Wednesday, December 07, 2011

True Colors by Kristin Hannah

Korang yang rajin membaca mesti dah ada favorite author masing-masing kan? I pulak jenis baca semua jenis buku yang menarik tapi boleh nampak sesekali I akan kembali kepada author yg sama (especially Nicholas Sparks). Bila kita dah selalu baca buku, kita macam dah ngam dengan certain author yang pandai mainkan perasaan kita melalui penulisan mereka.

Hasil rembatan di booksale bulan 10 lepas, I terjumpa satu author. Her name is Kristin Hannah. Buku dia memang berlambak. I pun macam hairan sebab katanya bestseller tapi kenapa ada banyak stock? Hampir-hampir taknak beli. Sudahnya terbeli 2 buah buku bertajuk True Colors dan Winter Garden. Itu pun sebab I tertarik dengan sinopsisnya. Ia mengetengahkan kisah kekeluargaan sebagai kisah utama. Sesuatu yang jarang I jumpa dalam novel.

I started with True Colors. At first, rasa macam boring sebab dah kata kisah kekeluargaan kan? Hikhik. Tapi gigihkan diri baca juga. Best juga bukunya.


Ia mengisahkan tentang 3 beradik (The Grey sisters) yang telah kehilangan ibu mereka sejak kecil. Winona merupakan kakak sulung yang jarang mendapat perhatian dari ayahnya. Apa yang dia buat, tak kesah betapa dia berusaha, ayahnya tak pandang. Ini membuatkan dia rasa kecewa sangat dengan ayahnya dan dia menyimpan dendam dalam diam.

Aurora merupakan anak kedua. Aurora ni jenis tengah-tengah. Dia macam peacemaker untuk semua orang. Dia sentiasa beri sokongan kepada keluarga dia. She has a perfect life. Dah kahwin, ada anak. A cheerful person. Tanpa disedari, dia menyimpan satu rahsia daripada keluarganya.

Vivi Ann pula anak bongsu yang sentiasa dipandang tinggi oleh ayahnya. Walaupun Vivi Ann ni ada buat kesalahan besar, dia tetap diterima oleh si ayah. Kadang-kala, dia tak sedar apa yg dia buat tu menjengkelkan Winona.

Tapi mereka adik beradik… ikatan persaudaraan tu sangat kuat hinggalah ia teruji dengan kehadiran seorang stranger yang masuk ke dalam keluarga mereka. Winona yang bersifat protective cuba menyedarkan keluarganya betapa jahatnya stranger nie tetapi sekali lagi dia tidak dipedulikan.

Siapa stranger ni dan apa yg bakal berlaku kepada The Greys? Tu korang kena baca sendiri.

I love this story walaupun pada awalnya macam slow sikit la. Sedikit demi sedikit, kita dibawa menyelami perasaan setiap ahli keluarga nie. Jalan ceritanya mula bertukar di pertengahan buku. I suka dengan buku yang macam nie. Dia macam kita ingat jalan ceritanya begini begini begini tapi bila sampai tengah-tengah, tup .. terus tukar. It’s so unpredictable! Masa tu la I akan rasa tak menyesal keep on reading the book.

Cuma alangkah baiknya jika watak Aurora tu dikembangkan. Ni nampak Aurora mcm menyelit di tengah-tengah konflik je. Malah, kisah sedih dia sekadar diceritakan di beberapa perenggan. Kita tak nampak macam mana dia struggle to have a new start.

Kristin Hannah memang suka tulis buku tentang kisah kekeluargaan. I read True Colors and I felt sympathy to the stranger. I read Winter Garden and I cried at the end. I read Between Sisters and I felt the strong bond between those sisters.

Highly recommended! It will be a nice gift for your sister too.

2 scribble(s):

Syigim said...

bagus la liz suka baca mcm2 jenis/author buku. kak syigim suka membaca tp mmg stick to the same author je, x berkembang :P kalau ade member rekomen pun liat je nk try ;)

Liz Rohaizat said...

kak syigim> kalau diikutkan, saya stick to the same author. selamat sikit daripada membeli buku yang kurang best jalan ceritanya.

utk buku2 lain, selalunya saya dptkan review dari orang atau baca sinopsis dulu. kalau rasa ok, baru beli.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.