Monday, August 01, 2011

Hajat berterawih yang tidak kesampaian

Plan utk bawa Batrisyia berterawih pada malam tadi tidak kesampaian. Cik adik tu sakan bermain waktu siang sampai tak tidur. Ok, salah I juga sebab tak paksa dia tidur petang. Biasa la. Hari terakhir before start puasa, I akan sibuk buat major cleaning kat rumah. Kalau nak tunggu puasa baru nak major cleaning, semput la. Now tinggal nak cuci langsir dan keluarkan balang kuih raya :p

Kalau dia dijaga oleh hubby, alamatnya main dan tgk movie. Hubby pulak dikerahkan tolong angkat benda yg berat-berat. Hasilnya, mmg puas hati la. Tinggal buat spring cleaning before raya aje.

Sepanjang hari, I cakap dgn Batrisyia yg malam tu I nak bawa dia pergi masjid. Dia sangat happy! Tapi sudahnya tak pergi sebab by 8pm, anakku minta susu.. lepas tu dia terus zzzzzzzzzz. Wallaweih, kempunan nak berterawih di masjid.

Jadi hubby pergi sorang-sorang. Ada la lepas 2 minit hubby gerak, minah tu boleh terbangun. Dia kelam kabut nak pergi masjid! "Tisya nak sembahyang! Tisya nak pergi masjid!" sambil nangis-nangis. Nasib baik dia nangis tak lama. Terus tidur balik. Dan nasib baik juga la tak bawa dia malam tu sebab terawih habis pukul 11 malam. Semangat betul imam.

Takpe la, I solat terawih di rumah aje. Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam. Malam ni tak tau lagi mcm mana.

Selamat berbuka puasa!

2 scribble(s):

WanYgBest said...

Selamat Berpuasa Liza! Insyaallah kalau takde aral, sempat aku berpuasa kat Malaysia thn ni, jemputla aku bukak pose kat umah ko... hahahhaa...

Liz Rohaizat said...

wan> selamat berpuasa. alamak, rumah baru aku takleh masuk lagi la. sedih je. dah dpt masuk, aku jemput ko datang yer

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.