Tuesday, November 01, 2011

Kawan-kawan Tisya di nursery

A few weeks ago, hubby balik lambat. Hari tu hari Jumaat. Dia kerja setengah hari. Jadi kereta dia yang bawa. Bila dah lambat sangat, I balik naik tren. Tunggu punya tunggu punya tunggu, kereta tak muncul-muncul. I buat keputusan utk menapak ke nursery Tisya sebab taknak kena charge overtime banyak sangat. Ahaks.

Sampai sana pun nak dekat pukul 6.45 petang. Dah ramai kawan-kawan dia yang balik. Bila sampai je, kawan-kawan dia serbu sambil tanya, "Mana kereta?" "Mana ayah Tisya?". Masing-masing nak salam. Masing-masing nak bercerita. Tisya? Dia duduk kat meja sambil muka monyok tgk kawan-kawan dia sibuk bercakap dgn umi dia. Hahaha.. tau pulak nak jealous. Tapi lepas I peluk cium dia, dia ok la. Sambung main semula.

Budak-budak ni memang talkative. Macam-macam cerita diorang nak bagi tau. Semua berkerumun. I was like... alamak, tak boleh jadi nie. So I fikir cara nak bagi diorg rileks sikit.

I keluarkan kamera dan tanya, "Sape nak ambil gambar?". I rasa mereka suka bergambar sebab everytime jamuan raya atau hari guru, memang macam-macam pose budak-budak nie buat.

Pertanyaan I disambut dengan sorakan. Yang sorang tu, nama dia Hadif.. siap cakap eh, "Gambar muka kita mesti masuk tau!". Isk... I like him because he called me 'kakak' instead of 'aunty'. Hehehehe..

Maka nursery riuh rendah dengan gelagat diorang. Ada buat aksi Ultraman. Ada buat aksi lawan. Ada buat bentuk keretapi. Ada melompat. Macam-macam! Tapi I suka sebab bebudak ni seronok.

Ni salah satu gambar skema yang I ambil sebelum mereka jadi riuh-rendah buat pelbagai aksi.

From left: Hadif,Fawaz, Tisya, Shafiq, Akil, Sara, Danish

Menurut cikgu, Tisya sebaya dengan Hadif dan Danish. Yang lain, tua setahun dan 2 tahun. Sebenarnya, geng Tisya ramai lagi tapi masa tu ramai yg dah balik. Tunggu la jamuan lain kali. I suruh cikgu dia ambilkan gambar banyak-banyak

6 scribble(s):

HappyIrfa said...

salam kenal dr saya :-)
kalau hantar nursery mmg kena caj overtime bila lambat.akak hantar anak kat rumah orang..kalau lewat sikit tu call n belikan something.
pujuk ati..hehe

Syigim said...

comelnye budak2 kat nursery tu.. semua dah pakai pajamas :)

Ely Hasrul said...

amboi byk nye boys.. patut la tisya ade boifren haha

Liz Rohaizat said...

happyIfra> salam kenal kak. ni mesti blog walk dari blog qasehadam nie. hehe... nursery ni, dia bg free period dlm 30 minit. lps 30 minit, dia start kira OT. mesti kena ambil hati penjaga anak kita, kan? takde la muka dia monyok je bila kita lambat ambil.

kak syigim> haha, dah nak maghrib dah kak. tu yg semua pakai pajamas tu.

ely> oh oh oh, boifren tisya tiada dalam gambar sbb dia dah blk. hahaha.

nieda said...

comelnya kanak2 ni...suka tengok mereka. ceria

Liz Rohaizat said...

nieda> kanak-kanak mmg ceria sebab mereka tiada masalah nak difikirkan. heheh

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.