Monday, October 24, 2011

Rumah - Pasang lampu dan kipas sendiri

Morning peeps!

Jalan clear la pagi ni. Tak sesak macam biasa. Agaknya ramai yang terus ambil cuti Isnin dan Selasa nie. Nak rehat puas-puas agaknya.

Jumaat lepas, kami meredah kesesakan lalu lintas semata-mata nak ke HOL di Puchong. Dah la hujan lebat sangat. Lepas beli lampu-lampu yang berkenan dan cuci mata tengok lampu-lampu yang ingin dibeli kemudian, kami gerak dari Puchong pada jam 8 malam.

Pukul 9.45 malam baru sampai rumah. Kesian hubby penat bawa kereta. Malam tu memang penat la. Kitorang tidur awal. Tidur mati sampaikan tak sedar jiran-jiran kecoh keluar dari rumah sebab ada satu kemalangan jalan raya berlaku di hadapan rumah pada jam 2 pagi.

Keesokan harinya, semua orang bangun awal. Tisya la yang kecoh, "Bangun la... dah pagi. Mana boleh tidur" T_T

Misi hari tu ialah untuk pasang kipas dan lampu. Adik-adik dari Seremban buat keputusan untuk gerak ke Cheras pada jam 9 pagi. Hubby pulak pergi ambil barang kat rumah PIL. Tugas I pulak ialah siapkan makanan untuk lunch. Jalan sesak, kata mereka. Pukul 10.45 pagi baru sampai Langat. Hubby pulak sampai rumah pukul 11.30 pagi. Tak tau la apa dia buat lama-lama.

Fuh, dah nak tengah hari baru nak start kerja. Parah dah nie. So 2 kereta bergerak ke Cheras Intan.

Masing-masing bawa tool box. Dah macam contractor dah.



Kami dapat save budget dengan cara pasang sendiri lampu dan kipas. Alhamdulillah dpt hubby dan adik yang tau nak buat kerja nie. Dah kata adik ambil electrician. Mesti la tolong kakak, ye tak?

I noticed contractors kat area rumah tu dah tak bagi name card kat kami. Maybe sebab diorg ingat dah ada org buat kerja kat rumah tu. So diorg taknak masuk. Hahaha..

Budak ni kalau bab tolong, dia mmg tak berkira.

Ketiga-tiga adik lelaki turun padang untuk menolong

Fuh, Project Manager pun datang.
Tu papa tengah bagi report kat mama yang sedang berkursus di KL.
(Gambar diambil oleh Tisya)

Mana hubby? Haaaa, my hubby tengah buat kerja lain. Kerja dia I update hari Khamis nanti la.

Rumah nie, ada 2 point kipas je. So yang lain kena pasang cangkuk sendiri. Jenuh gak diorg nak drill. Tisya pulak tak suka dengar bunyi tu. So 2-3 kali juga la Pak Teh dia bawa pergi playground.

Menjelang petang, air pancut kat playground tu dah dipasang. So dia ajak Tok Wan dengan Pak Su dia pergi tengok pulak.


Dia kata nak bawa Doraemon jalan-jalan

Motif bergambar kat post box orang?

Kerja terhenti pada jam 6 petang sebab dapat panggilan kecemasan dari Seremban.

"Bila korang nak balik ni? Stadium dah penuh la!"

Alamak.... HOBIN JANG HOBIN!!!

9 scribble(s):

Ely Hasrul said...

beshnyeee!!! cantek lah umah ko.. waterfountain tu pong santekk!..

aku last saturday abis duit dok booking itu ini kt homedec. jumaat nih nk kena pg lagik. kena beli peti es, tv, kipas, airkon dll. ckp nk beli tp xtau lagik hahahha..

yg sadis nye umah aku appliances mmg kena beli sbb yg ade mmg tunggu mati. seb beik meja makan, sofa, katil sume boleh dipakai lama.

pasnih jgn ajak aku kuar g minum ke soping ke lepak ke ape. xdek budget!

Liz Rohaizat said...

ely> tak sempat nak terjah homedec sebab kepenatan. xpe la.. huhuhu.

hahaha, lps ni duduk rumah diam2 mcm aku je la nampaknya.

bila nak tunjuk gambar rumah ko? rumah ko lagi santekkkk!

Ely Hasrul said...

rumah aku cmgitu aje la. jgn kan lampu, plastik lampu pon xdek lagik. kalu aritu aku xsalah jln time kite nk blk dr bbw sure dh lalu rumah aku sbb mmg situ la jln kuarnye.

xpe aku kang xtunjuk. aku jemput terus dtg umah. hehe

Liz Rohaizat said...

ely> ye la, rumah cantik nie.. mmg terus jemput org dtg je. hahahaha

Ila said...

cantiklah rumah..liz beli free hold ke leasehold ek..tp mmg cantiklah...

weed said...

hadoi...takleh tahan tgk pose project manager...hahaha...kem salam kat PM tu ye...

Liz Rohaizat said...

Ila> apartment biasa je la. cuma developer pandai design and cat cantik sikit. beli freehold. rasa rugi la kalau beli leasehold.

weed> hahaha... pandai tak tisya ambil gambar? mmg nampak PM mcm busy bagi report je

fiza said...

Cantik environment umah ko liz. Kat cheras ke umah nih. Rasa mcm pernah tgk masa aku buat house hunting dulu.

Liz Rohaizat said...

fiza> aah, kat cheras. oh, penah tengok ke? show unit nya betul2 kat tepi jalan. dekat dgn balai polis batu 9.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.