Tuesday, October 11, 2011

At last, dah ambil kunci rumah baru

I tak pernah terfikir melangkah masuk ke rumah baru akan membuatkan I rasa semacam. Tak tau nak describe mcm mana. Rasa happy, excited.. sebak pun ada. Hanya Tuhan yang tahu apa yg kami dah korbankan utk rumah ni :)

Akhirnya, dah ambil kunci minggu lepas. Tu yang tak sempat nak berlama-lama di Big Bad Wolf Book Sale. Surat utk ambil kunci dah lama dapat tapi sebab ada perkara nak kena setel dengan bank, agak lambat juga la kami ambil. Dah la parking lot kat sini dikira "first come first serve". Huhu, pasrah je kalau dapat parking lot jauh dari rumah.

Lepas buat pembayaran terakhir dengan developer, mereka set kan appointment kami utk ambil kunci pada hari Sabtu lepas. Pagi-pagi dah ada kat sana. Dapat kunci dan Defect Record form.

Batrisyia excited sangat sampai suruh ambil gambar dia melompat-lompat kat rumah tu. Dia dah selamat berguling kat lantai yang kotor tu (abi dan umi dia dah selamat menjerit kat rumah tu).

Masih ingat entry ni :Defect Rumah ? Kami buat apa yg patut. Hubby tak jumpa tester dia so kami guna ubat nyamuk elektrik tu utk check soket. Hehehe.

Tiles semua okay. Takde yang kosong, takde yg retak. Cuma ada beberapa suis bermasalah sikit. Just a minor problem. Boleh betulkan sekejap je. Ada satu tingkap tu, handle longgar. Ada satu tingkap lagi, terketat sangat pasang sampai berbunyi kuat bila dibuka. Tu je la. Dia kata, dalam masa 2 minggu, dia akan betulkan. Tapi rasanya dah boleh siap dalam seminggu kot.


Ni dia satu masalah kat ruang tamu. Tempat air-cond ni. Kalau tak pasang air-cond, punya la buruk. Jadi nak taknak, kena la pasang air-cond. Cuma mungkin bukan dalam masa terdekat la. Tak penting sgt pun. Dahulukan yang penting. Mungkin boleh tutup dulu benda nie.

Masa pegi jumpa developer, kami diminta utk pilih parking lot. Masa tu I dapat rasakan dpt lot yang jauh sebab dah ramai org bayar. Bila dia keluarkan map, mmg banyak gile dah bertanda. Yang kosong mmg jauh. Entah mcm mana, I boleh check parking lot bertanda tu satu-persatu. Tengok-tengok ada satu parking lot berdekatan dengan rumah. Sekali imbas, lot tu dah berwarna tapi unit no yg tertulis kat sebelah lot tu dah dipotong. Pembeli yg pilih lot tu dah pilih lot di sebelahnya pulak. So kiranya lot tu dah kosong. Apa lagi, rembat la. Alhamdulillah, dapt parking lot betul-betul kat tepi rumah.

Boleh nampak kereta dari dalam bilik

Takde apa sangat yang nak dibuat kat rumah ni melainkan pasang lampu, kipas, grills dan buat kitchen cabinet. Counter top mmg dah ada. Tinggal nak pasang pintu je la.


Yeay, dah boleh pindah rumah hujung bulan nie :)

15 scribble(s):

maisy said...

Tahniah..Perasaan rumah no 1 kot..aku mule2 dulu excited gak..lagilah belum kawin time tu..tunang je..dpt kunci cam dpt emas..yg umah latest ni,perasaan biase je kot..tak steruja yg mula2..
senang ek nak intai kete..best2..nanti nak naik umah,kalo wat mkn besaran,panggil aku.. :p

Faizah said...

i like. yg jenuh masuk umah baru, sbb umah baru berkapur lg. asik2 la nak kena mop!

Liz Rohaizat said...

Maisya> tu la, nasib baik dpt betul2 kat tepi rumah. tak la jauh sgt in case ada brg tertinggal dalam kereta.

takde buat mkn besar. hehehe. thn depan boleh la dtg beraya.

faizah> ekekke.. takpe. boleh tone up ur muscle.

rozila said...

salam liz.....congrates....bestnyer dpt umah baru....sy jgk yg x tau dpt bila...wat gov loan, tp still kn topup dlm rm18k...mn nk cekau duit...bley kuar epf suami dh nk kn nm s n p nm bedua...huhuhu....byk nor halangan...cam nk give up jer...

Imee said...

Yay! Congrats homeowner! :D Housewarming?

Afzan said...

liz..congratulations!!! mmg excited sbb k.afzan rasa apa yg liz rasa...tp 2-3 hari lps ambil kunci excited terus turns to serabut..banyak nye nak buat...nak settle kan rumah baru + nak kemas untuk bpindah lagi...

Liz Rohaizat said...

rozila> salam. rezeki nak beli sendiri. kalau fikir byk kali, mmg tak terbeli. kitorang pun tutup mata je keluarkan EPF, buat loan. we're under strict budget for the past few years sebab nak kena bayar utk 2 rumah (rumah sewa dan rumah nie). tapi bila dah boleh masuk rumah baru, mmg rasa lega dan terharu sebab semua tu dah terbayar.

perlahan-lahan buat plan. dan cuba fikirkan cara terbaik.

imee> yeay! housewarming? ahaks, bagi setel semua dulu. paling lewat pun, korang boleh datang time raya la

zurainah said...

tahniah kak!dapat jugak masuk umah baru..excited kan!hihi

Liz Rohaizat said...

kak afzan> ekekeke... so far belum serabut sebab saya ni simple je kak. dahulukan mana yg penting. setakat cat rumah ke, langsir baru ke, tu kemudian.

tp tang pk nak kemas rumah lama, pastu angkut semua ke rumah baru.. then kemas balik semua barang kat rumah baru... MEMANG SERABUT. terbayang byk kerja menanti

zurainah> thank you! memang excited tapi tak la terlalu excited. byk kerja nak buat

Syigim said...

seronoknya...dpt pulak parking dekat gile, papehal jenguk je tingkap. kak pun tumpang sebak plus happy for you.... kak punya rumah kat alam budiman org lain yg rasmikan uhuk uhuk.... kak agree dgn dahulukan yg penting, aircond tu can wait kan. pelan2 hias :) enjoy dear!!!

Ely Hasrul said...

wahh nk masuk umah dahh congrats!!!..

weed said...

wahh..bes2...alhamdulillah dh ade rumah......x sbr rasenye nak ade rumah sendiri gak...ktrang plan nak carik tanah lot...n then buat rumah...kecik2 je dulu...pastu leh renovate sket2....

Liz Rohaizat said...

kak syigim> thanks kak sebab tumpang sebak. hehehe... ni mmg style pelan-pelan ni. kalau semua nak one shot, mau pengsan.

ely> kenapa ko tak congrats aku jumaat lepas? ekekekke...

weed> kira ok la weed. pasni kalau ko dtg kl, duduk je rumah aku. ada bilik tetamu.

Anonymous said...

jet lee :
yeayyy!!!

Liz Rohaizat said...

jet lee> haaa, jgn lupa buat apa yg patut.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.