Monday, September 19, 2011

Ibu yang mengepam susu.. sila jangan lakukan perkara ini.

I terima satu panggilan telefon hari Sabtu lepas. Panggilan berdurasi selama 16 minit tu membincangkan tentang penyusuan bayi. Yang telefon tu junior kat sekolah menengah dulu. Anak dia baru berumur hampir sebulan. Now, dia sedang mulakan proses utk menyimpan stok susu perahan.

Keesokan harinya, dia hantar sms.

"Kak Liz, kalau dalam pantang ni susu normal ke dpt kurang? Sbb baby pun menyusu sekali ke?Pam dapat 3oz je sekali pam.."

I reply pendek je.

"3oz tu banyak la. Sape kata sikit? Tu baru sebelah".

Dia jawab..

"Oh, tu kira banyak ke? Hehe.. a'ah baru sebelah je sebab sebelah lagi baby tgh menyusu. Kawan cakap dia sekali pam dpt 8oz"

I nak tegur sesetengah ibu yang mengepam susu ni. Terpulang korang nak terima teguran ni atau tak. It's up to you.

Jangan sesekali merendahkan semangat ibu-ibu baru yang cuba menyusukan bayi dengan bermegah dengan jumlah susu yang anda berjaya perah. Memang betul, bila kita share berapa oz kita dpt perah tu, dpt menaikkan semangat kita dan semangat orang di sekeliling kita. Tapi kita kena bijak dan pandai dalam hal nie. Tengok keadaan la kan?

Kalau kita nampak kawan kita tu tgh risau dengan jumlah perahannya atau dia risau sgt susu dia akan 'kering', tak perlulah kita dok pong pang pasal susu kita yang banyak. Dalam diam, kawan kita akan tertekan. "Isk, kenapa susu aku sikit? Kenapa dia dapat banyak?".

Stress adalah salah satu 'pembunuh' dlm misi penyusuan kita. We have to remember. Bila stress, susu taknak keluar. Pernah cuba stress dlm sehari? Gerenti susu merudum.

Kawan dia dpt 8oz. I rasa tu mesti hasil double pumping atau mengepam di kedua-dua belah. Kalau betul tu hasil sebelah je, bagus la. Tapi kalau 2-2 belah, dia sepatutnya ckp kat kawan dia yg tu hasil kedua-dua belah. Tak la member ni runsing tak tentu pasal.

I selalu dpt soalan berapa oz I selalu dpt setiap kali mengepam. Kalau dulu, ye la ada share kat blog. Sekarang tak lagi. Jarang sgt I share berapa oz I berjaya dpt ketika mengepam di office. Selalunya, I kata I dapat cukup utk anak. I taknak org jadikan jumlah susu tu sebagai kayu pengukur untuk dia set dalam kepala otak dia. It's not good.

9 scribble(s):

CIK NANA said...

U must help me later when I got bb.. ;p I really want to fully bf her/him..

CHeeSYaNa said...

Utk org yg susu 'sikit' aku pon tensen ngan org kalau cakap 'eh, pam dapat banyak tu jerk?'
aku time bf, slalu gaks share brapa oz dapat.. tp bkn sebab bangga dapat banyak.. tp sebab skit sgt.. huhuuh

Liz Rohaizat said...

nana> ahaks, boleh je. setakat guide sikit-sikit tu takde masalah. kena saling memberi sokongan sebab masa saya dulu, kwn2 yg otai juga yg rajin beri tunjuk ajar.

yana> haaa, soalan tu mmg selalu kena kan? "pam byk tu je?"... seolah-olah mcm susu kita mmg sikit. tak elok la kalau org tanya camtu.

share dpt berapa oz tu takpe as long as kita tgk keadaan la kan. kalau statement biasa2, org mungkin tak rasa apa2. tp kalau manjang nak share je, takut ada org terasa stress. kes ko lain, ko share maybe sebab nak cari solution utk tingkat pengeluaran, kan? hehe

Ely Hasrul said...

smbil susu sblh sambil pam sblh wahh kire byk tuh!..

aku dulu awal2 dlm pantang nk dpt 1oz pon berpeluh2.. dh la lepas berpeluh pon baru dpt 1.5oz hahhaha

Liz Rohaizat said...

ely> tu la pasal. dia risau susu dia sikit sbb kwn dia dpt byk. kesian pulak aku dgr. dia dah tersalah maklumat.

maisy said...

susu oh susu..tp kalo pump byk mesti bangga jugak dpt pump byk susu..aku pon tk meriah dah skarang..tp utk bg tau brp oz,aku tkdek hal..malahan aku suke je google,nk tgk tahap EBM aku dpt normal ke tak..yg tk suke org yg duk post kat FB jer..yg lain aku okey...gmbo EBM plak,tk suke post..tp utk time pantang,mmg ramai yg meriah susunya..same cam aku ..12 oz tu selambe...tp skarang..mmg tk pernah sampai byk tu sekali pump..depends pada org kan...tp kalo ckit,bg advice utk bykkan tu mmg ptut di beri..

Liz Rohaizat said...

maisya> mcm aku ckp, tgk keadaan. kalau awal2 org tu dah bgtau dia dpt brp oz, aku mmg tak share la. huhu, sbb kebanyakan ibu baru akan automatically set yg dia mesti kena dpt byk mcm org lain. aku taknak dia pressure.

yups, better bagi advice.

MuZz said...

Salam kenal :)

Memang betul pn..ramai gak ibu yg ckp kat saya lps bersalin pam dpt 2oz je..sedangkn bayi baru usia 10 hari..Ya Allah..byk tu..ramai yg gelabah bila tgk susu ibu lain byk tanpa tau bckgnd cemana ibu leh dpt byk tu..

Liz said...

Muzz> Wasalam. Betul. Yang penting, mindset kena dibetulkan. Banyak atau sikit tu tak penting. Kita kena ingat, rezeki susu tu datang dari Allah. Allah takkan biarkan anak kita kelaparan. Insya Allah apa yang di produce oleh badan tu mencukupi untuk si anak

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.