Thursday, November 10, 2011

26 ceritaku tentang pengalaman seorang kaki jalan

Wah, "nyesal" tinggalkan komen kat Fatt. Alih-alih dia suruh I buat tag juga. Ok la Fatt. Sebab dah lama tak buat tag, aku buat juga la khas utk ko.

Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
~ My name is Liz. Umur 29 tahun. Seorang perempuan. Seorang yang simple berpakaian tapi sangat details dalam serba serbi.

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
~ Kalau travel mcm Fatt, memang tak la. Hahaha. I lebih kepada bercuti dalam negara bersama keluarga. Mcm family holiday la. My family start terjebak dengan family holiday bila kitorang dah kahwin dan dah beranak pinak. Kiranya keluarga dah besar sikit. Lepas tu elok pulak wedding anniversary masing-masing jatuh pada bulan 12. 3 couples eh sambut serentak. So nak celebrate, kitorang pergi bercuti pada bulan 12 tiap-tiap tahun.

Our first family holiday in Langkawi

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
~ Tourist atas sebab seperti dalam point no. 2. Kalau dapat jadi traveller kan best.

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
~ Memandai sendiri. Ahaks. Backpacking memang sah-sah tidak. Tour agency lagi lah tidak. I suka cari maklumat sendiri. Cari tempat mana nak pergi, hotel mana nak duduk, berapa bajet kena ada. Lagi best bila buat camtu. So everytime ada family holiday, I dilantik secara tidak rasmi utk buat semua tu.

5. Siapakah travel partner anda?
~ My family. Kadang-kadang pergi dengan suami dan anak. Tapi tiap-tiap tahun wajib buat family holiday dengan family besar.

Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara?
~ Nada aka tidak pernah. Wah, bila la dapat pergi nie ek. Manjang baca pengalaman orang lain je

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
~ Urm, semuanya dalam Malaysia. Negeri yang tak pernah jejak lagi ialah Kelantan dan Sarawak. Kitorang akan pergi tempat-tempat menarik yang sesuai utk family.

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
~ Langkawi. Sekali masa honeymoon. Sekali lagi dengan family Seremban. Ramai-ramai kan seronok.

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa
~ Sabah! Tak puas berjalan. Tak sempat snorkeling. Nak panjat Gunung Kinabalu. Paling menjadi sebab utama ialah softcopy SEMUA gambar masa pergi Sabah February lepas telah lesap tanpa diketahui puncanya.

Nasib baik ada simpan gambar kat FB

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
~ New Zealand sebab nak buat bungee jump.
~ London sebab nak bergambar dengan red telephone booth.
~ Rome sebab nak melawat sendiri tempat-tempat bersejarah di sana.

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
~ Masa pergi ke kaki Gunung Kinabalu. Ada 2 orang kwn kami ikut sekali. Kitorang naik satu kereta. Lepas tu nak ke Botanical Garden. Dah la signboard sedikit confuse. So bawa je la kereta ikut satu jalan nie. Jalan punya jalan, makin lama makin tinggi, makin lama makin redup, makin lama makin sempit. Lepas tu, tak jumpa sebijik kereta pun. Dalam hati dah terasa macam salah jalan tapi redah juga. Lepas tu nampak la van turun. Terus tanya pemandu tu. Dia kata, ni dah jalan naik gunung, nak ke pit stop. Dalam kereta semua bantai gelak. Orang lain panjat gunung, kitorang memandu naik gunung!

12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
~ Ada satu pengalaman buruk masa kat Langkawi. Malam tu, kitorang makan kat gerai biasa je. Esok tu baru nak mkn kat seafood restaurant. So masa kat gerai biasa tu, service mcm hareemmm. Nak dekat 2 jam eh tunggu makanan. Tu pun kira sabar juga la tunggu. Kalau ikut I, lepas sejam I cabut. Dah la tu, makanan lambat. Lepas tu, bila suruh kira, sedap2 je dia terus lump sum. My mom paksa dia kira balik ikut harga kat menu. Nak menipu tak bertempat. Sekali kena marah. Grrr...

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
~ Of course, mesti la nak rasa masakan negeri orang lain. Lagi tulen la kot. Cuba beli nasi dagang kat pasar malam dengan nasi dagang dari negeri asal, jauh beza kan? I memang suka cuba makanan di tempat orang.

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
~ Ahaks, tak dpt nak fikir eh makanan mana satu nak tepek kat sini. Tapi ni la, ada satu gambar. Laksa Power kat area Langkawi Airport. Terbaik!! Makan pulak kat tepi pantai kan. Dengan angin sepoi-sepi bahasa. Pekena pulak rojak buah dan cendol pulut, perghhhh... akan ingat sampai bila-bila!

Sorry... dah masuk perut!

Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
~ I am a backpack. Ok, soalan ni ada maksud tersirat ke? For me, backpack menggambar seorang yang bebas. Dia akan buat ikut suka dia tanpa terlalu berhati-hati. Eventhough I seorang yang suka buat plan and stick to it, tidak bermaksud I akan ikut plan tu bulat-bulat. I mungkin nampak innocent tapi percayalah, I bukan seorang yg innocent.

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
~ Ok, ada satu troli beg. Pinjam everytime nak pergi jalan jauh. It belong to my mom or dad. I dunno. Tapi takde gambar pulak. Ni pulak I panggil beg balik kampung sebab beg ni kecil. Kampung I kan dekat. Jadi memang ni la beg balik kampung kami. Beg ni guna kalau pergi jalan utk 3 hari. Kalau lebih dari 3 hari, kena cari beg lain. Dah merata beg ni jalan. Beg ni berasal dari Langkawi. Dia dah berjalan ke Cherating, Johor, Terengganu, Sabah.. eh, byk la tempat dia dah pergi.



17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
~ Kamera sebab I suka ambil gambar.
~ Handphone sebab senang family nak call kalau ada emergency.
~ Laptop sebab nak transfer gambar yang diambil (sokmo kamera penuh dengan gambar sebelum percutian tamat)

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
~ Berus gigi, syampu, sabun mandi (boleh dpt kat hotel atau beli kat luar)

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
~ Semestinya ambil gambar dan dapatkan seberapa banyak info tentang tempat yang I pergi. Senang nak share dengan pembaca lain. Untuk kemudahan orang lain juga. Tanpa kita sedari, orang sekarang suka cari info di Internet sebelum bercuti ke mana-mana tempat. Kalau ada blogger yang sudi berkongsi maklumat (seperti tempat-tempat menarik, hotel rate etc), ia akan menyenangkan pembaca.

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
~ Suka bergambar!

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
~Ni agak susah sebab gambar I memang tak banyak sebab I akan jadi tukang ambil gambar setiap kali pergi bercuti. So banyak gambar orang dari gambar diri sendiri. Tapi ok la, I share satu gambar sopan.

Colmar Tropicale

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
~ Fridge magnet. Kalau pergi mana-mana, wajib beli. Kalau ada kawan travel overseas, wajib kirim. Lihat sini. Itu koleksi setakat hingga March, 2009.

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
~ Yups tapi bukan fridge magnet. Tak semua orang suka fridge magnet. I akan beli apa yang sesuai.

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat?
~ Kalau tak magnet, selalunya beli t-shirt je. Boleh pakai kat rumah.

Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang pernah dikunjungi (pick random)
~ Wow, ok... I baca ayat ni berkali-kali sebab nak dptkan idea. Ok, random je la ye. I takkan sebut nama tempat.

1- Kebanyakan tempat yang I pergi, mereka mcm lebihkan orang luar dari orang tempatan. Dengan orang luar, bukan main peramah, bukan main sopan. Dengan orang sendiri, kadang-kadang senyum pun tidak. Berlaku.. tapi tidak di semua tempat.

2- Bila berkunjung ke tempat bersejarah, orang luar sangat minat nak tahu tentang sejarah kita (same goes bila kita ke tempat orang, kita minat nak tahu sejarah mereka). So kita sebagai orang tempatan kena cuba tahu fakta-fakta sejarah kita. Jangan bila tourist tanya, ternganga nak jawab. Soalan paling simple (yang takde kaitan dengan sejarah) ialah, "What is belacan?". Sungguh ni. I dengar soalan tu masa kat Langkawi. Ternganga budak tu nak explain. Dia reti ckp bahasa Inggeris tapi dia taktau apa kandungan belacan. Isk...

3- Malaysia ni banyak tempat menarik. Cuma kita kena pandai cari dan buang perspektif "overseas are much more better" (walaupun ia benar). Kalau kita betul-betul nak have some fun, piknik kat PD pun dah boleh buat kita happy.

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
~ Saya berangan ada duit banyak. Lepas tu boleh travel ke New Zealand. Boleh buat bungee jump kat sana sebab tu salah satu perkara yang saya idamkan sejak saya berumur 15 tahun!

15 scribble(s):

Ely Hasrul said...

aku pong suka laksa kat airport tuh! terbaek dgn angin sepoi2 nye hahaha

Liz Rohaizat said...

ely> kan? sedapnya!!! terasa nak je book ticket semata-mata nak mkn Laksa Power. kitorang punya tamak, masa tu mkn laksa, rojak buah dan cendol pulut. kenyang tapi puas hati.

fatt said...

liz,
aku dah baca entry ko, mmg lain dari yg lain sbb fokus pd vacation & observation ttg pglmn melancong dlm negara. aku akan datang balik untuk review jwpn ko satu persatu ok. terima kasih sbb participate :D

Ely Hasrul said...

smlm kebetulan papi sms aku ckp nk bli teket g langkawi sbb dia kata murah. lagikpon dia nk redeem hotel, dpt stay kt satu hotel satu mesia 3d2n, siap ade hadrok penang dlm list haha. tp papi nk pg bulan 1 so aku pon xsure time tu larat ke dak (eleh cm ler xpenah sarat2 g jenjalan haha). kalu jadik aku amik gambo aje la tunjuk kt ko haha dengki

fatt said...

aku dtg balik!! kali ni nak review :)

sorila sbb suh ko jwb kuiz ni. aku just nak kenal2 kengkawan blogger..anggapla ini mcm cara nak mengeratkan silaturrahim eh! TQ :)


2. aku teringin nk holiday dgn family tp nmpknya dorg tak ke arah ctu..family aku suka balik kg, gather dgn sedara-mara. pd dorg tu kira holiday la sbb ziarah sana sini

3. apa lagi, angkut cik abg dgn anak pi holiday la :)

6. try pi hadyai naik keta jln2 dgn family..takpun gi USS Spore

7. aku msia pun tak habis lagi ok..fail!

8. setuju. ramai2 mmg seronok. the more the merrier

9. part ni aku paling takut - gmbr hilang! selisih. tp aku ada simpan few backup. nmpknya better aku burn dlm cd sblm jadi pape... sabah or KK mmg best sbb seafood murah...so mmg patut ko ripit

10. aku sokong ko buat bungy jumping. tp jgn kecut plak sblm cuba sbb mmg bila ko tgk org lompat ko dah terasa2 gabra dia..sungguh!

11. kalaulah boleh sampai ke puncak kinabalu dgn kereta akulah org pertama yg nak cuba. HAHAHA...mmg lawak. nasib baik ok! klu tak sejarah bakal tercipta

12. ur mom marah org kedai tu ke? fadan muka...dahla slow, patutnya dptla diskaun...ini nak ketuk..tak berkat meniaga kalau camni rupanya

13. mmg betul. hanya jauhari mengenal manikam. contoh paling senang keropok lekor. klu kat kl ni sume cam nak bagi gigi patah sbb keras nak mapuh! ntah brp kati tepung dia buh agaknya

14. aku pun hantu laksa. tp aku tak penah lagi jumpa kedai yg dimaksudkan. dah 2org ckp benda yg sama. nmpknya mmg aku kena cari

15. tkde mksd tersirat. aku just nk tau ko guna backpack ke troli masa jenjalan. but somehow aku suka the way ko relate benda tu dgn diri ko :)

17. beli extra memori kad. senang. i ada 3 memori kad..hehe..nampak beno suka amik gmbr :P

19. setuju. dah jadi trend skrg ni org rujuk internet sbb dah byk blog yg tulis pasal travel..especially dlm bahasa melayu. i tak suka nak agungkan bahasa omputih sbb dorg punya blog psl travel pun bersepah2..rite? :)

21. tak mcm org umor 29! siyes...it's a compliment :)

22. ok. aku nmpk magnet germany! jeles!!

25. interested nk tau jwpn utk point #1. bleh reveal tak negeri mana tu? pliss

somehow it's true, pegi mana pun tak kisah asalkan kita hepi..lagi hepi kalau pegi dgn org tersyg :)

26. semoga impian ko tercapai. kalau buat bungy nanti share ur experience ok! :)


thanks a lot liz sbb sudi luangkan masa & tenaga menaip entry yg berjela ni...aku punya tak siap lagi!! aaaa...ok, nti kita tunggu entry penggulungan...arigatou gozaimas :)

Liz Rohaizat said...

fatt> ahaks, aku rasa sangat kerdil sebab orang lain letak gambar kat overseas. tapi tetap aku jwb tag nie.

ely> cis, kalau la mampu ko tapaukan laksa power, aku sanggup!!!

fatt> wah, rajinnya ko komen satu persatu. first time ni, tukang tag komen jawapan peserta. syabas!!

aku jwb eh:

no. 6 ~ aku teringin nak pegi USS Singapore. Nak baik Battlestar Gallactica!

no. 12 ~ semua org dah hangin. mkn pun tak berbunyi sbb dah lapar giler. mak aku cikgu math. so bila org tu terus bagi jawapan tanpa buat kiraan, mak aku dah hairan. dia ambil menu, dia suruh kira satu-satu depan dia. hamek ko!

no. 14 ~ fatt, ko memang kena cuba Laksa Power tu. setakat ni, aku dah recommend kat ramai kawan. semua kata sedap!

no. 21 ~ umur ko brp fatt? aritu borak2 dgn ely, tiba2 tersebut nama ko. dia agak umur ko nak masuk 30. heh, aku dah muka 29 la tu. ekekek

no. 22 ~ heh, nak jeles ape? bknnya aku penah pegi sana. ala, ko kan boleh je order kat mamat ehem ehem tu. tak pun pegi ke melawat dia di sana :p

no. 25 ~ tempat di mana ramai pelancong asing datang. ala, paling dekat, kat KL ni pun dah boleh nampak. hahaha

Anash said...

Liz,
semangat berjalan dalam negeri amat terselah...good..akak bangga..(kompom akak nih...bukan adik-adik...), ..
yang akak kagum, nak wat buggy jumping? pehh..serius berani...akak naik bas dua tingkat pun menggigil...hahah..
Tak rugi baca pengalaman org lain yg mana dah merasa pegang pasport...akak rasa liz boleh pegi jauh..(aik, dah macam motivator plak..)

Lily Riani said...

i pun teringin nak gi sabah lagi skali sbb selalu gi atas urusan keje jek... apa pun tak try.. tak pa, i guna kat u sbagai pedoman...ceh wah...

i rasa i kene buat yang u all tak sengaja buat kot... berkereta ke punjak kk. ahhahahha lawak... i tak tau pun this can be done.

laksa... hemmm. tak penah i buat trip ke airport just for laksa but since a few comments kata sedap, makna nye kene lar yek ehhehe....

Liz Rohaizat said...

kak anash> boleh pergi jauh ke mana kak? hahaha. saya ni, sebab pergi dengan family besar. setakat ni, kitornag nak habiskan dalam negara dulu. maybe lps dah pergi lagi 2 negeri, dah boleh la propose pegi luar negara. dpt pegi USS pun ok kot. boleh ramai2 bergembira kat sana.

bungy jump mmg saya berazam nak buat sejak umur 15 tahun :)

lily riani> jgn la buat naik kereta pegi gunung kinabalu tu. jalan curam dan gelap. hanya pekerja mereka je yg lalu sana. scary la juga.

laksa tu mmg sedap. wajib cuba!

Syigim said...

bestnye tag ni. nak buat jgk, boleh! very well answered plak tu. seronok baca. kak xpenah smpai sabah swak lagi...teringin sgt nk gi pulau2 di sabah :)

magnet dubai nak tak? ;)

Liz Rohaizat said...

kak syigim > kalau nak buat saja2, silakan. hehehe. saya tak khatam sabah lagi. tapi takpe, anytime leh repeat sebab bestfriend kat sana.

magnet dubai? nakkkk kalau ada lambang burj khalifa! bila akak nak balik sini lagi?

Ainul Arina Madhiah said...

salam kenal kak liz.. =)

baca akak punya observation, terasa macam kena tembak kat diri sendiri je. huhu, saya pun bukan tahu semua sangat pasal sejarah malaysia. aiyoo.. T_T

kesedaran nih. kesedaran. ^_^

Liz Rohaizat said...

ainul> salam kenal, ainul!

hehe.. takde la nak tembak sesapa pun. takpe, kita sama2 ingat blk sejarah lama

langkah kaki.. said...

hye sis..salam kenalan.. =)
nice story.. macam mama saye..suke gi langkawi..kalo boleh tiap2 tahun nak gi sane.T_T. adoi ai. tp tempat tu mmg best. =)

Liz Rohaizat said...

langkah kaki> hi sis! oh, mama awak suka pegi langkawi sbb suka shopping kot. kalau perempuan suka shopping, suka la dia pegi sana

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.