Monday, January 31, 2011

Selamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir

Busy nie tapi I nak taip sesuatu yg penting.

Jiran depan rumah I ada hantar anak ke Mesir. So bila my mother tgk berita tentang huru hara kat Mesir, dia tanya, "In tak balik ke?". In tu nama dia Fazrin. Dia belajar tahfiz kat sana. Dah lama dah.

Bila tgk berita, kementerian ckp semuanya under control dan diorg takde plan nak bawa pulang rakyat malaysia di sana. I thought semuanya ok.

Tipah tertipu rupanya.

Bila baca entry Jiji dan kak Jie, I terperanjat. Then, bila buka FB khas SELAMATKAN PELAJAR DAN RAKYAT MALAYSIA DI MESIR, terdetik rasa risau di hati.

Keadaan di sana lebih buruk dari yg diwarwarkan di kaca tv. Semoga semua orang selamat di sana.

Harap panjang-panjangkan cerita ni agar kerajaan terdetik utk membawa pulang mereka. Amin

Nak tanam apa lagi ek?

Dah lebih 2 hari hujan turun. Kalau berhenti pun, sekejap je kan? Cuaca pun sejuk je sekarang nie. Kalau tidur sedap nie! :p

I ni nama je kerja dengan company yg dimiliki oleh orang Cina. Tapi kami tak cuti panjang. Mmg tak pernah la sebab kami bahagian services. Boss ckp, susah nak cuti sebab orang lain kerja. So apa yg kami amalkan ialah pekerja Cina cover tempet pekerja Melayu masa Hari Raya. Pekerja Melayu cover tempat pekerja Cina masa CNY. Fair and square.

Esok Hari Wilayah. Harapnya esok tak la hujan sebab I dah berhajat nak cabut rumput depan laman dan nak melayan pokok-pokok kat depan rumah tu. My tomato plant dah tinggi!!!! Sebab letak kat atas tembok (gara-gara nak make sure kena matahari selama 8 jam), I terpaksa mendongak nak pandang pokok tu sekarang. Nak kena buat stacking tinggi. Dah mula nampak nak keluar bunga tp kecik-kecik lagi la. Hopefully sempat la merasa buah dia.

My turmeric plant dah berdaun 4. Kuchai dah tinggi gak. Lepas la nak masak cucur tepung. Ahaks. Utk pokok kesum pulak, ingat nak cucuk lagi kot kat dlm pasu tu. Biar banyak sikit. Skrg nie, elok je 2 batang yg I cucuk tu naik tinggi. Tapi 2 batang tu je la. Mcm kosong pulak pasu.

Sayur apa lagi yer yg boleh tanam dalam pasu? I dah beli anak pokok rosemary. Sedap je bau dia. Lepas ni ingat nak tanam basil dan mint la. Teringin nak tanam sayur tapi tak dpt fikir lagi nak tanam apa. Cuma esok mungkin nak transfer anak pokok kari la kot. Saja tanam dlm pasu kecil.

Baru la sekarang faham bila org kata akan rasa sgt puas hati bila berbudi pada tanah (walaupun I tanam dlm pasu je). Balik kerja je, terus rasa nak ngadap pokok-pokok nie. Kalau balik kampung, risau je kalau pokok kehausan. Ahaks.

Friday, January 28, 2011

I pun blogger, ada orang nak saman tak?

Terpampang kat The Star semalam tentang seorang penguasaha restoran kari kepala ikan menyaman seorang blogger dan Google. Gara-gara review blogger terbabit, restorannya mendapat bad reputation. Google disaman kerana entry blogger terbabit akan berada di tempat pertama dlm senarai pencarian.

I dah baca blog blogger tu semalam. I baca entry tentang restoran tu aje. Bagi yg tak tau, I cerita sikit la.

Restoran ni khabarnya mendapat recommendation dari pihak Lonely Planet. Kiranya nama dah terkenal la. Bukan calang-calang boleh tersenarai dlm Lonely Planet kan? So kalau ikutkan, restoran ni mendapat reputasi yg baik sejak tu. Business pun semakin maju.

Kemudian, blogger tu datang ke KK. Dia ternampak restoran ni dgn Lonely Planet sticker terpampang di pintu depan. Dia masuk dan cuba makanan di sana. Cuma agak pelik tgk gambar sebab kata famous tapi restoran kosong. Hmm.. maybe waktu tu dah lepas waktu mkn kot.

Pengalaman blogger tu mkn di situ adalah kurang memuaskan. Bukan dari segi servis tapi dari segi makanan yg dihidangkan. Kiranya tak melepasi piawaian tekak blogger tu.

So dia share cerita ni di blog dia dan dia sudahi entry tu dengan ayat yg bagi aku, sedikit keterlaluan la kot. How can you describe it like a bad case of herpes?

Ok la, korang baca sendiri la. I bagi link. Nanti kata I buat cerita pula.

Hmm, salahkah blogger tu berkongsi pengalaman dia? For me, tak salah. Mungkin dia berniat baik. Taknak orang lain merasa pengalaman mcm dia.

Sama mcm niat blogger yg berkongsi cerita tentang kesedapan menu yg disajikan di restoran yg dia pergi. Dia nak orang lain merasa pengalaman mcm dia. Nak orang lain cuba makan di sana.

Kalau dulu, boleh ber-blogging dengan jujur. Sekarang nak ber-blogging pun kena hati-hati. Tak pasal-pasal nak kena lantik editor tak bertauliah utk approve kita punya entry. Ahaks.

I terfikir sesuatu. Bila kita komen restoran tak bagus, penguasaha restoran tu marah. Kalau korang pergi restoran, pernah tak korang nampak penguasaha tu kat sana? Jarang kan? So camne korang nak bg komen membina kat mereka agar menghasilkan hidangan yg sedap dan menawarkan servis yg baik? Bila pengusaha dpt tahu ada blogger beri komen teruk kat blog, sibuk nak saman pulak.

Mcm mana pulak dengan blogger yg beri komen baik? Beriya recommend ur restaurant agar orang pergi ke restoran anda mcm la blogger tu boleh dpt mkn free (padahal tidak ada pun). Ada ko kesah? Mmg la tak kisah sebab entry tu boleh menaikkan nama restoran tu.

Samada dibayar atau tidak, salah satu ciri seorang blogger ialah dia suka buat review tentang apa saja. Produk, perkhidmatan, lagu, buku, hotel… you name it. Dia suka berkongsi.

Cuma kadang-kala, orang suka salah erti.

Apa disebalik kisah cinta Samson dan Delilah?

"Someday we'll know why Samson loved Delilah..
One day I'll go dancing 0n the moon...
Someday you'll know that I was the one for you..."

I tak minat Fasha Sandha. Tapi bila terpandang iklan drama bersiri yg dibintangi olehnya, I nak bercakap sikit lah di sini.

Samson & Delaila.

Nama Delaila dah mcm nama Melayu tapi kalau orang yg tau, mesti mereka dpt simpulkan dari mana nama tu datang.

Mcm mana sinonimnya Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha.. begitu juga Samson dan Delilah. I tak salah eja. Samson dan Delilah.

Dulu masa I suka layan lagu Someday We'll Know nyanyian Mandy Moore dan Jonathon Foreman (dlm filem A Walk to Remember), I ada terfikir. Apa yg hebat sgt tentang kisah cinta Samson & Delilah sampaikan ada masuk dlm lagu nie. Tapi masa tu, malas pulak nak cari kisah disebaliknya.

Hari nie baru tergerak nak cari cerita tu.

Dan I terkejut sebab kisah cinta tu sebenarnya kisah cinta dari Bible!

I cari cerita kat tempat lain pulak. Semua cerita hampir-hampir dengan cerita dari link di atas.

Kisah cinta itu melibatkan Samson dari pihak Israel diutuskan oleh tuhan mereka utk menghapuskan orang Palestin. Delilah pula adalah di kalangan orang Palestin yg diarahkan utk menggoda Samson dan dlm masa yg sama cuba mencari kekuatan Samson agar mereka dpt mengalahkan Samson. Samson telah jatuh cinta dengan Delilah, hinggakan tidak kisah diperlakukan sebegitu teruk oleh orang Palestin. Akhirnya dia tersedar yg Delilah tidak menyintainya lalu berpaling semula kepada tuhan dia dan berdoa agar dia dihapuskan bersama-sama orang Palestin.

Correct me if I'm wrong sebab aku baca sekali imbas.

Bagaimana pulak cerita dlm drama Samson & Delaila? Adakah Delaila berperangai begitu? Siapakah Samson? I tak tengok. So sesiapa yg dah tgk nanti, boleh berita mcm mana jalan ceritanya.

Cuma alangkah bagusnya kalau tajuk tu tidak digunakan. Ini hanya pendapatku semata-mata. Jangan marah eh :)

Thursday, January 27, 2011

Look very uncool and tak macho

Pagi-pagi dah tergelak dgr Jeremy from Red.fm berceloteh. Topik pagi ni ialah "Which song do you think boys SHOULD NOT be singing to because it just makes them look very uncool and tak macho?".

I tak sure berapa umur Jeremy tapi lagu-lagu yg dia putarkan agak sesuai dengan my age. Agaknya kami hidup dalam zaman yg sama kot. Percubaan utk mencari tahun lahir dia tidak berhasil.

Anyway sebab topik pun ada terselit "tak macho", ramai la lelaki yg telefon dan sms pagi tadi. First call datang dari seorang lelaki. Dia kata lagu yg buat dia nampak very uncool dan tak macho ialah Bye Bye Bye from N Sync. Pagi-pagi dengan jalan yg sesak, dgr diorg mengumpat pasal lagu tu pun dah buat aku gelak (tapi tetap nyanyi masa Jeremy putarkan chorus part.. hehehe).

Ada yg kata lagu Pretty Boy by M2M.. opps, tu lagi satu lagu! Hahahaha... dah sah-sah PRETTY BOY. Mmg tak macho.

Ada yg kata lagu If I Were A Boy by Beyonce. Sebab tak patut ada "if". Mmg kena jadi boy, baru boleh jadi macho. Mcm-mcm.

Tapi yg tak best nya, ada ke Jeremy heret Bruno Mars sekali. Dia ckp lagu Grenade tak sesuai. Dan dibangkang sekeras-kerasnya oleh dj perempuan sbb bg dia, lagu tu adalah macho dan cool sebab "I'd catch a grenade for you, throw my hand on a blade for you, I'd jump in front of a train for you...". Sangat cool dan macho (Tapi seperti yg I pernah ckp, ada ke lelaki mcm tu?)

Hanya satu ayat yg membuatkan ia tak macho iaitu "But you won't do the same". Kiranya tak macho sebab lelaki tu harapkan perempuan tu berkorban utk dia jugak.

Oh, kepada peminat Bruno Mars, ada khabar baik utk anda. Bruno Mars akan datang buat konsert di sini. Maybe dlm bulan April. Maybe buat di PWTC. I know ramai sgt yg minat dia especially perempuan. Eh, I tak minat dia. I minat suara dia je. Ahaks.

So girls, which song do you think boys SHOULD NOT be singing to because it just makes them look very uncool and tak macho?

Berat naik selepas berhenti breastfeed? Perlukah anda bangga?

Ada orang semulajadi kurus. Makanlah apa sahaja, dia tetap maintain kurus. Kata orang, bertuah badan.

Ada orang semulajadi gemuk. Makanlah sikit mana pun, dia tetap maintain gemuk. Kata orang, kesian badan.

Ada ibu yg selepas bersalin, dia gemuk akibat lemak semasa pregnant. Berkat menyusukan bayi, berat badan dia turun dengan cepat dan dia kembali langsing. Kata orang, bagus betul breastfeed nie.

Ada ibu yg selepas bersalin, dia gemuk juga akibat lemak semasa pregnant. Dia pun menyusukan bayi tetapi berat susah sgt nak turun. Kata orang, kenapa pulak tak kurus nie?

I taknak cerita pasal orang lain. I nak cerita apa yg jadi kat I sendiri la kot. Mengumpat diri sendiri :p

Farah sendiri pernah ulas tentang hal nie baru-baru nie. Boleh baca entry dia di sini.

I senyum je bila baca cerita dia sebab I pun kena mcm tu gak. Huwaaaa....

At first, I pelik. Kenapa la nie.. tak mkn banyak tapi berat makin naik. Geram jugak. Takkan la hormon tak stabil kot. Tapi simpton2 tiroid tu takde. So agak mustahil la jugak. Plus, kalau I kena masa dulu2, I tak makin gemuk. I akan makin susut.

Ada la sebulan jugak kot marah dgn scale kat rumah tu. Lepas tu baru la tersedar sesuatu.

My weight mula naik sejak berhenti breastfeed. Dang! Patut la.

Tahukah anda, ibu-ibu yg menyusukan bayi akan membakar kalori sekurang-kurangnya 600 kalori sehari? Itu bersamaan dengan melakukan aerobik selama 2 jam setiap hari!

Dulu, makan banyak mana pun, berat maintain 48kg. Sekarang? Jgn tanya la. Dah jadi mcm kes Farah dah. Sedangkan breakfast dan lunch, I makan roti bakar. Malam, mkn yg ringan-ringan je.

Sebenarnya, mkn dlm kuantiti yg sedikit tidaklah membantu sangat dari segi pengurangan berat badan. I kena exercise! Tapi kekurangan masa nak buat exercise. Yes, itu alasan je kan?

Tapi mcm mana pulak la... sampai rumah je dah nak pukul 7 malam. Kdg-kdg, 7.30 malam. Siapkan kerja kat rumah pun dah nak hampir ke pukul 10 malam. Sedih la mcm nie.

Korang yg dah berhenti bf nie, alami masalah ni tak? I rasa, takpe la kalau nak gemuk sikit kot. Dah puas kurus sejak 2 tahun lepas. Kuikuikui.

Mungkin perlu pregnant semula. Lepas tu breastfeed my 2nd baby, boleh hilang balik lemak-lemak tepu nie? Ngeh ngeh ngeh.

I'm not that innocent

Semasa selongkar my own FB album, I tgk kembali our Family Potrait. Masa tu, gambar diambil oleh kak Zubye. I nampak gambar di bawah.



Oh My God!!!

Ni Batrisyia ke? Kenapa muka nampak innocent sgt anak oii??

Inilah Batrisyia masa berumur setahun. Baru nak berjalan. Tak reti bercakap sgt. Block yg dia pegang tu pun dia reti campak-campak je. Tembam lagi walaupun tak la tembam mana. (Dia sakit baru-baru nie dan masih sakit sampai skrg, berat dah turun ke 8.8 kg... sob... sob... sedih sgt la tgk kurus kering camtu).

Paling penting, muka sgt innnocent.

Sekarang, tak berapa innocent la. Dah pandai nak merajuk, nak marah, nak muncung, nak jeling.. semuanya pandai. Paling best, pandai berlakon! Tu No. 1. Entah sape yg ajar ntah. Nak kata kat nursery tu ada buat pementasan, tidak jugak.

Now dah mula nak berlagak diva. Baju nak pilih sendiri. Kalau I keluarkan baju yg nak dipakai siap-siap, dia buat derk je dengan muka diva dia. Terus pergi ke almari dia, buka almari dan pilih baju macam nak shopping kat Zara. Ada ke baju kembang nak dipakai bawa ke tidur? Sape nak jawab tu?

Terpaksa la pujuk.. beritahu yg dia lagi lawa bila pakai baju yg I pilih. Dia good girl, dia bagus... mesti mau kipas bontot dulu.. baru la nak approve apa yg kami suruh dia pakai. Isk....

Nasib baik la budak kecik lagi. Kalau dah umur 18 tahun, I suruh dia cari duit sendiri. Lepas tu pergi beli baju sendiri :p

Wednesday, January 26, 2011

Jangan guna Facebook jika tak tahu tetapkan privacy

Rata-rata ramai yg dah ada Facebook. Tak kisahlah apa tujuan sebenar anda ber Facebook, Facebook merupakan platform utk kita berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga dia seluruh dunia.

Kalau diimbas kembali 11 tahun lepas, ni kira zaman I baru nak masuk U. Masa tu semua org masih baru nak guna email. Kami di U pulak sibuk ber-MIRC. Ahaks. Sambil buat assignment, sambil berinternet. Tu belum yg bertenet. I always thought berinternet dan bertenet tu 2 perkara yg berbeza. Bertenet lebih kepada bercinta melalui Internet. Hahaha..

11 tahun lepas, takde orang terfikir akan ada satu platform canggih seperti Facebook.

Sekarang, kalau boleh semua benda nak masukkan dlm Facebook tu. Kdg-kala, tanpa sedar.. kita dah meletakkan diri kita dlm keadaan bahaya.

Tahukah anda, jumlah kes jenayah yg berlaku melalui Facebook telah meningkat pada tahun lepas? Even penyanyi Awie pun tak terkecuali di mana ada individu yg membuka akaun Facebook atas namanya dan meninggalkan komen berbaur seks ke akaun Facebook perempuan.

Sebenarnya, Facebook tidak mendatangkan bahaya jika anda tahu menggunakannya dengan betul. Cubalah kenali Privacy Setting di dalam Facebook dan aplikasikannya ke akaun anda.

I tak sure samada Facebook jual our information atau tak. Yg I perasan, bila I ada Facebook, punya la banyak spam mail yg masuk ke email! Banyak sgt. Sehari berpuluh-puluh. Then, I ambil masa utk set kan segala mcm benda kat Privacy Settings. Barulah tak byk spam mail. So rasanya Facebook jual our information tak? Ok la, mungkin tak jual. Mungkin org lain cuba access info kita. So pandai-pandai la tetapkan setting tu.

Maisya pernah ckp tentang sesetengah orang yg suka update tentang diri dia. Contohnya, beritahu ke mana dia nak pergi pada hari tu. Atau hotel mana yg dia duduk. Bagi dia, perkara ni membahayakan individu tu. I setuju. Kalaulah you ada musuh, bukankah ini info yg sgt bernilai pada dia? Senang je musuh nak serang bila tau you kat mana. Jgn tak percaya. Ada satu kes perempuan kena rogol hanya sebab dia gunakan satu application kat Facebook yg memberitahu dia ada kat mana pada masa tu. Beringat sebelum kena yer.

Tapi kalau bab nie, bukan peringatan utk pengguna Facebook sahaja. Ni yg ada blog pun kena hati-hati. Jgn semuanya nak diberitahu kat blog. Bahaya. I skrg pun dah tak bgtau ke mana I pegi melainkan lepas I kembali dari tempat tu. Hikhik.

Nak cerita pun mcm leceh sbb banyak benda sebenarnya di Privacy Setting and Account Setting. Kalau anda boleh ambil masa utk sign up Facebook, apa kata anda ambil masa utk faham semua nie?

Gunakanlah Facebook dengan bijak.

Tuesday, January 25, 2011

Menghilangkan stress di jalan raya Kuala Lumpur

Ada sesiapa yg baca artikel tentang statistik pesakit mental yg semakin tinggi sejak beberapa tahun lepas? Kalau tak silap, ada 2 artikel yg menyentuh tentang perkara ini. Ada keluar dalam surat khabar mingguan minggu lepas. Yang merisaukan, kebanyakan pesakit merupakan golongan muda.

Dlm satu artikel lain pulak menyentuh tentang masalah mental yang melanda wanita yang bekerja. Tanpa disedari, wanita lebih mudah tertekan dan menghadapi masalah mental kerana mereka mempunyai lebih dari satu pekerjaan. Siang, mereka akan bekerja di pejabat. Malam pula, mereka bekerja di rumah. Lebih teruk kalau suami mereka jenis yg tak menolong isteri. Disebabkan bekerja hingga ke malam, wanita mudah penat, bad mood, stress dan marah.

I baca artikel tu sambil mengangguk-angguk. Bukan nak menangkan wanita tapi artikel tu ada betulnya. Ini hasil penilaian pakar kesihatan, bukan cakap kosong orang tepi jalan.

You all yg bekerja nie, perasan tak... ni kalau pergi kerja naik kereta la kot. Cuba korang check hari esok yer.

Pagi nak pergi kerja, belum apa-apa, jalan dah sesak (melainkan keluar rumah pukul 6 pagi). Lepas tu cuba pandang kiri kanan, pandang kenderaan yg lain. Apa yg you all nampak? Ok, I bagitau apa yg I nampak.

Kebanyakannya, pagi-pagi dah bermuka stress. Stress sebab traffic jam. Stress sebab orang main cilok2 kat jalan. Stress sebab belum breakfast. Mcm-mcm stress. Percaya atau tak, kereta kami dan kereta di hadapan kami dpt hand language (paham2 la jenis yg mana satu) dari seorang perempuan gara-gara kami keluar simpang sebelum dia. Please la... jalan pun tgh sesak. Bukannya boleh laju2 merempit pun. Dah la perempuan.

Traffic kat KL nie mmg sesak kan? Sampaikan I pernah nampak seorang perempuan sempat bersiap dlm kereta dia. Dia sempat pakai make up dan pakai tudung dlm kereta! Bayangkan.

Kalau balik kerja pun, lebih kurang jugak. Masing-masing bermuka penat. Jarang nak nampak yg ceria. Hmmm...

Sebab tu I taknak nampak stress dlm kereta. Hehehe... bagi aura tak bagus kat orang sekeliling. Usually, I pasang radio dan nyanyi sumbang dlm kereta sambil senyum kat kereta sebelah. Nasib la nak kata I mereng ke ape. Janji tak stress on my way back :)

Monday, January 24, 2011

Chong Wei beri 'muka' kepada Taufik Hidayat di Badminton Terbuka Malaysia?

Masa menonton Badminton Terbuka Malaysia di kaca tv semalam, rasanya ramai yg menjangka kemenangan akan berpihak kepada Lee Chong Wei sebab lawannya hanya Taufik Hidayat.

Eh jap. Nak gosip sikit. Apehal Lin Dan tarik diri? Katanya dia mendapat kecederaan lama ketika sesi memanas badan di waktu pagi sewaktu sibuk berlatih utk perlawanan separuh akhir. Sedangkan pada hari tu, Lin Dan tak turun ke latihan pun. Amboi.. amboi... kena siasat nie!

Tapi yg bagusnya, Chong Wei tak jumpa Lin Dan. Diorg kan kira musuh ketat dan selalunya Chong Wei akan 'gigil' bila jumpa Lin Dan. Come on, you're No. 1 in world ranking! Jgn takut-takut lagi.

Berbalik kepada perlawanan antara Chong Wei menentang Taufik Hidayat. Sesapa yg tgk, mesti geram tgk permainan Chong Wei di set kedua hingga membenarkan Taufik Hidayat merapatkan jurang mata. At first, I pun geram lepas Taufik dpt tambahkan 2 mata. But then, I rasa mcm pelik.

Pelik bila tgk cara Chong Wei main. Mcm tiba-tiba dia jadi slow dan mcm tak reti main. Sebab I dulu rajin main badminton, I tgk masa tu.. tak sepatutnya Chong Wei tak dpt balas pukulan Taufik dan nampak mcm dia bermain secara bersahaja. Terasa mcm Chong Wei ni saja je main camtu.

Sekali betul sangkaan I. Kat newspaper hari nie, Taufik terus terang berkata yg dia tau Chong Wei sengaja slow down sebab nak bagi Taufik rapatkan jurang mata agar Taufik tak kalah teruk. Kemudian, bila reporters tanya Chong Wei, dia membalas secara berlapik dengan mengatakan Taufik tu kawan baik dia. So faham-faham sendiri la.

Kalau nak diikutkan, boleh je Chong Wei tamatkan permainan dengan Taufik yg ketinggalan jauh. Tapi Chong Wei yg mungkin humble dan baik hati, dia beri peluang kepada Taufik utk memungut mata.

I salute dengan cara dia berfikir dlm hal tu. Dia boleh biarkan Taufik kalah teruk tapi dia memilih utk mengangkat maruah kwn dia ke tempat yg lebih tinggi.

Musim sakit

Satu keluarga tengah sakit.

I - Sakit tekak dan batuk.. suara tgh serak.
Hubby - Chicken pox.. ahaks.
Batrisyia - Selesema, batuk dan demam.

Kalau nak tgk, I yg paling sihat kot. Batrisyia kesian. Banyak kahak. Berusaha dia nak buang kahak sampaikan kdg2 muntah. Hubby pulak, dok sibuk sebut, "Eiii.. gatalnya". Rasanya nak dekat 20 kali I dgr dia sebut ayat tu dlm 2 hari nie.

I risau ni kalau-kalau I pulak yg kena chicken pox. Eventhough pernah kena, kemungkinan nak kena lagi sekali tu tetap ada jika paras antibodi dalam badan kita telah berkurangan.

"People who have had chickenpox almost always develop lifetime immunity to the condition, but the virus often remains dormant in the body and may sometimes recur as shingles later in life." Source here.

Batrisyia dah 2 hari hanya mkn sekali sehari. Tu pun sikit je nasi yg dia mkn. Air kosong berbotol-botol dia minum. Dah kurus kering dah. Aritu wan dia tepon, suruh mkn nasi. Barulah ptg tu dia nak mkn nasi.

Sakit kali ni dia minta benda pelik-pelik. Bayangkan yer. Hari Jumaat malam tu, around pukul 3 pagi, dia bangun nangis-nangis. Lepas bagi ubat, dia tidur kejap. Pastu dia nangis balik. Nak tau dia minta apa?

NASI LEMAK!

Menangis-nangis minta nasi lemak. Mana nak cari weih? Puas pujuk dia. Pagi tu beli nasi lemak, dia mkn 3-4 sudu je. Isk...

Pagi ni pulak, dia nangis lagi. Kali nie minta...

AIR MILO!

Nasib baik dah pukul 6 pagi. Tapi tak la buatkan air milo pun. Dia tertidur balik.

Lama juga dia kena batuk kali nie. Dah 5 hari. Tapi kira ok juga la sebab dia rajin minum air kosong. Satu botol besar tu around 700 ml kot. Dia boleh minum dlm 2 botol sehari. Nampak sgt tekak tak sedap.

Friday, January 21, 2011

Aku dah janji dgn dia tak bgtau orang lain, so ko jgn bgtau orang lain pulak

"Psst... nak tau sesuatu?"
"Apa dia?"
"Benda ni rahsia tau. Aku dah janji dgn dia tak bgtau orang lain. Ni aku cerita kat ko. Ko jgn pandai-pandai bgtau orang lain pulak. Tak pasal-pasal dia marah aku nanti"
"Okay"


"Okay"... such a simple word. Kalau nak nampak lebih bagus, ckp saja "I promise". Kedengaran lebih bagus bila berbahasa Inggeris :p

Eh, I bukan nak bercakap tentang penggunaan Bahasa Inggeris. Tak sesuai rasanya. Maybe Imee lebih sesuai berbahas tentang perkara nie sbb dia mmg pandai (Imee, ingatkah ko saat di Tingkatan 2 dan 3 di mana hasil essay ko pasti akan dijaja di semua kelas sebab ramai nak baca ur essay? Ahaks..).

Today, I want to talk about SECRET. Tak kesah la rahsia kecil, rahsia besar or aku suka guna "the deepest darkest secret". Bunyi mcm secret sgt je kan? Heheh..

Lets talk further...

Baca balik conversation di barisan paling atas. Kedengaran seperti si A telah memberitahu si B akan rahsianya dan si A minta si B berjanji agar tak beritahu orang lain. Si B pulak pergi beritahu si C (yg kita tidak tau motif disebaliknya) dan minta si C berjanji agar tak beritahu org lain sebab dia taknak si A tau yg dia dah pecah amanah.

Dah faham situasi?

I nak ckp tentang hal nie la. Manusia yg pecah amanah, tak menepati janji dan erk.. boleh tak I panggil dia penipu? Ye la, kira tipu la kan.

Si A mati-matian ingat takde orang tau tentang rahsia dia. Dia tak tau yg si C dah tau. Silap-silap, si C bgtau si D.. sudahnya sampai ke si Z pun tau. Dari C sampai la Z pura-pura tak tau cerita si A. Kesian...

I pernah la terlibat dlm conversation sebegini. Sebab I kan rajin simpan amanah orang so masa tu, I ckp baik-baik. I ckp, I nak minta diri sebab I taknak terlibat dgn benda nie. Kesian kat kwn I kalau dia tau yg orang lain dah tau hal dia. Gitu la..

I rasa mcm bersalah kalau terlibat sama.

Sebab ramai orang mcm si B, I tak percayakan orang sgt. Dlm dunia ni la kan, ada 2 orang je yg I percaya selain dari my family. Haa... percayalah. I takkan senang-senang nak buka cerita kat orang lain. 2 individu ni pernah mungkir janji dengan I dan mereka telah berjaya mendapatkan kembali my trust. Ahaks, kira berjaya lulus ujian.

Kalau korang nak beritahu your secret kat orang lain, please be careful sebab belum tentu orang tu boleh dipercayai. Kot-kot dia jadi mcm si B. Bukan nak suruh korang tak percaya orang, cuma sometimes, sesetengah rahsia eloklah menjadi rahsia peribadi.

Tapi mcm mana pulak kalau you tau satu rahsia tentang seseorang sejak beberapa tahun lepas dan seboleh-bolehnya you taknak orang tu tahu yg you dah tau rahsia dia? Bertambah tertekan bila dah lama sgt simpan rahsia tu sampaikan you tertanya-tanya bilalah orang tu nak berterus terang?

I'm still thinking...

Wednesday, January 19, 2011

Call Me When You're Sober

Oh... oh... oh...

Terasa dah lama sgt tak dgr lagu nie. Dulu mesti nak layan setiap kali naik bas. Sehari mesti dpt dengar 2 kali (pergi dan balik).

Lagu ni tahun berapa eh?




Lepas ni nak layan video clip Lithium pulak. Pun salah satu lagu kegemaran.

Kalau layan lagu rock maknanya tgh apa? Hehehe....

Berhijrah kepada Ujrah?

Tergelak baca entry Jiji hari nie *Tabik spring la sebab berani buat entry mcm nie*

Ok, sape dah dpt surat tawaran Ujrah? Angkat tangan.

I dah dpt minggu lepas. Sebab minggu lepas kan I busy, maka tak sempat check langsung attachment yg diberi.

Isnin lepas baru dpt tgk. Tapi mak aiii, BANYAKNYA MUKA SURAT. Cuba la juga... gigih baca tapi sudahnya, 70% I tak faham especially bab peraturan dan syarat-syarat tu. Erk, bukan tak faham tapi ayatnya berputar belit.. eh, I nak cari lawyer la utk translate kan. Ahaks.

Kepada yg dpt surat tawaran tu, sila baca betul-betul. Takut nanti korang yg terjerat. Tak pasal-pasal sudahnya korang pinjam lebih dari tawaran yg lepas. *Mama, sila baca betul-betul. Rasanya tak payah la terima tawaran tu. Hutang pun dah nak abes kan?*

I tak sempat nak print out dan baca betul-betul. Hopefully sempat la tgk hujung minggu nie.

Korang yg dah dpt tawaran tu, nak sign ke tak?

Tuesday, January 18, 2011

Bila la agaknya boleh....

When LoveZahra ckp yg ubat tu ubat gastrik, I angguk2 aje la sebab I rasa mmg ubat gastrik pun. Huhu..

Bila I-sya ckp tu namanya gastrik, I angguk je. Ye la, I dah kena gastrik :(

Cuma kan, I tak pernah kena gastrik. Barulah tau ubat tu tidak sedap. Doktor suruh minum 15ml. I nak habiskan 3ml pun tak dpt. Terus luah balik. Kuikuikui. Giler ah. Rasa mmg mcm ubat gigi. Camne la orang yg selalu kena gastrik tu boleh telan ubat tu. Pasrah je kot. Skrg baru tau perasaan mereka. Bersyukur kerana I hanya kena gastrik bila termakan benda-benda yg tak patut.

Tapi nak tanya la. Kalau degil takmo mkn ubat, mmg sesekali akan terasa sakit kat perut sampai 2-3 hari eh? Sebab, malam tadi terasa lagi! Terasa tapi tetap degil takmo mkn ubat.

Nak story mori hari nie tapi seperti kekeringan idea. Tunggu la ada idea bernas. Ahaks. Malam tadi tiba-tiba datang idea tapi takde la nak bgn terus pergi ambil buku utk tulis apa yg terfikir. Dah mcm nak cari ilham buat novel pulak.

Ahad lepas, kami saja-saja pergi tgk apartment kami yg entah bila la boleh duduk tu agaknya. Wah, dah boleh masuk utk tgk kat kawasan sekitar yer. Dinding zink di keliling tapak projek dah dibuang. Siap ada guard kat guard house. Kena register sebelum dpt masuk ke dalam.

Yang buat lagi seronok, dpt jumpa jiran-jiran yg lain. Kira ramai jugak yg dtg semalam. Budak-budak kecil dah rasmikan playground kat sana. Belum duduk lagi tu. Kalau dah duduk sana, mau la tiap-tiap hari kena hantar Batrisyia main kat situ petang-petang.

Sambil jalan-jalan, mata melilau tgk facilities yg dijanjikan. Hehe.. Ok, guard house kira ok. Dah ada palang auto. Kami akan dpt pass utk keluar masuk. Checked. Bukan la hangat-hangat tahi ayam je bila bercakap 2 thn lepas.

Kawasan istirehat di tgh-tgh pun dah siap. Rumput dah ditanam. Ambil sedikit masa utk tumbuh melata. Yang pasti, kawasan playground mmg luas utk kanak-kanak. Di sebelah pulak, kawasan beriadah utk org dewasa. Badminton court dan basketball court pun dah siap. Yang I tak perasan masa mula-mula beli dulu ialah akan kehadiran pondok utk berehat/mkn dan BBQ pit. BBQ pit tak la besar mana tapi kira ok la tu. Kalau setakat nak buat jamuan, ok kot.

I rasa, guard pun mcm excited je bila kitorang semua dtg menjenguk. Siap dipasangnya water fountain kat tgh2 tu sbb masing-masing bawa kamera.

Sempat la sentuh dinding rumah. Ahaks. Mesti la nak tgk keliling kan? Ada la tempat yg sesuai utk letak pokok-pokok I nanti. Nasib baik ambil corner lot. Lagi la semangat nak menanam lepas nie.

Bila la agaknya boleh berpindah ke sana...

Monday, January 17, 2011

Awas : Taska Kenari Cerdik, Kota Perdana

I dah lama dgr cerita tak sedap nie. Cuma masa tu, tak tau nama taska yg terlibat. Dan juga I nak tgk ada tak ibu bapa kanak-kanak terbabit yg tampil ke hadapan. I taknak sebarkan benda yg tak pasti.

Tgk gambar tu, teringat kat Batrisyia kat nursery. Semoga dia gembira di sana.

Tup tup, masa blog-walking hari nie.. dah ada ibu bapa mangsa yg tampil. Dah terperasan kanak-kanak dlm gambar tu adalah anak mereka.

Kalau la I kat tempat mereka, mmg habis I mengamuk kat taska tu.

Ok la, bagi yg tak tau.. nama taska tu ialah Taska Kenari Cerdik.

Mungkin sebab geram, marah dan terkilan, bapa salah seorang kanak-kanak ni membuat akaun FB utk menyebarkan perkara ni.


Ini pula entry salah seorang ibu yg dpt mengenal pasti anaknya di dalam gambar yg tersebar luas.

Mungkin tujuan ditutup mata tu agar anak-anak tu tidur. But hello, sape ajar yg method tu boleh diguna pakai? Kalau dia nak tutup mata pun, biar dia tutup sendiri. Ni mcm semuanya dipaksa je.

Dah la bayaran mahal. Giler la bayar mahal tapi anak diperlakukan sebegitu rupa.

Pengusaha taska sepatutnya sedar bahawa mereka diamanahkan utk menjaga kanak-kanak ni. It's true... kalau nak puas hati, jaga la anak sendiri. Tapi ada sesetengah ibu bapa yg perlu bekerja utk mencari pendapatan utk keluarga. Golongan ini mengharapkan pihak taska selaku golongan yg menawarkan perkhidmatan menjaga kanak-kanak nie agar memberikan perkhidmatan yg bagus, sesuai dengan harga yg diletakkan. Kalau tak boleh nak jaga budak-budak nie, jgn buka taska. Senang cerita kan?

Kepada ibu bapa yg menghantar anak ke Taska Kenari Cerdik, eloklah ambil langkah berjaga-jaga sebelum sesuatu yg buruk berlaku kepada anak anda.

Not a happy weekend

Semuanya gara-gara orange juice!

Ok, bukan fresh orange juice tapi orange juice yg dibotolkan.

Sejak setahun lepas, I tersedar yg I tak boleh minum orange juice yg dibotolkan atau dikotakkan seperti Peel Fresh dan Sunkist. Kalau minum sebotol, confirm sakit perut yg teramat sgt.

Jumaat lepas, tak sedar yg dah terminum sebotol F&N Fruit Tree Orange. Dah habis minum, baru terfikir psl sakit perut.

Hambik ko, pukul 3 pagi dah terbangun. Punya la sakit. Pastu terus tak dpt tidur sebab perut terasa berpusing-pusing. Pkul 4, selamat pegi bilik air. Pastu terus melepek kat sofa. Kepala pening, perut rasa semacam. Rasa mcm angin dlm tu berpusing-pusing. Sekali elok pukul 4.30 pagi, muntah! Wah, kalah time pregnant. Masa pregnant, tak muntah langsung. So camni rupanya perasaan orang yg muntah time pregnant (abaikan I melalut nie).

By 5 in the morning, tidur kat sofa je la. Tak tidur pun sebab sakit. Nampak hubby bgn subuh tapi buat tak tau je. Takde tenaga nak panggil dia. Tau-tau je dia kejut suruh bangun. I rasa mcm eh, taknak pergi kerja. Nak MC. Sekali baru tersedar yg hari tu hari Sabtu. T_T

Hubby pulak kena kerja hari tu. So I hanya rehat kat rumah. Nak pegi klinik, takde kenderaan. Takkan nak naik motor dan tinggalkan Batrisyia sorang-sorang kat rumah? Jadi, sabar itu separuh daripada iman yer. Tunggu je la hubby balik kerja. Malam baru pegi klinik. Sakit dah takde tapi angin tu still terasa. Doctor kata, dah terlebih asid. Dah nak mcm gastrik.

Ubat yg diberi adalah berbentuk cecair dan tak sedap. 15ml nak suruh I telan. 3 ml pun tak mampu den nak telan sbb rasa dia mcm ubat gigi. Tahan je la sakit tu.

Sakit ni berterusan hingga ke saat nie. Tak tau la kenapa. Melampau pulak kesan orange juice tu kali nie.

Friday, January 14, 2011

I mandom sebab...

Korang, minta maaf sgt la eh..

Minggu ni tak sempat langsung nak jenguk blog korang semua. Kalau tak tu, rajin jugak jenguk blog korang yg ada kat side bar tu. Eventhough tak tinggalkan komen, I baca tau.Bukan taknak tinggalkan komen. Sometimes, desperate juga tinggalkan komen pendek. Hehehe…

Tapi kali ni mmg tak jenguk la. Ampun. Bila la kerja nak habis kat office nie. Kelam kabut ni sebab aritu byk cuti nak jaga Batrisyia so kira byk juga la kerja tertunggak. Petang ni meja dah mula nampak ‘normal’ seperti selalu. Insya Allah, minggu depan sempat la blog-hop semula.

Entry kat blog ni pun auto-publish yer. Siap-siap buat draft. Tinggal copy paste je ke Blogger. Terus auto-publish.

My friend ada tanya, “Ko mandom sebab tak dpt update blog ke?”. Cis, perli ke ape? Mcm tau-tau je.

Playschool

Setelah seminggu Batrisyia bercuti, dia keberatan nak pergi ‘sekolah’ semalam. Menangis weih bila serahkan dia pada cikgu dia. Bukan kami yg nangis, dia la. Hehehe… Sebutlah nama kwn2 baik dia pun, dia tak heran. Dia taknak pegi school.

Tapi tu semalam, pagi ni dah ok dah.

Masa ambil dia petang smalam, I terperasan yg dah 2-3 orang kwn dia masuk kelas playschool. Maknanya now, budak-budak tu di bawah jagaan Cikgu Reena. Batrisyia dok tunjuk-tunjuk sorang budak.. nama Taufiq, katanya. Pastu dia tunjuk seorang budak lelaki, rambut curly.. oh, tu la Danish. Hahaha, baru kenal muka kwn2 dia sebab kelas budak-budak playschool ni paling depan. Jadi bila sampai nursery tu, bebudak ni yg akan kita nampak dulu.

Kalau kat nursery nie, kanak-kanak akan masuk kelas playschool ketika umur mencecah 3 tahun. Kira ok la kan? Tgk byk jugak aktiviti diorg. Melukis, mewarna, belajar ABC, 123, menyanyi, Alif Baa Taa pun ada tau. Tapi Alif Baa Taa tu berbentuk interaktif sikit la. Mereka belajar melalui video. Sometimes, cikgu akan pasang video kartun yg tiada violence seperti Ice Age dan Toy Story.

Kira ok juga la nursery nie kan? Tgk Batrisyia pun, takde la comot tak berjaga. Kitorang tak sabar nak tunggu Batrisyia join kelas playschool.

Thursday, January 13, 2011

Buku Autograf

Ingat tak zaman kita sekolah dulu, masa kita bertukar-tukar buku autograf dengan kawan-kawan? Kalau masa sekolah rendah, buku autograf tu lebih bercorak kebudak-budakan dengan hard cover yg berwarna warni. Bila masuk sekolah menengah, buku autograf yg dipilih adalah berdasarkan personaliti atau warna kesukaan setiap individu.

Selalunya buku autograf akan muncul di akhir tahun. Kalau buku autograf sekolah rendah, kita akan tulis ala-ala biodata diri. Sampaikan kenangan manis dan pahit pun kita nak list kan kat dlm tu. Buku autograf sekolah menengah pula, penulisannya lebih dewasa. Ada yg selitkan kata-kata hikmah. Ada yg buat confession pernah suka kat kita (dan dia akan lipat dan selotape kan hujung muka agar orang lain tak boleh baca. Dia juga akan buat nota utk tuan punya buku agar buka muka surat dia lepas tamat sesi persekolahan). Ada yg tulis bait-bait lagu. Ada yg mengenang kisah-kisah lama. Mcm-mcm kan?

I still have mine. Elok kat rumah. Bila baca, tergelak-gelak dibuatnya. Kenangan….

I wonder apa yg Batrisyia akan tulis di buku autograf dia.

Nama : Batrisyia (tapi kdg-kdg orang panggil saya Humaira atau Icha Micha)
Umur : Saya dah besar sebab saya pandai pakai baju sendiri
Tarikh lahir : Tarikh lahir tu apa?
Tempat lahir : Ape tu?
Hobi : Main.. main gitar paksu
Makanan kegemaran : Nasi lemak
Minuman kegemaran : Air milo.. Ho ho ho… 3 kilo bayam!!!
Lagu kegemaran : Happy Birthday To You
Apa yang awak takut : Doktor.. Kakak gunting rambut
Kawan baik : Darwisy’… Taufiq… Irfan... Adam… Aman

Tu pun kalau budak-budak kat nursery tu boleh menulis! Hikhik.

Wednesday, January 12, 2011

Mandom mode

Mandom mode telah menjelma. Semuanya serba tak kena. Bulan ni, genap 3 tahun kerja kat company nie. Ramai clients yg tak percaya I boleh bertahan. Dunno why. Ke sbb mereka yg sebelum ni jenis taknak buat kerja dan nak goyang kaki saja? Maka bekerjalah mereka dlm masa yg singkat.

Mandom-mandom nie, terasa nak je berhenti kerja. Bila dah lama kerja kat sini, ada mata yg memerhati. Seolah-olah tak puas hati la kot. Ke tak percaya? Benda kecil pun nak dibesarkan. Bukan salah I pun, I yg kena bebel. Motif agaknya dia rasa I patut tegur kesalahan orang sbb I dah lama kerja sini? I tak jaga kerja orang, ok. Kerja I pun byk nak settle nie *Tarik nafas kejap*

Non-stop working for today. Mcm nak balas dendam je sbb I cuti jaga anak kena chicken pox. Takpe, sabar je nie nak tunggu holiday. Lepas tu, bye-bye korang.

Batrisyia telah sihat sepenuhnya. No fever at all. Clap clap. Nasib baik. Dia hanya mengadu ubat sapu tu busuk. Asal nak sapu je, dia terus tutup hidung. 2 hari pertama, dia ok lagi. Masuk hari ketiga, berlari-lari satu rumah sebab taknak kena pakai ubat tu. At first, risau juga nak jaga dia sbb takde pengalaman. Budak kecil, paham-paham la. Orang kata jgn garu, lagi dia garu. Kalau dah besar, tau la jugak nak behave kan? Tapi alhamdulillah, dia dah sihat. Esok boleh la pergi nursery.

Monday, January 10, 2011

My part-time lover bakal menjadi Mrs. Z

Lama tau I simpan rahsia my part-time lover nie. Dari zaman dia mula berkenalan, sampai bercinta, sampai berlaku satu perkara yg membawa dia kembali ke Semenanjung pada July tahun lalu hinggalah ke berita gembira yg ingin I sampaikan pada hari ini.

Nak bgtau kena tunggu green light dari tuan punya badan. Dia dah bg green light semalam.

So kepada anda yg kenal Cik Widya Wasimin kita, sukacita dimaklumkan bahawa beliau akan diijabkabulkan dengan Mr. Z pada 11 February 2011. Majlis perkahwinan pula akan berlangsung pada 13 February 2011 di Kg. Matabai Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah.

Hari bertemu tunang Weed *wink wink*
Tapi tunangnya taknak glemer di blog.. hehehe

So korang-korang, both SMAPian and MMUian.. jom la kita pegi majlis Weed. Ramai-ramai memeriahkan majlis.

Faiz, now ko dah tau kitorang nak pegi mana.

I'm so happy for her. Sebetulnya, I bersyukur sgt sbb beri dia nasihat yg betul tahun lepas. Ok, sebenarnya I ter bagi nasihat yg salah. Lepas tu I terfikir, what if semua tu ujian kan? So I betulkan balik nasihat yg I beri. I taknak dia cepat berputus asa.

Alhamdulillah, dlm sebulan lagi dia akan menjadi Mrs. Z.

Sunday, January 09, 2011

Grenade by Bruno Mars

Setiap kali I dgr lagu Grenade by Bruno Mars, I akan menyanyi dan tersenyum.

Senyum dengan bait-bait liriknya terutama part di bawah:

I'd catch a grenade for you
Throw my hand on a blade for you
I'd jump in front of a train for you
You know I'd do anything for you

I would go through all this pain
Take a bullet straight through my brain
Yes, I would die for you, baby


Ahaks.. really? Oh, nama pun lagu kan? Padahal in real world, I don't think it will happen at all.

But still... I like you, Bruno Mars!


Friday, January 07, 2011

Selang sehari makan creamy chicken soup, kena pulak chicken pox

This is a short post.Batrisyia kena chicken pox. Malam tadi baru perasan. So malam tadi jugak kami pegi klinik utk dptkan ubat. Tergerak nak pegi hospital sbb dia dilindungi oleh Prudential tapi sebab sakit ni tak teruk, kami malas la pulak. Kalau yg dah tau polisi Prudential nie, boleh dpt elaun RM200 sehari kalau admit masuk ward. Kalau chicken pox, mau 4-5 hari gak kan? So korang darab la jumlah hari dengan RM200 :)

Cuma kami rasa tak perlu la sbb confirm minah tu akan boring. Dia bukan terlepek terlantar. Budak aktif camni nak suruh duduk diam-diam dlm bilik? Isk, kirim salam la.

Setakat nie, dia menjadi patient yg sgt mendengar kata. Suruh mkn ubat, dia mkn jugak la kecuali ada satu ubat yg pahit tu. Suruh minum air kelapa, dia minum jugak sambil kata "Sedap!". Ni petua je la. Taktau sejauh mana keberkesanannya. Tapi sebab masa I umur 13 thn, I kena chicken pox. Tiap-tiap hari minum air kelapa. Okla, cepat je benda tu keluar.

I kat rumah my parents. Balik mengejut sbb hubby outstation 3 hari 2 malam. At first, nak tinggal kat rumah tapi takut apa-apa terjadi, I ikut my brother balik Seremban. I nie, kalau tinggal berdua dgn anak kat rumah, malam2 mcm tak boleh tidur nyenyak. Kejap-kejap terasa mcm ada org nak buka pintu dapur la. Kejap-kejap rasa mcm ada org nak buka pintu bilik la. Saiko kan? Maybe sbb tu kawasan kampung. Pastu rumah I paling hujung. Pastu dpt jiran sblh rumah yg... err.. haip,tak boleh ngumpat dia. Jiran yg best pun selang satu rumah. Kalau jadi apa-apa, takde sapa yg tau.

Dah la dgn Batrisyia nie sakit. Elok la dia ramai kwn sikit. Boleh dia main dgn pakcik-pakcik dia.

Thursday, January 06, 2011

E-mail yg ke 108

Ni kira first time la kot I nak bawa keluarga kecilku berjalan-jalan tapi kami pergi beramai-ramai dengan my friends. Tag along.. tag along.. I tak kesah.

At first, hubby taknak ikut tapi ape kes I nak pegi sorang-sorang kan? Nanti I tiba2 jadi single dan dikelilingi isteri-isteri orang yg dua org tu. Tak pasal-pasal I bawak balik boipren dari sana. Hubby.. hubby. Susah mcm mana pun, I mesti nak bawak you. Biar sama-sama susah. Kehkehkeh.

Can't believe kami telah mencapai email yg ke-108 (as at this minute. Probably my friend tgh taip email yg ke-109.. yeahh!).

I tak boleh nak excited depan hubby sbb dia tidak berapa teruja seperti I. Mentang-mentang I yg bawak diorg jalan, bila I tanya, standard je jawapan dia. "Ikut suka la". Baik I berbalas email dgn bebudak nie. Baru la terasa excited nak pegi bercuti. *Hah, I nak merajuk nie.. cepat pujuk*

Kalau dah namanya perempuan, semua benda nak kena diperincikan. Tu yg sampai email ke 108 tu. Most of the emails adalah berkaitan flight tix. Psst, kami terjumpa loop hole dlm online system MAS di mana Zai ckp, "Entah-entah orang lain dah lama tau. Kita je yg baru tau". Tapi sekarang berani la nak ckp sbb dah beli tiket. Ahaks.

35 hari lagi :)

Wednesday, January 05, 2011

Wan Simban.. apakah cerita di sebaliknya?

Jam baru menunjukkan pukul 9.30 malam tapi semua kerja telah dibereskan. Ajaib! Kalau tak, pukul 10.30 malam baru boleh berehat. Masa tu pun dah mengantuk. Sebab takde apa nak buat dan bukan selalu dpt rehat awal mcm nie, I terus ajak Batrisyia masuk tidur. Dia ikut je la.

Tapi dia tak tidur. Bergolek ke kiri, bergolek ke kanan. Peluk I kejap. Pastu golek balik. Pastu peluk balik. Pastu ajak nyanyi. Pastu tanya, "Abi mana?". I ckp la Abi dia kat dlm bilik air.. Bla..bla..bla.. So dia mcm nak tidur.

Sekali abi dia buat bunyi kat dapur. Terus terang mata dia. Dan dan tu jugak nak keluar dari bilik. I bagi je la. Nak paksa dia tidur pun tak sesuai. Ingatkan ok la, I boleh tidur awal.

Tidak ye... this little girl terus aktif. I tak tau la mana dia dpt tenaga nak main malam-malam. Dia berlari kat ruang tamu, keluar masuk bilik. Pastu panjat katil. Melompat atas katil pulak. Pastu turun balik dari katil. Main kejar-kejar dgn abi dia. Lepas tu 2-2 naik atas katil dan teruskan sesi menggeletek. Terkekek-kekek dia gelak. Non-stop!

Wah, tak cukup ke main kat nursery tadi?

Tgk dia turun naik katil dan aktif mcm tu, buat I teringat masa dia kecil-kecil dulu.

Dah la cinonet, berat susah nak naik. Dia cepat tangkap apa yg orang ajar tp mcm lambat sikit dlm beberapa perkara. Budak seusia dia ada yg boleh duduk seawal 6 bulan. Batrisyia lambat tau. Ahaks, kami yg ajar dia duduk sendiri. Tak sampai 30 minit, dia dah confident nak duduk.

Turun dari katil? Kalau la kepala dia kepala besi, rasanya boleh je biarkan dia "terjun". Dia tak reti nak turun. I yg ajar dia jugak. Pun sekejap je ajar, pastu terus confident nak turun sendiri.

Now, dia telah membesar sebagai seorang kanak-kanak yg aktif bermain, becok bercakap dan berani menunjukkan emosi.

Dia seorang yg berdikari tetapi dlm masa yg sama, masih tidak mahu berenggang dari parents dia.

Seboleh-bolehnya dia nak buat semuanya sendiri. Dari pakai kasut, sabunkan badan, switch on the TV, tolak shopping trolley.. Tapi tetap tak boleh nak jauh dari her parents kecuali kalau pergi nursery. Ahaks.

Baru-baru nie, dia tiba-tiba nak ikut wan dan tokwan dia pergi kedai. Lagi satu ajaib sebab selama ni tak pernah nak ikut. Kali nie, terus je menonong ikut my parents pergi ke kedai. Tak pandang kitorang langsung. Ape lagi, kebetulan kitorang nak keluar, so hubby ajak keluar berdua. Bukan jauh pun, pergi tolong kawan cari rumah sewa je. Ada la keluar dlm sejam setengah.

Balik je, Batrisyia tgh ada kat luar tgk tokwan dia buat kerja. My mom kata dia tak nangis pun. Rileks je. Just tanya mana kitorang pergi. Good girl! Tokwan dia sempat bagi report yg sampai ke kat pasaraya, Batrisyia terus minta nak beli air milo. Taknak benda lain dah. Bagus.. bagus. Pandai memilih.

Skrg, bila tanya Batrisyia "Wan apa?".. dia jawab, "Wan Milo!". Erk, terpaksa la betulkan, "Bukan.. Wan Seremban".. "Wan Simban!"

Tuesday, January 04, 2011

Serangan jantung *Awas kepada golongan muda juga*

I tgh sibuk kisar cili bila hubby separuh menjerit dari ruang tamu. Katanya, Faizal Yusop meninggal dunia. I rasa mcm eh, biar betul! Sebab dia sgt muda. Hubby I peminat Melodi. Ahaks, tak mcm wife dia yg x minat gosip.

Arwah muda lagi kan? Ceritanya arwah terjatuh kat bilik air dan terus dikejarkan ke Pusrawi. Akhirnya meninggal dunia dan doktor sahkan arwah terkena serangan jantung.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman.

Baru 2 minggu lepas, kami dpt khabar yg jiran kami di Seremban meninggal dunia akibat serangan jantung mengejut. Arwah muda lagi, baru 35 tahun. I tak tau nama dia sebelah dia jiran jauh la jugak. Cuma I panggil dia "Abang Roti Gardenia" sebab dia bawa lori Gardenia.

Pagi tu, dia mengadu dengan wife dia yg dia sakit dada. Wife dia suruh rehat tapi arwah tetap nak pergi kerja masa Krismas sbb katanya, byk drivers cuti. So dia nak bwk lori, nak hantar stok roti.

Tau-tau je, dpt panggilan mengatakan suaminya telah meninggal dunia. Menurut seorang pekedai di Tanjung Sepat, arwah sampai di kedai dia pagi tu. Lepas tu lama dia duduk dlm lori, tak turun-turun. Pekedai tu pelik. Last-last, dia pegi tgk. Masa dia tinjau, kepala arwah dah terlentok di stereng. Arwah dah tiada. (Ni menurut cerita my father yg pergi ke rumah mak arwah utk melawat).

Jenazah perlu melalui post-mortem utk memastikan punca kematian. Sehari jenazah terlantar di bilik mayat kerana tiada doktor cuti.

Anak bongsu arwah baru berumur setahun :(

Serangan jantung. Kalau 10-20 tahun lepas, golongan berumur yang lebih terdedah kena serangan jantung. Tapi skrg nie, muda-mud apun boleh kena.

Pemakanan dan stress merupakan antara punca utama serangan jantung. Terlalu makan makanan yg berlemak boleh menyebablan arteri tersumbat, kurang darah dpt dipam ke jantung. Terlalu stress pun boleh menyebabkan serangan. Jadi kita perlu berhati-hati dan cuma menjaga kesihatan sebaik mungkin.

I kdg-kdg geram dgn my hubby sebab dia suka buat kerja lebih. I geram sampai tahap membebel. Bukan tak suka tapi risau. My parents pun risaukan dia. Dia tak tau kita risaukan dia. Selagi tak sakit, selagi tu la dia nak kerja. Duit mmg penting tapi kesihatan kena jaga jugak. I pun bukannya high-maintenance. Takde nak minta apa-apa pun. Selagi boleh beli sendiri, I beli sendiri. So dia tak perlu pening kepala sbb I akan pakai barang sampai lunyai. So hubby, tolong la jgn kerja terlalu kuat. Bukannya muda lagi.

Monday, January 03, 2011

Seronoknya cuti 3 hari

Monday blues? Ahaks. Maklumlah, dah cuti sejak hari Jumaat. Sedap je rehat kan?

Kami tak rancang apa-apa sempena Tahun Baru 2011. Cuma kami menghadiri beberapa majlis yg telah diaturkan oleh pihak lain. Malam 31 December, kami menghadiri barbeque. Balik pun dah hampir-hampir nak tgh malam. So tidak melepaskan peluang tgk fireworks di sekitar KL. Icha Mincha dok "Bom..bom..."... dah mcm bunyi nak nyanyi lagu Firework, Katy Perry pulak!

Hari Sabtu, kami dijemput menghadiri dinner di rumah HC (High Commissioner). Semua staffs dijemput hadir. Ni kali pertama HC buat mkn2 dengan staffs di rumah dia. Selama ni tgk rumah dia dari luar pagar je. Hari tu baru dpt masuk. Tak dpt nak ambil gambar dengan tetamu yg lain sebab my camera telah dirampas.

Yes, saya telah merampas camera Umi.

I nak marah pun tak boleh sebab dia mmg dah pandai ambil gambar guna camera tu. Dah reti nak on. Dah reti nak snap walaupun kdg2 goyang. Sibuk dia snap gambar org, gambar meja, gambar lampu. Tak kesah la nak oii, janji jgn jatuhkan.

Lepas puas dia ambil gambar, dia suruh Umi ambilkan gambar dia pulak.


The dishes were yummy! I tak lepaskan peluang mkn Bobotie sekali lagi. This time, mereka gantikan minced meat dengan minced lamb. Lepas tu ada letak penne pasta sekali. Owh, sedap giler! Tapi segan nak bgn tambah. Heheheh..

Ahli keluarga HC mmg sgt humble la. Jauh beza dgn HC yg sebelum nie. Diorg ajak dtg dinner. Diorg sendiri yg serve tetamu walaupun mereka ada maid. Mereka sendiri yg angkatkan plates. Mereka sendiri yg tuangkan minuman. Anak-anak dia pun peramah je.


Cukup entry pasal dinner. Dok terbayang kesedapan Bobotie. Meleleh air liur.

Pagi Sabtu, sedang I menjemur kain di laman, I terperasan sesuatu. Sebenarnya, I tgk rumput kat depan rumah. Dah mula tumbuh. So ingat nak cabut hari Ahad. Tgh tgk2 rumput, I terpandang sesuatu. Terus rasa excited mcm terjumpa balik anak yg hilang.

Pokok apa tu? Ha, tu pokok daun kunyit. I was excited sebab tak sangka kunyit yg I tanam beberapa bulan lepas telah selamat tumbuh. Ada kisah di sebalik pokok nie. Beberapa bulan lepas, I ada tanam kunyit yg dah ber'mata'. Selang sebulan, tgk takde pulak tumbuh daun kunyit. I siap gali balik tu sbb nak tgk kunyit tu. Mmg tak tumbuh apa-apa. Punya la geram. I siap belah 2 kunyit tu, pastu tanam balik. Tapi tak la letak apa-apa harapan. Sbb rasa mcm lepas belah, confirm tak tumbuh.

Ni rasanya ada la 3 bulan lepas tanam kot.. Wehuuu, dah tumbuh! Tu yg ter over excited. Kat area rumput tu byk kerengga sebab dekat dengan pokok mangga. So kena la pindahkan ia ke pasu. Dan dan tu jugak nak pegi beli pasu. Ahaks tapi tidak la buat begitu. Sure kena perli dengan hubby.

Ahad tu baru pergi beli pasu besar. Beli sekali 4 sbb nak transfer pokok tomato yg dah meninggi. I mmg risau sikit nak transfer pokok tomato sbb akar dia sensitif la. Seboleh-bolehnya, elakkan daripada rosakkan akar pokok dia yg halus itu. Lepas transfer, kena siram air banyak sebab nak hilangkan 'shock'. Erk, tak reti nak explain. Ni info yg I dpt dari orang yg tanam pokok tomato. Tapi yg pastinya, pokok ni senang nak jaga. Hanya perlu siram air secukupnya dan pastikan kena matahari 8 jam sehari.

Ni tinggal nak pacak kayu je sebagai sokongan. Ok, kat atas ada 3 pasu kan? Nampak tak pokoknya sama je? Tak tau la. Sebenarnya, I cambahkan 2 benih tomato dan 1 benih capsicum. Tapi bila dah tumbuh, rupanya mcm sama je. So tak tau camne pokok capsicum leh jadi pokok tomato. Ke mmg rupa dia sama?

Hubby ckp tak boleh tanam pokok tomato. I tak kesah. Samada dia berbuah atau tak, I nak tanam jugak.

Ni pokok kunyit setelah di transfer ke dlm pasu besar. Dah la dia kecik, pastu I gatal nak transfer. Sekali terpatah ko! Kahkahkah. Tapi sebab dah ada akar, ku tanam jugak. Pastu tanam balik kunyit tu sebab dah ber "mata". I still ingat pokok kunyit kat Seremban. Mcm mana we all buang pun, still tumbuh semula. Jadi diharap pokok ni akan tumbuh semula. Amin.


Ni pulak daun kuchai yg dah mula meninggi. Buat cekodok sedap nie!


Selain dari pokok-pokok di atas, I dah tanam semula pokok daun bawang dan I baru tanam pokok daun kesum. Gigih ko. Nak tanam sayur, tak cukup masa nak jaga. I boleh tanam pokok kecik2 camni je la.
 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.