Friday, August 19, 2011

Pelajar Islam Tahun 6 diajar tentang Jesus

Terkejut menonton pendedahan Buletin Utama malam tadi tentang sebuah pusat tuisyen yang dalam diam cuba memurtadkan kanak-kanak kecil secara halus.

*Pujian utk Buletin Utama dalam hal ni. Berita mcm ni la bagus. Ni buat exclusive pasal Saiful Bukhari tu buat ape. Mcm la takde orang lain yg kita boleh jadikan tokoh masa bulan Ramadhan*

Mana tak terkejut. Budak kecil tu dengan lancarnya bercerita tentang Jesus dan dengan mudahnya menyanyi lagu Kristian. Dia juga bercerita tentang pembelajaran dia di pusat tuisyen tu. Mereka diajar tentang cerita Jesus, lagu-lagu Kristian dan cara-cara membuat tanda salib. Malah, kuiz tentang Kristian juga diadakan di mana hadiah akan diberikan kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul.

Pust tuisyen di Kuchai Lama tu dibuka pada hari Ahad dan diberikan secara percuma. Guru professional datang dengan kereta mewah.

Apa nak jadi nie? Dalam diam, ajaran Kristian cuba diserapkan dalam jiwa kanak-kanak nie. Mereka seringkali diberitahu bahawa Jesus sayangkan mereka. What the heck?

Boleh tak pihak berwajib dan kerajaan jangan berlembut dalam hal nie? Kalau dah siasat dan terbukti berlaku apa yg kita jangka ni, ambil tindakan. Tak payah bagi muka atas semangat nak jaga hati agama lain. Ni isu besar.

Ke isu murtad tu isu kecil je?

5 scribble(s):

Diyana said...

liz, diyana pernah terbaca komen seorang paderi tentang agama Islam. dia cakap, 'Islam is the best product, but muslim is the worst 'salesman'. hmm. sebegitu sekali,org agama lain boleh sinis dgn masyarakat Islam amnya sekarang ni..paderi pun mengaku Islam itu terbaik.dlm situasi skrg ni, totally punca penyebaran kristian berpunca drpd sikap masyarakat Islam itu sendiri.

ambik contoh yg kes church kat s'gor hari tu, cuba tgk mcmane masyarakat islam respon?

demonstrasi 1 hal. maki hamun 2.

dan tgk apa org2 kristian dah buat pd 12 org islam yg depa ajak gi church tu..? pendekatan scr halus, kasik comfort.

bila dah jadi mcm tu,mulalah ramai bangkit tunjuk hero..sdgkan yg selama ni,ada sapa amik peduli ibu2 tunggal tu..?huhu

frankly speaking, biro agama di malaysia byk birokrasinye..selagi perkara ini tak diperbetulkan, makin kucar kacirlah Islam di Malaysia..waallahualam.

Diyana said...

penyebaran kristian adalah kerana mereka mengambil kesempatan di atas kepincangan institusi islam...sangat sedih.

Liz Rohaizat said...

diyana> kisah pihak gereja hulurkan bantuan kepada orang susah mmg dah lama. kalau tak silap, sejak kat U lagi, benda ni dah ada. cuma skrg ni baru nak kecoh.

nak salahkan penerima bantuan pun, susah juga. mereka tersepit. kalau yg ada anak ramai, minta bantuan baitulmal pun boleh sangkut, tiba2 gereja bagi bantuan. kalau dia pk byk kali pun, silap2 dia terima je sebab fikirkan nasib anak-anak.

ada baca blog sorang wartawan tv3. dia pergi satu church yang tlg org2 Islam yg kena AIDS. bila tanya kenapa taknak minta bantuan kat org seislam, katanya orang islam sendiri jijik dengan pesakit AIDS.

mita said...

dah lama sebenarnya org church bg bantuan,dulu2 masa skol aku selalu baca dalam Mastika.1 ag kawan aku cite nama surau yg bantah pusat tuisyen tu surau al musyrikin..ko pelik ak sbb musyrikin tu kan maksudnya kafir..hurmm..

Liz Rohaizat said...

ita> oh, ye ke nama surau tu? apa dia tak tau ke maksudnya? pelik juga tu

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.