Monday, September 26, 2011

Mood kahwin

Secara rasminya, mood berhari raya dah tamat eventhough Syawal belum berakhir. Starting last week, kami akan menghadiri banyak undangan perkahwinan. Kalau tak silap, hanya 8 dan 9 September je kami free.

Bahaya nie! Ahaks, kenduri kahwin... lauk kan sedap-sedap. Kena jaga apa yang nak disuap ke mulut.

Mari kita mulakan dengan cerita kenduri kahwin minggu lepas. Kami ada 2 undangan perkahwinan. Hari Sabtu, kami ke Klang. Tapi sayangnya tak dapat nak ambil gambar sebab bila sampai sana, pengantin dah siap-siap nak baling gula-gula kat kanak-kanak. Cepat pulak mereka berarak. Hari tu pulak pening kepala. Sudahnya terduduk je la kat situ.

Hari Ahad, kami dijemput oleh tuan rumah utk sama-sama meramaikan rombongan menghantar ke majlis perkahwinan belah perempuan. Mesti la kena pergi sebab makcik tu dah lama menjemput.

Rumah pengantin perempuan di Sg. Buloh. Semua org berkumpul di rumah makcik. Gerak pun nak dekat pukul 12 tgh hari. Kalau tak silap, 10 kereta kot yang menghantar. So masing-masing gerak dan plan utk jumpa semula di kawasan tol.

Anak dan bapak!
Bila tanya mana sunglasses utk I, si anak jawab, "Umi punya takde!".
Sampai hati korang. Haha.. padahal diri sendiri tak suka pakai sunglasses

Semua orang dah ada.
Boleh pulak kereta tuan rumah tak sampai-sampai lagi

Kami sampai kat rumah pengantin perempuan pun dah nak dekat pukul 1 petang. Berkumpul dulu di surau berhampiran sementara tunggu waktu Zuhur.

Lepas solat Zuhur, cepat-cepat pengantin disiapkan. Tinggal pakai sampin dan tengkolok je. Hmm, I rasa songket warna silver pun dah mula nampak cun kan?



Muka pengantin memang tak berdebar langsung.
Rileks je budak ni. Boleh gelak-gelak lagi.

Kompang dah 2 kali berbunyi seolah-olah beri peringatan kepada kitorang. Ahaks. Memang dah lewat pun. Dah nak dekat pukul 2 petang.

Pengantin lama


Lauknya sedap! Serious. Menjilat jari. Tak tau la diorg ni masak atau catering. Tapi memang sedap. Lately, orang banyak buat style lauk kampung kan? Memang best la.

Kek pengantin. I suka tgk kek pengantin. For me, kek pengantin biarlah berwarna putih. Kalau nak warna, biar warna kat bunga je. Maknanya kek tu hanya terdiri dari 3 warna. Putih, hijau(warna daun) dan warna bunga. Biar nampak simple. Kalau dah mcm-mcm warna, macam tak sesuai pulak rasanya.

Satu benda yg I nak puji ialah pihak pengantin perempuan tak bazirkan lauk pengantin. Bila pengantin dah siap makan, terus je diorg minta semua lauk-lauk tu dibawa ke khemah makan agar orang lain dapat merasa lauk pengantin. Jarang nak jadi camni kan? Selalunya ada "bouncer" yang cepat-cepat bawa masuk lauk tu ke dalam rumah.

Anak tuan rumah terus rembat udang goreng... isk

Hujung minggu ni majlis kat rumah pengantin lelaki pulak. Fuh, depan rumah tu. Awal-awal makcik dah minta tolong kami semua utk tolong dia.


Semoga pasangan Suhaimi dan Juriza berbahagia hingga ke akhir hayat. Insya Allah

3 scribble(s):

Ila said...

cantik plak baju pengantin ni..silver gitu

Ely Hasrul said...

part mkn beradab dibwk lari ke umah tu mmg bese sgt hahhaa

sbtu lps pon ade jemputan kawin, tp aku larat tetiba cam xlalu nk pg wedding, so papi dgn sami aje yg pegi.

skang nih berat aku dh naik sgt2 kena jaga makan kah? hahah lagik mau tnya

Liz Rohaizat said...

Ila> tu la.. cantik pulak warna silver kan? nampak exclusive.

ely> babe, kalau bab dibawa lari, mmg biasa. tp kalau bab kena sound sebab ambil sikit lauk pengantin, biasa tak? hahaha...

ala, berat ko naik sebab lain. hehhee

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.