Thursday, October 20, 2011

Update :Sex maniac

Korang ingat lagi tak entry Encrypted : Tidak Aman Tenteram Part II?

For me SKMM slow la buat kerja. Tapi boleh dimaafkan sebab mereka ada beribu kes nak selesaikan. Setakat kes I yg kecil ni, mmg slow la kan. I sampai dah malas nak layan la sebab perkara tu dah tak berlaku lagi.

Ok, sebab kes ni dah sampai ke penghujung, I cerita serba sedikit je la bagi korang yang takde password to my encrypted entry. Bulan 7 tahun lalu, I mula diganggu oleh seorang lelaki. Dia mula hantar sms lucah. Bila call, dia senyap. Dia akan call dan sms in a wee hours. Ada sekali tu, pukul 3 pagi sms lucah masuk. I terus kejut hubby dari tidur dan tunjukkan sms tu. Terbeliak biji mata dia baca sms tu.

Agak tak tenteram juga la hidup time tu. Bulan puasa pun dia buat hal. I siap save number dia kat dalam phone. Letak nama SEX MANIAC. So bila dia call, I tak angkat. My hubby cuba call dia. Dia angkat tapi dia senyap.

Last-last, I buat report polis sebab tak tahan. Lagipun, I tak kenal dia tapi dia tau my name. So mcm tak tau samada dia betul-betul kenal I atau dia tau nama I dari sumber lain. Risau giler time tu. Polis cuba call nombor tu. I cuba cam suara tu tapi memang tak kenal.

So I anggap mungkin dia baca this blog ke. Sebab tu I ada buat entry nie. Maybe individu terbabit dah takut sebab my hubby dan adik-adik I ada cuba call dia. Maybe juga dia dah tau I dah buat police report. Jadi benda mengarut ni dah stop.

Tapi I tertanya-tanya juga la siapakah gerangannya? So dengan sabar I tunggu SKMM siapkan kerja. Tapi lama-lama, dah jadi tawar hati sebab lama sangat menunggu.

Tup tup, pagi ni pegawai dia telefon. Dia tanya samada I ada terima gangguan lagi atau tak. I cakap tak. Dia beritahu yang telco tak dapat trace tuan punya nombor tu. *&$#@!^!!

Jadi, I malas nak fikir lagi la. I suruh tutup je kes. Lagi pun, dah setahun tak kena kacau.

4 scribble(s):

*∽ IZAN ∽* said...

mak aiii.. takuttnyerrr ada stalker SM plak tuhh.. iskkk

Telco tak dapat trace..? betapa rapuhnya sistem kat mesia ni. sia2 je kena register nama beli prepaid bagaii.. tak effective langsung!

Liz Rohaizat said...

kak izan> geli geleman dpt sms lucah masa bulan puasa kak. siap menjerit kat rumah. punya la geram time tu.

menurut pegawai tu, telco cuba check time org tu hantar sms tapi takde dlm system. alasan diberi ialah system x dpt catch up or ada problem masa tu. hampeh tak?

Ely Hasrul said...

aku mmg tertanya2 la ape jadik dgn kes tuh. telco xdpt trace??? ermmm ermmm ermmmm..

tp alhamdulillah dh xkena kacau cume geram sbb kalu dpt ditangkap at least dia xdek le kacau org lain ..

Liz Rohaizat said...

ely> samada telco tak dpt trace atau SKMM malas nak layan aku. hahaha..

actually, aku kan dpt byk sms dan call kan? tp SKMM ambil satu sms je dari aku sebagai bukti. sms tu pulak dihantar ke telco. so telco check utk satu sms tu je. dan diorg tak dpt trace.

pesan SKMM kat aku, lain kali submit je semua sms kat diorg. ceh, dah officer tu yg ambil satu je. bkn salah aku. hehehe..

takpe, yg penting SM tu dah tak kacau aku

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.