Tuesday, November 22, 2011

I was pregnant and I had a miscarriage

Terima kasih kepada keluarga, kawan-kawan dan rakan bloggers yang memberi sokongan dan mendoakan kesihatan saya. Here is my story.

Biarlah I bercerita dengan panjang lebar di sini kerana I tak mampu nak terangkan perkara ni berulang kali kepada mereka yang mengetahui. Untuk korang yang tak tahu, akhirnya akan tahu apa yang I rahsiakan sejak seminggu lepas.

I mengandung. Positive UPT pada minggu lepas. Ia merupakan satu berita yang sangat kami nantikan. Read here :

11.11.11 - Finally I'm pregnant again
Implantation bleeding
Bagaimana I beritahu hubby


19.11.2011

Hari yang panjang...

I mula bleeding pagi tu. Menjelang tengah hari, dah mula bleeding banyak. Terus ke ER. Kali ni, tak macam dulu. No more tears. I tenang hadapi apa yang bakal berlaku. Pengalaman itu mendewasakan kita, betul tak? I cuma berharap doktor boleh buat scan dan bagitau apa yang berlaku sebenarnya. Selepas sejam, baru sampai no giliran I. Doktor tanya beberapa soalan. Kemudian, dia cuba scan my womb.

"I tak nampak baby pun. Are you sure you're pregnant?"

Sentap! Ok, I tak sentap bila dia kata takde baby sebab I memang dah tak letak apa-apa harapan. Tapi soalan dia buat I rasa macam orang bodoh pulak. Takkanlah I nak fake my own pregnancy.

She said I might be wrong. Maybe salah buat UPT. So dia buat urine test. Still negative. I dah kecewa. Kecewa sebab I yakin sangat I dpt positive UPT seminggu yang lalu. I'm not lying. Maybe diorang perasan muka I. Doktor sarankan agar urine dihantar ke lab utk further test. Lagi accurate katanya. So I kena tunggu dalam sejam dua.

Jadi, kami balik ke rumah mertua dulu. Secara jujurnya, I dah tak rasa apa. I taknak buat further test. For me, kalau dah negative.. biarlah negative. Janganlah buat I terseksa. We didn't say much, layan TV. Dalam pukul 4, dah sampai kat hospital semula.

I masuk bilik doktor dan terus tanya, "So, negatif kan? I dah boleh balik la kan?". Direct terus. I tak duduk pun. Tanya kat muka pintu je. Doktor mengiyakan tapi dia suruh duduk dulu. Ok, I duduk. Maybe dia nak explain something.

"Ok, dah dapat lab report. Confirm la you negative. Tak mengandung" katanya sambil check balik result test kat komputer dia.

"Eh, what is this? Positive.. 2 times re-test?". Tiba-tiba doktor sibuk call lab, cakap dengan orang di hujung talian. I dah terpinga-pinga. Kat skrin, terpapar my urine result. POSITIVE (2 TIMES RE-TEST).

Lepas tu doktor call doktor pakar pulak. I tak faham dia cakap apa. Cuma dengar dia sebut "ectopic pregnancy". Berderau darah. Doktor arahkan nurse ambil blood dan terus masuk jarum drip. Dalam hati dah takut sangat. Tolonglah jangan ectopic pregnancy. Ia lebih menakutkan dari miscarriage.

I dibawa berjumpa pakar di tingkat lain. Lega hati bila doktor yg I jumpa tu ialah Dr. Rosa. Doktor ni la doktor yang assist masa I nak bersalinkan Tisya dulu. Dia buat transvaginal scan. Menurut Dr. Rosa, dia tak nampak kantung di mana-mana. Jadi tak boleh buat apa-apa conclusion lagi. Tapi dinding rahim memang dah menebal. So dia nak monitor my HcG level dalam darah. Kemudian, repeat test selepas dua hari. Kalau level makin tinggi, bolehlah dianggap yang I pregnant. Kalau tak, maknanya dah gugur secara semulajadi.

Malam tu, doktor call. Katanya, kalau ikut blood test result, mmg HcG level tu ada tetapi rendah. So apa-apa, kena compare dengan blood test yang akan diambil 2 hari lagi. Doktor ni baik dan sweet. Dia siap kata, jangan fikir banyak, jangan risau apa-apa. Rehat je.

I mengiyakan je la. Tidak berharap apa-apa sebab masih bleeding. Macam period je tapi perut tak cramp dan bleeding boleh dikatakan no clot at all. So macam entah la. Perasaan tu tak tau la.


21.11.11

Petang tu buat blood test sekali lagi. Malam sebelum tu, dah mula keluar blood clot. Tapi tak sakit apa. Cuma tengah hari nie, perut dah mula sakit. Berdiri sakit, duduk sakit, baring pun sakit. I know this is happening. Dah macam dejavu rasanya. My hope went down to zero.

Hubby informed orang kat tempat kerja. Dia terus dibenarkan balik awal. Ya Allah, perut sakit sangat tapi I masih mampu tahan. I taknak terus rush ke hospital. Bukannya boleh terus dpt rawatan. Sakitnya macam dulu, macam kena tikam dengan pisau. Lagipun, I nak ia berlaku secara natural seperti dulu (tanpa perlu melalui D&C).

Pukul 4 petang, dah terpacak kat wad utk buat blood test. Doktor Rosa tak bertugas pada hari tu. Jadi, keesokan harinya baru jumpa dia di klinik Pakar. Ajaibnya, sakit yang menikam-nikam tadi terus hilang bila jejakkan kaki di hospital. I tau, bila-bila masa je "ia" akan keluar.

Dalam pukul 6, dah sampai rumah. Rehat kejap. Lepas tu mandi. Masa mandi, clot dah mula keluar. Then, I terasa sesuatu. Macam ada benda licin yang tersangkut. I tarik perlahan. Elok terus jatuh ke telapak tangan.

I pandang dan mengucapkan syukur. Syukur kerana "ia" tidak terus jatuh ke dalam lubang tandas.. tidak terus "pergi" dibawa air yang mengalir. Sekurang-kurangnya I dapat melihat rupanya walaupun masih belum sempurna. I letak di dalam satu bekas kecil sebab nak tunjukkan pada doktor. I yakin itu "ia" sebab ni bukan kali pertama I mengalami keguguran. Rupanya sama macam apa yang I tengok kat Internet. Cuma sac telah diselaputi darah.


I wanted to show hubby how does "it" look like. Mula-mula dia taknak tengok sebab taknak sedih. I bagi tau dia, tak perlu nak takut sebab belum sempurna sangat.Kami sama-sama tengok "ia".


22.11.11

Have a final check up at O&G clinic. Doktor mengesahkan hcg level dah turun. So I cerita kat dia apa yang berlaku semalam. Doktor cakap I patut simpan "ia" agar mereka boleh hantar ke lab. Bila I cakap I memang ada simpan dan bawa ke clinic, doktor tu excited.

So "ia" dihantar ke lab utk POC (Products of conception, or POC, is a medical term used to refer to the pregnancy remains after a miscarriage. Sometimes testing can be done on the POC to help identify the cause of the miscarriage. When doctors discuss testing the POC, they are usually referring to either chromosome testing or a pathology examination.)

Alhamdulillah, tiada sisa di dalam rahim. Semuanya ok. Berlaku secara natural seperti dulu. I takut kalau kena D&C sebenarnya. Macam sakit je bunyinya. So, kena tunggu period sekali lagi. Lepas tu dah boleh cuba utk mengandung semula. Yeay!


Jadi sekarang ni berpantang makan. Tak buat kerja berat lagi. Terima kasih yang tak terhingga kepada hubby sebab dia yang banyak membantu I sejak turun darah minggu lepas. I hanya memasak kat rumah. Yang lain, dia uruskan. Kain baju pun dia yang tolong basuh sebab washing machine dah hantar pergi rumah baru. Nanti dah sihat, kena masak special utk dia la nampaknya.

Cuma sedih juga la bila dengar Tisya cakap dengan sepupu dia yang dia akan dapat adik, ada baby dalam perut Umi dia. Dan bila sepupu dia tanya I, I cakap "takde". Tisya beriya-iya cakap "ada". Macam mana nak explain? Memang tak boleh explain. Tapi sejak kami tak sibuk cakap pasal baby, tak panggil dia "kakak tisya", dia pun macam dah lupa.

Terima kasih Allah kerana memberi kekuatan kepada kami semua. Semasa kami mengalaminya buat kali pertama dulu, kami menangis. Mungkin kali nie, kami sedikit tabah. Tambahan dengan gelak ketawa Tisya, kami tidak pernah rasa kehilangan apa-apa.

24 scribble(s):

*∽ IZAN ∽* said...

Salam Liz.. semoga tabah menhadapi segalanya. InsyaAllah... ada rezeki Allah turunkan lebih lagii... aminnnnn

maisy said...

sabar and try again!..aku yg D&C tu pon nangis..every nite and tiap kali sendiri tiap mlm,nangis..D&C kene tunggu 3 months and lekat balik dpt baby boy-Dani Rayyan...

Time Dani pon warded and bleeding..pon nangis coz cam tragik juga if lost janin tu for 2nd time...nasib baik selamat..

Apepun cube jaya lagi..yg penting hsband support kita..dats our strength!!Psni jgn buat kerja byk and tension2..nanti hormone tk stable..

Diyana said...

rehat2kan diri eh..:)

CIK NANA said...

Liz dear,
Alhamdulillah sebab ia pergi dengan mudah.
I doakan u kuat dalam menghadapi semua nie.
Insya Allah, rezeki di masa depan nanti.

AKO @ retna said...

Takziah Liz,
Maybe ada hikmah di sebalik kejadian.. Harap Liz sekeluarga sentiasa tabah n kuat semangat k ..

Bila baca catatan Liz ni, mcm terbayang2 esp bila Liz tarik "ia" kuar tu..

sya_firwan said...

chayo! chayo! insyaAllah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. ;)

nieda said...

sabar ye Liz...Allah pasti ada perancangan lebih baik.

fiza said...

Sabar ye liz, insya'allah...ada rezeki tu nanti.

rozila said...

Salam....
Hi Liz....salam takziah.....semoga Liz lebih tabah n byk2 bsabar....belum ada rezeki....mungkin ada hikmah, mungkin x nak it happen masa sibuk2 masuk rumah baru......sabar ye Liz....Get Well Soon...

Afzan said...

be strong dear...InsyaAllah akan ada rezeki di masa hadapan....

Nadya said...

dear..sorry to hear abt ur miscarriage. get a good rest n pantang elok2.i dulu pun 1st pregnancy miscarried.but i did the D&C (xsakit pun hehe) coz fetus dah 11 weeks time tu. bentuk sempurna cuma heartbeat yang xde..2nd pregnancy sama macam u citer, i kept the news from everyone else except hubs je. after dah scan n nampak heartbeat baby baru la we all spread the happy news to families n friends.

insyaAllah i am planning to have my 3rd pregnancy/2nd baby..pray for me yea..n i'll pray for u too.
=)

Salam kenal.

AyuArjuna BiGoshh said...

liz, sabar ya di sebalik duguaan mungkin ada hikmahnya...sabar ya

Star Anise said...

Salam liz
Takziah. Insya ALLAH akan datang yang lebih baik. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Anggap saja liz adalah insan yang terpilih untuk di duga oleh NYA.
All the best.

Hayatie said...

Salam Liz,
Baru hari ni dah tinggal jejak :)
Take care yer. Semoga ada lagi rezeki selepas ini, sama ada lambat atau cepat je,Insyallah! Aturan Allah itu mahal Adil, lagi bijaksana! :)

Liz Rohaizat said...

kak izan> salam kak izan. thanks kak. yups, boleh cuba lagi. insya Allah

maisya> ni pun kali kedua kan. so aku dah mampu sabar. tak mcm dulu. masa dulu, nangis sampai bengkak mata. masa bleeding pregnant kan tisya, pun nangis mcm ko. takut bukan kepalang.

mmg hubby byk tolong aku. sayang dia!

diyana> hehehe, saya pun tgh pantang mcm awak nie :)

nana> thanks nana. alhamdulillah, sakitnya beberapa jam je walaupun tergolek-golek dibuatnya.insya Allah akan cuba lagi

ako> thanks ako. hanya Allah mengetahui hikmah yg tersembunyi.

Liz Rohaizat said...

sya> hehehe. sama2 kita mencuba lagi.

nieda> thanks nieda. yeah, looking at the bright side.

fiza> insya Allah. aku ok je nie. don't worry.

rozila> thanks rozila. tak sabar nak sihat balik nie.

afzan> thank you. insya Allah produk selepas ni lebih baik :)

Liz Rohaizat said...

nadya> hi. dah mula start kerja hari ni. so pantang di office. oh, planning to have ur 3rd pregnancy juga? good luck! sama2 kita mencuba lagi

kak ayu> thanks kak ayu. kena tuntut ilmu dengan akak la kot. hehehe..

star anise> terima kasih. nak panggil awak ape ye? bkn ape, dah masuk blog awak aritu tapi takde nama pulak :)

hayatie> salam THI. betul ckp ko. insya Allah akan cuba lagi

bumble_bee said...

Salam Liz,

Takziah kepada Liz, hubby and Tisya. InsyaAllah ada hikmah disebalik apa yg terjadi.

Get well soon and selamat berpindah rumah. :)

Anisa

Syigim said...

nangis kak baca ni. cara liz tulis sgt tabah & tawakal, walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul kan. Allah knows best ok :) take care dear..

Ely Hasrul said...

sori to hear tat beb, sori gak xdpt nk teman aritu. aku baru blk and before bukak blog nih mmg aku nk tepon ko tp xnyempat2.. tu yg terus bukak nk baca tuh..

takde kata comfort nk kasik cuma Allah dh siapkn ko bekalan di akhirat nnti. kakak ipar aku ckp baby2 yg Allah amik nnti dia tunggu family dia kt sana then dia akan rayu on behalf spy dpt bersatu.. alangkah bertuahnyeeee

Liz Rohaizat said...

kak anisa> thanks kak. tak sabar nak pindah rumah nie.

kak syigim> alamak kak. jgnlah nangis. hmm, saya taip entry tu masa bedrest kat rumah. yes, I'm stronger than yesterday :)

ely> hahaha, takde la. aku tak teringat ko blk KK. don't worry. thanks ely!

CHeeSYaNa said...

Liz, tabahkan hati erk :) Kagum dgn semangat ko yg tak luntur tu.. yg tak fikir panjang benda yg dah lepas and just focus utk trying again..

Liz Rohaizat said...

yana> Sedih tu sedih la juga. Cuma tidak terbawa-bawa mcm dulu. Aku selalu fikir ada hikmah disebaliknya.

Cik Puan Diksu said...

Situasi macam saya juga...

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.