Wednesday, October 19, 2011

House - lampu dan kipas

Last weekend, kami singgah tengok rumah lagi. Kali ni hubby nak tebuk lubang kat counter top. Tengah menebuk, sorang contractor datang menyapa. Dah penah jumpa contractor nie. Biasa la, kalau kat tempat camni, ada je contractor nak menyinggah. Masing-masing bagi quotation grill, awning, counter top. Siap yang jahat, pergi burukkan contractor lain. Hehehe... gelak dalam hati je.

One thing about hubby ialah dia boleh buat kerja-kerja DIY nie. So bila contractor bagi quotation utk tinted window la, naik batu la, dia angguk-angguk je. Pastu senyap-senyap dia cakap, "Boleh buat sendiri je". Ok la, selagi boleh buat sendiri, biarlah dia buat sendiri. Jangan hasilnya tak semenggah sudah.

Yeay, korang.... my hubby telah bersetuju utk cat grill warna putih! Ahaks, berkat doa korang la nie. Merasa mak nak grill warna putih.

Tujuan utama ke sana minggu lepas ialah utk kira point lampu. Bukan setakat kira tapi cuba imagine nak letak lampu jenis apa. Ada yang nak pakai lampu dinding, ada lampu bulat, ada lampu kalimantang je. Banyak betul point lampu. Yang penting, bulb mesti jenis energy-saving. Dengar cerita kedai House of Lightning kat Puchong menjual lampu dengan harga yang murah. Betul ke?

Jumaat ni dah boleh beli kipas dan lampu. Sabtu dah boleh pasang. Bajet nak terus pasang curtain rail kan? Tapi sampai sekarang curtain rail kat rumah tu belum diturunkan lagi. Konon nak turunkan minggu lepas. Sudahnya takde satu pun yang diturunkan. Haih, bila la nie.

Agak panik juga la sebab hari ni dah Rabu. Satu barang pun tak kemas lagi. Lori pun tak confirm lagi. Belum start kerja tapi dah rasa penat. Penat memikirkannya. Hohoho..

Takpe la, at least my target untuk ada rumah sendiri sebelum usia 30 tahun telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

22 scribble(s):

Afzan said...

liz..house of lighting mmg murah lg satu kedai yg murah kedai top ten next to tesco puchong..akak beli kat situ...kitaorg pun pasang semua sendiri kipas + lampu...6 kipas + 16 lampu...letih tp puas hati sebab buat sendiri..

Liz Rohaizat said...

kak afzan> tu la, ramai kata house of lightning tu murah dari kedai lain. rasa nak je pergi tapi kedainya tutup awal sgt. kalau sempat pergi pagi sabtu, ok la kot.

bila buat sendiri, kepuasan tu terasa bila dah siap kan?

Imee said...

Apakah lampu life-saver?

Liz Rohaizat said...

imee>energy saver. thanks for correcting me

PixiePwincess said...

congrats kak liz! best betul masuk rumah baru. start fresh. kat area mana ni?

Ila said...

pindah rumah memang penat...ila dulu sebulan baru siap kemas...hehehe..tapi memang puas hati dapat duduk rumah sendiri...

Liz Rohaizat said...

ayu> kat cheras area je. dekat sikit dengan tempat kerja. hohoho, akak masih simpan angan-angan nak ada rumah sebijik kat Seremban 2. entah bila la tu

Ila> sebulan? hohoho... lamanya. masa pindah ke rumah sewa ni, kemas dlm 2 minggu la juga. ni barang dah byk, mau sebulan juga kot

Imee said...

Heh, aku mula2 konfius, apakah itu. Ingat kot brand lampu baru. By the way, tak mau pergi Homedec expo weekend ni? :) Walaupun kunci rumah aku belum nampak bayang pun lagi, aku excited nak pegi haha! Weekend ni expo utk benda2 built-in (cabinet, grill, etc2) Next weekend adalah furnishing and deco kalo tak silap.

Liz Rohaizat said...

imee> itulah padahnya main taip tapi x check balik. hahaha... homedec tu awal2 aku dah pangkah tarikh kat calendar ni. mcm nak pegi tapi my hubby tak suka tempat sesak. tgh usaha memujuk lagi nie. wah, byk betul benda aku kena pujuk psl rumah. hahahaha

Ely Hasrul said...

Liz, biqque tau kedai mana paling murah, kedai yg ko sebutkan tu murah gak setahu aku.. patu ade kedai nih Top Ten ke ape namanye..

Wahh hubby setuju kaler putih suka! Bukan ape kadangkan kite terpaksa memilih benda safe sbb pilihan kite high mentenan atau xsesuai dgn persekitaran tp bg aku grill putih tu masih bearable la utk dijaga... lelagik kalu ko dh pasang curtain.. jarang sungguh la tetamu nk dtg ke tepi tingkap n check grill ko berabuk ke tak haha.. lagikpon kalu ko buat majelis ape2 sure ko dh bersih2kan umah dulu xpon cam aku panggil cleaner hahahhaha

Liz Rohaizat said...

ely> aah, aku dgr cerita Top Ten pun murah. tp ramai kata House of Lightning byk pilihan. aku mcm malas pulak nak pergi sampai ke Puchong. petang ni nak cari kedai dekat2 sini dulu.

bagi aku, grill putih boleh masuk dengan persekitaran. boleh blend dengan semua warna perabot dan dinding. kalau grill berwarna, dah kurang cantik pulak. lagi pun, aku pilih jenis palang yang tengah hot skrg nie. so tak la susah nak lap.

cinonet said...

yup,lizek,House Of Lightning mmg murah giller,so far sumer yg berkenan ada di situ with cheaper price! tp monday kedai tu tutup, Mmg ramai org kt HOL tu nk kena amik no utk payment and collect brg :)

btw, weekend ni ada HOMEDEC di klcc,maybe leh usha/survey utk dpt idea and few appliance :D

Liz Rohaizat said...

sue> org kata, kedai tu tutup awal. tu yg leceh nak pergi during the weekdays. minggu ni dah nak pasang. hmmm

Afzan said...

house of lighting tutup pukul 8mlm & top ten tutup pukul 9mlm..better pegi weekdays sbb kedai sempit & weekend sgt ramai..k.afzan mmg pg lps off last week & ok sbb org x ramai

bumble_bee said...

Salam Liz, lama dah tak tinggal comment sini. Bila baca bab2 hias rumah ni memang i suka. Pasal lampu memang banyak org kata HOuse of lIghtning tu murah. So boleh la pergi survey.

And kalau boleh pergila jugak jenguk Homedec tu. Dulu kitorang pergi weekedn jugak tapi pergi awal. Beratur sebelum dia bukak. So tak de la berhimpit2 sgt dgn org.

Just to share my experience, I pergi Homedec last year and pergi booth kedai lampu Ten Gro (sama deret dgn Top Ten Puchong). Dia bagi discount for all lights (dalam . I kena bayar RM 500 deposit to lock the offer. Then pergi kedai dia and pilih mana2 lampu kita nak all at 15% discount.

So, sometimes kat Homedec ni mungkin ada some offers yg menarik. Selamat menghias dan pindah rumah.
P/S: Sorry sebab comment ni jadi panjang. :)

Liz Rohaizat said...

kak afzan> ahaks, dah called diorg tadi. aah, tutup pukul 8 malam. hari ni check kedai dekat2 sini dulu. kalau takde yang berkenan, singgah house of lightning ptg esok.

kak anisa> akak, Ya Allah.. boleh tak saya dah lama tak masuk blog akak? sebab akak kan private kan blog. so kat feed, blog akak tak update2. adoiii... ingatkan akak tak update. ciss..

mmg teringin nak pergi homedec tu tapi aduh, mesti ramai org. kalau tak silap saya, bab lampu2 nie, homedec part II, minggu dpn. masa tu dah siap beli lampu dah kak.. huhuh

Ely Hasrul said...

liz esok aku g homedec saja nk geli2. aku kalu part kedai mana murah kalu betol nk beli byk n mmg dtg nk beli xpe. tapi kalu dok survey dh la kedai jauh mmg bg aku cost lain pulak yg muncul. elok sgt ko tgk tmpt berdekatan mana tau dh beli byk diskaunnye lebeh kurg hehe

Liz Rohaizat said...

ely> kalau pegi puchong tu, confirm la aku beli tapi mcm malas nak pegi jauh2. hohoh..

ala, kan best kalau aku leh pergi geli2 dgn ko. dah la thn lps ko tak ajak aku. thn ni mcm nak pergi tapi hubby aku malas mo redah lautan manusia. iskkk... babe, kalau ada apa2 best, sms aku weih.

CHeeSYaNa said...

Liz, bulan ni jerk aku dah g 4 kali ke Topten and 3 kali ke House of Lighting. My verdict, Topten lagik banyak choice. House of Lighting is cheaper by +/- RM10. Tp, kipas murah kat topten. Ada satu lampu ni, tgk kat kedai lampu kat kajang, harga pas sale RM99.. kat TopTen RM 69 with bulb (not energy saving) but kat HOL RM59 (without bulb)

If pening tgk banyak sgt lampu, just grab 1 sales assistant and bagitau dia kita nak lampu macam mana and nanti dia check kan..

Kat Topten, I nak recommend SA nama Azhar. Dia mmg pandai rekomen lampu. Even ada skali tu I pilih lampu utk stor harga RM29 pastu dia kata, wat apa lampu mahal2 utk stor jerk, beli jerk lampu yg ni (sambil tunjuk lampu harga less than RM10) :)

btw, topten tutup kol 9mlm :)

Liz Rohaizat said...

yana> wah, top ten pulak dah. mmg ada dengar tentang top ten tapi setakat yg aku dgr, ramai kata HOL murah. alamak, top ten ni kat mana pulak? kalau dekat dengan HOL, boleh gak terjah.

kipas awal2 aku dah beli kat sini. murah je

cinonet said...

HOL tue-sat :10;30am-830pm, sun 12-5pm.....830 pm tu ttp awl ka?ok kot... :)

CHeeSYaNa said...

Topten tu kat puchong gaks.. deret ngan Tesco.. but since ko dah beli dah semua lampu kipas.. ok ler tu :)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.