Monday, December 05, 2011

Keguguran pun wajib pantang macam orang bersalin

Nak tanya korang yang pernah mengalami keguguran. Kalau yang tak pernah mengalami keguguran tapi boleh jawab soalan ni, silalah jawab.

Berapa lama tempoh berpantang utk mereka yang keguguran?

Kalau ikutkan hari nie, dah masuk 14 hari I berpantang. Benda yang sejuk-sejuk memang tak ambil. Ada tanya sorang bidan nie. Katanya, jangan makan benda yang sejuk je. Lepas tu katanya, pantang betul-betul dalam 2 minggu. Lepas tu, kalau nak pantang lagi, terpulanglah.

Wah, tapi memang ada beberapa orang cakap, hanya perlu berpantang selama 2 minggu. Tapi ada juga yang kata kena pantang 44 hari. Paling lama I pernah dengar, pantang selama 100 hari. Fuh, lama tu.

Lain bidan, lain ilmunya. So berapa lama nak kena pantang sebenarnya nie?

Semalam, I mula berurut. Yups, agak lambat la juga kan? Ni sebab tak jumpa makcik urut kat KL. Bukan tak cari. Puas dah tanya orang tapi kebanyakannya tak tau (sebab mereka berurut di kampung) dan ada yang jauh dari rumah. Sudahnya, google di Internet aje. Hehe.. tu yg dapat contact no seorang makcik di Kg. Pandan.

Semalam dia datang berurut. Petang ni 2nd round. Fuh, kuat tangan dia mengurut satu badan. Orang kata, sakit-sakit sedap. Ada 2 tempat makcik kata dah masuk angin. Bukan baru masuk tapi dah lama. Memang selama ni terasa dah masuk angin tapi takde masa nak pergi berurut.

Paling risau, time nak sengkak. Pengalaman kali pertama sengkak rahim buat I rasa takut. Maybe sebab tukang urut tu baru lagi. Sakit giler dia sengkak. Sampaikan ke tengah malam sakit lagi. Kali kedua masa bersalinkan Tisya, alhamdulillah ok. Yang kali ni pun ok. I guess pengalaman tu memainkan peranan penting la kan?

Saja tanya makcik urut nie, berapa lama nak kena pantang. Katanya 30 hari dah memadai. Tu pantang makan ye. Pantang lain, kena tunggu sampai signal, baru boleh stop berpantang. Huhuhu.

Sebenarnya, ibu yang keguguran wajib berpantang macam orang bersalin. Kalau boleh, biar lebih. Sebab keguguran ni umpama memetik buah mangga muda. Bila dipetik, getahnya mengalir lama. Seolah-olah dipaksa. Janganlah nak pantang main-main kerana kesannya takkan dirasai sekarang. Sebaliknya penyakit akan datang selepas umur 40 tahun.

20 scribble(s):

maisy said...

aku rase bersalin lagi perlukan care dr gugur kot..sebab tak byk mnde yg bergerak lagi..rahim pon taklah turun mcm bersalin...alignment pon tk byk lari..so utk aku,just 14 days je,and tak urut langsung...

Tk ramai yg mengurut aft gugur ni..tp kalo nak berpntang lame pon..lg bagus kan..tk minum sejuk sume...

Liz Rohaizat said...

maisya> tu la aku cakap. byk versions. hehehe, jadi terpulang pada badan masing2. makcik tu ckp, kalau dah start buat semua benda secara normal dan dlm masa yg sama tak rasa mcm nak bentan, kira ok la. badan kita kuat. tapi kalau rasa nak bentan, maknanya kena la teruskan pantang.

yups, urut org bersalin dan org gugur lain la. bersalin mmg urut habis. utk keguguran, lebih kepada buang angin dan sengkak rahim kalau rahim turun sikit. kdg2, rahim boleh turun tanpa sedar kalau kita selalu buat kerja berat. tu yg aku kena sengkak gak tu sebab dah turun sikit. tapi lepas sengkak, selesa je rasa.

pantang mkn aku nak bagi cukup 30 hari. yang lain dah tak pantang dah. cuma stokin tetap pakai sebab sejuk

pizet said...

pendapat dari org x dak pengalaman ni..huhu rasa pantang gugur ni lagi strict dari bersalin kot..pendapat org yang x dak pengalaman ni la..serius x dak pengalaman bab ni..harap2 x kan ada lansung la kot

Ely Hasrul said...

aku xpasti la bape hari tp mmg dinasihatkan berpantang lah. kakak ipar aku pantang makan bende sejuk SETAHUN!! tahan betol dia tuhh huhuhu

Liz Rohaizat said...

pizet> hehehe, takpe.. semoga dijauhkan dari awak.

ely> aku rasa paling cepat pun 2 weeks kot. setahun tak mkn sejuk? huhu. tak boleh, ice cream memanggil-manggil aku dah nie.

mummY daniSha said...

hi liz,mase gugur dulu x pantang pun hehee.sebab kecik lg mase tu..baru 4 weeks...turun macam tu je...x yah dnc pun...kene pantang jugak ke kalau gugur mcm ni?

Liz Rohaizat said...

mummy danisha> kalau tanya makcik urut, tetap kena pantang. paling singkat 2 minggu. takpe, masa saya 1st time gugur dulu pun tak tau. mmg tak pantang apa. sama macam awak gak. natural. no D&C.

tapi bila tau, terus minta urut sebab nak naikkan peranakan. walaupun singkat, gugur tu menyebabkan rahim luka dan peranakan boleh turun sedikit.

p!nkerton said...

salam liz.. sorry aku lambatttt sgt drop comment. susah nak bloghop skang sbb dah kena blocked kat opis ;p balik rumah pulak bersilat dgn budak2.
sorry to hear bout the miscarriage. mungkin belum rezeki utk tambah ahli keluarga & ada hikmahnya. insyaAllah tak lama lagi ada la tu, Aminn :) take care k, mmg kena berpantang kan, badan nak pakai lama :)

Liz Rohaizat said...

fatih> hohoho, takpe la. aah, mmg tgh berpantang sekarang ni. buat mana yg terdaya je la

weed said...

mmg byk version bab2 pantang ni...ade yg hardcore...ade yg biase2 je....memule org soh aku urut awal2...tp mak aku tak bg....so aku tunggu pas abis 44 hari baru aku urut...tp dlm mase tu aku makan ubat bidan....so time bidan tu urut...kejap je...sbb dia kate takde masalah....peranakan pn ok...member aku sorang ni dulu nurse bidan...dia kate 2 weeks je dh cukup....so pantang aku ni gabungan moden n tradisi...hehehe...

Anonymous said...

hi, boleh bagi no tel makcik urut tu tak? tq

kakakokie@gmail.com

iela_damia said...

Akak nak no makcik urut 2 boleh tak..

Liz said...

Umi urut-->0129772494

chentahatimami said...

Mcm mn kita nak tau dah betul2 kuar bila kegugutan tu...saya keguguran ni..masuk ni 6 hari bleeding..hari ke 5 keluar ketulan darah dan selaput sedikt..hari ke 6 keluar lg darah ketul dan selaput juga..skrg masih lg sakit di ari2 dan pinggang mcm senggugut..sy 1st time kegugura .

Liz said...

chentahatimami> first, dah jumpa doktor? kalau belum, awak kena jumpa doktor kerana hanya doktor saja yang boleh check samada keguguran tu telah selesai atau tidak. memandangkan bleeding dah masuk hari ke-6, disarankan sangat awak jumpa doktor. takut keguguran tidak sempurna atau ada side effect yang lain. jgn tunggu lama-lama ye. bahaya.

mia evans said...

Kpd penulos blog liz rohaizat, sy baru lpas gugur dan sedang pantang..bole tak sy dapatkn no makcik dkt kg pandan tu utk berurut??

Liz said...
This comment has been removed by the author.
Zie Zila said...

Sy pon tgh pantang 9hri lpas keguguran jgak, tp bdan blom urut lg, skrg ni jaga makan je, igt nk sengkak gak tp blom ad jmp makcik urut, huhu
Nak tye awak sengkak mse lpas pantang bpe hri?

Liz said...
This comment has been removed by the author.
Liz said...

zie> masa tu saya dah lambat sbb x jumpa2 bidan kat kl. masa hari ke 13 barulah urut. tapi seeloknya urut dan sengkak awal.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.