Tuesday, December 13, 2011

Pencarian kindy berakhir

Aik, cepatnya berakhir! Hehehe... ni la penangannya bila dah jumpa yang berkenan di hati. Terus tutup buku. Tak payah cari yang lain.

I nak cari kindy yg dekat dengan office. So kalau ada apa-apa hal, senang je nak pergi. Dekat pun dekat. Masalahnya, kat laluan perjalanan ke office nie, banyak chinese kindy. Dah kawasan orang Cina. So memang banyaklah chinese kindy. Nak buat macam mana?

Susah juga nak cari kindergarden utk Tisya. Kalaulah boleh pejam mata je, kan senang. Hmm, 20 tahun dulu mungkin senang sebab kita hanya ada Tadika Kemas dan Taski ABIM. 2-2 pun bagus kan? Sekarang? Macam-macam ada. English based, Islamic Based, Mathematic Based, Mandarin based.. pilih je mana yg berkenan.

Hasil daripada penilaian beberapa kindergarden yang I dah checked, ada beberapa perkara yang buat I concern.

FOODS
Ni main concern. Bukan kisah berapa kali murid akan diberi makan tapi sumber makanan tu. I ada tanya satu centre. Principal orang Cina. Ok, tiada masalah. Next question yang I tanya ialah siapa masakkan makanan pelajar. Dia jawab, “We have Indonesian kakak to cook the food. Don’t worry. It’s halal”. I tanya lagi, “Is she a Muslim?”. Dia jawab, “She’s Indonesian”. Erk, apa maksudnya tu? Indonesian tak semestinya Islam. Kalau tukang masak tu Islam pun, belum tentu halal jika bahan yg digunakan tu haram. Risau mendengar jawapan principal tu sebab I tak rasa dia faham maksud “halal” yang sebenar.

BILIK PEMBELAJARAN
Kebersihan sangat penting. Keluasan juga perlu sesuai dengan jumlah pelajar. Keceriaan kelas juga penting agar pelajar suka datang ke sekolah. Satu centre yg I pergi tengok, bilik kecil-kecil. Tak kesah lagi. Tapi bila tanya berapa org pelajar dalam satu kelas, jumlahlah tidaklah sesuai dengan keluasan bilik. I boleh imagine pelajar-pelajar bersesak dalam bilik tu. Terus tak jadi. Fussy eh? Ahaks, fees mahal tau tapi kelas kecil. Takde la I nak anta anak ke sana.

QUALIFICATION
Kita tahu, ada sesetengah guru betul-betul nak ajar pelajar bagi pandai. Ada juga yang buka centre berorientasikan keuntungan semata-mata. Tanpa disedari, nak cut cost punya pasal, mereka hire guru-guru yang kurang berkemahiran. For me, guru-guru utk kindergarden perlu ada qualification sebab pembelajaran di peringkat ni memerlukan teknik yang sesuai. Tak tau la korang. Tapi I rasa seorang cikgu memerlukan solid foundation dalam bidang pendidikan. Bukan nak kata SPM level tu tak bagus. Cuma I risau kalau cikgu bertukar ganti gara-gara cikgu tu takde passion in teaching. Kalau asyik bertukar cikgu, pelajar pun rasa tak best. Baru nak ngam dengan cikgu, dah tukar ciktu baru. Silap hari bulan, anak kita dah tak suka pergi sekolah sebab cikgu kesayangan dah takde. So carilah centre yang ada letakkan contract period utk setiap cikgu. Dan lagi bagus kalau centre tu hantar cikgu-cikgu dia pergi kursus setiap tahun.



Ni 3 perkara yang I akan check. Tang silibus, tu terpulang pada masing-masing. I teringin nak enroll Tisya dalam Islamic Kindergarden macam Genius Aulad dan The Little Caliph.

Nak dijadikan cerita, ada satu The Little Caliph baru buka dekat-dekat kawasan office. Nak kata dekat tu, ada la 10 minit perjalanan. Kira dekat la tu. We went there eventhough we knew the registration for year 2012 is closed. Dengar cerita, masa Open Day dah terus full.

Saja nak tengok persekitaran kindy. Tak bawa kamera pulak. Masa kami datang, masih ada pelajar di situ. Cikgu-cikgu pun tengah melayan student. Kat sini ada half day dan full day session. Kira ok la sebab full day session start on 7.15am. Kalau hantar Tisya kat sana, memang takde masalah.

We met the teachers. Dengar sedikit penerangan dan tanya tentang registration fees. Fees untuk setiap centre tak sama tapi harganya tidaklah jauh lari. Monthly fees hanyalah RM350 untuk full day. Kalau registration fees pulak, harganya lebih RM1k juga tapi tak la mahal sangat sebab tu pun dah masuk monthly fees for the first month.

Masa kami berbual dengan teacher, Tisya duduk melekat kat abi dia. Senyap je tapi mata dia pandang kiri kanan tengok "kawan-kawan". Sebelum balik, dia salam teachers. Sorang teacher siap ajar dia salam dengan cara yang betul (instead of hulurkan sebelah tangan, kena hulur 2-2 belah tangan). The meeting was short and brief but I can't believe Tisya boleh ingat beberapa perkara.

Dia praktikkan cara bersalam yang betul selepas teacher tu ajar dia. Itu baru pembelajaran tak formal ye. Bayangkan kalau dia enroll kat situ. Betullah kata orang, guru berperanan memberikan contoh terbaik untuk anak-anak.

Dia juga ingat "kawan-kawan" dia memakai tudung. So sekarang nak keluar, dia sibuk nak pakai tudung juga walaupun pakai gown kembang. Dia juga dah kata "Nak pergi sekolah baru. Taknak pergi sekolah Cikgu Dila". I kena cakap, tunggu Tisya 4 tahun, nanti kita pergi sekolah baru. So dia faham la sebab dia tau sekarang umur dia baru 3 tahun.

Nama kindy ni ialah Tadika Khalifah Didik. Di bawah program The Little Caliph. Lokasi di Taman Dagang Fasa 3. The Little Caliph memang dah terkenal dengan program mereka. I rasa baguslah sebab anak diberi pendedahan agama sejak kecil. Founder pun akan check centre setiap bulan. So tiada kompromi dalam kualiti.

Untuk sesi tahun 2012, memang tiada kekosongan tapi kalau korang nak daftar awal, boleh daftar. Nanti bila registration tahun 2013 dah dibuka, mereka akan alert kita dulu. Untuk mendaftar, boleh ke tadikakhalifahdidik.blogspot.com.

14 scribble(s):

fiza said...

Akhirnya...jumpa gak. Adik aku nak daftar utk anak dia thn depan, tapi dah fully booked. Kat area umah aku ni ada, tapi tak mampu lah...bley tahan gak registration fees nya.

Liz Rohaizat said...

fiza> adik ko nak daftarkan anak dia kat khalifah didik juga ke? mmg dah fully booked. registration fees dlm RM6++. Kalau nak terus keluarkan RM1k lebih, mmg terasa banyak. Tapi sebab aku nak enroll Tisya utk tahun 2013, sempat la nak standby sikit2. monthly fees utk half day, kalau tak silap dlm RM250.

kat sini ada PASTI tapi takde transit. nak tak nak, kena cari tadika yg ada transit sebab anak aku kan duduk nursery. satu hal pulak kalau nak jemput dia kat kindy lps dia abes kelas, lps tu anta ke nursery pulak.

tapi kan, registration fees kat sini murah la dibandingkan dengan Smart Reader, Q Dees dan seangkatan dengannya.

Ely Hasrul said...

aku selagik tak pindah mmg tak pg tgk kindy utk sami. GA ade kt kinrara tp opismate papi kata dia anto anak dia ke situ tak berkembang plak. hehe.. xpe.. kang dh pindah aku survey dulu sbb aku kire2.. pindah kang dgn aku pastu dlm pantang.. cam rugi aje nk register awal2.. skang sami dh buat perangai, asal g school jek nangis, nangis manja mengada la sbb nk ikut kitorg. haihhh xtau la sbb nk dpt adik ke ape nih.. tp teacher dia ckp kejap aje, nangis dpn pagar patu lari2 masuk dlm dgn gembiranye alahaiii..

Liz Rohaizat said...

Ely> kalau kindy yg ada sistem ni, mmg kena tgk centre tu. tak semestinya semua GA, TLC tu bagus. kena pergi tgk sendiri. kalau centre yg ada cikgu2 yang bagus, ok la. not sure about GA sebab aku tak check pun. jauh dari rumah. tapi TLC memang founder dia datang monitor tiap2 bln. kalau anak2 kat sana kurang bagus, cikgu2 la kena jwb. TLC kalau tak silap aku, guna one to one approach.

p!nkerton said...

early education nowadays mahal betul kan? :( tapi sbb trend pun ye jugak.. kite kecik dulu rilek je taska abim or kemas hehe.. aku byr utk enrollment athirah aritu pun dkt 1500.

Liz Rohaizat said...

fatih> ada je yg murah. murah dan mahal bergantung kepada pengisian pembelajaran. nak atau tak bergantung kepada ibu bapa. mcm aku yg penting centre tu bagus+dekat dengan office+fees tak membebankan. setakat TLC yg RM350 sebulan tu, aku boleh bertahan lagi la dgn seorang anak nie. hehehe

*∽ IZAN ∽* said...

wahh thanks for sharing. Me pun tengah carik2 kindergarten utk my litle Dania... masih belum dapat keputusann uhuhuhu

Liz Rohaizat said...

kak izan> kak, cari jgn tak cari! saya pun mula2 pening kepala sbb mmg berhajat nak hantar ke islamic kindy with english medium tapi yg byk kat area ni chinese kindy. nasib baik la ada terjumpa satu

Ely Hasrul said...

aku pagi tadik cm nk kol ko aje mengadu. ko tau school sami bape chage thn nih?

reg- rm200 (aku xtau dia nk tulis dlm buku emas kot)

mthly - rm450 (dia claim thn nih patut 450 sami dpt 400, thn dpn 500 tp sami dpt diskaun jadik 450)

insurance - rm5 (sama tak berubah)

learning kit - rm400 for 6mths (thn nih rm360, naik 40hengget)


aku xtauuuu nak ckp ape! hahahhahaha seb beik uniform dia sume mmg muat lagik...

Liz Rohaizat said...

ely> ala, call je la. aku one man show hari nie. semua kat luar.

total rm1055 kah? hahaha.. lebih kurang sama mcm TLC yg aku check tu je. bertabah lah ye!

Irfa said...

dear liz..
kalau mampu tak salah pilih yg mahal krn kita mahu hasil yg terbaik.kalau tak mampu tadika kemas je la :-)

Liz Rohaizat said...

irfa> ahaks, saya produk tadika kemas.

maisy said...

Mahal nyee lah...tp sebab kita pon tk sempt nak ngajo...ade je org yg paid RM 1k permonth anto anak kecil die..and utk aku PASTI and Kumon je la yg mampu..nasib baik sume dekat ngan rumah..

Education nowadays mmg mahal kan...nanti si adik plak nak masuk taska...

Liz Rohaizat said...

maisya> dah tgk PASTI tp takde full day pulak. kalau aku nak bayar tadika, lps tu bayar nursery dia yg skrg nie, masak aku. bila cari kindy yg ada transit, jimat sikit

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.