Monday, November 14, 2011

Dah boleh pindah ke rumah baru

Hello... good morning! I better buat entry hari nie sebelum I jadi super busy for the next 2 days. Dah tengah bulan, macam ni la kerja kat office.

Kerja-kerja di rumah dah hampir siap. Minggu lepas dah pasang grill warna putih (cantiknya warna putih dan orang tu masih tanya "kenapa akak taknak warna lain kak? coklat ke, cream ke".. iskkk). Curtain rail pun dah pasang. Guna yang lama je. Cuma nak kena beli lagi 2 rails sebab ada 2 tingkap tu jenis 3 panels. Tak cukup panjang rail yg ada nie. We decided not to use curtain for bedroom doors. I nak simple dan tak menyesakkan. Dah la rumah tak berapa besar.

Tinggal nak beli lampu kat hallway, lepas tu baru complete. Tapi tu nanti-nanti la. Bajet kemudian. Ada banyak lagi perkara penting nak didahulukan. Biar kumpul duit sikit-sikit. Janji tak berhutang banyak dengan bank. Hutang beli rumah pun belum habis bayar lagi.

So hujung minggu ni nak basuh rumah buat kali kedua. Next week dah boleh pindah. Abang sebelah rumah kami asyik kata dia boring sorang-sorang kat situ sebab jiran lain belum pindah. Sabar ye. Nanti kami pindah, boleh main badminton dengan jiran.

6 scribble(s):

rozila said...

salam liz....
wah...sure x sabar nk pindahkan? Sy pun gitew, tp lom cuci rumah jer....lg sempoi, sbb x der paper brg2pun.....so, perabot pertama yg akan dibeli adalah bedset....hehehe...+ meja makan + dapur.....cukup. Yg lain2, ckit2....pedehal, umah sdrikan?....

Ila said...

compem tak sabarkan ..semoga semuanya berjalan baik

Liz Rohaizat said...

rozila> hehe, rasa biasa je. maybe sebab dah lama sangat menyiapkan rumah nie. every week pergi sana. so dah kurang teruja sikit

Ila> insya Allah semuanya ok

Ely Hasrul said...

uit kata pindha ujung bulannnnn.. jgn lupe pindah 30hb tauuuu (mode dengkii hahahahhaa)

jannahrais said...

Alhamdulillah tahniah dah bole deco umah baru..yang penting umah sendiri ek..puas nak hias sok ;)
Jangan lupe pagar umah..paling mudah buat air yassin n spray keliling bilik yg ade:)..usaha mane yg mampu :)
Selamat bepindah liz..akak tolong tgk gamba umah baru je nanti hihihi

Liz Rohaizat said...

ely> tu pindah barang la. kan cuti 3 hari. so boleh la pindah barang. lps tu boleh rehat. kunci rumah akan dipulangkan 30hb nanti. hahahaha.

kak jannah> bab hias menghias tu.. slow2 kak. pagar rumah semestinya kena buat. and nak baca surah al-baqarah sekali.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.