Thursday, September 22, 2011

Love-hate relationship with my camera

I have 2 photo contests to enter. Dalam pada tengah cari gambar-gambar yg I pernah ambil, I tengok satu folder dah hilang. Folder tu mengandungi gambar-gambar masa kami pergi bercuti ke Sabah bulan Februari yang lalu.

Tskkk... sabar. Menangis air mata berdarah pun, takkan mampu kembalikan folder tu. I tak tau la camne folder tu boleh lesap. I yakin I dah copy ke tempat lain. Kalau copy ke external, patutnya ada la kan? I takut I copy to desktop je. Dah la aritu laptop kena re-format. Maybe tu punca folder tu lesap.

Haih, sedihnya sebab Sabah tu dah la jauh. Tak tau laa bila nak pergi lagi. Dah la banyak giler gambar I ambil kat sana. Rasa nak je booking tiket pergi sana lagi. Weed bakal bersalin tahun depan so maybe boleh guna alasan tu utk tengok my bakal goddaughter? Hehehehe....

Kalau guna camera zaman dulu, kan senang. Ada negatif boleh simpan. Dah guna digital camera, balik-balik simpan softcopy. Dah la malas nak burn to CD. Bila hilang, mula la rasa menyesal camni. Tak suka!

Cakap pasal Sabah, I ada sorang kawan yang boleh dipanggil makcik la kot tapi sebab dia nampak muda, I panggil dia Elaine. Elaine ni, anak-anak dah besar, baru la dia pergi panjat Gunung Kinabalu. Kagum I dengar! Dalam hati terpaksa terima hakikat yg I tak boleh pergi panjat Gunung Kinabalu sekarang. Sape nak jaga anak den weih? Lainlah kalau hubby boleh lepaskan I pergi sorang-sorang. Kalau tak, alamatnya kena tunggu anak besar sikit, barulah boleh berangan nak panjat.

Kita boleh bermimpi tetapi kena pastikan mimpi tu jadi kenyataan, betul tak?

3 scribble(s):

weed said...

sile2...sile book tiket...ahahaha

Ely Hasrul said...

kalu dulu tgh bujang tgh kencang (ewah) aku suka la kalu ade aktiviti mcm ini tp maybe crowd lain sume jenis bermalasan disoping kompleks jadik idakle aku dpt join aktiviti mcm ini. tp skang if papi bagi & mmg ade peluang pon aku tak bminat nk join. aku dgr cite kengkawan pon cukup sonok. hehe

Liz Rohaizat said...

weed> amboi, sila carikan aku sponsor utk bayar tiket tu. muahaha..

ely> tu la. dah jadi emak org, semua aktiviti lasak mcm terpaksa dilupakan. tunggu la anak besar, kot2 dtg balik angin tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.