Friday, November 04, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Yeay, hari ni nak balik kampung!!!

Ahaks, macam la orang lain tak balik kampung, ye tak? Kampung dekat tapi dah 2 bulan tak balik. 2 bulan tu kira lama la tau sebab kitorang wajib balik kampung sebulan sekali. Mesti fair and square. Tapi sebab dok setelkan hal rumah, ditambah pula dengan macam-macam kenduri, tu yang tak balik kampung bulan lepas. I feel guilty.

Tapi tokwan dan nekwan jangan risau eh. Cucu perempuan ni dah reti nak sebut nama.

Umi : Sapa nama abi?
Tisya : Ro-ai-jat
Umi: Sapa nama umi?
Tisya : Aa-li-ja
Umi: Sapa nama tokwan?
Tisya : Hanapiah (reti pulak dia sebut betul-betul)
Umi: Sapa nama wan?
Tisya : Nor (patutnya Norlisah tapi asyik fail nak ingat. Sudahnya I suruh dia sebut "Nor" je)

I miss my mom's cooking. Bukan I tak boleh masak tapi nak juga mama masak. Fyi, setiap kali I balik, mesti nak request satu lauk untuk dimakan sejurus sampai ke rumah. Untuk malam nie, daging masak sambal bakal menunggu kami. Nyum nyum...

Hari Raya Aidiladha tidak semeriah Hari Raya Aidilfitri. Selalunya, kami hanya beraya di rumah atok nenek. Tidaklah sampai melawat sanak saudara. Ala, rumah pun dekat-dekat je. Satu kawasan.

Esok, kami bakal buat sambutan hari jadi utk 4 orang. Potong kek je. Takde apa-apa pun. Will update about it later. I juga nak melihat DSLR kat rumah tu. Dalam diam ada orang tu beli DSLR. Isk.. jealous betul.

So, sape lagi balik kampung hari ni? Kampung korang kat mana?

2 scribble(s):

Ely Hasrul said...

selamat hari raya.
kitorg blk sekinchan esok. abg ngan kakak aku blk ahad, blk hari aje kot. cam bese aku yg menjadik kesayangan mak mentua nih akan blk skinchan aje hahahhahah

abg aku penah bwk blk maid dia, then maid dia suh anak buah aku danish mandi.. dia ckp 'cpt mandi, nnti nenek marah' dia maksudkan mak aku la. ko tau anak buah aku ckp 'manade nenek kat sini, ini rumah Mbah la.. nenek kat shah alam' hahahahhaha

sami smpai skang xtau ape nama kitorg. dia tau mami papi aje. tp dia tau la nama penuh dia. aku plak xpenah tniat nk ajar xtau ngapa hahahahhaha

Liz Rohaizat said...

ely> selamat hari raya! hehe, ok la. tiap2 kali raya leh balik sekinchan.

ekekke.. sami rindu kat Mbah ke? harus ko selalu bwk dia jumpa Mbah nampaknya.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.