Tuesday, December 06, 2011

Makcik urut di Kg. Pandan

Beberapa hari sebelum my appointment dengan makcik urut, pergelangan tangan belah kiri dah mula sakit. Nak angkat barang pun rasa sakit. Jadi bila makcik tu datang rumah, perkara pertama yang I minta dia check ialah tangan tu. Dia usap dengan ibu jari dan terus cakap yang ada angin kat situ. Lepas urut sikit, timbullah tempat tu. Memang macam bengkak sikit kalau nak dibandingkan dengan pergelangan tangan kiri.

2 hari makcik tu mengurut. Tu paling kurang la. Kalau sehari, makcik cakap tak terasa sangat. Kalau 2 hari, hari pertama dia akan “selongkar” mana yang patut. Hari kedua, tinggal nak sempurnakan je. Wah, bunyi macam ape je kan? Hehehe.. tapi kan, hari pertama memang menahan sakit la. Tengok makcik tu selamba je urut tapi jari dia kuat. Memang rasa kena “selongkar” habis. Lepas tu ada 2 points ada angin. Tahan beb, I suruh makcik tu pecahkan juga. Patutlah selama ni sengal je.

Masuk hari kedua, dah rasa sedap je. Takde sakit-sakit dah. Peranakan dah naik, perut tak kembung. Tu la yg best bila dah berurut. Rasa cergas sikit. Pergelangan tangan pun dah baik. Makcik kata 70% angin dalam badan dah keluar. Wah.. lagi 30% tu camne tu?

Kalau ada sesapa berminat nak dapatkan khidmat makcik ni, boleh call makcik Umi – 0129772494. Makcik ni tiap-tiap hari urut orang. So kena booking.

7 scribble(s):

fiza said...

Nak berurut gak lah. Brapa harganya liz. Klo aku balik umah mak kat kg pandan tu bley gak buat appointment.

Liz Rohaizat said...

fiza> makcik ni tak letak harga. ikut keikhlasan kita. sebab dia dpt ilmu dari arwah nenek dan arwah mak dia. mereka pun tak letakkan harga. bagus kan? tak berorientasikan perniagaan

Ely Hasrul said...

aku baru nk mintak kontek no dia haha.. sbbnye aku kan mmg super angin tu yg aku asik hangin aje hahah.. nnti nk try lah makcik nih

bese org mengurut nih mmg dpt ilmu turun, tgn mmg semulajadik kuat. wahh ikut ikhlas ye.. bagus nyeee

Liz Rohaizat said...

ely> hehe.. tu la, ikhlas katanya. kebanyakan yg aku call, letak rates. so bila dia kata ikhlas, kita pun tau dia ikhlas nak mengurut. ooh, kalau ilmu turun, tgn semulajadi kuat eh? aku ingat aku yg ngada2 sakit. tapi aku tahan la sebab nak bagi dia urut betul2.

Liz Rohaizat said...

makcik ni kena pick up dia. bawa ke rumah dan lps siap, hantar dia balik. katanya, tu lagi senang sebab dia takut sesat. dan dia mmg nak kita tau kat mana rumah dia. so org percaya dia tak tipu punya org. kalau ada masalah, dah tau rumah dia kat mana.

tp kalau nak urut kat rumah dia pun boleh. ni case kalau rumah ko jauh sangat la mcm kat port klang ke. cuti sekolah ni, cucu2 dia blk rumah. takut segan pulak

lady dyha (",") said...

mcm berminat nak urut gak jer...nak bg dier btlkan aper yg ptt cos dyha da get married almost for 5 yrs but then blm dpt baby...agk2 ok x?

Liz Rohaizat said...

lady dyha> boleh cuba. kita usaha, selebihnya tawakkal kepada Allah :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.