Friday, October 14, 2011

The most hideous color in the world

Harapnya korang tak muak la dengar I celoteh tentang rumah ni. Congrats juga kat beberapa rakan yang secara kebetulan, dah ambil kunci rumah masing-masing dan sibuk renovate / pindah rumah. Mesti korang pun excited kan?

I ingat taknak cat apa-apa dulu. Sekali ada lebih cat warna pink kat rumah. Tisya pulak nak bilik dia dicat dengan warna yang sama. So alang-alang nak buat kerja, terus cat. Biar minah tu excited tengok bilik dia sorang yang cantik.

Hujung minggu ni kami akan sibuk turunkan langsir, buka curtain rails.. erk, basuh langsir. Huhuhu, I tak fikirkan langsir baru. Kita pakai apa yang ada dulu yer. I nak setel benda-benda yang takde dulu nie. Bila semua dah cukup, baru kita fikir utk tukar apa-apa. Nasib la hubby dapat wife sempoi macam I. Kalau dapat jenis yang suka shopping, pening kepala dia. Ahaks, I rajin shopping buku je.

Kipas, lampu, curtain rails dan mak nenek yang memerlukan penggerudian akan dipasang hujung minggu depan. So Deepavali nanti dah boleh basuh rumah. Jom, ada sesapa nak tolong? Kat mana I nak letak Tisya nie. Kalau dia ikut, alamatnya dia berenang kat lantai rumah tu nanti.

Perkara yang paling serabutkan kepala ialah tang kemas semua barang kat rumah lama, angkut ke rumah baru dan kemaskan balik SEMUANYA kat rumah baru. Rasa nak je minta one small army from TTJ datang menolong. Korang rajin ke? Gerenti diorg tak rajin. Dah tau sangat dah T_T

Seronok juga bila nak pindah rumah. I mean, seronok beli rumah dengan hubby. Bayangkan kalau nasib I dapat “cuci kaki”. Kiranya kahwin terus masuk rumah.. suami dah beli rumah time bujang, kira kelengkapan rumah dah siap. Tinggal “cuci kaki” masuk rumah. Mesti kurang terasa best walaupun best juga la part tak payah nak beli apa-apa lagi.

Sekurang-kurangnya, ada la benda nak cerita kat anak-anak. Bila sama-sama beli rumah, tak kira la time bertunang atau dah kahwin, keseronokan tu lebih kot. Sama-sama house hunting. Sama-sama pening kepala. Ahaks. Sama-sama pilih barang yang sesuai. Sama-sama bergaduh manja..

Grill kita ambil warna putih
Eh, tak boleh la. Dia kata, nanti susah dia nak handle. Dah cat, senang kotor
Putih la lawa
Tak boleh
Kalau putih tak boleh, ambil warna maroon
Hijau la
Hijau? Eiiii, tak lawa.”
Eh, belum tgk hijau mcm mana lagi. Lawa!”
The most hideous color in the world” ~ Tiru ayat dlm Twenties Girl
Habis tu nak warna apa?”
Maroon… sebab Liza suka Maroon 5

Erk, takde kaitan eh? Hahahaha…

16 scribble(s):

CIK NANA said...

Liz, Na antara orang yang cuci kaki. Hubby dah siap beli rumah b4kami kenal.. Semua barang dalam rumah dah ada.. Tapi insya Allah, ada peluang utk house-hunting, beli brg umah again for our second house. Insya Allah.

Sure u happy skang! Doakan Na lak ok?

Note : I nak grill kaler putih! ^_^

Liz Rohaizat said...

nana> wah, antara yg cuci kaki eh? senang kan? tak payah pening kepala. hehehe.. tu yg best. insya Allah, ada rezeki, dpt beli 2nd house.

grill kaler putih lawa kan? saya tgh slow talk lagi nie. nak putihhhhhh.

maisy said...

mmg excited laa ni,nak masuk new house,tkpe cite je..aku boleh gak bace..yups grill cantik je kaler putih..umah aku ni kaler putih..yg kat dapur kaler itam kot,yg lame kaler putih,dah kotor sgt..yg grill depan umah tkle kotor..

Husband aku kate..ikut suke akuu laa nak kaler ape umah..pastu bile aku nak kaler dapur ijau..die ckp:kenapa pulak nak kaler ijau...pulak dah...

Pening laa nak cat umah ni...

Liz Rohaizat said...

maisya> putih susah nak maintain. kena rajin lap. aku tak la rajin mana tp putih tu lawa dan match dengan semua warna lain.

hehe, cuma ko tanya laki ko, nak cat dapur warna ape? tgk idea pulak

CHeeSYaNa said...

Mine also putih!! Berjaya mempengaruhi hubby.. mmg susah skit nak maintain tp tu fikir kemudian hari, bleh? If taknak berkarat, mintak yg powder coating, ok..

Liz Rohaizat said...

yana> fuh, turunkan ilmu sikit.. camne nak mempengaruhi hubby? serious, nak putih! cantik kan? warna2 lain tidak sesuai.

imee said...

Liz, laki aku yang cuci kaki masa kitorg baru kawen dulu hahaha. Sbb mak aku baru beli condo baru time tu, mula2 ingat nak rent out. last2 dia bagi je kitorg duduk.

Tapi kitorg dah pun beli rumah baru! Yay! Tinggal nak dapat kunci pastu nak reno pastu nak beli perabot eeeeeeee excitednya!

Liz Rohaizat said...

imee> haha, terbalik pulak eh. wah, rumah baru kat mana? skrg ni, ramai tgh tunggu dpt kunci. aku excited dgr member2 sebaya dpt kunci. mcm berjanji pulak masing2. hehehe

nieda said...

Teringin nak pergi book sales ni tapi husband busy pula. Next week husband kena present phd proposal.

Rasanya price sama kt kedai bookxcess kot.

Liz Rohaizat said...

nieda> price dia lebih murah dari kat bookxcess. sebab tu ramai serbu sana. takpe la. kat bookxcess pun dah cukup murah, kan?

maisy said...

aku tanye husband aku,no idea pon..tp aku belasah je la kaler ape2 ikut kepale aku satgi..husband aku follow je la kot..jadi kuku besi sat...ko taknak letak wallpaper ke?mungkin later on kot... :)aku teruja nak letak wall covering nih...ptg ni appointment..

weed said...

hahaha...penah argue ngn laki aku pasal kaler maroon....aku kate kaler baju tu maroon..dia insist gak kate coklat ke ape tah..marooonnn aku kate....bukan la..coklat...last2 aku tanye salesgirl...dik...ni kaler ape dik? "maroon..."....heehehe....lalu aku tersenyummm kemenangan...laki aku senyap je la..hahaha

Liz Rohaizat said...

maisya> x terfikir lg nak letak wallpaper. mungkin kemudian la. letak utk feature wall ke. cantik gak.

weed> ok, knp aku pun penah argue benda yg sama? agaknya lelaki tak kenal warna maroon kot.

Ely Hasrul said...

seb beik la kite nih jenis yg pakai mana ade.. aku vote putih!

Syigim said...

comelnye conversation last tu :)

suka ayat tu "nasib hubby dpt isteri sempoi.." i always say the same thing to my laki haha! tau tak for raya baru ni, dia yg beria nk tuka curtain, padehal wifenye ni kata xpe guna je yg lama.. hihi

dah habih cat nanti share gamba ok ;)

Liz Rohaizat said...

ely> heheh.. patutnya aku letak poll la kat blog nie. skrg trend warna putih kan?

kak syigim> hohoho, dgn dia mmg byk conversation mcm tu.

wah, hubby akak lagi beriye nak tukar curtain. i guess, we're just being sensible. kalau benda elok dan masih boleh guna, kita pakai la. baik guna duit tu buat benda lagi.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.