Thursday, September 29, 2011

Diana Amir sudah bertudung

Masa Wardina update kat FB dia tentang Diana Amir pakai tudung, terperanjat la juga. Sebab Diana ni baru nak naik. Tup tup je, terus pakai tudung. Alhamdulillah, hidayah tu datang kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.

Baca kat newspaper semalam. I baca sebab diorg interview Diana. Terharu baca explanation dia tentang pemakaian tudung nie. Dia pakai tudung bukan sebab bercinta dengan orang tetapi kerana dia terlalu sayangkan bapanya.

“Kasihan pada abah, selagi saya belum berkahwin, dia perlu memikul dosa saya yang tidak menutup aurat kerana seolah-olah abah tidak pandai mendidik anak pula.

“Pada hal sudah lama abah dan umi menyuruh saya menutup aurat. Alhamdulillah, ini semua berkat doa mereka,” katanya terharu.
Sumber : Utusan Malaysia

Kalau kita belum kahwin, dosa kita ditanggung oleh bapa. Bila dah kahwin, dosa ditanggung oleh suami. Ramai yang tahu tapi mungkin menganggap perkara ni biasa-biasa je. Yer la, dosa tu bukan boleh dilihat. So kita pun tak tau dah berapa banyak dosa kita ‘sumbangkan’ kepada bapa dan suami kita.

Kalau betul kita sayang bapa, sayang suami… tutuplah aurat.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.