Friday, November 18, 2011

God, Please Give Me More Time

Orang lain baru nak layan J-Pop dan K-Pop, I dah layan sejak tahun 2000 lagi. So sekarang, perasaan tu dah suam-suam kuku la juga.

Boleh dikatakan satu rumah layan drama dan lagu dari negara Jepun dan Korea. Dah la waktu tayangan petang-petang kan? So kalau nasib lecture habis pukul 6 petang, terpaksa la berjalan cepat-cepat sebab nak sampai rumah awal. Hehehe.. Siapa la tu eh? Jangan tak mengaku. Dari Beach Boys... GTO... sampai ke Winter Sonata... Autum in My Heart. Lagu pun sampai boleh hafal.

Dalam banyak-banyak drama yang I tengok, ada satu drama yg kalau boleh I nak repeat.

GOD, PLEASE GIVE ME MORE TIME.

Sape dah tengok, angkat tangan? Drama ni tidak ditayangkan di kaca TV. So peratusan orang yang dah tengok mungkin tak tinggi la. Cuma yang betul-betul layan J-Pop je mungkin berpeluang tengok. Tu pun kalau ada member yang ada drama tu.

Drama ni membawa lakonan hebat dari Kyoko Fukada dan Takeshi Kaneshiro. Hebat dari segi berjaya buat penonton sepertiku sedih, kesian dan menangis dengan nasib yang menimpa Kyoko Fukada. Sampai I layan drama pun 10 jam tanpa henti sambil merembeskan air mata. Hahah.. tak malu mengaku menangis sebab cerita ni memang sedih.

Ceritanya mengisahkan seorang pelajar (Kyoko) yang dijangkiti HIV setelah menjual tubuhnya kepada seorang lelaki semata-mata nak dapatkan duit utk beli tiket konsert seorang penyanyi pujaannya (Takeshi). Pasangan dia tak tau yg dia ada HIV. So agak lewat juga la baru Kyoko tau dia kena HIV.

Dipendekkan cerita, dia risau HIV tu berjangkit pada Takeshi (paham2 la kenapa dia rasa Takeshi pun boleh kena ye.. tak perlu cerita detail kat sini). So dia berusaha nak bagi tau Takeshi. Pada awalnya Takeshi ingat Kyoko saja nak raih perhatian dia tapi lama-lama tu, baru dia faham yang niat Kyoko hanyalah untuk minta Takeshi buat ujian HIV agar dia boleh rasa tenang kalau lelaki tu tak kena penyakit tu macam tu.

Fast forward, Kyoko ni mengandungkan anak Takeshi pulak. At first, dia taknak minta Takeshi bertanggungjawab tapi Takeshi pulak dah jatuh cinta dengan dia. Kyoko berusaha lari dari Takeshi tapi Takeshi dapat cari dia. Dia berhasrat nak kahwin dengan Kyoko.

Ko bayangkan ye. Dah la suka giler kat takeshi, mengandungkan anak dia.. tapi sebab sakit, sanggup tolak semua tu jauh-jauh sebab taknak Takeshi dibebani masalah. Tapi Takeshi pulak sweet sangat sampai sanggup tunggu Kyoko. Lepas tu ada orang busuk hati cuba nak pisahkan diorang. Terpisah dalam keadaan sakitnya makin teruk. Kurang ajar betul.

Eiiii, nangis bila tengok. Especially part video yang Kyoko tinggalkan utk Takeshi.

Tapi klimaks nye di ending. Kyoko mati dan pergi bersama cintanya terhadap Takeshi. Anak perempuannya tidak dijangkiti HIV dan kisah berakhir dengan Takeshi bercerita kat anaknya tentang isterinya yang sangat disayangi, Kyoko.

I nak repeat. Sape ada video drama nie? Pleaseee, nak pinjam!

Nak tengok trailer, boleh check kat sini : http://www.youtube.com/watch?v=308EbWAHDpU

7 scribble(s):

sha said...

aku tgk citer tu!
ok tetiba teringat zaman gigih tgk drama + anime jepun and korea time kat mmu dulu. wuuu best2. tapi mana pegi ntah sume cd dah hilang

Liz Rohaizat said...

sha> hahaha, bebudak MMU zaman dulu mmg gigih layan drama and anime kan? sampai sanggup pinjam cd kwn2

sya_firwan said...

rasanya sya ada simpan cd tuh...nanti sya carik dalam kotak2 kalau ada..hik hik..;)

Liz Rohaizat said...

sya> wah, dah layan jugak eh?

sya_firwan said...

hihi..kat mmu dlu..

newssuki said...

come across your site bila surfing pasal drama jepun tahun 90-an and awal tahun 2000..seriously i admit to your statement "Cuma yang betul-betul layan J-Pop je mungkin berpeluang tengok."

dulu sebab petang2 nak tgk drama jepun masa TV Malaysia rajin tayangkan, balik sekolah terus standby nak tgk.. sbbkan suka lagu ost dia, pinjam walkman (tu je pld terkini masa tu) nak record lagu dia hahaha..pastu once masuk universiti, mmg bertuah la ramai senior utp kaki donlod.. minat j-pop sampai semua drama lama2 try donlod..tp plg igt layan gokusen, gto, kamisama mou sukoshi dake, majou no jouken, with love, ice world, S.O.S..mmg favourite..
sampai skg still on-going follow jpop n jrock..miss KAT-TUN and NEWS masa the old days..masa jadi chibi.. ^^

Liz said...

newssuki> thanks for writing such a long comment. nampak sungguh awak teruja dengan jpop :)

aih,rindu zaman men download cerita2 jepun

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.