Wednesday, December 28, 2011

Family holiday di Sg. Klah Hot Spring (TRAP) - Part 2

Sambungan semalam

Petang yang sama, hubby ajak pergi ke kolam air panas untuk rendam kaki. Terus bawa kamera sebab rasanya hari kedua, mmg nak mandi puas-puas. Leceh pulak kalau bawa kamera masa tu. Hari pertama, rendam kaki je. Suhu air dalam 42-50 darjah celcius. Tak panas? Hehehe… boleh la rendam kaki sambil menahan kepanasan. Untuk rendam kaki, korang boleh rendam tidak lebih dari 30 minit. Yang pasti, kaki confirm jadi pink kalau rendam lebih 10 minit.



Lepas rendam kaki, kami jalan-jalan di kawasan sekitar. Sempat la pergi ke Taman Terapi. Batu-batu camni memang I tak tahan. Tak tau la kenapa. Nak kata tajam, tak juga tapi I memang tak boleh nak jalan atas batu-batu nie. Kejap je kat pool. Lepas dah check tempat-tempat yang nak diterjah keesokan hari, kami pulang ke villa dan sambung mandi dalam jacuzzi.



Aktiviti malam, BBQ! Ingat nak potong kek sempena wedding anniversary papa mama yg ke-30 tapi Tisya dah tidur. Fuh, penat sangat agaknya. Gambar BBQ memang takde sebab kenapa entah. Masing-masing busy mengipas kot.

Hari kedua. Pagi-pagi dah bangun sebab nak breakfast. Kanak-kanak bawah 5 tahun makan dengan percuma. Kalau korang nak beli extra coupon, hanya perlu bayar RM18. Tapi kami tak beli extra coupon. Makanan yg disediakan ialah nasi lemak, mee goreng, sausage, wedges, omelette, lodeh, roti bakar, baked beans, bubur nasi, mee kari dan cereal. So kalau korang boleh makan banyak, berbaloi la kot beli coupon RM18 tu.

Tempat di terletak di sebelah Management Office. Kalau korang stay kat hotel room, boleh jalan kaki je. Tapi kalau menginap di villa, kena naik kereta.


Lepas kekenyangan, kami kembali ke villa. Nak bersiap utk terjah pool pulak. Tu pun diorang sempat berendam dalam jacuzzi lagi. Isk, tak puas-puas. Kawasan pool (air sejuk) dibuka pada jam 9 pagi. Macam kawasan air panas dan kolam air panas, pagi-pagi korang dah boleh pergi. Takde hal punya la. Nak makan telur setengah masak masa breakfast? Ha, pergi la tempat merebus telur pagi-pagi. Sentiasa dibuka.

Jom tengok apa yang ada.

Tempat merebus telur yang paling famous kat sini kot. Ramai nak merasa telur setengah masak yang dimasak di air panas semulajadi ini. Dah siap instruction kat situ. Korang tinggal set time elok-elok je. Seeloknya bawa telur sendiri. Untuk yang kurang faham, bawa telur yang dibeli dari luar. Faham? Kalau kat sana, 5 biji telur dijual dengan harga RM 2.50. Huhuhu. So standby la mangkuk, sudu, kicap dan sebagainya. Lepas tu, kalau dah makan kat sana, pandai-pandai la kemas balik apa yg korang dah buat. I noticed a few Malaysian yg kurang kesedaran sivik. Tong sampah punya besar pihak Felda sediakan. Elok je diletak berdekatan pondok untuk makan telur rebus. Yang kurang kesedaran sivik nie, sedap-sedap tinggalkan kulit telur kat atas meja. Ape la pemalas sangat nak pergi buang kat tong sampah.



Sebab sakit mata memandang, kami tolong buangkan tanpa banyak cakap. Lepas tu ada nampak orang buang kulit telur dalam kolam air panas. Waddehel! Mak dia pandang je si anak buang kulit telur dalam kolam. Bila dah kotor, salahkan pihak Felda tak jaga tempat tu. Sedangkan yang membuat kotor tu pengunjung sendiri.

Ok, proceed. Kami semua pergi rendam kaki sekali lagi. Kali nie, air memang panas. Tahan weih. Tahan sangat la kan! Sampai la ada sorang pekerja Felda. Pangkat pakcik la. Dia bagi penerangan tentang air panas. Katanya, kalau taknak rasa panas, terus rendam kaki sampai ke dasar kolam. Biar betul tapi memang betul pun. Bila rendam sampai ke dasar, kat dasar tu tak rasa panas. Yang panas, hanya di permukaan. Lepas tu, duduk rendamkan kaki diam-diam. Jangan dikecahkan air tu. Kalau tak, lagi terasa panas. Dah dapat tips tu, barulah dapat rendam kaki dengan tenang.

Lepas tu pakcik tu kata algae di batu-batuan dalam kolam tu elok untuk kulit. Ambil dengan berhati-hati, jadikan paste dan gosokkan ke kulit. Kalau korang pergi, korang cuba. Dah cuba baru tau apa yang best. Hehehe.


Dalam 20 minit lepas tu, kami angkat kaki. Semua tak sabar nak masuk ke kolam air sejuk. Mula-mula rendam badan je. Lepas tu macam syok pulak tengok budak-budak kat situ main gelongsor air. Ape lagi, semua orang cuba. I pelik dengan diri sendiri. Naik roller coaster tak rasa takut pun. Tapi nak main gelongsor ni, dup dap semacam. Terutamanya gelongsor yang tinggi tu. 2-3 kali naik, semua tutup mata. Kehkehkeh. Agaknya I takut lemas kot.





Lepas dah puas main air sejuk, kami gerak ke kolam air panas untuk rendam badan. Wah, sedap je rendam badan kat situ. Kalau nak best, korang pergi rendam di kawasan paling hujung. Tu kira paling dekat dengan punca air panas. Memang sedap. Lepas tu rasa macam mengantuk je. Wah wah.




Tengah hari, kami kembali ke villa sebab perut dah lapar. Dah makan, mata ngantuk. Ada yang tidur, ada yang main playstation. Memang heaven rasanya. Cuti macam ni memang best. Melepak habiskan masa tanpa fikirkan kerja. I suka :)


Malam tu, kami potong kek. Isk, kek pun dah keras sebab dah biarkan seharian dalam peti ais. Takpe, yang penting hampir habis dimakan. Yang tinggal pun kurang daripada suku kek. Alang-alang potong kek, kami beri hadiah utk Danish, Tisya dan Darwisy. Hadiah biasa-biasa je. Yang penting, diorang happy.







Hari terakhir di sana dihabiskan dengan berendam dalam jacuzzi. Pukul 12 nak kena check-out. Pukul 11.30 baru naik keluar dari jacuzzi. Diorang ni memang tau. Nasib baik awal-awal dah kemas barang. Tu pun ada yang jadi Godzilla.


Sebelum balik, ambil gambar kat signboard dulu.

Ala, jauh pulak gambar nie

Berdua

Bertiga

Berempat

Berlima.. terbaik!

Pendek kata, tempat ni memang best kalau korang nak cuti tanpa perlu buat banyak aktiviti. Kalau datang dengan family, pilihlah villa. Villa ni mahal sikit tapi kalau share beberapa keluarga, rasanya harga tu masih mampu. Kalau tak, boleh je pilih hotel room. Untuk maklumat lanjut, boleh ke FB mereka. Boleh dapat harga murah kalau booking dibuat atas nama pekerja Felda. Kalau taknak tidur di situ pun boleh juga. Setakat balik hari, ok je kan?

Untuk maklumat lanjut dan room rates, silalah ke laman web Felda Residence Hot Springs.

2 scribble(s):

Ely Hasrul said...

mmber aku kalu g situ mmg bwk anak buah, then dia g rebus telo.. bila nak buah dh mandi lapo mkn.. then blk hahaha beh tuh ..

kena cuba lah tp pas pantang la gamaknye.. skang tokleh berendam pulak.. haishh

Liz Rohaizat said...

ely> aah, skrg ko tak boleh. aku kan pregnant kejap aritu. so masa tu rasa miss nak rendam. tapi bila tak jadi, dpt rendam puas2.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.