Thursday, August 04, 2011

Sama-sama kita doakan keselamatan suami Salwa

Dalam pada kita berseronok menyambut Ramadhan, ada sesetengah bloggers dikejutkan dengan berita kehilangan Ithnin; suami Salwa (lebih dikenali sebagai Ibu Kauthar).

I baca berita ni dari blog Lyna. Kemudian di blog Watie.

Menurut cerita mereka berdua, suami Wa keluar mengambil tafsir Al-Quran di dalam kereta pada pukul 3 pagi, 2 August 2011. Selepas 10 minit, suaminya masih belum masuk ke dalam rumah semula. Wa keluar dan mendapati suaminya tiada dan pintu kereta terbuka.

Ithnin tidak membawa wallet, kad pengenalan dan handphone.


Nama: Ithnin Ngadiman
Hilang pada: 2 August 2011, kira-kira pukul 3 pagi
Maklumat: Keluar tanpa ic. wang, dan hp, memakai baju merah dan seluar hitam.
Nombor uk dihubungi sekiranya anda mempunyai maklumat:
Sarjan Radha - 012-6059997, Salwa - 0133101221 atau ibu Salwa 0163743248

Sesiapa yg ada terjumpa suami Salwa, diharapkan dapat menghubungi nombor-nombor di atas.

I tak rapat dengan Salwa. Pernah jumpa sekali je masa pergi event SI. Tapi bila dapat tahu tentang cerita ni, tak tau la kenapa.. hati jadi risau dan tergamam. Mcm mana la perasaan Salwa sekarang.

Semoga Salwa tenang dan tabah hadapi dugaan ni. Sama-sama kita doakan agar suaminya dijumpai kembali dalam keadaan selamat.

3 scribble(s):

Syigim said...

kesiannya! tertanya2 apa yg berlaku.....berat mata membaca, berat lagi bahu memikulnya. harap isterinya tabah & byk berdoa.

*∽ IZAN ∽* said...

alamakkk.. jangan la berlaku apa2 yg tak di ingini lagi2 nak raya nih.. aduh aduh..

moga selamat la yekkk suaminya tuhhh

Liz Rohaizat said...

kak syigim> tu la, mmg tertanya-tanya. kita pulak yg risau.

kak izan> yg sedihnya, jadi time bulan puasa. tiada petunjuk setakat ni. sama2 kita doakan keselamatan beliau

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.