Tuesday, November 29, 2011

Akhirnya, berpindah ke rumah baru

Bismillahirrahmanirrahim. Kita bersiaran lagi selepas bercuti selama 3 hari. Hehehe... how was your weekend?

Biarlah I mulakan dengan memberitahu betapa hampanya diri ni menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Bahrain. Giler stress! Lagi stress bila Bahrain berjaya jaringkan 3 gol dalam masa 6 minit. Kenapa defense macam pemalas nak kejar bola dalam 10 minit terakhir?

Elok hubby ckp, "Diorang nie kan, eiii... tambah la lagi satu gol. Biar padan muka Malaysia".. terus Bahrain jaringkan gol kedua. Punya la geram. Ko bagi diorang 3 gol dalam masa 6 minit. Mana la peminat bola tak marah dalam hati.

So bye bye Olimpik.

Kami dah pindah rumah. Yeay! Hari Sabtu petang, kami bawa semua barang ke rumah baru dengan menaiki lori 3 tan. Nasib baik muat. Tu pun ada la kotak-kotak dan barang-barang kecil kami tinggalkan. Yang tu kami angkut sendiri naik kereta. Ni pun masih ada lagi yang tertinggal. Tengok la, boleh settle dlm 2 hari ni kot. Elok la. Berlaku perselisihan antara kami dan land lord hingga menyebabkan kami teraniaya. So nak bagi fair and square, I akan serahkan kunci pada 30 Nov. Biar dia rasa. Hmmm, kadang-kadang pelik dengan orang macam nie. Apa dia dapat bila aniaya orang macam tu. Ok la, dia kedekut. Period.

Hari pertama masuk rumah baru, kami baca Yasin utk buat pendinding dan baca surah Al-Baqarah. So far, ok la duduk rumah baru. Belum habis kemas lagi. Ada lagi 30% la kot. Tak sempat nak bawa Tisya pergi playground sebab tiap-tiap petang hujan lebat. Rumah sejuk, alhamdulillah. Risau juga kalau panas. Tapi memang sejuk la. Nyaman je. Air paip pun sejuk.

Yang problem kat sini ialah tang nak menyidai baju. Standard la kalau duduk apartment. Bukan ada ampaian macam kat rumah lama. So ampaian letak betul-betul kat depan rumah. Rasanya tiada masalah sebab orang lain pun buat camtu. Kalau hujung minggu, senang sikit kot sebab boleh letak kat hujung rumah. Kalau hujan pun, boleh diselamatkan kami. Nasib baik ada dryer. Kalau lambat sangat nak kering, boleh guna dryer je. Tapi sebolehnya nak elakkan sebab dryer banyak pakai elektrik.

Now mood nak bercuti. Biasa la. Dah hujung tahun. Bila hujung tahun, big boss akan ambil cuti seminggu. Bawa family jalan-jalan. Selalunya I akan minta cuti lepas dia pulang. Macam, "Ok, aku cover ko masa ko cuti. Nanti aku cuti, ko cover aku pulak". Hahahaha, so kalau nak cuti lama, eloklah ambil cuti lepas dia pergi bercuti. Gerenti dapat approval. Ala-ala dia guilty pergi cuti lama so dia patut bagi peluang pekerja dia cuti lama juga.

Tahun ni Cuti-Cuti Malaysia lagi. I rasa nak habiskan bercuti dalam negara. Kita ada banyak tempat-tempat menarik. Kalau rajin survey, jumpalah. Tahun ni nak pergi mana? Tungguuuu..

5 scribble(s):

nieda said...

seronok dah duduk rumah baru..senang kalau nak ubah suai rumah kan..

Bola...memang semput lah tengok. Tapi tulah byk yang injured di akhir perlawanan

Ila said...

nanti leh lah tunjukkan lagi rumah baru..suka tgk rumah org lain..heheh..mesti tuan rumah tu melayu kan..masa kami dulu,bila rumah lambat sikit renovate,minta kat tuan rumah lama extend 2 minggu,kami bayar lah kan tp dia ckp takpe,takyah bayar...tuan rumah tu chinese...

I-sya said...

Alhamdulillah... at last berada di rumah sendiri.

Seronok tgk org lain dpt mengumpul aset. :)

IHSAN KHAIRIR said...

kecewa sungguh tgk game msia-bahrain harituh... :(

rumah baru apartment style ya... duduk tingkat tinggi2 ke rendah2 je?

Liz Rohaizat said...

nieda> seronok sbb mcm fresh new start kot. sama2 berpenat mengemas. nama pun rumah sendiri. mesti jaga betul2.

Ila> hehe, tak tunjuk gambar lagi la kot. hehehe, tak perlu rasanya :)

owner lama org melayu. Hmmm..

I-sya> alhamdulillah, korang bila lagi? ke dah ada tapi buat sewakan kat orang?

ihsan> kan? mmg geram. 10 minit terakhir dok menyumpah dalam hati. aku beli kat apartment 5 tingkat. kalau tinggi sgt, nanti tempat tu crowded pulak. unit aku kat ground floor, paling hujung.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.