Monday, October 17, 2011

Majlis Kesyukuran Lin & Dila

It's hard to find one good friend and I'm lucky to have TWO bestfriends. This year is a good year for both of them. Weed telah selamat bernikah February lepas dan kini senang mengandungkan anak pertama. Lin pulak telah selamat bernikah sebulan yang lepas dan baru-baru ni telah mengadakan majlis kesyukuran di rumah ibu bapanya.

I tumpang gembira. Sebagaimana I sanggup 'terbang' untuk menghadiri majlis Weed (cerita di sini dan sini), I juga luangkan masa utk menghadiri majlis kesyukuran pasangan Lin & Dila di Benta. Tak la jauh mana tapi sebab tak pernah pergi, rasa mcm jauh juga la. Hehehe..

Pagi Sabtu bermula dengan situasi kelam kabut sikit. Kami ke Cheras dulu. So I bawa semua baju-baju kami. Bila nak bersiap pukul 9.30 pagi, I noticed tudung tertinggal kat rumah. Panik sebab dah lewat. Terus kembali ke Hulu Langat. By 10.30 am, kami baru keluar.

Tisya mogok taknak ikat rambut. Ok, dia nak ikat rambut tapi tak reti duduk diam. Senget-senget rambut dia. Bila dah betulkan 2-3 kali, barulah ok. Terus disuruh ambil gambar. Iskk.. anak sape la nie.

I ni nama je ada saudara kat Pahang tapi tak pernah nak ke sana. So bila pergi Benta, rasa mcm jauhnya perjalanan. Nak sampai ke Bentong, rasa kejap tapi nak sampai ke Raub, mcm tak sampai-sampai. Hikhik.

Sepanjang perjalanan, I sebut nama-nama tempat yg tertulis di signboard. Nama-nama kawasan kat Malaysia ni memang unik la kan?

Akhirnya sampai Raub

Masa sampai Raub ni, jam dah hampir ke pukul 12.20 tgh hari. Tanpa mengetahui berapa lama perjalanan dari Raub ke Jeram Besu, hubby terus pecut dengan berhati-hati ke sana. I risau sampai lewat sebab dah berjanji nak meramaikan rombongan pengantin perempuan.

Akhirnya sampai

Sampai sana dalam pukul 12.45 tgh hari. Cuaca panas terik. Sementara tunggu pengantin bersiap, kitorang berehat kat kawasan klinik. Pukul 1 tengah hari, pengantin muncul di garaj ambulans. Janganlah terkejut. Rumah pengantin di dalam kawasan klinik kesihatan Benta.







Mula-mula berarak tanpa paluan kompang. Batrisyia sibuk cakap "takde pun kepak kepung kepak kepung". Minah ni memang suka pergi kenduri kahwin sebab dia nak dengar kompang, nak tengok pengantin. Memang takde kumpulan kompang. Cuma bila dah nampak sampai ke khemah, diorg pasang paluan kompang dari CD.

Kitorang terus ambil tempat duduk berdekatan Zid & Intan. Dah lama tak jumpa mereka. Actually, pagi tu nak konvoi sama-sama dengan mereka. Tapi Zid & Intan pergi awal (sebab ingatkan kitorang keluar awal), tak jadi la konvoi. Met a few familiar faces there too.

Lauk sedap! Ada lauk daging yang memang I suka tapi segan nak menambah. Nyum.. nyum. Rasanya perempuan je yg segan sebab Zid and my hubby ok je makan dua kali.

Pengantin sibuk bergambar dengan family so kitorang lepak-lepak dulu kat situ. Bila crowd dah surut, barulah bergambar dengan pengantin di pelamin.

Batrisyia excited nak jumpa pengantin tapi
bila sampai kat depan pengantin, dia takut


Gambar kat pelamin tak nampak sgt muka masing-masing. We decided to wait for a while dan bergambar sekali lagi dengan pengantin.

Sementara menunggu, Batrisyia sempat makan udang lauk pengantin.

One thing yang I suka bila pergi kenduri kat kampung ialah crowd dah mula surut selepas jam 2 petang. Selalunya by 3pm, mmg dah takde orang datang dah. Kitorang pun tak la rasa guilty sangat melepak kat situ.

Pengantin pun dah rileks. Bergambar sekali lagi sebelum pulang.

Intan & Zid, Lin & Dila, Liz & Izat.
Where's Batrisyia? :)

Sempat berbual dengan ayah Lin. Ayah dia cakap, "Lega dia dah kahwin". Hahaha...

Kepada Lin & Dila, I'm happy for both of you. Semoga perkahwinan ini sentiasa dilimpahi dengan kebahagian yang berpanjangan. Amin.

2 scribble(s):

Ely Hasrul said...

aku penah g Raub dolu2 pon sbb abang aku belajar kt sek sains situ, aku takde rahsia kalu g kenduri kawin, lauk sedap aku mkn bertambah, xdek malu punye hahahhaha

Liz Rohaizat said...

ely> aku bab tambah lauk, no prob tapi sebab masa kat situ ada org tlg sendukkan lauk, segan la aku nak minta lauk lebih. hehee

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.