Tuesday, October 25, 2011

Umur 11 tahun dah tahu meliwat. Astargfirullah!

Terkejut baca berita dalam newspaper semalam tentang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan 11 tahun meliwat seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun.

Biar betul?

Kejadian diketahui apabila kanak-kanak lelaki tu berlagak depan kawan-kawan dia yang dia dah “buat sesuatu” kat budak perempuan darjah 1 tersebut. Kisah tu sampai ke pengetahuan cikgu sekolah dan cikgu sekolah memberitahu ibu bapa kanak-kanak terbabit. Lepas mak dia tanya, baru dia mengaku yang dia bawak budak darjah satu tu ke semak dan meliwat budak perempuan tu.

Gile ke hape? Kecik-kecik dah pandai buat benda tak senonoh. Rasa nak lempang je.

Tak boleh percayakan budak-budak zaman sekarang. Advance sangat. Kalau masa zaman kami kecil-kecil, selamba je keluar bermain dengan jiran-jiran lelaki. Rasanya parents pun takde nak risau apa. Eventhough kami main dalam semak, kami tak buat benda tak senonoh. Paling macho pun budak-budak tu pergi cari spider. Kalau diajak bermain pun, kami main panjat pokok, main rounders, main baling selipar.

Kalau betul kes ni berlaku, dunia memang dah kurang selamat untuk anak-anak membesar. Serba serbi parents kena ambil tahu.

6 scribble(s):

Ila said...

budak2 skrg advance sgt..byk benda diorang blaja..tulah,kita dedulu,main dalam semak ngan budak lelaki,takde apa2 pun..huhuhu

Liz Rohaizat said...

Ila> risau tau sebab anak kita kecik lagi. bila dia dah besar, entah camne pulak

p!nkerton said...

tula, tak terkata dah. bnyk sgt exposed to media, internet etc pun ye jugak kot. tadi kat berita tgk mak budak tu menangis2. kesiannye :(

*∽ IZAN ∽* said...

Astaghfirullahalazimm.... makin teruk kes2 macam ni zaman sekarang nihh.. iskkkk.. agreee ngan liz. dulu mak pak tak risau pun kita main ke paya ke panjat pokok ngan budak2 lelaki.. tau pandai jaga diri & tak terjebak ngan kes2 cam nii.. sekarang ni too much exposure laahh.. risau plakkk iskkk

Ely Hasrul said...

dulu kite tak tgk yg bukan2 kt tv. channel tv paling besh pon dulu opah dgn gaban aje pon. wow gaban lah beshnye!! patu dulu kalu terpegang tgn dgn budak laki mmg kena ejek la satu kampung siap malu berbulan walaupon asik main kawin2 lah, panjat pokok lah, tangkap belalang, kubang sungai.. haihhh ntah ler..

Liz Rohaizat said...

fatih> aku cuba tgk berita waktu malam tapi takde pulak psl benda tu. mak dia menangis ke? mesti la kan. anak tu baru umur 7 thn. kalau jadi kat kita, kita pun menangis.

kak izan> risau kan, kak? tak terbayang anak kita bila besar nanti. benda camni pun dah boleh jadi kat sekolah. camne tu?

ely> camne ye nak mengatasi masalah ni? mmg la ni kes terpencil tapi kalau terjadi kat sesapa, haru juga kan?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.