Friday, September 30, 2011

October is coming...

Batrisyia tengah batuk dan demam teruk sekarang nie. Kesian tengok. Nasib baik jenis tak kesah nak makan ubat. Bila tidur, badan dia mula la panas sangat. Lap-lap badan, tekap dahi dengan kain basah. Sometimes, dia nangis sebab tak tahan. Sometimes, senyap je. Mungkin rasa sedap bila kena air tu. Kool Fever memang dia taknak pakai langsung. So tak payah membazir cuba pakaikan. Gerenti dia cabut balik.

Masa hari pertama demam, agak berdrama la subuh tu. Celik mata je dia terus cakap, “Tisya taknak pergi sekolah”. Masuk kereta, dah chembeng. Balik-balik sebut, “Tisya taknak pergi sekolah”… “Tisya nak ikut pergi kerja”… lepas tu nangis. Tapi sebab masa tu belum teruk, hantar la juga. Ala, sampai depan cikgu, terus diam. Takde nak nangis pun. Saja je nak buat abi dengan umi dia kesian kat dia.

Hari kedua, takde drama dah. Dia tau, takde maknanya nak nangis sebab tetap kena pergi sekolah. Ok la, taska. Tapi kami tetap panggil tu ‘sekolah’. Sebab dia sibuk nak pergi sekolah.

Malam tadi dah nampak ok sikit. Alhamdulillah. She slept well. Tak mcm dua hari lepas. Asyik batuk je. Malam tadi senyap je dia tidur. Bangun dalam dua kali sebab tekak haus. Tu pun dia nak air masak je. Pagi ni, pukul 6 dah bangun!

I tanya, apa dia nak utk birthday. Terkebil-kebil dia nak jawab. Tak tau la jawab ape kot. SO I tanya, "Nak patung Barney macam ni?" sambil tunjuk Barney kat laptop. "Nak!". "Habis tu, nanti Tisya nak bawa sape pergi sekolah? Mickey ke Barney?".

Terus dia senyap. Konflik eh? Hohohoh...

Tapi ok lagi la daripada abi dia. Batrisyia ni suka air milo kotak. So abi dia ckp, "Abi belikan air milo 10, boleh?". Laju je minah tu angguk!

Aisey, maybe I should teach her how to demand from a man =)

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.