Tuesday, August 09, 2011

Param atau masak sendiri?

Hari ni merupakan hari ke-9 kita berpuasa. Alhamdulillah.

Hari ni nak bercerita tentang param. Hehe.. tadi tgk status Fariz. Dia komen yg harga lauk kat param dah mahal. Memang mahal la kan? Baik masak sendiri. Masak lauk simple pun, tetap puas hati.

Kebanyakan peniaga membuka harga lauk serendah RM2. Tapi kalau macam lauk ikan dan ayam, ternganga la tgk harganya. Ikan yg murah pun boleh diletakkan harga RM4 ke atas utk seekor. Memanglah itu harga utk servis dia tolong masakkan ikan tu tapi berpada-pada la kot.

Ramadhan kali ni, pernah sekali je I beli lauk. Tu pun sebab terpaksa. Minta sayur RM2.. dia bagi sayur satu senduk kecil. Minta kerang RM2, dapat la kerang satu senduk kecil. Banyak lagi kerang yg I dapat bila beli Nasi Lemak Kerang tau.

Haih, kalau fikir benda ni, mmg serik nak beli lauk kat param. Lagi serik bila perut buat hal lepas mkn lauk dari param. Ni bukan fitnah ye. I masak lauk mcm biasa. Then, nampak lauk kerang. I beli sikit. Tapi masa mkn, I sorang je yg mkn kerang tu. Sudahnya, I sorang yg sakit perut memulas-mulas. See?

Terpulanglah pada setiap individu. Sebenarnya, kewujudan param menjadi penyelamat kepada ibu-ibu yang tak sempat memasak juadah untuk berbuka. Tak semua orang dapat balik awal di bulan Ramadhan. Kalau ada yang balik awal pun, sampai rumah tetap lewat disebabkan kesesakan jalanraya.

I pun tidaklah banned param. Selalunya pergi sana utk beli kuih muih. Semalam, pergi beli nasi kerabu sebab 'terkandas' di workshop gara-gara air-cond compressor rosak. Pukul 6.30 baru nak balik rumah. Mmg tak sempat la kan.

Mujur dpt hubby yang simple. Setakat ada lauk sayur, lepas tu satu lauk pedas dan ikan goreng garing pun, dia boleh mkn dengan berselera. Yang penting, mesti ada lauk pedas.

Kalau nak mkn kambing golek pun, kami cari di param juga. Satu bekas polisterin, harganya RM10. Sedap! Kalau nak tunggu I, mmg tak tergoleklah kambing kat rumah.

8 scribble(s):

fiza said...

Aku tak jejak param lagi. Setakat semalam masih memasak even kelam kabut dgn anak². Mujur hubby tolong masak gak ☺☺. Memang jimat masak sendiri walaupon lauk rasa luarbiasa drpd biasa, puasa kan...hehehehe...

Liz Rohaizat said...

kalau kuih, mmg aku beli je sebab mkn pun tak byk. ala, lauk simple la sedap. kalau lauk yg heavy pun, bkn larat nak mkn sebab dah seharian berpuasa.

WanYgBest said...

kat sini xde pasar ramadan, hanya ada pasar raya... hehehe

adik aku pun dok komplen psl param mahal. tp dah bujang, lelaki plak tu, xde la nak memasak plak kan? utk org yg x bekesempatan, or nak beli benda2 yg ntah kurun bila kita nak buat, mmg boleh la cari di param...

tp, selagi sempat, selagi boleh, better masak sendiri, at least kita tau apa yg kita bubuh dlm kuali, tahap kebersihan etc.. lgpun puasa2 ni kalau kena cirit birit, adoii...haru...

Liz Rohaizat said...

wan> kalau lelaki bujang, nak tak nak kena la beli kat param. mmg mahal la wan. cekik darah. geram aku tgk. kita dah biasa masak so kita tau mmg tak berbaloi harga tu.

sebab tu la aku lagi suka masak sendiri walaupun lauknya simple. puas hati. kecuali kambing golek. tu confirm terjah param. sedap komain!

Ely Hasrul said...

laki aku xbleh kalu xdek sayur. memandangkan upacara memasak di banned kt umah dia nk beli la sayur utk dia sahaja.. patu dia nk beli singgit xdpt. time tu dh kul 7 org dh nk buka, kalu aku penjual aku kasik aje. sian laki aku. bukan nk berkira beli 2ringgit tp kalu sbb 2ringgit tu masuk tong sampah tak ke dh bkawan dgn setan hishh

Liz Rohaizat said...

ely> betul. ada yg over, taknak juga jual walaupun RM1. ada sekali dulu, lauk dia buka start RM2. minta RM2, berkeras taknak bagi. penah juga zaman dulu kitorang beli ikan masak lemak cili padi. dalam tray tinggal 3 ekor. kitorang ambil 2 dan minta kuah lebih sbb kuah mmg banyak. sekali pekerja tu kena sound dgn owner depan2 kitorang. katanya, "kalau bagi kuah lebih, orang yang beli lepas ni nak bg kuah ape?". hello, bkn aku minta kuah seperiuk pun. lg pun, tinggal seekor je dalam tray tu.

Diyana said...

diyana mmg minta suami ke param bile tingin nak makan murtabak,tingin nak makan laicikang..hehe.nak buat sendiri murtabak tu,ntah bile bulih siap.hehe

Liz Rohaizat said...

diyana> betul3. yg susah nak buat, cari kat param je

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.