Tuesday, November 15, 2011

Bagaimana I beritahu hubby...

Dah lama sangat nak tunggu pregnant balik. Jadi bila dah tau yang I pregnant semula, mesti la taknak tunggu lama. Terus nak bagi tau hubby. Tapi I tak terus bagi tau dia on the phone. Sms pun tidak.

I buat satu kad khas utk dia. Barang agak limited. Dah la scrapbook stuff tinggal kat rumah. Yang ada kat office hanyalah plain colourful A4 paper. Lantak la. I guna tu je. Dengan pen warna-warna pun takde. I print out ayat-ayat penting, lekatkan gambar-gambar yang perlu dan paling penting, I lekatkan UPT kit with positive result kat kad tu.

Dengan hubby, I tak boleh buat ayat berkias. Nanti dia tak faham. So nak senang, bawah UPT kit tu, I tampal gambar yang ada kat instruction sheet. 2 lines meaning I’m pregnant. Kalau dia tak faham, tak tau la. Hahaha… Kad tu I letak kat dalam satu sampul warna putih. Letak nama penuh dia. Letak alamat rumah baru. Siap lekatkan setem chop.

So petang tu juga (11.11.11), I bagi kat dia. Sebelum dia turun ambil Tisya, I serahkan kad tu kat dia. Dia nak buka kemudian tapi I paksa dia buka time tu juga. Dia belek setem tu. Fuh, dari Bangi. Ekekekek.. hubby I memang blur. dia buka. Maybe masa tu dia dah tau yg kad tu I buat sendiri tapi dia still tak faham utk apa I bagi kad tu. Muka depan kad tu I just tampal nombor 11.11.11 besar-besar.

Bila dah buka,terus dia dapat tangkap “berita baik” tu.

And I said to him, “Dah, pergi ambil KAKAK Tisya

1 scribble(s):

izzah azfar said...

tahniah kak liz!take care

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.