Friday, December 09, 2011

Total lunar eclipse

Angkasa lepas tidak pernah menghampakan pencintanya dengan pelbagai fenomena menarik. Sesetengah daripadanya boleh dilihat dengan mata kasar. Sungguh mengagumkan, betul tak? Sejak I berada dalam darjah 6, I memang suka membaca dan menonton apa-apa dokumentari tentang angkasa lepas.

Esok akan berlaku gerhana bulan penuh. Proses gerhana bulan akan bermula seawal 7.30 pagi dah berakhir pada jam 1 pagi. Tomorrow will be the first time I mengikuti program Total Lunar Eclipse di Planetarium Negara.


Seumur hidup tak pernah jejakkan kaki ke sana. Cis, kata peminat angkasa lepas. Tapi betul, tak berkesempatan. Masa pergi lawatan sekolah, tempat tu tak masuk dalam jadual pulak. Lalu je. Punya la hampa. Bila dah ada anak, ingat nak pergi tapi sudahnya tak pergi-pergi juga. Esok barulah dapat pergi.

So sesiapa yang berminat, boleh la pergi. Ini tentatif program esok.

7:30 p.m. Registration

7:30 p.m. – 1:00 a.m. Total Lunar Eclipse Observation

Jupiter Observation

Eclipse Talk

Astronomy Quiz

8:30 p.m. – 9:30 p.m. Space Hunt

1:00 a.m. Dismiss


Tak sabar nak bawa Tisya tengok. Minah tu kalau nampak bulan, dia akan sebut " Bu..bu.. bu... bulan". Macam nak mengacah baby pulak.

5 scribble(s):

Ely Hasrul said...

ooo ini la yg dok diperkatakan oleh Biqque smlm..

sami mmg suka tegur moon. dia selalu ckp.. mami star, sami moon, papi sun.. alahai sedih aku..

dia lah moon aku sob sob sob

Liz Rohaizat said...

ely> sadly, terpaksa cancel program sebab hubby aku kena kerja pulak! cis, geram sungguh. woo, biqque nak tgk ke?

Ely Hasrul said...

esok pagik.... tp nih outdoor ke kalu mlm? biqque kata kena register.. aku xminat sgt.. lelagik musim ujan.. papi ajak pi mesjid tp kitorg dh janji dgn drama mama nk dinner mlm esok, tu pong kalu dia xbz sbb dia kt KL amik parent dia blk haji. ko kenal kan?

Azizan Zolkipli said...

saya nengok gerhana bulan dari laman rumah ajelah nanti, bentang tikor mengkuang sambil ajak anak dara rumah sebelah makan kuaci hehehe ...

Liz Rohaizat said...

ely> ape yg esok pagi? gerhana ni waktu malam la. so acara tu waktu malam. tak perlu register la. boleh dtg je. register tu kalau ko nak goodie bag and main space hunt. baizura? kenal.

azizan> hikhik. tgk dari laman rumah tu boleh tapi tang ajak anak dara rumah sebelah makan kuaci tu tak boleh. hehehe

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.