Monday, October 10, 2011

The Biggest Book Sale in the World at MAEPS, Serdang

Ada antara korang minta I tulis sedikit review tentang "The Biggest Book Sale in the World". So, here is my honest review. Korang ni mcm tak percaya dengan diskaun yang diorg bagi eh? Sampai ada yg suruh upload gambar, ada yang suruh bagitau harga. Hehehe... I faham perasaan korang.

Ni catatan kami sepanjang 3 jam berada di sana. Cerita akan diselang selikan dengan beberapa info dan tips yang perlu korang tau.

I'd never been to BBW book sale before. Memang dah sedia maklum tentang BookXcess tapi tak pernah ke sana pun. Jarang nak ke PJ area. Bila kwn-kwn ckp book sale diorg lagi best, mesti la rasa nak pegi. Jadi mmg kali ni, dah target nak pergi pada hari pertama. Hari Jumaat pulak tu. So, nak buat camne? Kita cuti! Ahaks...

I pergi dengan Ely. Mula-mula mcm blur. Nak drive ke sana, takut sesat. Nak naik bas, mcm lambat je. Kalau dah namanya bookworm, masa tu rasa nak selamba redah je. Alhamdulillah, sekali Ely nak ikut dan dia dengan baik hati ajak naik kereta dia. Thank you, Ely!

Pagi tu I ambil masa berjalan sekitar KLCC Park. Dah lama tak jalan kat sana. Janji dengan Ely nak jumpa kat Exxonmobil sebab hubby dia kerja kat sana. At 9am, dia dah sampai.

KLCC Park

Teruz zasss ke MAEPS. Ely dah tau jalan. Jadi tak perlu la I nak jadi co-pilot ke ape. Tau-tau je dah sampai. Bagus la ko, Ely. Kami sampai dalam pukul 9.30 gitu la. Masa tu car park dah banyak kereta.
Wah, nampaknya bukan I soranglah yang sibuk nak pergi pada hari pertama kan? Heheh... Kitorang punya kalut mcm la buku tu nak habis hari tu jugak :p

Jarak dari car park ke Hall A tu tak la jauh. Tapi kalau cuaca tengah panas, berpeluh juga nak menapak. Ditambah pula kalau beli sampai 4-5 plastik. Jangan risau. Shuttle bus ada disediakan. Cuma perlu tunggu di tepi jalan. Nanti bila nampak bas yang cute ni, sila naik. Tak perlu beli tiket utk naik bas ni eh. I cakap ni sebab ada satu couple ni taknak naik bas tu eventhough I beriya-iya suruh diorg naik. Hari tgh panas, ko nak menapak ke? Diorg reluctant nak bayar tiket bas. Bila I cakap "FREE", terus cepat-cepat diorg tunggu kat tepi jalan.


Muka teruja Ely. Bayangkan muka I pulak.

Bas ni tak mcm bas biasa. Nama pun shuttle bus. Jadi kiri kanan bas tu agak terbuka la juga. Make sure korang pegang apa yang patut.

Pagi-pagi, semua orang masih wangi. Hahaha

Kami sampai depan Hall A sebelum pukul 10 pagi tapi pintu dah dibuka dan dah ramai org kat dalam tu. I mcm, "Errr, what? Apsal buka awal? Why? Why? This is so unfair". Hehehe, cakap dalam hati sambil cepat-cepat cari kotak.

Ada banyak kotak disediakan di tepi pintu masuk (kat bahagian dalam). Walaupun kami dah ada troli kecil, I tetap ambil kotak. Mula-mula Ely cakap, gerenti muat buku-buku kami dalam tu. Sekali, baru setengah jam kat dalam tu, troli dah penuh :p

The atmosphere was overwhelming for me. I yang suka membaca... masuk dalam Hall A yang besar tu dan disajikan dengan pemandangan indah berupa timbunan dan deretan buku-buku yang tersangatlah banyak... I rasa mcm tak tau nak pergi kat mana satu dulu. Serious nie! Tapi mungkin orang lain tak rasa camtu sebab di depan mata I, ramai orang sibuk berebut buku ini.

Bukanlah berebut sampai tarik rambut eh tapi muka semua orang mcm excited sgt nak rembat buku Jamie Oliver nie. Takut habis ke?

Masa ni I dan Ely berpecah sekejap. Dia sibuk tgk Hershey's, I sibuk cari buku-buku lain. Lepas tu, tangan I dah mula menggigil sebab kotak dah penuh. Masa tu baru sibuk cari Ely sebab troli kat dia. We met again at Children section.

Parents, beware! Children section bakal membuatkan anda rasa nak beli pelbagai jenis buku untuk anak. Murah-murah harganya. Paling murah I jumpa RM1. Truly mad! Average, children book yang kecil-kecil mcm The Paddington, Little Red Riding Hood tu.. harga RM3 je. Kalau buku dari Disney, Toy Story ke.. tu baru RM12. Siap CD. Isk, tak tau nak gambarkan lagi la.


Ramai yg skeptikal bila dapat tahu tentang book sale ni. Mcm mana buku bleh dijual dengan harga yang tersangat murah. Mcm tak masuk akal kan? Maybe korang boleh browse old news dlm The Star. Mereka ada cerita mcm mana mereka dapatkan stok buku nie. Buku yang dijual bukan buku lama tau. Buku baru.. buku cantik. Seperti buku ni.

Breaking Dawn from Twilight saga ni djual dengan harga RM8 sahaja. Berbaloi-baloi bagi peminat Twilight yang masih belum ada buku nie. Cuba la check harga sebenar buku ni kat pasaran.

Ada beberapa buku yang diletak dalam satu longgok (mcm Breaking Dawn, Jamie Oliver, A Gift). Jadi senang nak cari. Tapi kebanyakan buku dicampur dan disusun tanpa mengikut susunan nama author. Jadi korang kena sabar belek setiap row. Jangan jemu kerana dalam barisan buku tu, mungkin ada buku-buku yang best. Don't be surprised if korang jumpa buku yang korang tak expect. I found Oliver Twist... sebuah je kat situ. Terus rembat!

Masa ni I dah penat mencari Lord of the Rings. Mcm nak frust dah sebab tak jumpa. Ely pulak rajin ambilkan gambar.

Akhirnya, Ely yang jumpa buku tu. Tak sia-sia mata berpinar cari dari satu row ke row yang lain. Tapi I hanya beli 'The Fellowship of the Rings" sebab tak minat dengan cover "The Two Towers".


Ely tolong carikan buku ketiga tapi tak jumpa.
Rasanya tak jual langsung kot.

Jom tengok buku apa lagi yang ada dijual.

Comic & manga

Cookbook

Travel

Self-help

Sebenarnya, ada banyak lagi seleksi buku yang dijual seperti Parenting, History, Biography, dan Sci Fic. Kiranya mmg tak rugi la kalau pergi sana. Paling kurang, korang mesti akan beli satu buku. Setakat dalam ramai-ramai kawan I yang pergi, rekod paling cemerlang yang I dengar ialah Ayu yang beli 44 buah buku! Tapi rekod yang I nampak kat Facebook dipegang oleh seorang lelaki Cina. Dia beli 71 buah buku dengan harga RM500 lebih je.

Lepas pilih-pilih tu, kami duduk di ruang legar di depan cashiers. Tengok balik buku mana yang nak, mana yang taknak. Susun ikut harga biar senang cashier nak kira.

Jangan risau. Banyak kaunter bayaran dibuka di sana. Setiap row ada 2 cashiers dan setiap cashiers ada pembantu. Bila dah sampai turn korang, pembantu ni akan tolong korang angkat buku-buku ke tempat cashiers. Korang tinggal hulurkan duit je. Hehehe.


Nampak panjang tapi tak la lama menunggu

Sorted by price



Di sini, ada beberapa perkara I nak share dan I nak nasihat sikit.

1) Kalau boleh, datang sebelum jam 10 pagi. Kalau datang awal, boleh terus masuk. Tapi kalau hall dah penuh, guard kat luar akan minta korang beratur. Kena la tunggu turn utk masuk ke dalam Hall. Menurut mereka, waktu puncak ialah dari 10 pagi ke 3 petang. Kalau taknak datang awal, datang la lepas pukul 3 petang.

2) Bring trolley... or hand luggage... or big luggage.. or two luggages. It's up to you! Jangan merendah diri dengan mengganggap korang takkan beli banyak buku. Once nampak harga yang murah tu, gerenti korang rasa nak beli mcm-mcm. Troli lebih sesuai. Kalau guna kotak, lama-lama jadi berat dan jadi mcm I. Terus menggigil sebab dah berat sangat.

3) Let say korang tak bawak apa dan hanya guna kotak. Lepas kotak dah penuh, korang boleh pergi kat drop counter. Kat sana, korang boleh letak kotak tu. Mereka akan bagi satu nombor. So boleh la pergi cari buku lain. Bila semua dah siap, nanti collect balik kotak-kotak korang. Senang kan?

4) Stay calm and compose all the time. Ahaks, tak perlu berebut buku. Ada banyak buku untuk semua orang. Kalau terlanggar orang, jangan lupa minta maaf. It's a simple gesture.

5) Kebanyakan bookworm mmg sayangkan buku kan? Pilih buku dengan berhemah. Meaning, ambil elok-elok. Belek elok-elok. Kalau taknak, jangan main lempar perlahan ke tepi je. Kan elok kalau kita letak balik kat tempat asal. Jaga buku tu mcm kita dah beli buku tu. Orang lain pun nak beli juga kan? Agak sedih bila ada sesetengah buku dah terkoyak di muka luar. But maybe tu jadi sblm book sale gak kot.

6) Let say korang dah sampai kat area hujung sekali yang menempatkan cashier. Tiba-tiba korang rasa nak tukar buku atau nak cari buku lain. Instead of meredah manusia di tengah hall, korang pergi ke arah hujung sekali berhampiran pintu masuk dan ikut jalan tu. Tak ramai orang berada di hujung. I rasa lagi senang la.

7) Make sure korang breakfast dulu sebelum datang. Bagi tenaga kat badan. Taklah kelaparan dan taklah korang rasa nak "mkn" cookbook yang korang nampak kat sana.

8) Pakai sandal yang selesa. Tak payah pakai kasut tumit tinggi. Dapat sandal pun dah selesa sangat dah sebab korang nak membelek buku tu bukan sekejap. It's a big hall. There are 1.5 million books. Lama ok nak membelek tu.

9) Bring extra money. Let say korang bajet RM100, korang bawak la extra RM200. Huhuhu.. Jangan cakap I tak bagi warning :p

10) Seeloknya usahakan bawa kereta ke sana. Public transport agak payah. Dengar cerita, ada orang kena charge RM29 utk cab dari Komuter Serdang ke MAEPS.

Inilah hasil rembatan sepanjang 3 jam berada di sana. Tak puas hati lagi ni. Kalau ikut hati, nak je stay sana sampai petang. Apakan daya, I ada appointment dengan house developer pada petang tu (akan update cerita ni kemudian).



Total damage. Ehem...

7 scribble(s):

Imee said...

Haha best baca cerita pagi kau. Kalut kan nampak kereta banyak2 tu? Aku ngan Akaz pun menggelabah tak tentu hala. Pastu bila kena beratur kat luar tu, dah nak gaduh dah sebab tak keluar rumah awal2 hahaha. Tapi beratur kejap je, tak sampai 20 minutes. Bila dah masuk, kitorang terus split up, sbb masing2 dah nampak area mana nak attack dulu. :D

Oh, btw, Akaz dah kira dah. Kitorang nye total haul RM500++ for hampir 80 buku. Aku nye buku je ada 37 buah. Tu pun dah banyak tak jadi beli.

Oh, aku nak tambah tip. Kalau dah nampak buku yang kau macam nak, tapi tak sure nak beli ke tak, AMBIK AJE DULU. Sebab kalau tak terus ambik, nanti payah nak carik balik. Pastu menyesal. Macam aku, mula2 ambik sampai penuh 3 kotak, ngan 2 beg. Tapi before bayar, kitorang duduk kat tepi tu (macam ada designated area plak, sbb ramai yang dok kat tepi tu) pastu baru sort through buku2 tu, yang mana satu betul2 nak. Pastu buku2 yang tak jadi beli tu, jgn la campak je ke tepi. Aku kosongkan satu kotak, pastu letak semua buku2 yang tak jadi beli dalam tu. Pastu boleh la bayar dgn hati yang gembira. :)

Liz Rohaizat said...

imee> ekeke, aku ingatkan aku sorang yg kalut bila nampak kereta banyak. mmg kalut la. cepat2 tunggu bas.

wah, ko punya je 37 buah buku? sikit lagi nak lawan ayu. ayu lagi la, dia dpt pegi hari khamis punya. ptg tu juga dia sms. bagi terbakar sikit semangat aku.

betul tu. ambik je dulu. oh, ko duduk kat tepi eh? kitorang duduk kat depan tu. area kosong antara buku2 dan cashiers tu. kitorang pun buat mcm korang. mana yg taknak, letak balik dlm kotak elok2. kalau nak letak balik, dah tak ingat ambil kat mana. aku tgk, staff BBW rajin collect balik buku2 tu utk letak semula.

mancet said...

i pegi smlm pkl 8 mlm ,buku jamie oliver tu byk lagi hihihi

PixiePwincess said...

wah ada link saya. ;p
btw yes i think kak imee bought more than I did coz she was there longer. saya 2 jam setengah je tu pun dah rasa nak termuntah penat. hahah

btw ada terasa mcm nak repeat balik lah, eh?

Liz Rohaizat said...

mancet> rasanya buku tu mmg byk. orang je yg takut buku tu habis.

ayu> awak beli 44 buku dlm masa 2 jam? giler la. hehehe... ada terasa nak repeat. maybe hari teakhir kot. insya Allah

p!nkerton said...

aku pegi weekdays time lunch break pun ramai je org hehe.. tapi jauh lebih selesa la drp aku pegi time weekend. duduk lama2 dlm tu boleh muntah kot sbb byk sgt buku, pening aku pusing from 1 meja ke 1 meja. kena kuar jap pi makan minum hehe..
btw aku link kan review ko ni kat blog aku k ;)

Liz Rohaizat said...

fatih> best la ko. rumah dekat dgn maeps. kalau aku, mau pegi hari2. hahaha.. nasib baik la rumah jauh. mula2 aku pun mcm pening sbb nak belek 1-1.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.