan. I tak tau la. Hanya lampu kecemasan yg menerangi kami.

Kami cuba menekan alarm tapi tiada suara yg kedengaran dari interkom. Kemudian, kami cuba call pusat khidmat pelanggan lif tu (ada nombor telefon tertera di dinding lift). Pegawai yg terlibat meminta lokasi lift (KL Sentral, Putra LRT) dan meminta jumlah orang yg berada di dalam lift. Dlm 2 minit kemudian, barulah pegawai dari Putra LRT KL Sentral menghubungi kami melalui interkom.


Ada la dlm 10 minit kot kami dlm tu. Panas sebab takde air-cond. Batrisyia pun senyap je. Pegawai tu minta kami buka pintu lift. Kami cuba tapi tak boleh. Dalam hati hanya mampu berharap agar takde la adegan panjat bumbung lift ke, buka pintu lift sekali nampak lokasi kami di antara ground dan first floor ke. I don’t mind kalau kena panjat-panjat tapi sebab ada Batrisyia, agak susah la sikit.

Akhirnya pintu lift terbuka. Mereka buka dari luar. Katanya ada electric failure. Nasib baik lift hampir-hampir mencecah ground floor.

Sampai KLIA pukul 6pm. Sampai rumah nak dekat pukul 10pm. Fuh, berpeluh!

Thanks to Sue dan Zahidi yg tlg hantarkan kami pulang.

Feel free to read :
Sabah - The Departure
Sabah - The Solemnization Ceremony
Sabah - Climbing Mt. Kinabalu with Viva
Sabah - In Ranau, Kelah is a new Piranha
Sabah - The Wedding Reception

Are you a Gleek?

"How was your weekend?" adalah soalan yg sering ditanya kepada orang lain pada setiap hari Isnin. Ahaks.

Utk minggu lepas, I rasa hari yg sgt panas la kan? I yg duduk kat kawasan kampung ni pun terasa bahangnya. Berpeluh-peluh kat dlm rumah. Yg best nya, kain yg dijemur mmg kering sampai garing. Ekekeke... Mcm best je basuh baju tapi tang lipat baju tu, slow-slow sikit la.

How was my weekend? I rasa I dah overdosed dengan Glee!!! Glee kat Astro tu pun baru je berapa episod kan? Lambat sgt. So minta hubby download. Hamek ko... I layan 9 episod berturut-turut.

Can't help it.. I'm a Gleek!

Kalau masa Season 1, kita ada Vocal Adrenaline. Utk Season 2, kita ada the Warblers! Tak jemu dgr mereka nyanyi Teenage Dream dgn Hey Soul Sister.



Utk Season 2, ada beberapa lagu yg I suka.

Britney/Brittany episode ~ Toxic
Grilled Cheesus episode ~ I Wanna Hold Your Hand (nangis!)
Duets episode ~ Lucky (so freaking charming!)
Never Been Kissed episode ~ Teenage Dream
Special Education episode ~ (I've Had) The Time of My Life

Kurt dah berpindah ke Dalton Academy. Tapi I rasa, nanti mesti dia pindah balik ke sekolah lama dia. Rasanya la.

I love Glee sebab lagu banyak yg best. Sometimes, their mash-up songs lagi best dari original version. Ada lagu baru, ada lagu lama. Kdg-kdg kita tak pernah dgr lagu tu tp bila Glee bawakan lagu tu dengan versi mereka, kita jadi suka.

Gleek.. setuju tak?

Sabah - The Wedding Reception

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Weed dijadualkan bersanding sekitar jam 12 tgh hari. Jadi, kami menghabiskan masa pagi kami dengan menjenguk Gaya Street. Gaya Street hanya dibuka pada hari Ahad dari pagi hingga ke pukul 12 tgh hari. Basically, ianya mcm pasar tempat menjual souvenirs dengan harga yg murah. Kalau nak beli keychain dan t-shirt, boleh beli di sini.


Tgh hari, kami ke rumah Weed. Masih awal tapi dah ramai tetamu yg hadir. Ada yg dah balik pun. Majlis di sini sedikit berbeza dari apa yg kami pernah hadiri. Setibanya pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan, pengantin lelaki akan dibawa mengelilingi payung yg dipacakkan di luar rumah.

Ok, layan gambar je la eh.


















Lepas balik dari rumah Weed, kami singgah di Pantai Tg. Aru. Hajat di hati nak mkn lokan bakar tapi kami tak jumpa gerainya. Hari esok tu baru la Weed bagitau yg kami perlu ke hujung pantai utk makan lokan bakar.



Minah ni suka giler dpt jalan-jalan tepi pantai


Selepas mkn malam di pasar malam, kami ke Filipino Market utk beli souvenirs. Kalau nak dapatkan custom-made bracelet, boleh la ke sini. Pilih je padanan warna yg korang suka. Jgn lupa tawar menawar. Kalau boleh la kan, tinggalkan suami di hotel. Ekekekke… kalau diorg nak ikut, minta la kerusi dari peniaga agar si suami boleh duduk sambil tunggu wife dia yg tak habis-habis order bracelet.


Feel free to read :
Sabah - The Departure
Sabah - The Solemnization Ceremony
Sabah - Climbing Mt. Kinabalu with Viva
Sabah - In Ranau, Kelah is a new Piranha

Friday, February 18, 2011

Sabah - In Ranau, Kelah is a new Piranha

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Selepas membeli sayur-sayuran di sana, kami meneruskan perjalanan ke Ranau. Tujuan utama ialah utk mencuba Kelah Fish Spa di sana. Ok, namanya bukan fish spa. Tapi fish spa agak sinonim pada kami, kami pandai-pandai letak nama tu. Jika nak tanya direction pada orang tempatan, sila minta direction ke Kg. Luanti. Katakan saja tempat ikan kelah.


Tempat ni pernah diwarwarkan melalui Buletin Utama satu masa dulu. Masa tgk kat berita, rasa mcm teruja je nak cuba sebab ikan tu mmg besar-besar jika nak dibandingkan dengan fish spa kat KL nie. Cuma masa tu tak tau bila nak pegi Sabah tu. So bila tiba-tiba dah nak ke Ranau, I ajak Sue cuba. Semua orang nak ke sana utk tgk rupa ikan tu sblm mencuba. Tau jugak takut eh :p

Utk masuk ke tempat ikan kelah, bayaran sebanyak RM5 dikenakan utk setiap pengunjung. So rugi la kalau tak cuba sebab awal-awal dah kena bayar. Tapi kalau lebih berani, boleh terus mandi di sungai tu. Bayaran sebanyak RM10 utk 15 minit akan dikenakan.

Kami diberi nombor giliran. Tempat duduk di bawah khemah ada disediakan utk kami berehat sementara menunggu giliran. Bila nombor dipanggil, barulah kami boleh masuk ke kawasan yg disediakan. Untuk yg nak mandi, rendamkan badan hingga ke takat leher. Nikmatilah pengalaman body fish spa seperti orang di bawah nie.. ekekkeke…

Yang hitam itu adalah ikan-ikan!

Bagi yang kurang berani, boleh try rendamkan kaki di tepian saja. Ikan kelah akan berlumba-lumba menggigit anda.

At first, I tak takut. Tapi bila si Zahidi yg awal-awal dah rendamkan kaki ni dok, “Auw.. auw.. sakit la.. auw!”, I dan Sue dah mula cuak. Ada la seminit dua dok tercongok kat tepi sungai tu sambil fikir nak rendamkan kaki ke tak. Last-last kami cuba juga.

Insan yg menakutkan kami

Ni bukan muka excited tapi muka menahan kegelian

Nampak tak ikan yg besar tu?

Tak la sakit sgt. Geli-geli je. Tapi ada satu jenis tu yg suka gigit kuat sikit. Time tu la terjerit-jerit sikit. Ok tipu, jerit banyak sebenarnya. Can’t help it. Geli campur sakit bila yg seekor tu gigit. Tapi dah lama-lama tu, rileks je la. Rasa best pulak.

Cukup 15 minit bermanja dengan kelah, kami naik ke darat.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Sabah Tea Garden. Kebun teh di sana tak besar dan luas mcm di Cameron Highland. Masa lalu di Gunung Kinabalu, sayup-sayup boleh nampak sedikit puncaknya. Tak jemu mata memandang. Perasaan tu tak dpt digambarkan dengan kata-kata.

Feel free to read :
Sabah - The Departure
Sabah - The Solemnization Ceremony
Sabah - Climbing Mt. Kinabalu with Viva

Apa kaitan ketam dengan Maroon 5?

Peminat Maroon 5 : Maroon 5 buat konsert kat bukit jalil 29 april. Tapi harga tiket paling murah RM 115! (sambil dok congak harga tiket utk konsert Bruno Mars)

Peminat ketam : Makan ketam lg kenyang

Peminat Maroon 5 : Eh, mana boleh samakan Maroon 5 dengan ketam. Ketam pun tak boleh nyanyi lagu Makes Me Wonder tau!

Peminat ketam : Ketam boleh makan dan mengenyangkan. Maroon 5 boleh dgr je, usik pun tak boleh

Peminat Maroon 5 : Ceh! Mana boleh usik. Haram!



ADA KE PATUT SAMAKAN


DENGAN



Tempting.. tempting.. Eh, Maroon 5 tau. Bukan tempting kat ketam tu.

Sabah - Climbing Mt. Kinabalu with Viva

Disclamer : Entries berkenaan sebarang percutian kami sekeluarga bukan utk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya ia atas permintaan sesetengah pihak. Diharap info-info yang kami berikan dapat membantu mereka yg ingin merancang percutian. Selamat membaca

Seperti yg dirancang, kami, Sue dan Zahidi telah bangun awal pagi sebab nak ke Kundasang dan Ranau. Plan asal pada hari kedua ialah island-hopping tapi sebab Zahidi dah sakit-sakit badan, tak dpt nak snorkeling. Kami tukar plan ke Kundasang. Serious mmg last minute betul. Kami hanya sempat survey tempat-tempat menarik di Kundasang dan Ranau sehari sebelum ke Sabah.

Kami gerak awal sebab menurut catatan Biqque, kena pegi awal. Kalau tak, kempunan nak nampak puncak Gunung Kinabalu sebab awan akan menutupi puncak. Pukul 6 pagi dah gerak! Semangat kan? Sepanjang perjalanan dari KK ke Kundasang, cuaca sejuk dan berkabus. Hamparan kabus seperti permaidani boleh dilihat di sepanjang perjalanan. Mmg cantik sgt bila lihat pemandangan rumah-rumah di lereng bukit (sambil dgr Zahidi mengira berapa byk church yg kelihatan di sepanjang perjalanan. Ahaks). Tak susah nak ke sana kerana ada satu jalan je ke sana. Gerenti tak sesat. Cuma perjalanan agak panjang. Kalau tak silap, dari KK ke Kundasang, ada la dlm 57km. Ini mengikut papan tanda di sana.

Hamparan kabus dan awan bersatu!

Dari jauh, dah kelihatan Gunung Kinabalu. Sempat tgk puncaknya!! Ya Allah, rasa kagum sgt sebab tak pernah nampak gunung setinggi tu. Rasa mcm, “Betul ke ni Gunung Kinabalu? Tingginya!!!”.

Tapi bila betul-betul sampai di Mt. Kinabalu Park, awan dah menutupi puncak gunung. Tak sempat nak bergambar. Tapi alhamdulillah, sempat tgk puncak di dalam perjalanan tadi. Kami bercadang utk jenguk Mt. Kinabalu Botanical Garden. Utk masuk ke Mt. Kinabalu Park, kami dikenakan bayaran sebanyak RM3 seorang. Utk masuk ke botanical garden pulak, bayaran sebanyak RM4 seorang akan dikenakan.


Without map and direction, kami menyusuri jalan masuk dari entrance. Di hadapan, jalan terbahagi kepada dua. Satu naik ke atas, satu turun ke bawah. Logiknya, jalan turun ke bawah ialah jalan ke pintu keluar. So kami ikut la jalan ke atas. Naik... naik … naik… rasa mcm jalan ni salah sebab jalan makin lama makin kecil. Tapi lepas tu, kami jumpa satu pit-stop. Mcm tempat utk berhenti menikmati pemandangan dari gunung. So kami ingat, betul la kot jalan tu. Kami teruskan perjalanan. Jalan makin sempit. Kami dah mula ragu-ragu sebab kiri kanan mmg hutan. Pastu mula nampak pondok-pondok. I dah rasa lain mcm. Tapi kami degil jugak tu. Teruskan juga perjalanan. Semuanya keras kepala. Hahaha..

Cuaca dah semakin sejuk. Tiba-tiba nampak ada van turun. Terus tanya driver tu. Sekali dia cakap, “Ini sudah naik gunung. Kamu sudah salah jalan”.

Sekarang kami boleh beritahu orang lain yg kami dah panjat Gunung Kinabalu separuh jalan :p

Tak lawak, okay. Kalau Viva kami dah sampai ke power station, baru boleh gelak!

Kami pun turun semula dan akhirnya sampai ke Mt. Kinabalu Botanical Garden. Ia beroperasi dari jam 9am. So kalau nak datang, jgn dtg awal sgt. Nanti lama pulak nak tunggu.




Utk I dan Sue yg pernah ke botanical garden di Pulau Pinang, kami rasa Pulau Pinang punya lagi best tapi ni kat Gunung Kinabalu tau. Hikhik. At least, mesti pergi walaupun sekali.

Sebelum keluar, make sure korang nikmati pemandangan dari look out point di belakang Sutera Sanctuary Office. Kami hampir-hampir nak keluar. Lepas tu nampak ada orang bergambar di situ. Masuk balik. Subhanallah, pemandangannya sangat cantik.

Cantik!



Puncak Gunung Kinabalu yg telah dilitupi awan

Kami meneruskan perjalanan ke Strawberry Garden. Ianya menghala ke Ranau. Garden ni tak besar sebenarnya dan tiada papan tanda yg gah. So probably korang akan terlepas simpang la kot. Actually, Strawberry Garden terletak di kawasan Strawberry Garden Hotel. So carilah direction ke hotel. Sampai di sana, lagi elok kalau tanya dulu samada ada banyak strawberry atau tak. Mcm rugi la kalau korang beli tiket masuk (walaupun hanya berharga RM1) tapi takde strawberry kan? Masa kami sampai, strawberry mmg takde so kami tak masuk. Kami hanya singgah di restoran dan beli strawberry shake dan ice cream. Yummy!


Dalam perjalanan ke Ranau, kami sempat singgah di gerai menjual sayur-sayuran dan buah-buahan. Wah, terasa nak je beli semua. Mmg fresh! Yang hijau, mmg hijau. Yang merah, mmg merah.


Feel free to read :
Sabah - The Departure
Sabah - The Solemnization Ceremony
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.