Wednesday, August 10, 2011

Flashmob at KLCC

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, Kementerian Kesihatan ada keluarkan iklan pendek berkenaan susu ibu. Kan bagus kalau iklan tu selalu keluar, bkn hanya keluar pada minggu khas ini saja. Program penyusuan susu ibu ni patut dipanjangkan dan diteruskan untuk mendidik ibu-ibu di Malaysia akan kepentingan dan kebaikan yang terkandung dalam susu ibu.

Informasi begini seolah-olah menjadi sesuatu yang taboo bila dibincangkan di luar Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia. Kurang bagus la kan sebab susu ibu mmg banyak khasiatnya eventhough segala kebaikan yang terkandung tidak boleh disenaraikan di label.

Flashmob di KLCC baru-baru ni buatkan I bangga dengan korang semua! I tak pernah hadapi adegan dihalau oleh guard KLCC gara-gara bf in public. Kat sana, I akan pergi nursing room. Tapi rasanya mcm pernah bf kat level paling atas, duduk di bangku. Maybe sebab laluan tu tak sibuk, guard tak perasan.

Flashmob ini diadakan setelah ramai breastfeeding mom berdepan dengan situasi dihalau oleh guard ketika menyusukan anak di KLCC (termasuk mengepam susu di surau). Untuk membantah, flashmob ini diadakan pada minggu lepas dan dihadiri oleh ramai ibu-ibu yang menyusukan anak. Malah, suami mereka juga hadir utk memberikan sokongan.

KLCC management, you should be ashamed! Ibu-ibu ni bukan menayang, sebaliknya mereka menyusukan anak dalam keadaan aurat tertutup. Penyusuan merupakan satu perkara yg alami.

Guard penuh kat tempat lain. Kenapa tak letak guard di nursing room? I pernah mengalami situasi di mana I nak menyusukan Batrisyia tapi terpaksa tunggu di luar bilik kerana dalam bilik tu ada 3 orang gadis cantik (tapi mungkin kurang berpengetahuan) yang sedang berehat dalam bilik tu setelah penat ber shopping (ada banyak shopping bags dengan mereka). Kurang ajar je kan?

Ni gambar-gambar dari FB. I'm so proud!

Dynas saying out loud



Siapa kata tak boleh breastfeed in public? Tengok gambar kat atas. Ada ke aurat yang terbuka di tempat tu?

Breastfeeding rocks!

3 scribble(s):

Oya said...

Kagum dan bangga sungguh aku dgn ibu2 yang menyusukan anak ni:)...Sungguh terharu sampai tak terkata. Aku bangga dengan ko sbb support bf ni..dan aku juga bangga dengan diriku sendiri sbb Alhamdulillah berjaya fully bf anakku sehingga ke hari ini (2 tahun 7 bulan)

Diyana said...

ic..mmg ade yg kene halau eh bf di public kat klcc..?gile kejam kan?otak letak kat kepala ke hape kan..ibu yg menetek bukan nampakkan aurat pun.tp yg muda remaja sampai tersembul yg 2 biji tu..tak plak kene halau.haish.emo ni.

Liz Rohaizat said...

oya> congrats on ur breastfeeding journey. once dah cuba, mmg tak rasa susah pun kan? "susu takde" hanyalah mitos semata-mata.

diyana> strong point tang remaja tersembul tu. bkn remaja aje, mak2 budak pun ada. mmg ada kejadian kena halau tu. sebab tu la diorg buat flashmob ni, bantahan senyap.

saya tak pernah kena halau kat mana2 shopping mall walaupun bf in public. duduk diam2 kat bangku. takde sape nak larang. cakap je mana.. jusco, tesco, mid valley, carrefour.. semua pernah buat. KLCC ni pelik sikit. nak perasan high class kot. pavilion pun tak buat camtu tau.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.