Thursday, December 29, 2011

Stress dan "lemau" yang tiada kaitan antara satu sama lain

Dah hujung tahun nie, semua orang macam “lemau” je nak kerja. Ada yang habiskan cuti tahunan. Yang tinggal bekerja, dah banyak rileks je. Boss pun sama-sama “lemau”. Tak datang kerja. Bagi arahan dari rumah je. Sedapnya jadi boss.

Pagi tadi, ada desk calendar dan planner atas meja. Macam biasa la. Pemberian boss. Tiap-tiap tahun boss memang tak lupa. Kalau I takde planner, memang rasanya lintang pukang la kerja kot sebab banyak sangat benda nak kena ingat, nak kena follow up.

Jadi, tengah-tengah “lemau” nie, saja check Public Holiday untuk tahun 2012. Ok gak la, ada juga hari-hari untung untuk ambil cuti. Untung bermaksud, ambil cuti sehari tapi boleh cuti sampai 2-3 hari. Memang patut diambil la kan? Rugi je kalau tak ambil.

My annual leave masih berbaki sebanyak 3 hari. So total annual leave untuk tahun 2012 banyak juga la. Tak tau nak buat apa lagi. Tapi rasanya cuti untuk raya puasa kena ambil 3 hari. Confirm taska tutup lama. Untuk raya haji, boleh ambil sehari.

Maknanya baru buat planned leave untuk 4 hari. Wah, stress sebab banyak lagi baki annual leave. Hehehe. Maybe boleh consider ambil cuti pada 30 April, 14 November dan 24 December. Hah, cepat selak calendar. Cun kan?

Ni baru total 7 hari. Ada banyak lagi cuti. Takpe la. Simpan untuk family holiday dan emergency case.

3 scribble(s):

p!nkerton said...

kihkih year end blues. aku pun malas ni haa. balance AL ada lagi 16 hari. nk bercuti time cuti skolah macam malas sbb mahal & ramai org. carry fwd next year, rasa macam nak pi jalan2, tp takde plan lgi huhu..

Irfa said...

oh yer ker?
belum check lagi cuti utk tahun depan..kena plan ni

Liz Rohaizat said...

fatih> balance AL 16 hari? tu lagi lah byk. kalau aku, xtau nak buat ape. ko elok pegi cuti 2-3 minggu la. hehe

irfa> betul, kena plan. br senang boss approve dan baru best kita cuti lama

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.