Monday, December 05, 2011

Ombak Rindu

Wohoooo… sejurus lepas I letak status kat FB, ada sms masuk, “Eh, ko layan novel Melayu ke?”.

Apakah maksudnya tu? Ahaks, mentang-mentang I banyak beli English novel. Sebelum I berkecimpung baca English novel, I dah layan novel Melayu la. Masa sekolah rendah mana nak pandai English. Novel Melayu je la yang I baca. Ditambah pulak dengan mak I rajin “merampas novel” dari murid kelasnya, dapat la I baca novel kakak-kakak tu.

Cuma I tak ingat title. Satu-satunya tajuk novel yg I ingat ialah DONIA. Nice story kan?

Bila filem Ombak Rindu dihebahkan di blogs, I tak ambil peduli. Tapi bila baca synopsis, I terus menjerit dalam hati sebab I pernah baca buku tu dan I masih ingat jalan ceritanya dan cerita tu sangat best! Novel ni memang I ingat sebab I ingat hero tu beli heroin tu kat pusat pelacuran. Actually, perempuan tu merayu agar lelaki tu tolong selamatkan dia. Dan lelaki tu beli dia dari bapa ayam, bawa dia tinggal di satu rumah, siap menikah sebab perempuan tu jenis perempuan baik yang takut dosa tapi dengan syarat, benda ni semua dirahsiakan. So perempuan tu terperap dalam rumah tu. Kalau tak silap, driver lelaki tu akan hantarkan barang ke rumah. Pakcik tu sampai ingat tu perempuan simpanan majikan dia hinggalah satu hari, perempuan tu bagi tau yg dia sebenarnya bernikah senyap-senyap.

Lepas tu ada la orang ketiga. Kena kahwin. Tak boleh nak salahkan sesapa sebab takde orang tau mereka dah menikah. Sob sob.. memang mainkan perasaan betul. Fuh, serious I suka giler kat novel nie!

Alamak, camne nak ajak hubby pergi tengok? Dia dah la tak suka filem Melayu. Please, jom la teman Liza tengokkk. Buku dia best sangat.

4 scribble(s):

Ely Hasrul said...

ko tau laki aku bleh ckp 'b kawan2 i ckp cite nih besh' hahahahhaha nmpak sgt dia nk ajak aku tgk or dia nk beli dvd nye karang hahahahha

fiza said...

Novel ni memagn best. Aku memang ulang² baca. Nak nengok wayang...hhhmmm...tak depek lah nampaknya.

AyuArjuna BiGoshh said...

akakpun teringin nak tonton :)

Liz Rohaizat said...

ely> novel dia mmg best tapi movie aku xtau sbb tak tgk lagi. jom la kita pergi tgk. aku takde kwn nie.

fiza> hehehe, aku baca masa zaman dulu2. rasa mcm eiii bestnya hero nie. hahaha...

kak ayu> eh kak. ajak la encik abang pegi tgk.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.