Wednesday, September 07, 2011

PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011

Raya tahun ni kerjanya mengambil gambar je. Bukan gambar biasa tapi gambar-gambar luar biasa yang I tak pernah nak ambil sebelum ni. Hahahaha... Semuanya sebab PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011.



Tahun ni, Photo Challenge Balik Raya kembali lagi dengan 10 challenges yang boleh tahan susah juga la. Actually, sekali imbas nampak senang. Cuma perlu cari masa dan tempat yang sesuai. Part tu sedikit challenging la.

SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!

A) Setiap gambar MESTI ada Blogger.
B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011".
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.

Untuk 3 syarat utama ni, senang je. Hari Jumaat sebelum cuti tu dah siap-siap print "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011". Punya la semangat. Utk challenge kali ni, I pakai baju raya warna purple, gold, hijau dan merah hati. Tapi banyak warna purple sebab hari tu mmg I pulun buat sebanyak mungkin.

Jom tgk challenge yang perlu kami sahut dan gambar yang I pertaruhkan. (Utk juri-juri, sila klik gambar utk maximum size)

10 CHALLENGES YANG PERLU DILANGSAIKAN!

Idea Biqque
1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya. Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.

~ Masa mula-mula dpt list ni, I rasa No. 1 ni paling senang nak buat. Ingat nak cari road block time raya tapi satu pun tak jumpa. Stress weih. Pastu pergi balai polis kat Seremban 2. Tegur 2 org Lans Koperal ni. Diorg suruh dapatkan permission dari ketua balai. I cabut je la sebab leceh sgt la. Hubby ckp maybe sebab I pergi dgn dia. So Lans Koperal tu jual mahal. Hahaha..

Minggu lepas, pergi balai polis kat Batu 9 Cheras, ramai org tgh buat report pulak. Sekali terjumpa 2 orang polis ni kat kedai makan area Batu 9 juga. Apa lagi, I terus explain kat diorg. Sarjan ni terus bersetuju. Cayalah! Sarjan tu mkn tart nenas tu sebenarnya. Tapi masa gambar diambil, dia tak letak kat mulut dia pulak. Hikhik...


2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat.

~ Antara challenge yg susah utk dilakukan sebab ada je halangan. At first, I nak buat ramai-ramai dengan ahli keluarga. Nak buat kat City Park, Seremban 2. Semua dah bersemangat tau. Sampai sana, hujan dah mula turun pulak. So I buat challenge main slide je.

Ni kira percubaan terakhir la. Masing-masing dah keluar berjalan raya. Tinggal kami je. Buat dalam rumah. My parents jadi tukang adjust bentuk huruf kami. Adik I berdiri atas meja makan sebab nak ambil gambar dari atas. Maklumkan, guna kamera biasa je. Ada rupa ejaan "RAYA" tak?


3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus.


~ Agak senang nak cari rumah kampung yang kosong kat Rembau. Sana banyak rumah tinggal. Eventhough kami ambil gambar waktu siang, perasaan seram tetap terasa. Nak berdiri dekat dengan rumah pun I takut. Siap ajak hubby turun kereta. Dalam gambar ni tak nampak my hubby kan? Dia ada kat sebelah I je sebenarnya. Wife dia mmg penakut. I fikir, kalau berdua, maybe takde la entiti yg ikut I balik.

Actually, ada lagi satu rumah kat kampung. Besar, bersemak dan menyeramkan. Mmg spooky habis. Tapi bila terpandang, I terus jadi tak sedap hati. Nasib baik tak ambil gambar kat situ sebab later I found out that rumah tu dah terbiar sejak ayah I kecil lagi! Katanya dalam tu masih ada perabot dan memang berhantu. Kawan dia pernah masuk dalam tu. Keluar, terus jadi tak betul sampai sekarang. Nasib baik I tak singgah.


4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerak. Kawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye.

~ Lokasi di North South Expressway. Nampak signboard hijau kat belakang tu? Haa, tu ciri-ciri yang menunjukkan ini jalan highway. Challenge yang senang nak buat. Cuma perlu cari tempat yang sesuai utk berhentikan kenderaan. Kalau tak, boleh membahayakan diri dan kenderaan lain.


5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat.

~ Lokasi di City Park, Seremban 2. Demi menghormati peraturan di playground (di mana permainan adalah untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun), I takde la beriye sangat main. Ahaks, ada cuba nak main tapi guard situ dah tiup wisel suruh turun! Isk... Diharap gambar di atas berjaya menunjukkan betapa besarnya slide ni. Korang suruh mkn ketupat nasi kan? I terus makan dari sarung ketupat je. Hujan dah mula turun waktu tu. Disebabkan challenge ni, I demam keesokan harinya.


Idea Chawana.
6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau!

~ Lokasi di Sg. Congkak. Kat bawah je. Bkn kat jeram. Airnya sangat deras. Tak berani nak pergi tepi sangat. Gunakan tart nenas sebagai umpan. Siap letak bekas umpan aka balang kuih raya. Kuikuikui. Tak caye? Besarkan gambar di atas untuk cari tart nenas itu :)

Lain kali I nak guna umpan kuih ros la. Tart nenas kan lembut. Terkial-kial hubby nak pasang umpan.


7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing.


~ Ni challenge terakhir yang I siapkan sebab takde idea langsung nak create costume superhero raya. Ni kira percubaan terakhir la. Topeng mata dibuat sendiri oleh hubby walaupun I kata I nak beli. Dia taknak. Logo I buat. Kenapa huruf "R"? "R" bermaksud RAYA. Blanket cape tu I pakai tudung warna hijau je. Nak ada mood raya. Kalau warna merah, dah jadi mood CNY pulak. Malu seh nak upload gambar nie tapi I redha je la. Kira ok la daripada idea hubby yg suruh I baring atas kereta dia ala-ala nak terbang. Iskk....


8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala. Kaki tak leh pijak tanah ok!

~ Basikal biasa lebih sesuai utk challenge ni sebab confirm korang kena kayuh utk dapatkan effect kaki tak jejak tanah. Lain la kalau ada basikal zaman dulu2 yang boleh pakai sendal tu. Ni pinjam basikal sepupu. Dah la hampir pancit. Gigih nak bagi balance. Ahaks, mengayuh basikal dengan wedges setinggi hampir 5 inci adalah susah rupanya. Weee.. tiba-tiba rasa nak beli basikal. Dah lama tak naik basikal.


9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha!

~ First time main lantern. Cantik juga rupanya bila dah nyalakan lilin kat dalam lantern tu. Terkelip-kelip mataku memandang. Lantern dibeli di kedai Cina. Rambang mata weih. Nyonya tu pun dah terjeling-jeling. Agaknya pelik sebab orang Melayu cari lantern. Nak-nak pulak time tu diorg tgh sibuk sembahyang hantu tu. Gerai lemang ni kat Hulu Langat. Nak ambil hati peniaga, kami beli la lemang sebatang. Gambar terpaksa guna flash sebab tempat tu gelap sangat.


10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi. Ha amik korang, gambar penutup!

~ Ahaks, Chawana tak suruh panjat pokok kan? Ala, improvise je. I makan kuih batang buruk kat atas pokok-pokok bunga.

Wahhh, bangga dpt siapkan semuanya. Mcm tak percaya je. I kan pemalu. Nak buat depan orang ramai, kat tepi jalan la.. kat gerai bakar lemang la.. mmg kena tebalkan muka.

A big thanks to my family yg mmg bagi support utk menyelesaikan challenge nie. Sampai ke pakcik makcik pun bagi pinjam basikal, balang kuih raya. I terharu! Paling berterima kasih kepada adik bongsu dan hubby selaku photographer bagi kebanyakan gambar di atas.

Tapi best la buat challenge nie. Nampak je mcm ntahapehapentah tapi bila dah start buat, rasa seronok. Lebih-lebih lagi bila org sekeliling menyokong dan memberi idea. Harap-harap Sekupang Team boleh buat lagi utk raya tahun depan.

26 scribble(s):

babyarisha said...

o-leyh.. aku p gak minta permission gn ketua balai.. hahaha.. seb baik mendapat.
pape pung.. best of luck ek..

AKO @ retna said...

hahahha betul la, memula cam malas2 nak buat bila pk kan challenge2 nya tu tapi once dah start buat, cam gian plak kan hahha ;-)


gud luck eh ;-p

rozila said...

salam.....good job liz....x sangka liz bley wat cenggitu....hahaha....si icha micha pun sama, jd crew.....kalu menang byk nk kena agih2 ni...

Diyana said...

pergh cayala!sangat bersengat liz & hubby & family;). bergambar dgn polis tu plg mencabar rsnye..susah tu kan nak minta kebenaran.dpt yg sporting,bestla eh.:D

BlueEwoke said...

Congrats Liz!! Memang hebat! tak sangka gak u boleh siapkan..best betul..

Satu benda paling best dlm menyiapkan photo challenge ni ialah kerjasama ahli keluarga time2 raya tu la.. Memang rase best sgt kan, mcm2 jenis idea leh dpt dari diorg huhuhu..

And Thank U for joining too :D..tahun depan insya Allah ada lagi..:p

Biqque said...

perghhhhhhhhhhhhh gile gempak! sporting la u niiiiiiiiiiiiiiiii!

best2! ok masuk list!

Liz Rohaizat said...

babyarisha> yup, gambar korang mkn kat balai mmg terbaek la. dpt sekali ramai pulak tu. aku je yg malas nak minta permission sbb time tu kat HQ. good luck to u too.

AkO @ retna> hehehe.. seronok bila ramai org tlg. good luck to u too.

rozila> salam. ekeekkeke... dia hanya jadi crew kat satu gambar je. ok la, mendengar ckp. hahaha...

diyana> polis mmg susah sikit. ada yg taknak bergambar, takut sgt bos dpt tahu. tapi kira ok la jumpa sarjan veteren yg sporting.

chawana> yups, mmg tak sangka family pun sibuk nak bagi idea. masuk pun suka-suka sebab dah lama tak buat benda camni.

Liz Rohaizat said...

biqque> hehe, suka tgk gambar org lain gak. mcm2 idea korang ada

*∽ IZAN ∽* said...

ahahah..! suker sukerr tengok aksi korang..! gud luck ekkk.. sporting abes la korangg nih..!!

Liz Rohaizat said...

kak izan> wah, gelak2 tu.. gelakkan gambar superhero tak menjadi tu ke? ekekekke.... contest suka2 di kalangan org yg suka bergambar. semuanya sporting kak.

fiza said...

Good luck liz ☺☺

Liz Rohaizat said...

fiza> thanks

Anonymous said...

giler gigih!!! tepukan gemuruh for u liz!

kagum tgk. lagi2 dpt support dr org sekeliling. kalo kita mmg x sanggup la. sifat pemalu menebal giler.

moga berjaya yer.



~ Cinta Si Camarputih ~

Anonymous said...

jet lee :

saya doakan menang besauuu!!!
hahaha blh tumpang sekaki

Liz Rohaizat said...

I-sya> haha, mmg melampau pun tahap kegigihan masing-masing. ahaks, malu time nak explain kat polis je.

Liz Rohaizat said...

jet lee> nak tumpang sekaki ape? hahaha... apa hadiahnya pun belum tau lagi.

AyuArjuna BiGoshh said...

hahahah, giler best aksi2 cam ni hehehehe

amiey lee said...

hahah serius lawak..sonok tgk sportinggg sgtt gd luck ye

Liz Rohaizat said...

kak ayu> hehe, thn dpn jom la join!

amiey> thanks yer. lawak tang mana? hehe

Ely Hasrul said...

TERBAEKKKK!!!!!

tapi ko patut ikut ckp hubby. amik atas kete hahahahahhaha

Liz Rohaizat said...

ely> tak sanggup aku weih sebab ambil gambar tu pukul 11 malam. hehe..

zurainah said...

caya la kak..leh wat semua tu..berani betul.hihi..tahniah2..

Ely Hasrul said...

aku vote tang RAYA tuh sbb hubby sporting aku xkesah. si tisya pon skalik?!!! hahahahha superbbb!! kalu sami kompom xjadik hahahhaha

Liz Rohaizat said...

zurainah> nama pun suka ambil gambar kan? asyik ambilkan gambar org. biar skrg org ambil gambar kita pulak.

ely> hubby aku memilih kat huruf "R". dia nak menegak. mana boleh kan? takkan aku nak lipatkan badan dengan baju kurung tu. hahaha... kalau ko tgk tisya, dia paling rileks. mengikut je

J said...

Salam Liz,

Selamat Hari Raya....
Perghhhhh!....kelas giler....
I hope u can win!!
Good luck!Good luck!good luck!

Liz Rohaizat said...

J > selamat hari raya to u too!! oh, contestants lain pun hebat2.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.