Friday, December 02, 2011

Sambal sotong pukul 3 pagi

Semalam, hubby kena kerja overtime. Lepas congak-congak masa, I buat keputusan untuk balik rumah dulu la. At least, sempat la I nak memasak. So lepas beli barang sekejap, I jemput Tisya 30 minit lewat dan kami meredah hujan lebat untuk sampai ke rumah.

Sampai rumah pun dah pukul 7.30 malam. Nasib baik Tisya tak banyak ragam. Dia duduk kat sofa sambil layan Tentang Dhia. I pulak terus solat dan masak. Dapatlah 3 lauk. Sambal tumis pekat sotong, ikan goreng dan sayur goreng.

Elok je lepas mandi, hubby called. Katanya dia dah boleh balik. Tengah berjalan kaki ke stesen monorail. So I terus bersiap untuk keluar ambil hubby kat LRT station.

Sampai kat parking lot, I masuk kereta dan started the engine. Tiba-tiba alarm kereta berbunyi dan taknak berhenti. Gila! Tisya terpinga-pinga. I dah kalut. Confirm keempat-empat block boleh dengar. Dah la taknak berhenti. Cuba cari punca tapi tak jumpa heh.

Kebetulan, jiran sebelah rumah tengah merokok kat luar. Dia datang tolong tenggokkan. Tapi dia pun tak berjaya nak hentikan bunyi alarm tu. I yakin ramai tenants yang dah menyumpah I malam tadi. Hahaha.. sorry sangat.

Last-last, berhenti sendiri. Tapi masalah lain pulak timbul. Kereta tak boleh start. Dengan abang tu sekali pening kepala. Last-last suruh hubby cari jalan balik sendiri je la. I tak dapat nak jemput dia.

Dia sampai rumah pukul 11 malam. Tisya gigih tunggu abi dia. Bila ajak masuk tidur, dia cakap dia nak tunggu abi. Malam tadi Tisya tidur dalam pukul 11.30 malam. I ajak dia masuk tidur. Kiranya nak tidurkan dia dulu sebelum kami makan tengah malam.

Sekali.. dengan umi dia tertidur sekali. I terbangun pukul 3 pagi. Isk... Tengok hubby pun dah tidur. Bila kejutkan dia, dia kata dia ada kejutkan I ajak makan tapi I tak menyahut langsung. Ceh, yer ye je la kan. Kalau setakat panggil, mmg la tak menyahut. Cuba la gerakkan badan sikit.

I rasa dia pun tertidur sama sebab pintu bilik tak ditutup, lampu kat ruang tamu pun elok menyala. Sah-sah dia pun tertidur. Lagi nak kata ada kejutkan kita :p

Sudahnya makan sambal sotong pukul 3 pagi.

5 scribble(s):

weed said...

hahahaha....true2...mmg kite dgr kalo kene panggil..tp nak gak tunggu kene gerak2..eheehe

Liz Rohaizat said...

weed> masalahnya, aku tak dengar pun dia panggil. hahaha, sah-sah tidur mati.

Ely Hasrul said...

aduishh sedapnye smbal sotong tuuu... mmg sanggup mkn kul 3 pagi.. cam sahur plak hahaha

Ely Hasrul said...

komen aku xkuar ker? cis..

sedapnye sambal ko tuh.. terliur aku..

Liz Rohaizat said...

ely> hikhik. mcm xtau pulak komen kena approve dulu. tu yg lambat. hehehe.. tu la, aku dah terasa mcm bersahur dah.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.