Friday, December 16, 2011

Ahli mesyuarat tingkap

Selepas 20 hari berpindah ke rumah baru, tinggal sikit-sikit je nak kemas. Perabot dari Seremban belum bawa masuk lagi. Nak settle yg sedia ada dulu nie. Tu pun termengah-mengah. Hujung minggu je baru boleh mengemas.

Yang best, sini sejuk! Nasib baik belum pasang air-cond. Jiran yang dah pasang air-cond pun cakap diorg tak pernah lagi switch on the air-cond. Memang sejuk dan nyaman je. Yang best juga ialah address masih di bawah Selangor. Jadi bil air masih percuma :)

Hubby pun dah dapat geng kat sana. Utk ground floor, tak ramai lagi yg pindah. Tapi unit depan dan sebelah kami dah ada orang. Tu la geng dia. Kena pulak 2-2 ketua rumah tu smoker. Malam-malam je, melepak kat luar rumah. Hubby pun join la. Malam je, hilang. Malam je, duduk tepi tembok. Kat tepi rumah tu ada kawasan lapang. Diorang siap dah pasang angan-angan nak letak gazebo kat situ kalau management bagi kebenaran. Amboi-amboi... lepas tu tinggal suruh orang rumah hantarkan kopi panas je kot :p

I masih belum berkesempatan jumpa kakak-kakak tu (wife diorang la). Balik je dah petang. Balik je, masing-masing masuk rumah nak memasak. Weekend je masing-masing dok sibuk kemas rumah lagi. Memang belum sempat jumpa la. Tapi sebagai salam perkenalan, I buatkan chocolate moist cake, potong-potong dan minta hubby hantar ke 2 rumah tersebut.



Oh, yang atas tu I punya. Sepotong je tau.

2 scribble(s):

Irfa said...

selamat masuk rumah baru.
bagus tu salam perkenalan hantar kek lagi...mcm citer omputeh,bila ada jiran baru hantar bakul dengan roti .hehe

Liz Rohaizat said...

irfa> hehe, mcm adegan desperate housewife je tu.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.