Tuesday, December 13, 2011

How to trust my husband after...

Last Saturday, singgah rumah MIL. Sebelum balik, Tisya ajak sepupu dia ikut balik. So cik Puteri ikut kami balik. Sampai rumah around 2 pm. Masak lauk utk makan tengah hari. Agak lewat tapi kitorang ok je sebab pagi tu dah makan nasi goreng. Lepas tu diorang sambung main. Pukul 4 petang, bawa diorg masuk tidur tapi pukul 5 petang baru 2-2 lena. Dah kata kat diorang, kalau nak pergi playground, kena tidur dulu.

Pukul 6.30 petang, hubby bawa diorang pergi playground. Sengaja tak mandikan dulu sebab confirm bebudak ni berpeluh sakan. Hubby bawa kamera sebab nak ambil gambar-gambar diorang. I siapkan kerja kat rumah.

Masa I ada kat luar, I terdengar sorang saudara jiran bercerita. Ayat dia lebih kurang camni la, "Ada nampak lelaki tu sibuk ambil gambar anak dia. Anak dia dua orang".. Bla bla bla.. dia macam tak puas hati. Tapi cerita sebenar I tak dapat tangkap. Takkan nak skodeng pulak kan. Tapi sah la makcik tu bercerita pasal hubby. Sudah, apa pulak yg laki aku dah buat?

Pukul 7 malam, diorang tak balik lagi. Pukul 7.15 malam, tak balik lagi. Ewah, apa yang lama sangat kat sana. Hari pun dah gelap. Lepas azan maghrib berkumandang, baru I dengar orang bagi salam. "As-sa-la-mu-lei-kum".

I buka pintu dan....

"Haaa, ape dah jadi nie?"... I tunggu hubby tutup pintu. Lepas tu I sambung, "Patut lah Liza dengar makcik tu bercerita pasal abang yang rileks je tengok "anak" dia yg 2 orang tu. Eiiii, sape suruh buat camni?"

Nak tau ape jadi?


Cik Puteri

Cik Batrisyia

Masa ni elok lagi main kat playground. Entah bila, mereka "berpindah" ke fountain.

Reaksi abi : Wah, best ambil gambar.
Reaksi umi : Jangan! Ni mana selipar nie?? Pergi pakai selipar!

Reaksi abi : Ala, alang-alang dah basah, biar je la diorang main air
Reaksi umi : Jangan duduk situ. Nanti jatuh! Dah.. balik!

Reaksi abi : Seronoknya diorang main air!
Reaksi umi : Astargfirullah! Itu fountain. Bukan kolam renang.
Apsal bagi diorang masuk?

I geleng-geleng kepala bila tengok gambar-gambar nie. Lagi geleng kepala bila tengok video yang hubby ambil. Sabar je la. Kalau I, jangan nak kata masuk dalam kolam tu, diorang main kat air pancut tu pun I tak bagi. Memang la pemikiran kami berbeza, kan? Tapi kalau tengok video, memang diorang seronok main air.

Bukan mereka berdua je yg masuk dalam tu. According tu hubby, lepas diorang masuk, ada la beberapa orang budak besar-besar masuk kolam tu juga. So bila yg besar dah conquered, dua org kecil je dah naik.

Guess what? Saudara jiran yang "bercerita" tentang hubby tadi.. anak jiran I pun turut sama masuk kolam tu. Kehkehkeh. I nampak bebudak tu balik dengan ayah dia, satu badan lencun. Ayah mereka? Tengok saja sambil cakap, "Masuklah. Nanti mak kau marah, ayah tak tau".

Ahaks, senang je lelaki cakap. Lelaki bagi anak dia buat apa aje, biar mak-mak yang marah. Sudahnya mak-mak nampak macam garang orangnya :p

I terfikir juga. Mak-mak yang lain akan beri reaksi yang bagaimana agaknya.

Note: I know benda ni bahaya. Thanks God tak jadi apa-apa kan? Ini menjadi peringatan kepada semua orang juga. I rasa nak call Management Office, minta mereka keluarkan memo tentang hal nie.

8 scribble(s):

Cynthia said...

actually kan, I tak kisah kalau main dalam kolam renang.. tapi jangan main dalam fountain pasal ader letrik tuk pancut tu.. bahaya la.. nanti letrik shock!

Liz Rohaizat said...

cynthia> yups. itu yg I risaukan. kalau dalam kolam, tu takpe.

maisy said...

:) ..husband..mmg tk kisah byk..even anak aku,di bgnye main pasir depan umah..saboo je la..and as for me..aku mmg penuh dgn kata tak boleh...

Kalo setangah parent,boleh ckp biar je la..kalo kita nak tgk 24 hours,mmg le tak tertengok..tp bg aku plak..anak yg kecik besar Dani tu,mmg tk terlepas dr mata aku..biar aku over concern..janji tkdek jatuh sume...Dina pon same,mmg tk leh lepas dr mata aku,kalo kat umah je aku biarkan die...

Apepun anak2 kan sungguh precious..mmg kene care abis...kalo gelang emas ilang pon aku tk kisah sgt...

Liz Rohaizat said...

maisya> sebab tu ramai kanak2 kata mak garang? hehehe.. semuanya tak boleh. kehkehkeh.

bukan senang nak dpt anak eh? maybe sebab kita mengandungnya mereka, so kita rasa anak tu precious sgt. serba serbi kena jaga.

Diyana said...

huhu.diyana pn berdepan dgn masalah yg sama..husben punya pendekatan dgn anak2 nampak terlalu 'relaks' kadang tu.huwaa. sebab tu walaupun diyana keja ahad dan suami cuti ahad tu..tapi tk pernah terfikir nak tinggal bagi dia mengasuh..lagi rela pegi hantar pd akak pengasuh.hehe. tak sanggup nak pikir ,apa budak2 ni jadi masa dok dgn babahnye..haha

Liz Rohaizat said...

diyana> hehe, bapa terlalu rileks atau ibu terlebih concern? mak2 ni sensitif ok!

mcm kes saya nie hah. ayahnya seronok tgk anak main air. anaknya pun seronok dpt main air. maknya? dok mcm2 pk (electrocution la.. kuman dalam air la... anak terjatuh sebab lantai licin la).

Irfa said...

hai liz...
rasanya ramai kaum bapa begitu.
katanya biarlah anak2 rasa nikmat jadi budak..pada mrk semuanya OK.
sbb tu kita mak2 nampak garang..
sebenarnya kita selalu pikir negatif kalau jd apa2 sapa yg susah.

jgn risau..saya pun sama cam awak

Liz Rohaizat said...

ifra> hi irfa! i rasa semua ibu camtu la. i'm not alone :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.